Pernah tak anda mendengar ungkapan?... "Mati lebih baik drpd hidup".
Mungkin ungkapan ini dtgnyer dari org yg dah mengetahui dirinyer berpenyakit yg dah tak boleh diubati (cth barah payu dara yg dah tahap kritikal, HIV) ataupun apa saja penyakit yg dah takde harapan utk diubati...
Persoalan yg ingin acik bawakan disini ialah bolehkah kiter mengharapkan mati itu lebih baik dari hidup jika ditimpa musibah begini?... Apa pandangan islam terhadap perkara ini?... Mungkin secara tak sengaja kiter terdetik didlm hati mengatakan begitu... namun pernah akak acik mengatakan bahawa tidak sepatutnyer seseorg yg berpenyakit sedemikian berputus asa terhadap hidup dia... Dia harus tabah & meneruskan kehidupan sebaik mungkin... Apa pandangan kalian semua..
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Acik mcm penah bukak topik nie... tapi tak pastilah jawapannyer...
Sumber: http://bincang.net/forum/showthread.php?p=1481334#post1481334
3 comments:
Bagaimana kritikal sekalipun sakitnya, seseorang yang tengah sakit dilarang mengharap cepat mati. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. ketika melawat Abbas,
"Wahai Paman, janganlah engkau sekali kali mengharapkan kematian. kerana sesungghnya bila engkau seorang yang banyak berbuat baik, lalu engkau ditangguhkan ajalnya, dan engkau makin menambah banyak perbuatan baikmu, maka akan lebih baik bagimu. Dan bila engkau seorang yang banyak berbuat buruk lalu ditangguhkan ajalmu, dan kemudian engkau bertaubat, maka yang demikian adalah lebih baik bagimu. Oleh kerana itu, janganlah engkau mengharapkan kematian" (H.R al-Hakim, disepakati oleh az-Dzahabi)
Dari anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda
"Dan apabila harus pula engkau lakukan (iaitu mengharapkan mati), maka hendaknya ia berucap: 'Ya Allah, hidupkanlah hambamu bila hidup itu lebih baik untukku, dan matikanlah hambamu bila mati itu lebih baik untukku ' " (H.R Bukhari dan Muslim)
diringkaskan daripada kitab "Persoalan Berkaitan Pengurusan Jenazah, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani"
Alhamdulillah, jazakallah khair permusnah_dewa, baru saja saya nak taip.
Anggota badan Khabab Ibn Arat pernah dibakar (untuk mengelakkan merebaknya penyakit) sebanyak 7 kali. Dia berkata: "Seandainya Rasulullah (SAW) tidak melarang kami supaya berdoa untuk mati, nescaya sudah pun aku lakukan."
(HR Bukhari)
Hadith yang sama dengan yang diquote oleh PD. Menurut Anas Ibn Malik Rasulullah pernah bersabda, "Tiada siapa antara kamu dibenarkan untuk mengharapkan mati disebabkan oleh kesusahan melanda mereka. Jika tidak tahan dengan kesusahan itu mereka perlu berdoa, "Ya Allah, berikan daku hidup selagi hidup itu baik untuk ku, dan matikan lah daku jika mati itu lebih baik untuk ku." (HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Tiada antara kamu dibenarkan untuk mengharapkan mati, atau berdoa untuk mati sebelum masanya (mati) datang kepadanya. Sessungguhnya, apabila kamu mati, setiap amalannya terputus, dan untuk seorang beriman, usia umur yang panjang tiada apa kecuali kebaikan."
(HR Muslim)
Pertama sekali andaikan la kita yg didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tersebut.....agak2nya apa perasaan kita?
Tambah2 bila doktor sendiri cakap jangkaan hidup 6 bulan hingga 6 thn sahaja......
Cam waktu adik disahkan penyakit leukimia dan doktor bg jangkaan hayar adik mungkin hanya 6 bulan hingga 6 thn....rasa nak meraung gak.......tp kita orang sekeluarga terima dgn hati terbuka coz.....mati itu pasti...lum tentu adik akan mati dulu coz kitaorg pun leh mati mengejut cam accident ker.......mati tgh tidur ker...
sebagai manusia biasa...kitaorang sama2 jaga adik...yg tanggung segala derita adalah adik....chemoteraphy....radioteraphy...sumer2 la....ari2 ambik darah cek blast(sel barah) dia byk ker skit.....
mula2 ok.....balance blast 5% jer.....siap leh balik kg...ambik exam upsr walaupun jrg peluang pi sekolah sbb ulang alik ambik rawatan kat hukm.....
apa yg aku bangga ngan arwah adik aku ialah dia tabah....dia jarang menangis......kalu dia sakit or tak makan ubat...aku selalu nasihat...sayang mak tak...sayang ayah tak.....kalu adik tak kuat saper nak jaga mak ayah nanti bila dorang tua? adik aku nangis dan makan ubat...derita yg badan dia tempuh hanya Allah yg tahu tp hati dia kuat dan tabah.......
waktu dia kena sawan tarik2 pun.....dia masih kuat semangat...katanya dia nak hidup coz nak tunggu nurul anak sedara balik dr uk...dan nak tunggu serta lihat kakak(my sis ) kawen......
sehingga la sel barah menyerang otak hati dan ginjalnya.....waktu serang otak la dia kena sawan tarik2.......pastu bila kena serang hati dan ginjal....perut dia dah buncit.......tp bila suh sebut Allah...mulut dia tak putus sebut Allah........
saat tgk penderitaan dia lagu tuh aku masih tak sampai hati nak titiskan air mata depan dia......walaupun aku tahu......dia sgt derita.....
apa yg aku leh doa lam hati......andai mati itu baik utk dia...Ya allah ambik lah dia...andai hidup itu baik utk dia sembuhkanlah dia.......kerana aku tahu sejauh mana aku sayang adik aku...Allah lebih menyayanginya....
dan tak lama lepas tuh dia pergi jua...dlm keadaan aman...kul 3 30 pg tanggal 29 Mei 2002...tak sempat dia sambut ulangtahun ke 13 nya 30 Mei.....
Dia pergi dlm keadaan bersih dr dosa dunia sbb dia lum baligh.......
p/s; bukan sng nak fahami perasaan org sakit nih.....perlu byk kesabaran...cuba berada dlm situasi mereka..........menasihati mmg mudah tp utk memberi kekuatan pd mereka utk tabah dan redha pd ujian Allah mmg payah.....
yg ptg letakkan dlm hati mati itu pasti......tak kira kita masih sihat atau kita ada penyakit kronik.......
dikala mereka gundah gelana ini la...kita perlu tunjukkan bahawa kita kasihkan mereka.....dan Allah amat sayangkan mereka kerana memberi petanda awal sebelum dijemput pulang...kita kalau mati lam keadaan tak sedar diri lg dasayat erk.....nauzubillah.....
Post a Comment