Thursday, July 20, 2006

Azlina Jailani yg mahu bergelar Lina Joy...

13 Julai 2006

Peguam Kes Murtad Shazalina Jaafar/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.

Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.

Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.



Apa bahayanya...?

1) Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, (menjadi murtad ) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh tertentu oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini..

Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.

2) Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta..., harini semua Islam , esok ayah dan anak Hindu , lusa emak Kristian...
Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari..

3) Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.

Apabila Rasulullah s.a.w. membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya.
Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam ..tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.
Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu.
Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka , sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.

Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, menggambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat adalah lebih buruk dari musuh.

Sebab, musuh Islam mungkin belum menggenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.

Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita alah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.

Setiap muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru..dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.

Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan
hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.


Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam
kerana isu ini amat serius...


APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA??
KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.....

1) MENYOKONG KUMPULAN ARTIKEL 11 SECARA TERBUKA ATAU SENYAP DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA....
ATAU BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA.


2) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) SECARA TERSUSUN . MASING-MASING WAJIB MENJALANKAN TUGAS DIBIDANGNYA . IMAM DAN KHATIB PERLU MENJELASKAN KEADAAN INI
DI MIMBAR MESJID DAN CERAMAH, GURU DAN PELAJAR DALAM KELAS, MENULIS DAN NETTER MENGHEBAHKAN, DAN MENGUTIP TANDATANGAN DAN MENGGHANTAR PETISYEN KEPADA YANG PARLIMEN , DAN YANG DIPERTUAN AGONG,MENGAJAK YANG BERHORMAT MEMAHAMI MASA DEPAN KITA .. DAN BANYAK LAGI.

No comments: