Assalamu'alaikum wbt saudara saudari yg dirahmati Allah SWT sekelian,
Acik tertarik dgn kenyataan seorg ahli saifulislam.yahoo.groups yg menulis "Itulah kalau selalu ingat masih ada masa "esok masih ada untuk bertaubat" maka rugilah kita. Sebaiknya setiap kali hendaklah lakukan yang terbaik dan yang diredhai bukan yang dimurkai.". Hal ini mengenai isu "Bila Artis Bersuara" seperti dibawah ini:
Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua
sahabat sekalian.
Tujuan saya menulis ini kerana ingin melahirkan rasa
yang amat kecewa terhadap insiden yang berlaku pada
rancangan MHI pagi tadi (27 Oktober 2006, 4 Syawal
1427). Saya telah menonton rancangan tersebut pada
penghujung rancangan lebih kurang 5 minit yang
terakhir. Pada waktu itu 3 orang pengacara TV3 sedang
menuramah 2 pelakon iaitu Hans Issac & Ako Mustapha.
Pada penghujung rancangan tersebut, salah seorang
pengacara telah meminta 2 pelakon mengucapkan kata
penutup dan ucapan hari raya. Hans Issac telah
mengucapkan selamat hariraya secara umum seperti
biasa, tetapi perkara yang paling mengewakan saya
apabila Ako Mustapha mengucapkan ucapan beliau. Antara
ucapan beliau adalah LEBIH KURANG seperti berikut:-
Ako Mustapha: Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada
semua dan kepada mereka yang tidak dapat berpuasa
penuh tak mengapa sebab nanti boleh ganti.
Hans Issac: Oh, jadi you tak puasa penuh la...
Ako Mustapha: Ya, saya puasa tak penuh...tapi at least
saya JUJUR..
Begitulah antara serba sedikit insiden yang berlaku.
Cara beliau bercakap seperti puasa itu adalah perkara
yang remeh dan seolah-olah berbangga. Apakah perasaan
kita sebagai umat Islam apabila ucapan sebegini
berlaku? Saya memang mengakui bahawa semua akan
berkata itulah dunia artis. Mengapa bila kata-kata
dari artis, berbagai rumusan boleh dibuat untuk secara
tanpa sedar seolah-olah kita menafikan kesilapan
mereka? Apakah mereka mempunyai mazhab, syurga &
neraka yang khusus (kata-kata dari sahabat saya).
Kita harus sedar bahawa puasa adalah salah satu rukun
Islam. Apabila kita melanggar salah satu rukun tanpa
alasan maka hukumnya adalah haram. Apakah kita boleh
berkata seperti Ako Mustapha tentang ibadat solat?
Kemudian kita akan mengaku yang kita tidak bersolat
tetapi kita JUJUR. Saya amat berharap kita memandang
serius tentang perkara ini dan yang lebih utama agar
tulisan ini dapat dibaca oleh Ako Mustapha dan
golongan artis yang lain. Sekadar niat untuk
menasihatkan antara satu sama lain sebagai bersaudara
dalam ISLAM. Mohon kemaafan salah kata. Ambillah
hikmah jika tulisan ini bermanfaat, lupakan jika ia
tiada memberi kebaikan. Kesilapan saya adalah kerana
saya adalah manusia yang lemah.
zztogok - AZIZI
Apa yg acik nak focuskan nie bukan pasal artis tersebut... tapi pasal diri kiter sendiri... terlalu yakin esok masih ada utk kiter bertaubat kpd Allah SWT...
Seakan tahu pulak kiter bila masanyer kiter akan kembali kerahmatullah... Siapa tahu tarikh kematian dirinyer.. sila angkat kibod... hehe.
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Ingatan utk diri acik dan tuan2 semua...
No comments:
Post a Comment