Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan
ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan
anggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Jangan membeli teman-teman dengan hadiah, kalau anda berhenti memberi, mereka
akan berhenti mencintai anda. - ELIZABETH BARRET BROWNING
Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang. Airnya beriak
terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan
pun terletak dalam kesusahan. - HAMKA
Umur badan terbatas, Umur batu nisan kadang-kadang lebih panjang daripada umur badan
tetapi umur jasa dan kenangan lebih panjang daripada umur nisan. - JOHN LIGTHART
Ilmu lebih berharga daripada harta benda, sebab ilmu dapat menjagamu daripada malapetaka,
sedangkan harta, kamu yang terpaksa menjaganya daripada malapetaka. - M.P.S.I.
Hati manusia seperti kendi yang kecil mulutnya, tidak ada yang boleh melihat sampai
kedalamnya. Kejernihan isinya hanya dinilai daripada apa yang keluar. - ANON
Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,
akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri. - WALTER B. PITKIN
Membaca buku di petang hari, tilawatil Quran diantara maghrib dan isyak dan tahajud
serta munajat selepas tengah malam adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit
muram dan kesepian. - HAMKA
Barang siapa membuat fitnah, nescaya dia akan membuat fitnah terhadap engkau. Dan
barang siapa menyampaikan kepada engkau tentang hal orang lain, nescaya dia juga
akan menyampaikan hal engkau kepada orang lain. - AL- KHALID AHMAD
Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan
semangat belajar dikalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi
yang dingin. - MANN HORACE
Tipu daya dunia tidak boleh dipercayai, hari ini kita dipujuk, esok kita diperdaya.
Oleh itu, kita tidak boleh mengharap apa yang ada dan tidak boleh cemas menempuh
apa yang akan terjadi. - PRINCESS WILHELMINA
Kehidupan adalah suatu giliran di antara senyum dan ratap. Air mata pula adalah
masin, kerana ia adalah garam penghidupan. - HAMKA
Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambah luas
dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata hati kita. - HAMKA
Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah
ditentukan bagi jam ini tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur
hidup kita. - NOWEL PATTON
Kalau anak dikatakan buah, tentu yang menjadi batangnya ialah ayah dan ibu. Sekiranya
Tuhan yang menjadikan manusia berkembang biak di atas dunia ini, maka ayah dan ibu
menjadi perantaraan bagi kejadian itu. - HAMKA
Orang yang dapat melawan hawa nafsunya dan menahan kemarahan yang bernyala-nyala
di dalam dirinya, dikatakan seorang yang benar-benar berani dan pahlawan. - LIDAH PENDETA
Kalau pada waktu pagi dan petang seseorang itu telah beroleh aman sentosa daripada
sebarang gangguan, itulah orang yang benar-benar bahagia. - ZAID TZABIT
Bahawa harta itu jangan diletakkan di dalam hati tetapi letakkan dalam kantung.
Kerana kalau diletakkan di hati, lukalah hati jika hati keluar. Tetapi kalau
diletakkan dalam kantung, apabila kantung kosong akan datanglah gantinya. - HAMKA
Setiap orang harus dimanfaatkan menurut kemampuan masing-masing kerana harus diinsafi
bahawa tiada seorang pun manusia yang sempurna. - FRANCOISE de MAIHUON
Pengaruh mulia sangat besar di dalam mengatur pergaulan hidup. Malu membuatkan
orang berakal enggan mengerjakan perbuatan jahat. Agama diperintahkan kepada orang
yang berakal dan orang yang baligh, sebab dia tahu malu. - HAMKA
Orang yang berakal bukan yang pandai mencari helah untuk melepaskan diri daripada
perangkap yang telah mengenanya, tetapi yang pandai mencari helah agar tidak terkena
perangkap. - PLATO
Pimpinlah dan kendalilah jiwa itu baik-baik, kerana dia amat liar dan ingatilah
dia kerana dia sering pelupa. - HASSAN BASRI
Diantara kemuliaan ilmu ialah setiap orang dikatakan berilmu, meskipun dalam soal
yang remeh, dia gembira. Sebaliknya, apabila dikatakan tidak, dia bersedih. - ASY-SYAFIE
Ilmu mencari jawapan daripada pertanyaan 'apa atau bagaimana'. Ilmu tidak dapat
menjawab 'dari mana ke mana'. - HAMKA
Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadi
melainkan rajin . - PERIBAHASA TIBET
Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan. - KRISNA
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala dimana juapun,
yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita
sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang kepada segala yang bernyawa. - INNAYAH KHAN
Manusia tidak dapat merobah bentuk mukanya, tetapi kalau dia berusaha dia mampu
mempercantikkan budu pekertinya. - HAMKA
Ketenteraman hati adalah pokok kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah
adalah pangkal segala penyakit. Orang lain jarang dapat menolong orang yang meracun
hatinya sendiri dengan kegelisahan. - HAMKA
Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalah itu adalah baik
dan luhur, apabila dia sendiri telah dan boleh melakukannya dalam kehidupannya
seharian. - TRIMANTO
Hanya penderitaan hidup mengajar manusia menghargai kebaikan dan keindahan
hidup. - GOETHE
Penjara dibina dengan 'batu undang-undang', rumah pelacuran dibina dengan
'batu-batu agama'. - WILLIAM BLAKE
Bersahabat dengan orang jahat seperti berperahu di laut. Sungguhpun selamat daripada
tenggelam, tetapi tidak terlepas daripada rasa takut. - PRIBAHASA ARAB
Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam majlis atau
dalam cara berpakaian dan hendaklah tubuh sepanjang bayang-bayang - yakni kesederhanaan. - HAMKA
Lebih baik tidur dengan perut lapar daripada bangun tidur dengan banyak
hutang. - ANONIM
Wang menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari, tetapi penipuan
yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE
Janganlah mengira bahawa orang yang tertawa betul-betul riang gembira dalam hatinya.
Kegembiraan yang sejati adalah suatu hal yang serius, yang sukar diceritakan pada
orang lain. - SENECA
Bersungguh-sungguhlah tegak menguatkan pendirianmu selama hidup. Ketahuilah bahawa
kehidupan itu hanya berharga kerana keyakinan yang teguh dan tetap serta usaha yang
bersungguh-sungguh. - LIDAH PENDITA
Segala dosa yang kita lakukan, baik mengenai orang lain atau hanya mengenai diri
sendiri, hakikatnya ialah berlaku zalim terhadap diri sendiri. - HAMKA
Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu, jika kamu berada
ditengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan,
jagalah perangaimu. - LUKMANUL HAKIM
Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah
dia. Marahmu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR
Sesungguhnya, orang yang bertengkar dengan orang lain atau berbantah-bantahan atau
bermusuh-musuhan, ia telah membodoh dan mendustakan orang tersebut. Lalu dia lenyap
bersama-sama perkataan yang baik. - IMAM GHAZALI
Jangan khuatir akan hidupmu; tentang apa yang hendak dimakan, jangan khuatir pula
akan tubuhmu; tentang apa yang hendak dipakai, sebab hidup itu lebih penting daripada
makan dan tubuh itu lebih penting daripada pakaian. - ELIZABETH BARRET BROWNING
Orang yang sanggup dan merasa bertanggungjawab mengatur masyarakat adalah tergolong
sebagai orang mukmin. - RIWAYAT MUSLIM
Orang bertanya kepada Luqman, penyair cerita-cerita perumpamaan, "Dari siapa anda
belajar tingkah laku yang baik?" Jawabnya, "Daripada mereka yang tidak mempunyai
tingkah laku yang baik." - SAADI
Bekerja, berfikir dan belajar, itulah hidup. Siapa yang tidak bekerja, hidupnya
di tanah. Siapa yang tiada berfikiran, tidak guna hidup. Hidup dan belajar adalah
kewajipan dari abad ke abad. Tiada kekecualiannya, baik anak-anak yang telah putih
rambutnya. - VAN AALST
Tidak ada erti hidup yang bercampur dengan putus harap dan tidak ada erti putus
harap di dalam hidup. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK
Keberanian yang sebenarnya adalah bagaikan layang-layang; sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah sebaliknya menaikkan. - JOHN PETIT SENN
Berbuat kebaikan kepada orang lain, itu bukan saja satu kewajipan, bahkan suatu
kesegaran batin yang akan dapat menyempurnakan kesihatan. - ZOROASTER
Jangan menginginkan semua berlangsung sebagaimana yang dikehendaki, tetapi bersabarlah
dengan kejadian yang berlaku. Kelak perasaan akan tetap tenang. - MAKSUD HADIS
Jangan cakap semua yang kamu tahu, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan
lakukan semua yang kamu boleh. - PERIBAHASA PORTUGAL
Apabila engkau kalahkan musuhmu dengan kekerasan, engkau membuat permusuhan itu
bertambah hebat. Kalau engkau mengalahkannya dengan perasaan cinta, engkau tidak
akan dapat melihat kesedihan dan penyesalan di kemudian hari. - GAUTAMA BUDDHA
Manusia tahu sedikit sangat akan erti dirinya dan lebih sedikit lagi pengetahuannya
tentang tugas yang mungkin dapat dilakukannya. - BYRON
Sebahagian besar pangkal keberuntungan atau kecelakaan kita ialah kepandaian atau
kesalahan kita memilih teman dalam pergaulan. - LORD AFRERY
Hidup jangan murung, jangan berdukacita dan jangan cemas menghadapi kesulitan.
Ketakutan, dukacita, cemas dan murung, kalau tidak dijaga oleh takwa, adalah
penyakit yang akan menghambat kemajuan langkah. - HAMKA
Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kita
selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB
Ada dua perkara utama yang ingin dicapai dalam hidup - pertama mendapatkan apa
yang kita inginkan dan kedua menikmatinya. Bagaimanapun hanya orang bijak yang
berjaya mencapai tujuan kedua. - LOGAM PEARSALL
Orang yang tidak kacak dalam usia dua puluh tahun, tidak kuat dalam usia tiga
puluh tahun, tidak senang dalam usia empat puluh tahun dan tidak arif dalam usia
lima puluh tahun, maka sampai bila-bilapun ia tidak kacak, tidak akan kuat, tidak
akan senang dan tidak akan arif buat selama-lamanya. - AHLI FALSAFAH
Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia juga
akan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON
Jangan susah jika kamu tidak dikenal orang; tetapi kamu harus merasa susah jika
kamu tidak mengenal orang lain. - KHONG HU CU
Tiga perkara tidak dapat dibeli dalam hidup ini, sekalipun memiliki segunung
emas. - Tidur nyenyak, cinta murni dan persahabatan yang mesra. - H.N. CASSON
Orang yang sopan tidak keberatan melihat sapi tidak berpakaian, tetapi jijik
melihat manusia yang setengah telanjang.
Dan semulia-mulia pakaian ialah pakaian batin yang lebih mulia daripada pakaian
tubuh kasar. - HUKUMA
Hati seorang bodoh ada di mulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada di
hatinya. - BENJAMIN FRANKLIN
Apabila pemuda menganggap pekerjaan itu sebagai beban, maka ia menjadikan dirinya
sebagai budak. Kerana sesuatu yang dikehendaki secara percuma adalah suatu penyakit. - DR. CIPTO MANGUNKUSUMO
Kalau orang miskin menjadi kaya, ia sulit melihat ke tanah. Kalau seorang kaya
menjadi miskin, ia sulit memendang ke langit. - PEPATAH TIBET
Bersahabat dengan orang yang tidak berilmu tetapi hidupnya di kalangan orang-orang
berilmu, lebih baik daripada bersahabat dengan orang-orang berilmu tetapi hidup di
kalangan orang-orang bodoh. - BUDIMAN
Terdapat kepandaian yang lebih berharga daripada kekayaan jika seseorang itu suka
bergaul dengan orang lain. Kepandaian bergaul itu adalah tenaga yang mencipta
kemakmuran. - WHATELY
Kesihatan badan adalah nikmat paling utama. Tetapi setelah kita sakit baru kita
sedar apa erti kesihatan. - BUDAYAWAN
Rasa takut adalah tugas pendorong yang merbahaya. Ketakutan adalah naluri yang
mendedahkan kita seperti haiwan, yakni makhluk tanpa akal. - ALEX OSBORN
Bergaul dengan orang jahat, kejahatannya akan memindah. Bergaul dengan orang
baik-baik akan membawa kita kepada perbuatan yang baik. - HAMKA
Tempat manusia dalam masyarakat, bukan ditentukan oleh apa yang diketemuinya
tetapi oleh apa yang dapat dilakukannya. - LE BON
Sifat yang wajar dimiliki oleh orang yang berjiwa besar, ialah rendah hati, menghormati
orang atasan, lemah-lembut dan menarik mereka yang hidupnya tergantung daripadanya
dan rasa keadilan bawahannya. - CONFUCIUS
Sekiranya generasi muda tidak dipersenjatai dengan jiwa agama, akan hancurlah
akhlak angkatan dan bangsanya. - SUKARNO
Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang
yang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan itu sebenarnya sentiasa ada untuk
memperlihatkan kecekapan kita. - FILSUF
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak
disukai insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum
dan buah-buahan yang subur. - CONFUCIUS
Orang yang kasihkan dirinya tidak akan memboroskan waktunya dengan mengelamun,
tidak mengangankan yang bukan-bukan tapi menguasai fikirannya ke jalan yang
tepat. - W.J. BROWN
Jangan pandang pada orang yang berkata, tetapi pandang dan dengarlah apa yang
dia kata. - PENDITA
Orang yang arif itu dermawan. Bagaimana dia tidak dermawan kerana harta benda baginya
bukan kekayaan. Kekayaan yang sejati ialah cintanya kepada kebenaran. - IBNU SINA
Kemahuan laksana sebilah beliung yang tajam, yang dapat membuat jalan menebas
hutan. - CHARLES DICKENS
Kalau sahabatmu setia kepadamu, bersyukurlah! Kerana pertukaran siang dan malam
telah menganugerahkan engkau kekayaan yang kekal. - AL ANISAH MAI
Biasakan mengusahakan kebajikan dan biasakanlah menghindari keburukan. Hiasilah
dirimu dengan sifat-sifat kemanusiaan yang sempurna lagi terpuji. - SYED MUSTAFFA AL-GHAZALI.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak
akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yang membuat persahabatan
lebih berharga daripada sebuah cinta.- MILLE De SCUDERY
Kesusahan itu percubaan. Orang yang tidak pernah bertemu kesusahan, tidak tahu
dirinya lurus atau tidak. - FIELDING
Kalau penghidupan ini dipenuhi dengan berbagai-bagai cubaan, umpamakanlah cubaan
itu sebagai cermin penghidupan. - SIR WALTER SCOTT
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang,
sebagaimana lalat mencari bangkai di tempat-tempat busuk. - HUKUMA
Tujuan utama hidup yang sejati ialah meneropong tiap-tiap yang wujud dengan kaca
mata jiwa yang tinggi murni. - TCHANING
Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat
memuja dan mengkritik. - WILLIAM SHAKESPEARE
Orang yang hanya sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri, akan mencipta banyak
lawan. - CONFUCIUS
Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa adalah
penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA
Penyamun ilmu kepandaian dan pengetahuan itu keselamatan, sebaliknya penyamun
harta benda itu tidak terlepas dari bahaya. - M.P.S.I.
Bagaimanapun pintarnya seseorang, fikirannya tidak akan mencakup semua persoalan.
Bertambah tinggi kedudukannya bertambah jelaslah kelemahannya. - HAMKA
Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, ayunan kedua-dua
belah tangan, langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan
akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah. - SAYIDINA ALI ABI TALIB
Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus
mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga
diri dan harus selalu mencuba untuk mempertinggi peribadimu itu. - PROF. SYED HUSSEIN AL-ATTAS
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan kita bukanlah kerana membenci mereka
tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. - GEORGE BERNARD SHAW
Apabila satu kedustaan telah dimulai, padahal ini merupakan satu dosa, dia mesti
dipertahankan oleh kebolehan lain, sehingga seluruh kehidupannya adalah dusta
semata-mata. - HAMKA
Kebaikan adalah satu-satunya pelaburan yang tidak pernah gagal. - HENRY DAVID THOREAU
Bahasa yang keluar daripada lidah adalah penyambung rasa yang ada dalam hati.
Lafaz adalah wakil daripada makna. Kalau perasaan kacau, nescaya bahasa pun kacau
dan mundur. Yang kosong tidak dapat memberikan isi. - PUJANGGA
Budi itu tumbuh dari dalam jiwa, kemudian berbuah ke segenap anggota badan dan
boleh menggerakkan amal dan perangai yang baik. - BUDIMAN
Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN
Hendaklah engkau jadi pemimpin bagi orang banyak. Kalau belum sanggup, hendaklah
menjadi pemimpin bagi dirimu sendiri. Jangan enngkau mencari kemuliaan dan
kegagahan dengan jalan mengikut fahaman orang lain atau mengekori kemasyhuran
orang lain dan jangan pula mencari kemuliaan dan kebahagiaan dengan jalan memfitnah
orang lain. - MUSTAFFA LUTHFI EL-MANFALUTHI
Orang yang hanya tahu menerima tetapi tidak tahu memberi, tidak akan merasa
bahagia di dunia ini. - PENYAIR ARAB
Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah apabila dirinya dikritik, sekalipun
kritik membina, tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang
yang mengkritiknya dan mampu menganalisa serta menguji diri sendiri. - WALT WHITMAN
Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan
sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang
dipegangnya. - PUJANGGA
Pandanglah yang baik itu dengan pandangan yang baik dan capailah ia; pandanglah
yang jahat itu memang jahat dan jauhilah ia. Jangan sekali-kali dicampuradukkan. - PUJANGGA
Manusia tidak akan berhasil memetik khasiat cara berfikir positif, apabila iman
dan keyakinan akan sifat Pemurah Tuhan mulai luntur. - DR. NORMAN VINCENT PEALE
Pengetahuan yang sempit menjauhkan kita daripada Tuhan, sedangkan pengetahuan yang
luas menjadi dasar untuk memiliki kepercayaan yang kekal kepada Tuhan. - BLAISE PASCAL
Ramai orang gagal dalam pergaulan hidup dan ditimpa krisis jiwa kerana tidak ada
penyesuaian antara sikap lahir dan batin. Manusia menyeksa diri sendiri apabila
sengaja melepaskan kejujuran. - DALE CARNEGIE
Satu daripada sifat budi ialah jujur. Seseorang yang mengaku dirinya jujur, sentiasa
menjaga perkataannya agar tidak bercampur bohong. - HAMKA
Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya. Tetapi
seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya. - PERIBAHASA ACEH
Keyakinan dan kepercayaan diri sendiri merupakan intisari cara berfikir yang positif.
Ia merupakan kemenangan sebenar. - DR. NORMAN VINCENT PEALE
Pantang seorang budiman melawan suara keyakinannya sebab lidah orang yang berakal
di belakang hatinya dan hati orang yang bebal di belakang lidahnya. - CONFUCIUS
Tiap-tiap bertambah ilmuku, akan bertambahlah pula keinsafan bahawa terlalu banyak
yang aku tidak tahu. - IMAM SYAFI'E
Setiap yang dilakukan manusia termasuk fikiran kemenangan dan semua yang berlalu,
tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalah milik atau harta utama
manusia. - THOMAS CARLYLE
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk orang jahat, dan teman duduk
orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. - ABU DZAR
Peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji. - ARISTOTLE
Tidaklah dapat kita mengenali peribadi seseorang melainkan pada tiga waktu iaitu;
tidak dapat diketahui bahawa dia seorang pemaaf kecuali ketika dia marah, tidak
dapat dikenal sahabat melainkan dalam waktu susah dan tidak dikenal orang yang berani
melainkan pada waktu berjuang. - LUKMANUL HAKIM
Tanda akal seseorang itu ialah kelakuannya, tanda kepandaiannya ialah ucapannya. - MARK TWAIN
Luka disebabkan oleh sebatang panah, akan meninggalkan bekas dan sembuh. Luka
yang disebabkan oleh kata-kata, akan tetap menjadi luka yang dalam. - MAHABARATA
Waktu laksana pisau yang mempunyai dua mata timbal balik; kalau dipergunakan, banyak
pekerjaan dapat diselesaikan ddengan segera, tetapi kalau lalai, tangan sendiri yang
akan dilukainya. - AL-TARMIDZI
Kawan sejati dapat diibaratkan sebagai suatu tanaman yang lambat tumbuhnya dan
harus bertahan menghadapi pukulan-pukulan nasib malang, sebelum berhak disebut
sahabat sejati. - GEORGE WASHINGTON
Semua dosa Tuhan tangguhkan balasannya menurut kemahuannya sehingga hari kiamat,
kecuali dosa menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Allah akan menyegerakan
pembalasannya semasa hidup. - MAKSUD HADIS
Bukannya pada berani jatuh seseorang, tetapi berani bangun setelah jatuh yang
merupakan kunci keberhasilannya. - PERIBAHASA CINA
Kemarahan manusia berbagai-bagai, ada yang lekas marah, lekas tenang dan lekas
hilang. Sesetengahnya lambat marahnya dan lambat pula akan redanya. Sesetengahnya
lambat akan marah tetapi lekas habisnya. Yang ketiga itulah yang terpuji. - IMAM AL-GHAZALI
Jika anda malas, anda akan menuju kepada keruntuhan; di sana tidak banyak tempat
perhentian. Sesungguhnya ini bukanlah jalan, tetapi penurunan yang meluncur ke
bawah. - BEECHER
Apa yang dikatakan tua itu tidak dapat digambarkan melalui umur tetapi hakikatnya
lebih kepada kesihatan dan pemikiran, ada orang dilahirkan tua sementara yang lain
tidak pernah tua. - TYRON EDWARDS
Hanya orang yang boleh hidup dengan segala kurniaan yang ada padanya berupaya
menikmati kebahagiaan. - HENRY GREBER
Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa
tenaga membangun umpama baling-baling tiada kemudi. - ALI SATROAMIJOYO
Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang tetapi
rebutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S.
Nasihat sering tidak dihargai malah mereka yang paling memerlukannya pula merupakan
yang paling tidak menyukainya. - SAMUEL JOHNSON
Orang yang tenang adalah yang bersedia menghadapi perkara yang tidak disangkakan,
mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang. - GEORGE SANTAYANA
Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada
yang berhubungan dengan kekuatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung
dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA
Jika anda mencedok sesuatu daripada hasil karya seorang penulis, anda dikatakan
melakukan plagiat tetapi jika anda melakukan yang sama daripada hasil karya banyak
penulis anda dikatakan sebagai penyelidik. - WILSON MIZNER
Tidur dengan mengingati tanggungjawab yang ditinggalkan adalah umpama tidur dengan
berbebankan seguni pasir belakang anda. - WILSON MIZNER
Fanatik ialah apabila anda melipatgandakan usaha, sedangkan pada masa yang sama
anda terlupa matlamat asal anda. - GEORGE SANTAYANA
Manusia yang takut menderita sebenarnya sudah menanggung penderitaan akibat
ketakutannya itu. - MONTAIGNE
Sentiasalah menghadapkan muka ke arah matahari supaya bayang-bayang kamu sentiasa
berada di belakang. - GEORGE SANTAYANA
Nasib baik dan nasib malang adalah berjiran. - JOHN FAUCIT SAVILLE
Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang tetapi tidak berlaku
pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN
Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini. Orang yang
mampu mengatasi keadaan akan datang lebih cemerlang daripada keadaan itu
sendiri. - ELIZABERTH HARRET
Bila kita tidak memiliki apa yang kita mahu, kita perlu menyukai apa yang kita
ada. - GOETHE
Jangan biarkan sesiapapun menghalang anda daripada melakukan perkara-perkara
yang anda rasakan betul. - GOETHE
Kanak-kanak memerlukan contoh, bukan kritikan. - GOETHE
Mereka yang berada di mana-mana sebenarnya tidak berada di mana-manapun. - HENRY FIELDING
Sebuah buku yang baik adalah seorang kawan yang sejati untuk hari ini dan
selama-lamanya. - JAWAHARLAL NEHRU
Dahulu orang merampas kuasa dengan mata pedang, hari ini orang merampas kuasa
dengan mata wang. - SIDDIQ FADZIL
Tidak ada sebuah pun parti politik yang boleh mendakwa mempunyai hak paten eksklusif
mengenai definisi kemakmuran. - FRANKLIN D. ROOSEVELT
Lebih banyak anda berkata-kata, lebih sukar ia diingati. Oleh itu, kurang bercakap,
lebih berfaedah. - FRANKLIN D. ROOSEVELT
Kehidupan ini adalah padang bola. Kita adalah pemain-pemainnya. Untuk menang
kita terpaksa menjaringkan gol. - JOHN MASON BROWN
Dalam mencari kebenaran, anda perlu tahu apa itu ketidakbenaran dan akhirnya
memilih hanya satu daripada kedua-duanya. - ENIDA
Jangan terlalu mengharap 'peluang' akan mengetuk pintu rezeki anda dua kali. - EMERSON
Semakin bijak seseorang, semakin sedikit yang diharapkannya, tetapi beliau mungkin
mendapat lebih banyak daripada yang diharapkannya. - VOLTAIRE
Manusia yang tidak membina minda dengan menanam tabiat berfikir akan kehilangan
nikmat dalam kehidupannya. - THOMAS EDISON
Setitik dakwat boleh membuatkan berjuta-juta manusia berfikir. - THOMAS CARLYLE
Manusia yang paling kuat di dunia ialah manusia yang boleh mengharungi kesukaran
seorang diri. - TRYON EDWARDS
Tidak ada yang lebih berbisa daripada 'bisa lidah'. - TRYON EDWARDS
Pantang seorang budiman melawan suara keyakinannya sebab lidah orang yang berakal
di belakang hatinya dan hati orang yang bebal di belakang lidahnya. - CONFUCIUS
Tiap-tiap bertambah ilmuku, akan bertambahlah pula keinsafan bahawa terlalu banyak
yang aku tidak tahu. - IMAM SYAFI'E
Penipu memerlukan daya ingatan yang tajam. - PLATO
Sesuatu yang ganjil dalam kehidupan ialah apabila seorang miskin yang memerlukan
wang untuk hidup merupakan golongan yang paling sukar memperolehinya. - CHESTERFIELD
Sahabat mungkin akan datang dan pergi, tetapi musuh kekal mengingati anda. - PLATO
Hidup diukur dengan kejayaannya, bukan umurnya. - PLATO
Berfikir secara logik tidak semestinya diperolehi daripada pendidikan formal. - MAX EASTMAN
Kehidupan umpama basikal, jika tidak bergerak kita akan jatuh. - WILSON MIZNER GOETHE
Berperang dengan batin dan menang dalam peperangan itu, itulah bahagia. - H.G. Wells
Kesukaran untuk mencapai kebahagiaan terletak pada anggapan kita bahawa orang lain lebih bahagia daripada kita. Jika manusia berpuas hati dengan kebahagian masing-masing nescaya dunia akan aman damai. - MONTESQUIEN
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya. - ARISTOTLE
Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab seumpama pahlawan yang tiada senjata. - ARISTOTLE
Belajar tanpa berfikir amat merugikan tetapi berfikir tanpa belajar lebih berbahaya. - CONFUCIUS
Apabila manusia mula diselubungi dengan kemarahan, pertimbangannya semakin menghilang. - THOMAS FULLER
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah
bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip
manfaatnya. - HAMKA
Bahagia dan kesedaran hanya kekal jika disertai dengan kesedaran agama. - GEORGE BERNARD SHAW
1 comment:
salam,
banyaknya pesan-pesan bistari...
ahahhahah
harap2 acik dapat ikut pesanan-pesanan tu... tak lama lagi, bleh tukar nama jadi acik bistari plak!
ahhahahhah...
"ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah"
Post a Comment