Assalamu'alaikum wbt sahabat2 yg dikasihi sekelian,
Setelah membaca tazkirah yg diberikan oleh Ustaz Emran di blog beliau “Pandangan seorg Ustaz”… acik rasa terpanggil untuk melahirkan rasa bersalah dlm diri acik selama ini. Maklumlah… bagi sesiapa yg mengetahui, acik nie aktif jugak bila berforum di Bilik Bincang Muslimin & Muslimah di forum Komuniti Bincang . Net suatu ketika dahulu… disamping byk memberikan kenyataan2 berupa jawapan kepada persoalan2 agama disitu.
Adakalanyer ada persoalan yg acik berikan jawapannyer berdasarkan pertanyaan acik kpd beberapa org pakar rujuk… namun boleh jadi jugak bila ada ahli yg sering bertanya pada acik maka acik dah terasa cam ulama’ forum lak dgn memberikan jawapan2 yg mengikut hawa nafsu pemikiran acik semata-mata tanpa merujuk pada sesiapa.
Suatu kenyataan dlm blog pandangan seorg ustaz yg acik petik disini ialah:
Bahkan di dalam persoalan menuntut ilmu, mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat kedudukan dan juga gelaran penghormatan dari manusia maka hukumnya ialah haram dan berdosa ini berdalilkan kepada hadith Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda : “Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi para ulama, atau untuk berdebat dan mengalahkan orang yang bodoh atau untuk mencari wajah manusia kepadanya maka Allah akan menempatkan dirinya di dalam api neraka”. (Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
Kata2 Ustaz Emran disertakan dgn hadis tersebut begitu menyentuh perasaan bersalah dlm jiwa acik. Rasanyer dulu2 acik mempelajari atau cuba mengetahui ilmu2 agama hanyalah sekadar utk berlumba2 siapa terror dlm bidang agama nie dgn kenkawan BDN semua… Tiada pun sikap utk menpelajari ilmu agama utk keperluan diri dan utk diamalkan dlm diri acik sendiri… aduhai… terasa kesalnyer acik dgn sikap acik dahulu…
Al-Imam Malik ra pernah berkata “ Barangsiapa yang ditanya akan suatu persoalan maka sebelum dia menjawabnya hendaklah terlebih dahulu menyerahkan dirinya kepada pertimbangan syurga dan neraka dari perbuatannya itu apakah dia dapat melepaskan diri di akhirat kelak kemudian barulah dia boleh menjawab persoalan tersebut.”
Bahkan Imam Malik ra sendiri terkenal dengan jawapannya paling berhikmah iaitu “Aku tidak tahu” sehingga apabila seorang dari muridnya berkata apakah akan aku pulang memberitahu orang-orang ramai mengenai engkau tidak tahu dalam masalah ini ? Lalu dijawab oleh imam dengan berkata : “Ya, beritahu kepada orang-orang lain bahawa aku tidak tahu”. Demikianlah wara’ dan taqwa mereka kepada Allah swt mengatasi ilmu mereka.
Kadangkala ada jugak pertanyaan dari ahli2 forum yg acik dgn beraninyer mengatakan ianyer begitu hukumnyer… hanya dgn menurut kefahaman dan penghayatan beberapa penulisan dan artikel2 mengenai sesuatu persoalan maka acik akan membuat rumusan acik sendiri utk memberikan jawapannyer.. Tah betul tah tidak, wallahu a’lam… acik harap sesiapa yg membaca semula nukilan acik di forum BDN atau dimana2 forum sekalipun maka berhati2lah dan selidik dahulu kebenaran kata2 acik tersebut. Acik manusia biasa, boleh jadi salah boleh jadi betul, jika fikiran acik menepati as-sunnah maka terimalah, sekiranyer tidak maka tinggalkan.
Keberanian para pemuda Islam dalam memberi fatwa dan menjawab persoalan hukum hakam agama tanpa mendalami terlebih dahulu bidang tersebut sangatlah dikesali dan hal ini benar-benar mengundang kepada fitnah serta bahaya di dalam masyarakat Islam.
“Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, Maka Tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.” (Al-Anbiya :7).
Para sahabat rasulullah dan golongan salaf soleh terdahulu benar-benar meninggalkan teladan yang sangat berguna kepada kita namun malangnya para pemuda yang mengaku mengikuti manhaj salaf soleh sebaliknya mengabaikan banyak dari teladan mereka. Di dalam masalah berfatwa misalnya para sahabat ra sangat terkenal menjaga lisan dan diri mereka dari berfatwa sesuatu yang tidak mereka ketahui dan sangat berhati-hati di dalam mengeluarkan pendapat dan memberikan tunjuk ajar keputusan hukum.
Amat benarlah kata2 Ustaz Emran diatas (yg acik boldkan tue)… Dlm memberikan jawapan kadangkala acik tidak begitu berhati2… takde pun membuat solat sunat mohon keberkatan atau mohon petunjuk dari Allah bila memberikan sesuatu keputusan terhadap soalan2 yg ditanyakan… alangkah malangnya jika sekiranya ada hukum hakam yg acik berikan, digunakan org (ahli forum BDN) sedangkan hukum tersebut sebenarnyer adalah salah… nauzubillahiminzalik….
Akhirkalam, acik memohon ampun kpd Allah SWT dan memohon maaf kpd sahabat2 yg berkunjung ke laman ini diatas segala salah silap acik selama berada di forum BMM terdahulu. Disebabkan itulah acik meminta izin utk mengundurkan diri dan jarang aktif di BMM agar tidak berlaku lagi perkara2 yg tidak diingin disana.
Sekian, ikhlas dari,
Acik fosilmitra.
DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU ISLAM DIJUNJUNG!
No comments:
Post a Comment