Copy paste dari email...
Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa
yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi
jutawan mudah dengan teknik duplikasi jer.
Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang,
tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu
maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang
sekali dalam setahun.
Mari kita rebutkan peluang jadi jutawan di Bulan Ramadhan.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu
diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan
diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan
oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu
diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan
diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan
oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan Ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya Allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan Ramadhan 30
hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al-Quran sebagai contoh Alif
Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat
pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif
1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca Al-Quran dalam Ramadhan ini dan ditukarkan dalam
rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam
lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya Allah swt itu teramat Maha Pemurah dan Maha Kaya. Tidak ada
Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet
dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!!
Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi
jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup
sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di
akhirat!
Mengapa?
Allah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini
senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka
yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business
admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah
swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt.
Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.
Renungkanlah.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment