Tuesday, March 08, 2011

Kenapa Allah Turunkan Masalah Kepada Kita?

Acik terbaca suatu artikel di ofis acik semlm mengenai "Kenapa Allah turunkan masalah kpd kita?"

Sebenarnyer tujuan masalah diturunkan kpd kita adalah utk menyedarkan kita mengenai potensi diri kita… masalah yg dimunculkan dlm hidup bertujuan utk membongkar kekuatan yg terpendam dlm diri… kebanyakkan org yg berjaya, hidup mereka asalnya susah…

Dari sebab kesusahan tersebutlah mereka berusaha utk keluar dari kepompong kemiskinan… yg miskin bekerja kuat dan belajar bersungguh² demi meringankan beban keluarga yg dipikulnya…

Hidup susah itu satu masalah. Namun mereka memfokuskan pada penyelesaian masalah tersebut iaitu dengan keluar dari hidup yg susah, membina hidup yg senang. Sebab itu kita perlu sentiasa muhasabah diri agar dpt menyelesaikan segala masalah yg kita hadapi selama ini.



Jika kita lihat masalah didunia ini… semuanya bersifat sementara shj… tapi masalah diakhirat kelak mmg betul² punya masalah bak kata org mudo… iaitu masalah yg dah tak boleh nak ditangani mahupun dikakian lagi… Sebab itu bila kita hadapi masalah didunia ini, sentiasa ingat bahawa masalah kita itu bersifat sementara… Kalau masalah didunia seperti masalah ketiadaan wang, hal tersebut boleh selesai dgn kita berjumpa kenkawan atau saudara yg boleh membantu kita... Masalah ketiadaan jodoh... masalah tersebut boleh selesai dgn berjumpa acik.. hehe... gurau jer..

Namun jgn kita hadapi masalah diakhirat kelak sebab masalah itu akan bersifat kekal abadi selamanya… Masalah seperti melakukan perbuatan zina, melakukan dosa besar dan sebagainya lagi yg merupakan masalah dlm hidup kita sebenarnya perlu kita elakkan…

Jgnlah kita tinggalkan solat kerana ianya akan menjadi masalah kita diakhirat… Solat merupakan perkara pertama dan utama yg ditanyakan diakhirat kelak, jadi jika tak jaga maka masalah besar mmg akan timbul…

Jgn pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda utk kita berubah. Bila kita dilanda masalah, kata pada diri kita “inilah masa utk aku berubah, aku kena berubah!”… Kita kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan dan mencari kaedah baru utk menyelesaikan sesuatu masalah didlm hidup kita… insyaallah pasti berjaya!!

1 comment: