Assalamu'alaikum wbt...
Arini acik masuk skit isu kewangan kat dlm blog nie yer... almaklumlah bebaru ni acik dpt tahu ada sebuah bank yang menawarkan interest rate yg begitu murah untuk selama 10 tahun iaitu sebanyak 4.69% sahaja.
Justeru itu, didalam mesia raya kita dah tentulah memasing sedia al-maklum... takde seorang pun umat yang boleh lari dari membuat loan pinjaman dimana² institusi kewangan kecuali org tue anak org kaya atau mmg kaya dari awal lagi... hehe...
Waktu nak belajar pun kita dah membuat pinjaman iaitu samada pinjaman MARA atau PTPTN... jadi masalah berhutang nie mmg tak mampu dielakkan lagi... cuma kenalah pandai kita mengatasi masalah ini dan bersyukur serta beruntunglah kalau mak ayah kita pandai dan rajin nak menyimpan utk kita dari kecil lagi jadi dah takde masalah kita nak berhutang dgn bank lagi... :)
Jadi acik cite skit situasi acik skrg... acik mmg mempunyai 2 personal loan dan 1 loan kenderaan skrg ini... Jadi dari 3 loan tersebut acik bercadang nak membayar atau mencantumkan kesemuanya menjadi satu sahaja atau berhutang dengan satu institusi kewangan sahaja utk mengelakkan pembuangan masa dok bayar setiap kali dpt gaji dan takut tak terbayar nanti...
Jadi dari 3 loan tersebut yg jumlahnya katakanlah RM500 sebulan.... bila acik membuat pinjaman dgn bank yg baru ini dengan jumlah mencakupi pembayaran penyelesaian awal bagi semua loan tersebut maka acik masih dpt berjimat lagi dlm RM48... makna kata loan yg acik buat tadi bayaran bulanannya cuma RM452 sahaja sebulan jadi ianya menguntungkan kita sendiri...
Sebab apa untung sebab satu kita dpt jimat duit sikit dan kalau kita dpt disiplinkan diri kita, duit lebih yg kita perolehi tue terus sahaja kita masukkan dlm account simpanan seperti Tabung Haji atau ASB kita. Jadi setiap bln dah tentulah duit RM500 yg sepatutnya kita bayar tetap kita bayar namun dengan sedikit penjimat dimana RM48 kita boleh masukkan ke dlm saving.
Dan semua sedia maklum bahawa kalau makan gaji, setiap tahun dah tentulah akan ada kenaikkan gaji dan dari situ kita tambah lagi hutang kita... ops! hehe... kita tambahkan lagi saving kita dari tahun ke setahun hinggalah kita pencen atau bersara... Ingat semua! saving adalah perkara utama yg amat memboringkan kita semua utk melaksanakannya namun tanpa saving maka tiadalah pelaburan dan pembaharuan didalam hidup kita dimasa tua kelak... Ingat yaa...
Jadi jika dilihat keadaan sebegini, acik syorkan pada semua rakan² yg ada banyak loan tue, maka cantumkanlah loan anda menjadi satu... iaitu dgn menyelesaikan loan lama dgn satu institusi dan berhutanglah dgn membuat satu loan sahaja... Dan ingatan acik yg terakhir... buat pinjamanlah dengan bank yg mempunyai kemudahan insurans didalam loannya... hal ini penting sebab kalau berlaku apa² kepada kita, pihak insurans akan membantu keluarga kita menyelesaikan apa yg termampu agar tidak terbeban dgn loan yg kita buatkan...
Acik ada satu kisah benar dimana seorg rakan dipejabat acik yg telah pun ditawarkan MSS (mutual separation Scheme atau diberi pampasan utk berhenti kerja) baru-baru ini kerana masalah kesihatannya yg sebln kosnya dlm RM3k kalau tak silap acik... beliau didapati mengidap penyakit buah pinggang dan penyakit ini baru saja dlm 3 thn dihidapinya. Namun kerana hal tersebut beliau telah meminta socso memberikan beliau pencen ilat dan alhamdulillah beliau telah pun dpt pencen tersebut. Dan kalau nak tahu, semua loan beliau ambik yg mempunyai insurans (loan pinjaman cara islam) dilunaskan oleh pihak insurans... bayangkanlah bebaru ini saja beliau ada membuat overlaps loan Bank Rakyatnya sebanyak RM30k namun beliau dah tak perlu bayar kesemua loan tersebut disebabkan keadaan beliau yg sakit dan dpt pencen ilat socso...
Moral of the story, kita bukanlah meminta Allah menurunkan penyakit atau malapetaka pada kita namun seeloknya kita sentiasa mengambil langkah berjaga² dan segala produk islam itu sememangnya amat sesuai dengan kita sebagai orang islam itu sendiri.... Sekian tips kali ini, selamat mencuba... :)
No comments:
Post a Comment