Thursday, March 17, 2011

Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh?

Acik tertarik utk mengupas isu yg terdapat dilaman Pakdi.my mengenai topik iaitu Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh

Acik ada berikan komen seumpama ini:

Salam,

Pendapat acik berbeza, nak beli keta boleh, tapi dgn syarat dah ada 2 keta… makna kata satu keta kecik (jimat minyak, utk perjalanan ke tempat kerja), satu keta besar utk perjalanan keluarga ke tepian pantai, guna sekali sekala jer…

Kalau anda dah punya keta kecik, tak salah nak sambau keta besar dgn syarat keta kecik tue dah habis bayar ler… fullsettlement… dan sebaliknya bagi yg berkereta besar, belilah keta kecik utk tujuan ke tempat kerja.

Acik kurang setuju dgn pendapat naik motor lebih afdal dari naik keta, hal ini membahayakan nyawa anda semata². Mmg cepat sampai, mmg jimat kos tol, minyak, parking sumer… tapi kalau “terkena harinya”… sendiri mahu ingatlah akan yg tersayang…

Beli keta kedua pun jgn ler beli keta yg mahal², bebaru ni acik tgk kat mudah.com kita nissan serena baru dlm RM40k jer… tujuannya pun hanya utk sesekali jln balik kg atau honeymoon… hehehe…

p/s: My seposen jer..



Dan komen acik tersebut dibalas oleh seorg pelawat eezone dengan nota;

Acik, part kereta besar tu kan, yang guna hanya sekali sekala kalau nak bawak pergi jalan2 keluarga, agak2 installment kat bank tu boleh bayar sekali sekala tak?

Saya ada kawan gak…selalunya dia pergi keje naik moto…gaji tak besar, kira cukup2 makan…tapi sambar gak sebijik kereta sebab dia kata senang kalau nak jalan jauh…kereta tu hanya guna waktu weken sahaja…kiranya kalau bergerak 4 weken seminggu tu pun dah kira bagus…tapi tiap2 bulan installment kereta tetap kena bayar…

pada pendapat saya yang tidak seberapa ni, tindakan tu amatlah merugikan sebab tak fully utilize kenderaan yang dibeli. beli sekadar untuk guna sekali sekala…

Of cos, kalau duit dah berkepuk2, asset dah melimpah ruah, tade masalahnya nak beli 10 kereta pun simpan kat garaj…tapi kalau duit pun cukup2 makan, pastu buat pulak kesilapan beli kenderaan yang hanya guna SEKALI SEKALA, pastu tiap2 bukan sesak je memanjang, pada saya amat lak tidak bijak…

Lantas acik mengulangi pendirian acik sepertimana dengan jawapan;
Keta secondhand kalau dibeli utk kegunaan sebagai kenderaan kedua utk berjalan² cari makan pada acik masih ok berbanding beli keta firsthand… Kegunaannya mmg sekadar utk sekali sekala sebulan namun berbaloi dan lebih afdal dari kita dok sewa kenderaan utk ke sana kemari yg akhirnya kereta tersebut bukan milik kita pun… just keta sewa… mcm rumah sewa gak kesnya…

Sebab tue, bila beli 2 keta, satu keta mmg full utilise kegunaannya utk berulang alik ke pejbt maka duit kos service maintenance sumer hanya utk satu keta saja… kos yg sebuah keta besar mpv lagi tue kemungkinan dpt dijimatkan… dah nama pun keta second… kita nak servis ikut sukat kati kita sekali 6 bln ke… 10 bln ke sebab kegunaannya pun utk sekali-sekala.. tul dak?

Dan last sekali kenyataan seorg pelawat gjoe seperti ini;
Kalau membeli sebiji kereta sudah satu kebodohan, apatah lagi membeli sebiji lagi kereta. 2 kali bodoh namanya…..

Dan disini acik seakan mahu menjelaskan bahawa pendapat acik hanyalah semata² mengikut situasi acik sendiri... dan bukanlah utk diterima pakai oleh sesiapa pun... dah jelas dari awal lagi acik memberikan amaran bahawa "Pendapat acik berbeza"... dan sememangnya kalau ikut pada pengurusan kewangan peribadi mmglah pendapat tersebut tidak wajar diikuti sebab ianya lebih membebankan anda semua... kecuali acik dan org yg bersamaan dengan situasi didalam kehidupan acik skrg nie...

Sekian, wassalam.

1 comment:

Hazrin said...

aahhh.. asyik kau je nak menang...