Semoga tabah menghadapi ketentuan dari Illahi shbt .. Setiap manusia sentiasa di uji dengan pelbagai cubaan dan ujian ..Semoga tetap kuat dan tabah menghadapi segala ketentuan Allah SWT
"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Monday, December 30, 2024
Bertabahlah Wahai Ar Ruhul Jadid .. Iswardy Morni Tok Janggut Bincang.net
Assalamu'alaikum wbt shbt semua .. Hari ini telah diumumkan keputusan dari mahkamah mengenai kes di mana Iswardy Morni dikatakan telah menghina DYMM Seri Paduka Agong ..
Thursday, November 28, 2024
Kebangkitan Acik Fosilmitra 💪🔥💥
Teruskan perjuangan untuk hidup dan kita akan jumpa semula shbt shbt lama kita .. Dengan izin Allah
Doa Hari Arafah
Doa Hari Arafah
*Syeikh Yusuf Al Hasani*
أكثروا من هذا الدعاء.
Perbanyakkanlah doa ini
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ٠
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكره وأصيلآ .
Allah yang Maha Besar dengan segala kebesaranNya,
Segala puji sebanyak-banyaknya hanya selayaknya milik Allah.
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang hari.
1- اللَّهُمَّ إنا نسألك باسمك العظيم الأعظم، الذي إذا دعيت به أجبت، وإذا سئلت به أعطيت، وبأسمائك b
vvvvvvpp كلها ما علمنا منها وما لم نعلم، أن تستجيب لنا دعواتنا، وتحقق رغباتنا، وتقضي حوائجنا، وتفرج كروبنا، وتغفر ذنوبنا، وتستر عيوبنا، وتتوب علينا، وتعافينا وتعفو عنا، وتصلح أهلينا وذريتنا، وترحمنا برحمتك الواسعة، رحمة تغنينا بها عن رحمة من سواك
. الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ
1. Ya Allah sesungguhnya kami pohonkan kepadaMu dengan namaMu yang agung lagi teragung, yang mana ketika didoakan dengannya nescaya Engkau akan perkenankan. Apabila diminta dengannya nescaya Engkau akan kurniakan. Dengan nama-namaMu yang indah seluruhnya sama ada dengan apa yang kami ketahui atau tidak pernah kami ketahui, agar sudilah kiranya Engkau memperkenankan segala permohonan kami, menunaikan apa yang menjadi keinginan kami, menyempurnakan hajat-hajat keperluan kami, memberi jalan keluar atas kesulitan-kesulitan yang kami hadapi, mengampuni dosa-dosa kami, menutupi segala keaiban kami, menerima taubat kami, memaafkan kami dan memberi aafiyah kepada kami, memperbaiki keadaan ahli keluarga dan zuriat keturunan kami, merahmati kami dengan rahmatMu yang luas dan dengan rahmat yang mencukupi kami daripada mengharapkan rahmat daripada selainMu.
2- اللَّهُمَّ اكفنا بحلالك عن حرامك، وأغننا بفضلك عمن سواك.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكره وأصيلآ .
2. Ya Allah cukupilah kami dengan hal yang halal daripadaMu sehingga kami meninggalkan yang haram di sisiMu dan cukupkan kami dengan segala kurnia agar kami tidak bergantung kepada selainMu.
3- اللَّهُمَّ إني أسالك يا الله بأنك الواحد الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كفواً أحد، أن تغفر لي ذنوبي، إنك أنت الغفور الرحيم.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكره وأصيلآ .
3. Ya Allah sesungguhnya aku memohon denganMu yang maha Tunggal lagi Maha Esa, yang menjadi tempat bergantungnya seluruh makhluk, yang mana tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara denganMu, agar sudilah kiranya Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemaaf lagi Maha Penyayang.
4- اللَّهُمَّ إني أسالك أن ترفع ذِكري، وتضع وزري، وتُصلح أمري، وتغفر لي ذنبي.
الله أكبر كبيرآ الحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكره وأصيلآ .
4. Ya Allah sesungguhnya aku memohon agar Engkau meningkatkan zikirku, merendahkan kesalahanku, memperbaiki urusanku dan mengampuni dosa-dosaku.
5- اللَّهُمَّ إني أسالك إيمانًا لا يرتد، ونعيمًا لا ينفد، ومرافقة نبينا محمد ﷺ في أعلى جنة الخلد.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة واصيلآ.
5. Ya Allah sesungguhnya aku memohon keimanan yang tidak ada lagi berpaling sesudahnya, kenikmatan yang tidak berpenghujung, berteman dengan Nabi kami Muhammad saw di syurga yang tertinggi, yang kekal abadi.
6- للَّهُمَّ حبِّب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكرِّه إلينا الكفر والفسوق والعصيان، واجعلنا من الراشدين.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ .
6. Ya Allah jadikan iman itu sebagai kecintaan kepada diri kami, hiasi ianya di dalam hati-hati kami, jadikan kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan itu sesuatu yang dibenci bagi kami dan jadikan kami orang-orang yang mendapat petunjuk yang lurus.
7- اللَّهُمَّ توفنا مسلمين، وأحينا مسلمين، وألحقنا بالصالحين، غير خزايا ولا مفتونين.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ .
7. Ya Allah matikan kami dalam keadaan Islam, hidupkan kami sebagai orang-orang Islam dan himpunkan kami berserta para solihin, tidak tercela dan tidak juga terfitnah.
8- اللَّهُمَّ زدنا ولا تنقصنا، وأكرمنا ولا تهنا، وأعطنا ولا تحرمنا، وآثرنا ولا تؤثر علينا، وأرضنا وارض عنا.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة واصيلآ
8. Ya Allah tambahilah bagi kami, jangan Engkau kurangi. Muliakan kami, jangan Engkau hinakan kami, Anugerahkan kami, jangan Engkau halangi pemberianMu daripada kami. Pilihlah bagi kami, janganlah Engkau membiarkan kami. Redhailah kami dan redhailah segala usaha kami.
9- اللَّهُمَّ أقل عثراتنا، واغفر زلاتنا، وكفِّر عنا سيئاتنا، وتوفنا مع الأبرار، يا عزيز يا غفار.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكره وأصيلآ .
9. Ya Allah kurangilah segala ketergelinciran kami, ampunilah kesalahan-kesalahan kami, hapuskan kejahatan-kejahatan kami, matikan kami berserta dengan golongan yang terhimpun padanya kebaikan. Ya Allah yang Maha Perkasa, Ya Allah yang Maha Pengampun
10- اللَّهُمَّ عافني في روحي وفي جسدي، وفي قلبي وفي بدني، وفي صحتي وفي قوتي، وعافني في دنياي وآخرتي.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ
10. Ya Allah berilah aafiyah pada ruhku, pada jasadku, pada hatiku dan pada tubuhku, pada kesihatanku dan pada kekuatanku. Berilah aafiat kepadaku, pada dunia dan akhiratku.
11- اللَّهُمَّ إني أعوذ بك من عقوق الأبناء، ومن قطيعة الأقرباء، ومن جفوة الأحياء، ومن تغيّر الأصدقاء.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ
11. Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindunganMu daripada anak-anak yang derhaka, daripada terputusnya hubungan sesama kerabat, daripada menghadapi keras hati orang-orang yang hidup dan daripada perubahan-perubahan yang berlaku pada teman-teman sekeliling.
12- اللَّهُمَّ إنِّي أعوذ بك من قلب لا يخشع، ومن دعاء لا يسمع، ومن نفس لا تشبع، ومن علم لا ينفع، اللَّهُمَّ إني أعوذ بك من هؤلاء الأربع.
الله أكبر كبيرآ والحمد لله كثيرآ وسبحان الله بكرة وأصيلآ
12. Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengarkan, daripada nafsu yang tidak pernah puas, dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada termasuk dalam empat golongan ini.
13- اللهم وفق من أرسل هذه الرسالة وبارك له في دينه وعمره ورزقه وصحته وعافيته وأهله وحقِّق له ما يتمنَّى
13. Ya Allah berilah taufiq bagi orang yang menghantar kepadaku risalah ini, berkahilah padanya urusan agamanya, usianya, rezekinya, kesihatannya dan keaafiatannya, ahli keluarganya serta tunaikanlah baginya atas apa jua yang dinginkan
اللَّهُمَّ آمين
Ya Allah perkenankanlah
لا تنسوني من دعائكم
Jangan melupakanku dalam doa-doa kalian
اللَّهُمَّ اجعل هذا الدعاء صدقة جارية عني وعن أمي وأبي وَذُرِّيَّتِي وكل من أرسلها.
Ya Allah jadikan doa ini sebagai sedekah jariah daripadaku, bagi ibu bapaku serta zuriat keturunanku serta bagi setiap orang yang menyebarkannya.
Amin
Daripada Syekh Yusuf Muhyiddin Al Hasani
Friday, November 15, 2024
DOA ORANG YANG TERANIAYA ADALAH MAKBUL
Assalamu'alaikum wbt shbt yg dikasihi sekelian .. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita sekali lagi bertemu dalam CHANNEL ACIK FOSILMITRA ini ..
Alhamdulillah syukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik juga sungguhpun ada sedikit rasa kurang dari segi kewangan namun acik yakin dan percaya semuanya adalah rahmat buat kita sekiranya kita masih lagi bersyukur dengan rezeki rezeki yg diberikan oleh Allah SWT ..
Semlm acik tertonton .. yg ni bukan perkara yg biasa acik buat tetapi acik tertonton dlm Channel tazkirah Tuan Guru Nik Aziz bekas Menteri Besar Kelantan yg kita semua ketahui akan kebaikan beliau sehinggalah kematian beliau ..
Dalam Channel tersebut ditunjukkan seorang ayah sedang mendukung anak perempuannya yang telah meninggal dunia .. Tentu semua tahu suasana pilu .. suasana sedih menyelubungi tempat tersebut namun ayah Palestin ini begitu tabah hatinya mengusap mata anaknya itu dan mendukungnya sehinggakan acik mmg tak dpt nak tahan lagi airmata ini dari mencurah curah seperti air hujan lebat yg sedang melanda negara kita ini ..
Yaa Allah .. kenapalah kau ciptakan dunia ini untuk kita melihat perkara yang tidak adil ini Yaa Allah 😭😭😭 Acik tak dpt nak menahan sebak melihat klip video tersebut .. Acik yakin dan percaya berat mata kita memandang keadaan ayah si kecil anak syurga ini namun kuat sungguh si ayah mendukung dan menahan diri untuk tidak bersedih hati dengan pemergian puteri nya yang cukup cantik cukup sempurna ..😭😭😭😭
Kepada yang melakukan perkara ini percayalah bahawa doa org yang teraniaya akan didengar oleh Allah ketika berada di mahsyar kelak ..
Ketika itu cukuplah Allah SWT sebaik baik pembalas segala perbuatan merekah didunia ini .. Kadang acik terfikir tah agama apa laa yg memberi kebenaran untuk membunuh anak kecil yang tak berdosa ini ..
Yaa Allah ko tunjukkanlah kebesaran dan kekuasaan mu dengan segera .. Aamiin 🤲 🥺 😭
Tuesday, September 24, 2024
PERCAYA DENGAN TAKDIR ALLAH PADA KEHIDUPAN KITA
Bersyukur kita kepada Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sekali lagi acik menukil kata di medan blogspot acik ini..
Alhamdulillah.. kerana masih diberikan nafas untuk bergerak dan menulis kata disini.. Syukur pada Allah SWT yg mengatur segala kehidupan manusia didunia ini termasuk acik sekeluarga..
Kadangkala apa yang diberikan olehNya mungkin kita tidak nampak lagi akan kehebatan aturannya namun itulah kita hanya mampu melihat secebis kekuasaan yg Allah berikanlah di dunia ini.. Walhal seluruh kehidupan dan alam ini diatur oleh Allah yg Maha Mengetahui..
Semoga akhirul kalam ini memberikan kesembuhan dan kekuatan buat acik untuk terus melakukan sesuatu perkara kecil Yang mungkin hanya sebesar zarah cuma kebaikan namun kita mesti terus yakin setiap zarah kebaikan akak dibalas mahupun setiap zarah kejahatan makan juga diadili dan diberikan balasannya..
Kepada mereka yang benar benar berada di jalan yg lurus dah diredhai oleh Allah jgnlah bersedih hati kerana sesungguhnya walau seluruh manusia di dunia ini mengatakan kamu tidak benar namun seandainya disisi Allah SWT kamu mmg mengikuti apa yang disuruh oleh nabi Muhammad SAW Rasulullah junjungan kita maka tidak akan perlu ada rasa bimbang dan tak perlu ada rasa bersedih hati padahal kamulah org yg paling tinggi darjat dan kedudukannya sekiranya kamu orang yang beriman..
Wallahu'alam Bisshawab.
Acik Fosilmitra
Friday, July 26, 2024
NOWSEEHEART HARI JUMAAT
Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Berarti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!
Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:
1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat
2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS, BERSOLEK, dan BERPAKAIAN
3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh
4. JANGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita
5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat
6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur
7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)
8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya
9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu
10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya
11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi
12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati
13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu
14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain
15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!
16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu
17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu
18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain
19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat
20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa
21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu
22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat
Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.
Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan.
Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.
Kredit : Noor Isham Sanif
Wednesday, July 03, 2024
KEMATIAN
Assalamu'alaikum.
Al fatihah
*Kematian*
Suatu hari nanti, kematian kita akan tiba.
Bila?
Tiada siapa yang tahu.
Boleh jadi malam nanti. Boleh jadi esok. Boleh jadi minggu depan. Boleh jadi awal tahun depan.
Kematian itu adalah satu rahsia yang tiada siapa berani nak 'korek'. Tiada siapa yang nak ambil tahu.
Berbeza dengan rahsia jodoh.
Jodoh itu rahsia yang sangat ramai orang nantikan untuk 'dibocorkan'. Sangat ramai orang yang nak tau tentang nya.
Kalau cerita tentang jodoh, semua orang suka. Tetapi bila cerita tentang kematian, semua senyap. Semua tak nak dengar.
Kenapa?
Sedangkan, kematian itu lebih pasti daripada jodoh. Jodoh kita belum tentu ada di dunia.
Tetapi kematian itu sudah pasti akan menjemput kita ke 'dunia' yang sebenar.
Fokus lah kepada yang 'pasti' dan yang 'tidak pasti' itu biar Allah saja yang aturkan.
Persiapkan lah bekal yang secukupnya untuk kita disana.
Kerana, ajal itu tetap datang walau kita tidak bersedia.
Wednesday, May 22, 2024
BANGKIT ACIK FOSILMITRA 💪🔥 💥 🚀 🦢
AYUHHH TERUSKAN PERJUANGAN INI 💪 🔥 💥 🚀 🦢
Sunday, March 10, 2024
Selamat Menyambut Ramadan 1445h sekali lagi sahabat
Alhamdulillah syukur kerana masih diberikan kesempatan berbakti ini untuk menyertai bulan ramadhan yang mulia ini.
Sungguhpun mungkin esok belum tentu ada buat diri acik dan shbt semua.. Namun kita panjatkan juga kesyukuran diatas segala nikmat kurniaan Allah SWT ke atas kita.
Setiap manusia diberikan peluang untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik lagi.. Gunakanlah masa dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari shbt semua.
Insya Allah pesan acik buat diri sendiri dan semoga kita dpt ketemu lagi shbt.. Wallahu'alam Bisshawab.
Thursday, March 07, 2024
ALLAH IS CALLING BUT I DIDN'T ANSWER
SEMOGA ALLAH SELALU MEMBANTU KITA
Seorang pemandu grab bertanya pada seorang Ustaz yang kebetulan jadi penumpang nya hari itu.
"Ustaz, kenapa ya. Saya merasa susah dan penuh masalah. Cari rezeki sulit, cari penumpang susah, pendapatan semakin kecil, hutang keliling pinggang pun tidak terbayar, masa depan saya semakin suram ustaz 😢 .
Saya juga merasa penat dengan hidup saya yang tiada kemajuan..! Terasa hambar, tak ada arahnya, dan tak ada nikmatnya. Bosan saya ustaz. Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sekali ya?
"Oooo..! Mungkin kau kurang beribadat, kurang ingat akan Allah.”
"Hahh! saya kurang ingat ? Maksudnya bagaimana ustaz?", tanya si pemandu grab.
"Mungkin Malaikat Rahmat penat mencari nak... Sebab dicari kesana kemari tapi tak pernah dijumpai."
Setelah berhenti sejenak, ustaz tersebut melanjutkan,
"Kamu dicari oleh Allah di antara kumpulan orang yang solat berjamaah di masjid, tidak ada.
Dicari di antara kumpulan DHUHA, kamu juga tak ada.
Dicari di antara kumpulan TAHAJJUD juga tak ada
Dicari di antara kumpulan PUASA sunah tak ada
Dicari di antara kumpulan SEDEKAH juga tak kelihatan batang hidungmu.
Dicari di antara kumpulan TADARUSAN Qur'an, kamu juga tak nampak di sana.
Dicari di antara kumpulan orang orang yang Umrah, Niat pun tidak ada.
Pemandu grab itu diam menunduk, ia merasa seperti ada sesuatu dibenak hatinya.
Si ustaz melanjutkan...
"kamu dicari Allah di antara orang² yang tepat waktu SOLATNYA, juga tak ada. Malah solat di kerjakan paling belakang dibanding kegiatan lainnya.
Memangnya siapa yang memberimu waktu dan umur?
Dicari di antara ahli SELAWAT pun tak ada.
Dicari di antara yang MENUNTUT ILMU (agama/pengajian/ta'lim), juga tak ada.
Dicari di antara orang yang mengamalkan dan menegakkan SILATURRAHIM, kamu juga tak ada., asyik beralasan sibuk... asyik penat... itu ini yg kurang manfaat
Terus Allah mau mencari di mana lagi? Cuba beritahu nak...
Pemandu grab diam membisu .
"Jawablah ... jangan diam je"
Maka, menangislah si pemandu tadi. Sambil mengesat airmatanya yg bercucuran, seperti cucuran air hujan... bocor lalu ia ber Istighfar...
“Taubat.... Ustaz... Saya Taubat...”
Hidup itu sederhana nak, kalau kita utamakan Allah, DIA juga utamakan kita. Semoga kita betulkan diri, selagi masih ada waktu.. terus menerus perbetulkan diri... Semoga Allah mengampuni dosa2 kita dan menerima taubat kita.
Dahulukan hak Allah, pasti ada rahmatNya
Thursday, February 08, 2024
KESILAPAN DALAM KEHIDUPAN?
ASSALAMU'ALAIKUM WBT SHBT SHBT YANG DIKASIHI SEKELIAN..
DALAM KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI KITA SERING DIKUNJUNGI DENGAN MASALAH HASIL KESILAPAN SAMADA YANG DISENGAJAKAN ATAU YANG TIDAK DISENGAJAKAN..
BERSABARLAH DENGAN PERKARA INI DAN SYUKURI APA YANG TELAH BERLAKU KERANA KITA TIDAK AKAN TAHU MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG TELAH TERJADI..
ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANKAN KITA DENGAN SESUATU YANG TIDAK SANGGUP KITA PIKUL DAN DISEBALIK KESUKARAN ADA KEMUDAHAN..
WALLAHU'ALAM BISSHAWAB
SHAHRIZAN HASSAN
SARJAN HASSAN RTU
SEMENYIH SELANGOR MALAYSIA
Wednesday, January 10, 2024
APABILA WAKTU TELAH BERAKHIR..
SETIAP SESUATU ADA SESUATU REDHA SANGKA BAIK SELALU.. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DLM KEHIDUPANKU.. AAMIIN 🤲
Subscribe to:
Posts (Atom)