Wednesday, July 01, 2009

Mengapa perlu memakai Kredit Kad berbanding Debit Kad?

Arini nak jadi pakar motivasi kewangan pulak acik nie... ehemm... almaklum didalam kehidupan kita seharian kita mesti merancang dengan baik, jikalau kita gagal merancang maka sebenarnya kita merancang untuk gagal...

Rata² dari kita beranggapan bahawa dengan mempunyai kredit kad menunjukkan seseorang itu berada didalam kemewahan atau kelompok orang yang kaya dan senang hidupnya... Acik selalu perhatikan dikaunter² pembayaran waktu membeli belah di Warta atau di Komplek PKNS atau di Alamanda dan juga di Tesco Kajang (ini antara tempat² acik membeli belah ebelum ini)... cuma kat Tesco tue acik dah berhenti berbelanja sebab nak boikot israel jahanam!!

Ramai yang acik tengok seakan berbangga memiliki kad kredit berbanding acik yang hanya memakai kad debit sahaja... Antara kedua kad ini, debit dan kredit, takdelah banyak bezanya... keduanya jugak adalah sekeping plastik yang mudah dibawa kemana saja dan dimasukkan ke dalam dompet... Silap haribulan, mungkin kalau ada yang tak sedar, tiada bezanya orang yang memakai kad debit dengan kad kredit ini disebabkan ianya sama saja bentuknya... Tapi memanglah berbeza isi kandungannya...



So, kalau menurut satu kajian yang acik baca di Laman web Pakdi.my,
Hari ini saya terbaca satu artikel yang menarik berkenaan Kredit Kad daripada CNN , bertajuk Life Without Plastic. Ianya sangat menarik dan saya ingin berkongsi beberapa isi penting yang saya perolehi.

Tahukah anda dengan berbelanja menggunakan kredit kad, pembeli sebenarnya mempunyai toleransi tinggi untuk berbelanja pada barang yang berharga yang lebih tinggi berbanding jika menggunakan wang tunai. Kajian yang dijalankan di McDonald menunjukkan setelah mereka mula menerima kredit kad pada tahun 2004, pelanggan Kredit Kad membelanjakan US7 secara purata vs US4.5 apabila mereka bayar menggunakan wang tuna. Ini bermakna, pengguna Kredit Kad membelanjakan 35% lebih tinggi dari kadar perbelanjaan menggunakan wang tunai.


Kat sini menunjukkan bila kita memakai kad kredit, kecenderungan kita nak berbelanja lebih tue mmg ada... Samalah mcm acik jugak, mujur pakai kad debit sahaja... Kad debit ini adalah kad dimana wang yang ada merupakan wang yang ada didalam account savings kita didalam sesebuah bank cth Maybank, CIMB, Public Bank etc. Kalau duit tak cukup maka kita tak boleh menggunakan kad debit ini, jikalau terguna jugak (terlebih ambil barang atau duit tidak mencukupi) maka kita akan dikenakan dengan sebanyak RM10 (ini kad debit Maybankcard).

So, adakah kita perlu berhutang lagi?... Dahlah dengan hutang kereta, hutang rumah dan hutang kad kredit dan sebagainya lagi maka mengapa perlu menambahkan hutang... Inilah perkara paling penting kita fahami sekarang ini iaitu perbuatan berbelanja melebihi kemampuan...

Ramai orang tidak mampu menyelesaikan masalah hutang dan masalah kewangan mereka kerana tidak mengawal cara atau tabiat mereka berbelanja... Jikalau perkara yang pertama atau perkara akar umbi ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, bagaimana kita boleh hanya sekadar menebang batang pokok semata².

Justeru itu, selamat beramal dan jangan berhutang k...

No comments: