Assalamu'alaikum wbt.
Hari ini acik nak terangkan serba sedikit berkenaan tips² untuk kita berjimat cermat. Untuk kali ini dan seterusnya, acik akan menggunakan bahasa melayu normal dan tidak ada lagi perkataan nyer, arini, camnie, tue etc yg merupakan bahasa pasar malam minggu semata. Justeru itu, jangan terkejut pulak dengan perubahan yang berlaku ini.. hehe.
Tips ini bukanlah dari acik sendiri... tetapi dari pembacaan acik dimana² laman web yang mengandungi tips² untuk berjimat cermat. Rata² dari kita memandang sepi dengan perkataan berjimat cermat ini disebabkan terikut² dengan trend masakini yang mewah dengan pelbagai aplikasi seperti iphone, camera digital, kereta baru dipasaran dan pelbagai lagi perkara yang menggiurkan kita dan duit poket kita.
Disebabkan itu, kita ibarat katak dibawah gelas yang nampak segala keindahan harta benda untuk hidup dengan mewah walhal sebenarnya keperluan yang perlu bagi manusia hanyalah pakaian, tempat tinggal dan makanan semata². Zaman kita dah berubah... dahulu kalau handphone adalah suatu kehendak semata², kini handphone merupakan keperluan semasa.
Acik mempunyai seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang hanya memakai handphone yang masih lagi menggunakan ring tones biasa... bukan ring tones lagu original serta handphone yang dah takde stok lagi dipasaran... Hari itu pernah sekali handphone dia rosak, maka jenuhlah dia mencari kedai yang ada spare part untuk jenama handphonenya yang dah berkurun tak diupdate... hehe. Walaupun kelakar melihatnya, tapi sebenarnya inilah contoh orang yg seeloknya diikuti...
Kadangkala manusia mempunyai sikap suka menunjuk² kepada seseorang... Acik masih ingat lagi sewaktu acik mula bekerja dan mempunyai gaji bulanan. Hampir setiap 3 bulan handphone acik akan bertukar tangan dengan pekedai telefon kerana nak mengikut peredaran zaman kononnya... pirah!... Memula beli handphone yang takde warna, so, acik tukar handphone yang ada warna... selepas itu ada handphone yang ada camera maka acik tukarkan pulak handphone tersebut dengan yang ada camera... Selepas itu ada pulak handphone yang ada radio maka itupun acik nak tukar jugak... Akhirnya kesemua sekali ada dalam satu handphone iaitu warna, camera dan radio maka acik pun beralih arah mendapatkan handphone yang sebgitu rupa...
Bayangkanlah berapa banyak duit acik dah dihabiskan pada masa itu hanya disebabkan mengikut rentak marketing plan syarikat² handphone ini... Walhal sebenarnya kalau kita tahu, handphone yang terhebat seperti iphone dah lama dicipta... cuma mereka menggunakan strategi marketing untuk mengeluarkan satu-satu jenis handphone itu agar tidak kerugian... Kalau kita lihat trend komputer pun sama... dulu Intel Pentium Processor I, selepas itu keluar intel pentium processor II... dan seterusnya dan sampailah ke Intel pentium IV dan terkini intel celeron...
Takat ini komputer dirumah acik hanyalah intel pentium IV sahaja dan acik pun dah maleh nak tukar komputer tersebut. Disebabkan itu, kita lihat disini, kita harus menyedari dari sekarang... jangan terikut² akan rentak strategi marketing plan semua syarikat tak kiralah yang jual handphone, TV LCD Full HD etc...
Mereka bijak untuk menarik pelanggan membeli barangan mereka dan kita sebagai pengguna yang tak berapa bijak (maka kenalah jadi pengguna bijak selepas ini) perlulah berhati² dengan strategi mereka. Jikalau hendak membeli sesuatu barangan, belilah selepas 2-3 tahun barang tersebut berada dipasaran. Jangan terikut² dengan trend nak beli yang baru dan canggih. Walhal jenis yang lama ini sebenarnya masih boleh digunakan dengan sebaik mungkin.
Acik teringat pasal abang sulung acik... Bukanlah nak mengata pasal beliau tetapi baru² ini beliau dah beli DVD player yang ada thumdrive USB katanya... Acik masa melihat DVD player tersebut dirumah beliau agak terkejut jugak... DVD player yang acik ada kat rumah memang takde mempunyai slot USB thumdrive untuk dimasuki. Kira jenama DVD Player beliau yang tercanggihlah dimasa ini. Cuma masalahnya, bila acik kata berapa harga DVD tersebut?...
Dengan pantas abang sulung acik mengeluh... dia cakap menyesal dia beli awal DVD player ini sebab kat Tesco (dia duduk kat Rinching) katanya tengah ada jualan murah dan DVD yang dia beli pun hanyalah RM150 saja berbanding waktu dia beli dahulu iaitu RM350... Terkedu acik mendengar rungutannya... Jadi kalau ikutkan, acik berpeluang untuk beli DVD player tersebut yang sama jenis cuma nilainya berbeza... Tapi seperti yang acik cakap, acik dah ada 2 DVD player kat rumah, satu acik beli jenama JVC dan satu lagi jenama samsung yang orang umah acik perolehi menerusi cabutan bertuah di Majlis Makan Malam pejabatnya...
Haa... kan jimat kalau kita boleh menahan diri kita dari terus membeli sesuatu barang yang baru dipasaran. Satu lagi contoh terbaik acik nak berikan ialah seperti abang kedua acik yang membeli kereta Persona High Line... Baru² ini dah keluar pulak kereta MPV pertama Proton iaitu Proton Exora... Dia pun menyesal sebab kalau nak balik kampung mertua dia di Johor Baru, mesti bermasalah sebab anaknya ada 2 orang, seorang nak tidur maka yang seorang lagi kenalah pangku dengan maknya... Kan elok kalau bersabar dan membeli MPV... beliau berkerja sebagai Jurutera di JKR Malaysia...
Sebab itu saudara saudari sekelian, kita perlu menjadi pengguna bijak dan kalau boleh jangan membeli sesuatu yang baru sangat berada dipasaran... Acik sambung kemudianlah yer... ada kerja pulak...
No comments:
Post a Comment