Sunday, March 10, 2024

Selamat Menyambut Ramadan 1445h sekali lagi sahabat

Alhamdulillah syukur kerana masih diberikan kesempatan berbakti ini untuk menyertai bulan ramadhan yang mulia ini.

Sungguhpun mungkin esok belum tentu ada buat diri acik dan shbt semua.. Namun kita panjatkan juga kesyukuran diatas segala nikmat kurniaan Allah SWT ke atas kita. 

Setiap manusia diberikan peluang untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik lagi.. Gunakanlah masa dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari shbt semua. 

Insya Allah pesan acik buat diri sendiri dan semoga kita dpt ketemu lagi shbt.. Wallahu'alam Bisshawab. 

Thursday, March 07, 2024

ALLAH IS CALLING BUT I DIDN'T ANSWER

SEMOGA ALLAH SELALU MEMBANTU KITA

Seorang pemandu grab bertanya pada seorang Ustaz yang kebetulan jadi penumpang nya hari itu.

"Ustaz, kenapa ya. Saya merasa susah dan penuh masalah. Cari rezeki sulit, cari penumpang susah, pendapatan semakin kecil, hutang keliling pinggang pun tidak terbayar, masa depan saya semakin suram ustaz 😢 . 

Saya juga merasa penat dengan hidup saya yang tiada kemajuan..! Terasa hambar, tak ada arahnya, dan tak ada nikmatnya. Bosan saya ustaz. Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sekali ya?

 "Oooo..! Mungkin kau kurang beribadat, kurang ingat akan Allah.”

"Hahh! saya kurang ingat ? Maksudnya bagaimana ustaz?", tanya si pemandu grab.

 "Mungkin Malaikat Rahmat penat mencari nak... Sebab dicari kesana kemari tapi tak pernah dijumpai."

Setelah berhenti sejenak, ustaz tersebut melanjutkan,

"Kamu dicari oleh Allah di antara kumpulan orang yang solat berjamaah di masjid, tidak ada. 

Dicari di antara kumpulan DHUHA, kamu juga tak ada. 

Dicari di antara kumpulan TAHAJJUD juga tak ada
Dicari di antara kumpulan PUASA sunah tak ada

Dicari di antara kumpulan SEDEKAH juga tak kelihatan batang hidungmu. 

Dicari di antara kumpulan TADARUSAN Qur'an, kamu juga tak nampak di sana. 

Dicari di antara kumpulan orang orang yang Umrah, Niat pun tidak ada.

Pemandu grab itu diam menunduk, ia merasa seperti ada sesuatu dibenak hatinya. 

Si ustaz melanjutkan...

"kamu dicari Allah di antara orang² yang tepat waktu  SOLATNYA, juga tak ada. Malah solat di kerjakan paling belakang dibanding kegiatan lainnya.

Memangnya siapa yang memberimu waktu dan umur?

Dicari di antara ahli SELAWAT pun tak ada. 

Dicari di antara yang MENUNTUT ILMU (agama/pengajian/ta'lim), juga tak ada. 

Dicari di antara orang yang mengamalkan dan menegakkan SILATURRAHIM, kamu juga tak ada., asyik beralasan sibuk... asyik penat... itu ini yg kurang manfaat

Terus Allah mau mencari di mana lagi? Cuba beritahu nak...

Pemandu grab diam membisu .

"Jawablah ...  jangan diam je" 

Maka, menangislah si pemandu tadi. Sambil mengesat airmatanya yg bercucuran, seperti cucuran air hujan... bocor lalu ia ber Istighfar...

“Taubat.... Ustaz... Saya Taubat...”

Hidup itu sederhana nak, kalau kita utamakan Allah, DIA juga utamakan kita. Semoga kita betulkan diri, selagi masih ada waktu.. terus menerus perbetulkan diri... Semoga Allah mengampuni dosa2 kita dan menerima taubat kita.

Dahulukan hak Allah, pasti ada rahmatNya

Thursday, February 08, 2024

KESILAPAN DALAM KEHIDUPAN?

ASSALAMU'ALAIKUM WBT SHBT SHBT YANG DIKASIHI SEKELIAN..

DALAM KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI KITA SERING DIKUNJUNGI DENGAN MASALAH HASIL KESILAPAN SAMADA YANG DISENGAJAKAN ATAU YANG TIDAK DISENGAJAKAN.. 

BERSABARLAH DENGAN PERKARA INI DAN SYUKURI APA YANG TELAH BERLAKU KERANA KITA TIDAK AKAN TAHU MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG TELAH TERJADI.. 

ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANKAN KITA DENGAN SESUATU YANG TIDAK SANGGUP KITA PIKUL DAN DISEBALIK KESUKARAN ADA KEMUDAHAN.. 

WALLAHU'ALAM BISSHAWAB 
SHAHRIZAN HASSAN 
SARJAN HASSAN RTU 
SEMENYIH SELANGOR MALAYSIA 

Wednesday, January 10, 2024

APABILA WAKTU TELAH BERAKHIR..

SETIAP SESUATU ADA SESUATU REDHA SANGKA BAIK SELALU.. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DLM KEHIDUPANKU.. AAMIIN 🤲 

Wednesday, March 29, 2023

Cukup seminggu hari ini berpuasa..

Dah masuk 7 Ramadan 1444 H arini.. Cepat sungguh masa berlalu. Acik yakin dan percaya bahawa belum rasa lagi kita benar benar menikmati keindahan bulan Ramadan ini sebenarnya...

Namun dalampada itu, acik turut berduka cita dengan beberapa orang yang acik kenali yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di bulan puasa ini.. Akibatnya beliau terpaksa berada seketika di Hospital Serdang begitu juga dengan seorang jiran tetangga yang terkena serangan angin ahmar menyebabkan juga berada dan bermalam di Hospital Serdang buat masa ini.. 

Acik doakan agar sdr Zaidi dan abg Azmi akan tabah menghadapi ketentuan dari Illahi dan Semoga lekas sembuh seadanya.. Terlihat satu forwarded dari rakan rakan group whatsap tentang perihal kematian yang di ceramah kan oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus..

Ceramah ustaz begitu tepat mengenai tentang kehidupan manusianya yang bakal menjadi ahli jenazah tak lama lagi.. Mungkin kita perlu memikirkan perkara ini sedalam dalamnya melebihi perniagaan yang kita tengah usahakan kerana kejayaan sebenar adalah kejayaan bila mana terlepas dari azab kubur.. Allahuakbar 😓 

Wednesday, February 08, 2023

Solidariti Kepada Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Allahuakbar 😓.. Saat ini sebak rasa hati melihat kandungan video mengenai mangsa mangsa Gempa bumi di Turki ye-Syria..

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul... Mungkin ini yang paling sesuai acik ungkapkan buat mereka yang menjadi mangsa keadaan ini gempa ini.. 

Allah SWT pastinya ada perancangnNya dan mungkin hendak memberikan kita rasa keinsafan tentang apa yang berlaku di negara kita ini tidaklah seteruk keadaan di negara mereka.. 

Mangsa mangsa banjir sudah pun surut dan boleh pulang kembalikan ke rumah masing-masing namun mangsa yang terkorban akibat gempa bumi ini tidak akan pulang kembali ke rumah mereka. 

Hala tuju kehidupan mangsa yang kehilangan anggota keluarga yang mungkin satu satunya pencari rezeki keluarga telah tiada.. 

Mudah mudahan acik sendiri dan sesiapa yang membaca nukilanku ini sama-samalah kita insafi diri dan sama-sama kita kuatkan azam untuk laksanakan perintah dan peraturan Allah agar hidup didunia ini kembali sempurna sungguhpun tidak sebaik yang kita gambarkan selalu.. 

Wallahu'alam Bisshawab. 

Sunday, February 05, 2023

Belajar untuk faham takdir Illahi..

Baru-baru ini acik dikejutkan dengan berita kehilangan seorang rakan sekerja dulu yang mana dikala beliau sedang mengambil gambar tetiba beliau rebah ke bumi.

Allahuakbar.. Mujur diketika itu acik punyai byk kelapangan masa untuk hadir menziarahi shbt acik ini sdr Fadzly Izwani.. Beliau meninggalkan seorang balu dan 4 org anak yang mana seorang masih lagi dalam kandungan isterinya yang sedang menunaikan umrah ketika itu..

Acik doakan agar roh arwah dicucuri rahmat dariNya dan acik doakan agar isteri arwah tabah menghadapi ketentuan dari Illahi..

Acapkali bila kita lihat kehidupan seseorang itu yang menghadapi dugaan dan rintangan hidup yang teramat berat untuk bahunya memikul.. Kita tersedar bahawa ujian bagi diri kita ini mungkin lagi mudah dari org itu tadi.. 

Sebab tu mensyukuri akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepadamu kita selama 45 tahun hidup di muka bumi ini amatlah perkara yang amat penting.. Kita tentu tahu bahawa Allah SWT menjanjikan bahawa tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggung dan pikul..

Sekiranya kita fahami elok elok akan ayat al-Quran "disebalik kesukaran ada kemudahan" nescaya kita akan sedar pasti ada kebahagiaan menjelma selepas kesedihan.. Acik doakan sesiapa juga yg sedang dilanda kesukaran dan kepayahan hidup dikala ini agar tabah menghadapi ketentuan dari Illahi.. Aamiin 🤲 

Sunday, January 29, 2023

Sesungguhnya kemenangan itu dekat..

Alhamdulillah pagi ini berpeluang untuk menukil kata sekejap dalam blogspot luahan perasaan acik yang sedikit celaru.

Kadangkala ada orang yang kita rasa macam seronok sangat kehidupannya dan kita terasa ingin seperti mereka.. 

Adakalanya kita rasakan kehidupan kita ini lagi sukar dan teramat sukar berbanding kehidupan sahabat sahabat kita yang lain. 

Namun acik ada terbaca satu artikel mengatakan sebenarnya kehidupan orang itu lebih lagi sukar berbanding acik cuma mereka mampu menyembunyikan perasaan mereka dan mampu menyembunyikan masalah mereka dengan sering meminta merayu merintih kepada Allah.. 

Kemungkinan inilah agaknya perkara yang menyebabkan acik masih lagi diberikan kesukaran dalam kehidupan.. Rasa bersyukur itu masih kurang dan rasa nikmat yang Allah masih berikan terlalu sedikit... 

Semoga sama-sama kita renungkan agar kita berharap hanyalah kepada pemilik alam semesta dan pemberi rezeki didunia ini... 

Wallahu'alam Bisshawab. 

Wednesday, January 04, 2023

Didiklah anakmu untuk bergantung harap pada Allah bukan manusia..

Salah satu perkara penting yang kita perlu buatkan untuk anak-anak kita ialah berharap pada Allah SWT sebagai pemberi rezeki dan jangan berharap pada manusia kerana sesungguhnya manusia akan mengecewakan diri kita sendiri..

Wallahu'alam Bisshawab. 

Tuesday, November 15, 2022

Feel Good Channel

Kadangkala acik terfikir jugak yang Tazkirah dan apa saja nukilan yang pernah ada didalam channel blogspot ini mungkin tidak begitu menarik untuk ditonton atau dibaca.

Jika zaman berforum dulu mungkin banyak info dan artikel yang lebih menarik kita temui namun sekarang ini mungkin sebab masa dan tidak ketemu sgt artikel yang menjadi penambah ilmu agama di dada kita.

Sebenarnya untuk kekal istiqamah didalam mendapat rahmat Allah ini serta mendapat hidayah untuk sentiasa malar segar dalam mendapat ilmu yang bermanfaat ialah kita kena banyak mencarinya..

Mungkin juga kita perlu lebih banyak bertemu dengan ramai orang agar Allah dapat temukan kita dengan sahabat sahabat yang bakal membantu kita kembali ke jalan Allah SWT..

Semoga masih ada kesempatan untuk acik bertemu dengan sahabat sahabat lama dan baru yang sudi singgah ke teratak buruk acik ini lagi.. 

Wallahu'alam Bisshawab. 

Friday, November 11, 2022

Sentiasa syukuri nikmat yang Allah bagi hari ini..

Alhamdulillah.. mungkin hari ini bukanlah hari yang terbaik untuk diriku tetapi selalu kusyukuri semua yang Allah SWT berikan padaku..

Sekiranya kamu bersyukur dengan nikmatku nescaya Aku tambah lagi nikmatku untuk mu... 

Thursday, October 20, 2022

Bersedekah..

Assalamu'alaikum
Al fatihah

*Bersedekah.* 

1. *Sedekah* adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah Subhanahu wa ta ala,

2. *Sedekah* ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. *Sedekah* akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

4. *Sedekah* mampu memadamkan kemurkaan Allah Subhanahu wa ta ala dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah *sedekah* dan Allah Subhanahu wa ta ala akan sentiasa memanjangkan pahala dari *sedekah* tersebut,

6. *Sedekah* mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. *Sedekah* adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah Subhanahu wa ta ala,

8. *Sedekah* boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. *Sedekah* mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. *Sedekah* adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah Subhanahu wa ta ala dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi *sedekah* ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu wa ta ala, 

12. Orang yang memberi *sedekah* dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah Subhanahu wa ta ala In Syaa Allah, 

13. Orang yang memberi *sedekah* adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi *sedekah* adalah perbuatan yang mulia,

15. *Sedekah* mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah Subhanahu wa ta ala In Syaa Allah,

16. *Sedekah* mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

*17. Sedekah* mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. *Sedekah* adalah obat,

*19. Sedekah* mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &

20. *Sedekah* ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

Yang terakhir sekali.....

_*Sedekah* yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..._

karena itu hanya dengan cara berkongsi tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala *sedekah*,
Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk ber- *sedekah*...

*Semoga bermanfaat.*

Saturday, September 24, 2022

Kisah klasik untuk masa depan..

https://youtu.be/Oz5w5j2_DMI

Anda Hebat Luar Biasa 👍 👍 👍 

Wednesday, August 24, 2022

Hijrah Untuk Kesejahteraan

Assalamu'alaikum
Al fatihah

*Hijrah Untuk Kesejahteraan*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.

4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan perubahan dan berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. Bersama mewujudkan kesejahteraan ummah.

Hikmah Pagi

Assalamu'alaikum sahabat2 yg dirahmati Allah SWT sekelian, 

Al fatihah

*HIKMAH  PAGI*

Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya tidak sempurna.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yang hakiki,
Kalau hati itu bersih...

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal.
Dan mati amal kerana tiada istiqamah.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan dalam kehidupan...

  *SEMOGA BERMANFAAT*

Zikrullah..

﷽ 
Assalamu'alaikum 
Al fatihah

 *BERZIKIR* 

🍃ZIKIR:
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Zikir ini bermaksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

Jadi, sentiasalah ‘ringan bibir’ melafazkan zikir ini setiap hari sebanyaknya. Sambil bekerja, sambil berzikir. Sambil melayan media sosial anda juga boleh berzikir!

🍃ZIKIR: 
LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

Zikir ini bermaksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Friday, August 12, 2022

Penat Hidup

Adakalanya ujian Allah itu pelbagai.. Kadang ada yang kita fahami dan kadang ada yang memang kita tak fahami langsung tujuannya..

Baru terima surat cinta dan perlu diterima dengan hati yang terbuka.. Mungkin rezeki dan jodoh acik sudah tiada lagi disini.. 

Acik redha dan pasrah.. Setiap sesuatu ada sesuatu.. Redha sangka baik selalu.. Allah mungkin nak berikan acik semangat juang yang betul betul terbaik.. Mungkin jugak kali ini bila dah tiada lagi comfort zone acik akan menyerah kalah atau acik akan bangkit berjuang!!! 

Saturday, July 09, 2022

Sempena hari raya Aidiladha..

Assalamu'alaikum wbt buat semua yang masih sudi membaca segala nukilan dan sisipan acik di ruang angkasa blogspot acik ni..

Acik ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari Aidiladha dan juga semoga anda semua tidak terkesan dengan masalah kewangan yang melanda negara kita ini.. 

Insya Allah disebalik kesukaran ada kemudahan.. Yakin Anda Boleh Berjaya! 

Friday, July 01, 2022

Harga Sebuah Persahabatan..

Kawan

Bila perlu, kita guna..
Lepas guna kita buang..
Apa dalam fikiran kita lepas kita dengar perkataan ni?
Mesti tisu pakai buang kan? 😅

Tuan2 yg mulia,
Tapi zaman sekarang ni,
Perkataan tu sesuai digunakan untuk "kawan" kan?
Time senang lupa,
Time susah dia call kita,
Time senang.. kita call pun jarang nak jawab.

Tau tak kenapa perkara ini berlaku?
Sebab ada yg rasa dan menganggap bahawa kawan ni hanya alat untuk memudahkan urusan sajer,
Tatkala dia susah dan dalam masalah.

Dia tak lihat kawan sebagai harta yang berharga,
Sebab mungkin dia buta!
Buta dalam menilai sebuah persahabatan kerana telah dikaburi dengan kebendaan atau seseorang yg baru datang dalam hidup dia,
Sebab tu kalau persahabatan ni boleh dinilai dengan wang ringgit,
Saya rasa tak kan ada harga,
Sebab ianya terlalu mahal.

Tapi mungkin kerana ianya percuma,
Sebab tu banyak persahabatan berakhir dengan kekecewaan.

Tuan2 yg mulia,
Kita semua ada kawan,
Kalau hari ni kita tak hargainya,
Kalau hari ni kita tak jaga persahabatan tu,
Boleh jadi esok dia pergi tinggalkan kita.. kerana diri kita sendiri,
Hidup ni simple,
Hargai mereka yg menghargai kita..

#SyMenyampaiUtkRenungan