Wednesday, October 19, 2005

Solat Sunat Gerhana

Sunat Gerhana Bulan, di Negeri Kedah solat sunat gerhana bulan boleh dilakukan lepas solat magrib hingga 10.00 malam pada 17/10/2005.
Untuk makluman saudara-saudari, gerhana bulan berlaku pada bulan pernama(bulan penuh atau full moon).Gerhana bulan kali ini berlaku pada 14 Ramadhan, ini bermakna bulan ramadhan tahun ini purnama berlaku awal, tidak pada 15 haribulan. Salah satu kaedah orang tua-tua untuk mengecam bilangan hari berpuasa samada 29 atau 30 hari ialah dengan melihat bilakah berlaku purnama. Jika purnama berlaku 14hb maka puasa 29 hari sahaja, jika purnama berlaku 15hb maka puasa hari 30 hari. Tak perlu ahli falak, saudara boleh kira sendiri. Cara nak tahu seperti berikut :-
Kata orang tua-tua, jika 15 hb bulan besar maka puasa 29 hari, jika 15 hb bulan kecil maka puasa 30 hari.
Pada tahun ini purnama berlaku 14 hb maka tahun ini kita berpuasa 29 hari sahaja. Tetapi di Saudi Arabia purnama berlaku 15hb bersamaan 17 Oktober, oleh itu mereka berpuasa pada tahun ini 30 hari. Mereka juga tidak mendapat gerhana bulan kerana ketika berlaku gerhana bulan iaitu ketika kira-kira pukul 8.00 malam di Kedah, di Arab Saudi pada masa itu masih siang iaitu kira-kira pukul 3.00 ptg. Sebab itu gerhana tidak berlaku di Jazirah Arab.
Kaifiat Solat Sunat Gerhana.
Sembahyang dua rakaat. Satu rakaat dua kali ruku'. Caranya seperti berikut :-
1. Takbir disertai niat "Aku solat sunat gerhana bulan 2 rakaat mengikut Imam kerana Allah Taala"
2. Baca Doa Iftitah
3. Baca Fatihah
4. Baca Surah. Apa-apa pun boleh.
5. Lepas tu ruku'.
6. Bangkit dari ruku' baca fatihah sekali lagi lepas tu baca surah. Apa-apa pun tak apa.
7. Kemudian ruku.
8. Bangun ruku', iktidal.
9. Sujud dua kali kemudian bangun rakaat kedua buat seperti rakaat pertama.
10. Baca tahiyat dan Salam
Sunat solat berjemaah dan sunat solat bersendirian.
Sunat berkhutbah dengan dua khutbah selepas solat sunat, walaupun telah habis gerhana sah khutbah.

No comments: