Monday, September 04, 2006

Hari pertama bergelar Bujang Tersegak.. hehe

Assalamu'alaikum wbt.

waduh2... sejak bergelar bapak nie kendian ditinggalkan seorg diri (almaklumlah isteri dan anak sudah berada diumah mak mentua) terpaksalah acik berdikari...

Basuh baju, seterika baju dan pelbagai lagi dgn sendirinyer... Arini first day mula kerja selepas seminggu bercuti.. erm alahai... cuti tahunan pun dah nak abis dah nie...

Sedikit al-kisah sewaktu melihat isteri acik sedang berkerja keras melahirkan baby... terlihat kebesaran Illahi didepan mata... terasa gentar mengenangkan bagaimana nasib isteri antara hidup dan mati tatkala itu... berusaha utk mengelaurkan zuriat dari dlm kandungan...

Acik mmg berada disebelah isteri ketika beliau sedang sakit utk melahirkan baby... seakan terasa juga kesakitan yg dialami oleh isteri ketika bersusah payah utk meneran dan menahan nafas...

Acik yakin dan percaya jika semua org dpt melihat kesusahan ibu beliau melahirkan diri mereka, nescaya takkan berlaku lagi penderaan seksual terhadap wanita dewasa ini.

Apa yg acik lihat akan acik jadikan iktibar dan panduan dlm hidup ini, insyaallah. Semoga Allah SWT memberikan sebyk2nyer pahala buat isteri acik yg telah bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawabnyer sebagai seorg ibu dan isteri.

wallahu a'lam bisshawab.

No comments: