Friday, September 29, 2006

Isu sensitif di BDN?

Assalamu’alaikum wbt.

Sebenarnyer acik nie jarang membawa isu2 diforum kedlm laman web blog acik utk diperbincangkan… Namun topic yg berada dipautan ini begitu menarik perhatian acik utk diketengahkan disini…. Dilaman web secerah pawarna acik fosilmitra ini…

http://bincang.net/forum/showthread.php?p=1529545#post1529545

Terlalu byk persoalan yg acik dok pikirkan diakai kepala hotak acik nie… apa silapnyer topic pertanyaan “Dlm seminggu berapa kali anda ke majlis ilmu?” tersebut?…

Mungkin jugak disebabkan kesilapan acik kerana meletakkan isu tersebut di Bilik Bincang-bincang dan bukan di Bilik Bincang Muslimin & Muslimah?.. Disebabkan itu seakan wujud niat dihati acik nak pekenakan org dgn persoalan sebegitu sensitive (yg mmg dah acik mentionkan diawal topic tersebut).

Berkemungkinan jugak sebab kenyatan yg acik petik dari saudara Ann Wan Seng (seorg muallaf yg telah dijemput khas memberikan ceramah diopis acik) yg mana beliau berkata “punca umat islam di tindas sekarang ini berkemungkinan disebabkan org dah mula tak berminat dgn majlis ilmu... “Didlm majlis tersebut juga disebutkan kebaikkan menghadiri majlis ilmu dibulan puasa ini yakni bakal mendapat seribu pahala org solat sunat dgn keizinan Allah SWT.

Jadi niat acik sebenar ialah cuba utk bertanya kpd semua umat2 Muhammad SAW di dlm BDN tersebut berapa kali mereka pergi kemajlis ilmu bukanlah dgn niat nak bermegah2 sebab acik baru jer poie majlis ilmu sebegitu… (kalau pun acik ada terniat sedemikian, who cares?!… siapa nak ambik tahu melainkan acik dgn Allah SWT semata2…

Nielah kalau didlm hati kiter dah ada penyakit hati… hati yg berpenyakit… tak mahu… taknak… takde masa nak beramal ibadah sungguhpun dibulan baik ini… Acik harap acik tak dikatakan riak lagi dgn kenyataan sebegini sebab nampak sgt pulak…
Umat islam dipalestin… umat islam disomalia… umat islam dibosnia herzegovina… umat islam diafghanistan… umat islam di Iraq… umat islam di Acheh… umat islam di mana2 sahaja diserata dunia yg telah ditindas oleh org bukan islam kalau nak kiter katakana penyebab mereka ditindas (adalah sebab meninggalkan majlis ilmu)… amatlah tak logic pulak… camne tgh sibuk nak berperang sempat pulak pak2 imam mereka nak kasi ceramah?… kasi ceramah dgn peluru berpandu nak ler mereka…

Cuma disini kiter dpt simpulkan… jikalau semua umat islam yg ditindas tadi mengikuti majlis ilmu misalnyer majlis ilmu tentang peripentingnyer mengikat perpaduan… mementingkan persaudaraan sesame islam, pentingnyer mempertahankan aqidah dan sebagainyer lagi nescaya takkan mungkin mereka ditindas… Umat islam begitu ramai didunia nie saudara saudari semua… seperti sabda nabi umatku diakhir zaman seperti buih dilautan… bilangannyer begitu ramai sekali tetapi tidak bersatu… berpecah belah menyebabkan mereka ditindas…

Tah ler… acik malas nak menjawab lagi sekali persoalan saudari Chester yg diajukan pada acik… kalau acik sebutkan lebih byk maka akan lebih byk ler keburukan acik dilihat dimata beliau seakan beliau tahu pulak niat dihati acik yg setahu acik hanya Allah SWT yg mengetahuinyer… Baiklah… acik berenti disini utk wat kerja… dah nampak sgt mengular sawa tahap tertinggi lak nie… Acik memohon maaf jika ada silap dan salah acik… acik manusia biasa… boleh ajdi salah boleh jadi betul… jika fikiran acik menepati as-sunnah maka terimalah… sekiranyer tidak maka tinggalkan… Firman Allah SWT patutkah kamu menyuruh org lain berbuat kebajikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri… apa yg bai itu dtgnyer dari Allah SWT dan apa yg kurang tue sememangnyer datangnyer dari diri acik sendiri sebagai manusia biasa… byk lagi nak tulis nie tapi udah-udahlah dulu… kekeke.

Wallahu a’lam bisshawab.