Maksud hadis, "Telah diriwayatkan oleh Abi Hurairah (RA) daripada Rasulullah (SAW), baginda bersabda: Firman Allah SWT segala amalan kebajikan anak adam itu adalah untuknya kecuali puasa itu bagiku dan aku memberikan pembalasan (pahala) kepadanya dan puasa itu adalah satu perisai (penghalang dan daya pencegah) daripada perbuatan maksiat dan sekiranya sesaorang itu sedang menjalani puasa maka janganlah mengeluarkan cakap-cakap dan perkataan-perkataan yang keji lagi kotor seumpama perbuatan orang jahil dan janganlah mengangkat suara terpekik terlolong bertengkaran, jika sekiranya dimaki atau dicaci oleh seseorang atau bercakaran, maka hendaklah ia berkata, sesungguhnya saya sedang berpuasa dan demi Allah, benar bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi. Seseorang yang berpuasa itu memperolehi dua kesukaan, iaitu kesukaan dikala berbuka dan kesukaan dikala berhadapan dengan Allah.
(Dipetik dari kitab himpunan Khutbah 2005 Mufti Kerajaan Negeri Perlis).
No comments:
Post a Comment