Saturday, September 16, 2006

Kisah Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika
itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji

buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa

terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan

senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun

kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis

semua limau itu.



Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima

kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah

SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan

'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya

merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita
tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya'.
Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang

bukan Islam pula.

"selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan
orang
yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah

dicari"-Saidina Ali

No comments: