Assalamu'alaikum wbt.
Acik ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat sahabat alam cyber sewaktu acik mula-mula berforum dahulu iaitu di forum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sungguhpun forum tersebut sudah terkubur lama, namun beliau masih lagi ingat akan alamat rumah mak acik dan sudi mengutuskan sekeping kad raya buat pengganti diri.
Buat saudara fauziey, persahabatan kiter akan tetap berkekalan sampai bila-bila. Dikesempatan ini acik ingin mengucapkan Selamat mengejar "Malam Lailatul Qadar" yg tak dpt dipastikan bilakah masanya dan selamat berhari raya dieidulfitri nanti... semoga semuanyer akan selamat kembali berforum dan berlayar internet semula hendakNya.
Acik juga ingin memohon maaf jika ada silap dan salah selama berada didunia cyber ini dan acik telah maafkan kesilapan dan kesalahan saudara-saudari jika sekiranyer ada. Sama-samalah kiter saling bermaaf-maafan sesama kiter selaku umat islam, umat terbaik akhir zaman.
Sekian sahaja, Wassalam.
No comments:
Post a Comment