INFO BERKAITAN DERMA DARAH
“DERMA DARAH MENYELAMATKAN NYAWA”
S1 Mengapakah saya perlu menderma darah?
J: Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Sumbangan anda mungkin menyelamatkan nyawa.
S2 Adakah saya layak untuk menderma darah?
J: Ya. Jika anda berumur 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45kg. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah.
S3 Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah?
J: Anda harus cukup sihat jika menderma darah. Kesihatan dan keselamatan anda amat penting bagi kami. Anda akan diminta untuk mengisi borang persetujuan menderma darah di mana sejarah perubatan anda akan disoal. Tekanan darah dan setitik darah akan diambil untuk ujian haemoglobin. Semua maklumat yang diberi oleh anda adalah sulit.
S4 Berapa lama kah masa diambil untuk menderma darah?
J: Proses menderma darah ini akan mengambil masa di antara 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.
S5 Adakah Jarum itu menyakitkan?
J: Anda cuma berasa sakit sedikit apabila jarum dimasukkan dan tidak lagi selepas itu.
S6 Berapa banyak darah yang akan diambil?
J: Sebanyak 450ml, iaitu kurang dari 1 pain (586ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.
S7 Bagaimanakah rasanya selepas menderma darah?
J: Kebanyakan orang merasa selesa selepas menderma darah. Anda dinasihatkan supaya mengambil makanan ringan sebelum menderma darah.
S8 Bolehkah saya melakukan aktiviti sukan selepas menderma darah?
J: Boleh. Cuma elakkan dari melakukan aktiviti yang berat untuk tempoh 5 jam selepas menderma darah. Banyakkan minum air dalam tempoh 24 jam.
S9 Berapakah lama masa yang diambil untuk menggantikan darah yang telah di derma itu?
J: Plasma digantikan semula dalam masa 24 jam. Anda perlu minum 4 gelas air tanpa alkohol dan jangan melakukan kerja berat dengan menggunakan tangan anda untuk tempoh 5 jam. Darah merah memerlukan jangka masa 4-8 minggu untuk digantikan dan anda boleh menderma semula selepas itu.
S10 Apakah yang akan dibuat kepada darah yang telah didermakan itu?
J: Darah anda akan diuji untuk menentukan kumpulan darah, jangkitan virus seperti siflis, hepatitis (B & C) dan AIDS (HIV). Kemudian, disimpan untuk kegunaan pesakit. Darah juga boleh diasingkan kepada beberapa komponen darah dan boleh digunakan untuk merawat lebih dari seorang pesakit.
p/s: Jadi tuan2 semua... marilah mendermakan darah kiter bukan dara kiter... hehe
3 comments:
saya selalu menderma darah untuk mendapat rawatan kelas pertama di hospital....
wah wah wah.. sebenarnya banyak kebaikan menderma darah!
tak terbilang banyaknya.. tapi bagi yang sihat sahaja,...
sejak 2-3 tahun ni saya dah tak menderma lagi sbb darah merah kurang dalam badan (anemia), di sebabkan kemalangan.
Jadi, mendermalah selagi ada darah...
:)
Terima kasih kerna sudi berkongsi pengalaman putehseroja... Acik doakan agar saudari cepat sembuh seperti sediakala...
steel pun kena akui gak.. tahun ni tahun kurang produktif untuk steel sebagai seorang penderma darah.
awal tahun.. eksiden. operate. so 6 bulan takleh derma.
pastu sempat derma sekali..
pastu eksiden lagi.. kena operate lagi.. 6 bulan lagi la takleh jadi penderma darah.
bagi yang dah jadi regular whole blood donor, boleh minta jadi apharesis donor lak.. bagus gak.
Post a Comment