Friday, October 13, 2006

Hari ini bonus masyuk...

Assalamu'alaikum wbt.

Tahapahapentah acik nie... itu yg nak dikhabarkan ke seluruh alam maya... bonus dah masyuk!... cheh! buang karan jer kami membacanyer... hehe. Maaflah... sebenarnyer acik cuma nak bagitau dan bercerita tentang bonus di bulan ramadhan ini... iaitu bonus Malam Lailatul Qadar"...

Penulisan kali ini merupakan penulisan sendiri yg berdasarkan apa yg pernah acik baca dan fahami tentang Malam Lailatul Qadar, justeru itu, jika ada kesilapan dlm fakta, tersalah menukil kata maka perbetulkanlah acik.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Apabila memperkatakan tentang Malam Lailatul Qadar, satu soalan yg pasti terbuku dikepala kiter singga tergaru2 mcm ada kutu ialah... bila ianyer akan berlaku?... Apa tanda2 mlm tersebut dikatakan Malam Lailatul Qadar?. Apa yg harus aku buat dimlm itu?... dan byk lagi persoalan2 yg lain yg menjurus kpd semangat utk mendapatkan malam tersebut.

Tapi pernah terfikirkah kiter?... Bagaimana harian kiter sewaktu dibln puasa nie?... Apa tugas yg biasa kiter lakukan di bln puasa nie?... Byk buat kebaikan?... Byk buat kejahatan?... nauzubillahiminzalik... Dan adakah kiter berpuasa?... Yg nie kalau betul lagi ler parah... puasanyer idak... tapi aleh2 nak dptkan rahmat dan maghfirah Allah SWT dimlm Lailatul Qadar logik kaa?!... hehe.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Terlalu byk kebaikkan dan rahmat yg Allah SWT berikan dibulan ramadhan nie tuan2... kalau acik nak copy paste sumer hadis sahih kat sini... silap2 satu pages penuh dgn hadis sajer... maka sebab itu, tuan2 pakat carilah sendiri mana2 hadis sahih dan bacalah serta amalkan kalau boleh insyaallah...

Sekian dahulu, selamat beramal.

p/s: Sumber hadis dari sini: http://hazelinwahida.tblog.com/post/1969806693

No comments: