Thursday, May 29, 2008

Intro to Score A Programme™

Score A Programme™
www.scoreA.com

Score A adalah satu portal pendidikan dimana para pelajar bila disekolah menjalani proses pembelajaran dalam bentuk OUTPUT (disekolah guru memberikan pembelajaran didalam bentuk INPUT - memasukkan maklumat dalam otak) namun didalam Score A para murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di ajar secara OUTPUT (Mengeluarkan semula apa yang terkandung di dalam otak dan inilah cara sesuatu peperiksaan seperti UPSR dan PMR berlaku iaitu dalam bentuk OUTPUT.

Menerusi Score A Programme™, pembelajaran dalam bentuk penggunaan computer yang menarik minat pelajar untuk bermain sambil belajar dihadapan computer secara online dalam masa 24 jam sehari. Bayangkan para pelajar mempunyai access tru internet dan boleh mengaccess pada bila² masa yang dia suka untuk belajar.

Hari ini kebanyakkan anak kita mempunyai kecenderungan untuk bermain games apabila mengadap computer. Perbuatan ini menrungsingkan ibubapa pelajar kerana ianya akan menyebabkan mereka tidak belajar. Disamping pelajar² ini yang mana diri mereka sendirilah yang perlu menggerakkan diri untuk belajar, namun tugas sebagai ibubapa pada hari ini adalah untuk memantau pembelajaran anak tadi.

Justeru itu, menerusi Score A Programme™ ia menjamin bahawa pelajar² ini sedang belajar kerana segala apa perbuatan yang dibuat oleh anak anda sewaktu mengadap computer dapat dipantau oleh ibubapa sendiri menerusi perkhidmatan SMS yang dihantar setelah anak mereka selesai membuat soalan atau eAssesstment yang diberikan dan dibuat secara topic by topic.

Sekarang dunia sudah berubah kita dan masuk zaman ICT. Semua perkara telah dionlinekan hanya menggunakan internet kita boleh membeli barang (cth menerusi laman lelong.com) mengeluar atau memindahkan wang menerusi e-banking (Clicks CIMB, Maybank2u.com etc) , pembayaran zakat menerusi e-zakat dan lain² lagi. Maka sebab itu bersediakah anak anda untuk mengalami perubahan dunia ICT baru ini?... Percayalah… samada anak anda bersedia atau tidak, dunia akan berubah dengan technologi baru ini.

Selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, tahun 2010, samada anda peka atau tidak, samada ada anak anda bersedia atau tidak, Malaysia kea rah 100% sekolah Bestari. Masa itu paperless dimana penggunaan kertas dan buku² sekolah yang begitu banyak akan dikurangkan dan hanya menggunakan laptop dan computer sahaja untuk belajar. Kurang penggunaan kertas dan kurang penggunaan pen ketika tahun 2010 tersebut. Jadinya, 2010 adalah tidak lama kerana kini kita berada ditahun 2008, tinggal 2 tahun sahaja lagi.

Dimasa itu, bagi anak² yang tidak memiliki computer, anak² yang tidak biasa dengan computer mereka akan ketinggalan. Dimasa itu anak² anda dah tak bawak beg lagi dah untuk ke sekolah. Hari ini kita sedia maklum, penggunaan buku teks yang begitu banyak menyebabkan anak² kita begitu sukar dan begitu berat untuk membawa buku tersebut disekolah. Kalau pun sekarang disediakan almari untuk menyimpan buku, namun masih ada banyak buku yang perlu dibawa balik ke rumah untuk dibaca bila ingin mengulangkaji pelajaran.

Tahun 2010 boleh dikatakan semua pelajar telah dibekalkan dengan laptop, buat latihan sekolah save dalam thumbdrive dan perlu membuat latihan dirumah hanya membawa benda sekecik thumbdrive… tentulah menyeronokkan anak anda dan memudahkan mereka untuk belajar. Dunia ICT begitu pesat membangun. Kalau dulu penggunaan mobile phone tidak begitu ketara dan jumlah bilangan yang ada pembelinya begitu sedikit, kini berapa ramai yang telah mempunyai at least sebuah telefon bimbit?... Berapa ramai yang mampu utk membeli telefon bimbit?... Dan tentu jawabnya serupalah dengan system online dan e-learning ini..

Justeru itu, inilah suatu keperluan bagi anak² anda untuk mempunyai Score A Programme™ bagi menghadapi persaingan yang sedang pesat membangun. Anak anda yang tidak mempunyai computer akan tergolong didalam pelajar BUTA IT dan tidak seperti dulu BUTA HURUF. Kita nak haling anak kita bermain games dikomputer, itu adalah permainan budak sekarang. Kalau dulu zaman kita dulu Galah Panjang, batu teng teng, congkak adalah permainan kita, sekarang ini Games di internet adalah permainan anak kita dan kita tak boleh menghalang mereka dari bermain permainan mereka sekarang.

Dalam Score A Programme™ kami membawa pelajar untuk belajar 24 jam sehari selama 365 hari dalam setahun secara online. Dimana² sahaja di sekolah, di cyber café yang mempunyai access tru internet akan boleh digunakan untuk proses pembelajaran seperti ini.

Sejarah Score A Programme™ bermula di Malaysia pada tahun 1999 dimasa R&D telah dijalankan oleh Syarikat Kensheido International dengan jumlah perbelanjaan berjuta² ringgit semata² untuk mempunyai kepakaran dan menjual kepakaran technologi ini kepada manusia. Score A Programme™ telah diberikan secara percuma di 14 buah sekolah bestari untuk ditest uji dan untuk dinilai keberkesanan program ini kepada murid dan pelajar. Kami telah mendapat endorsement dari Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) untuk menjalankan Score A Programme™ di sekolah² Bestari ini.

Tanggal 1 April 2004, program ini telah dipasarkan oleh satu Syarikat yang diberi nama Kensheido International Sdn. Bhd. Syarikat ini berasal dari Malaysia. Score A Programme™ telah terbukti berkesan keran kita telah kumpul begitu banyak testimony mengenai kejayaan pelajar dan kepercayaan ibubapa terhadap keberkesana program ini. Dan R & D masih lagi berjalan sehingga kini.

Ahli Lembaga Pengarah dalam Score A Programme™ terdiri daripada Pengerusi, Puan Norlia Ahmad. 15 tahun didalam Jabatan Perdana Menteri. Datuk Ghazali Umar Sarjana Pendidikan, bekas Pengarah Pendidikan Melaka, Pulau Pinang & Perak, 39 tahun pengalaman didalam pendidikan. Dan CEO adalah Jason Kok, Auditor bertauliah, 20 tahun pengalaman didalam bidang jualan langsung.

Lesen perniagaan Kensheido International Sdn. Bhd. LESEN AJL (931448) dan syarikat ini terletak di Datran Sunway, Kota Damansara. Kami telah 9 tahun menjadi peneraju portal pendidikan e-learning terunggul di Malaysia. We have help thousands of Children Score A in UPSR dan PMR. Liputan silibus pelajaran dikemaskini masa sebenar (apa saja perubahan yg dibuat oleh kementerian akan dikemaskini secara cepat) mengikut sukatan yang diberikan oleh kementerian pendidikan Malaysia.

Bagi sekolah rendah (tahun 1-6) kami membuat liputan semua subject dan bagi sekolah menengah kami membuat liputan untuk semua core subject. Disekolah pembelajaran adalah dalam bentuk INPUT (membaca, mendengar dan menghafal) manakala dalam Score A Programme™ pembelajaran adalah dalam bentuk output iaitu mengaplikasikan maklumat dan pengetahuan dalam penyelesaian masalah.

Kelebihan Module Score A Programme™ adalah ada 4 set iaitu e-topic – soalan berdasarkan topic/bab mengikut subject. Sekiranya anak anda pada masa disekolah belajar sejarah topic 3 bab Pendudukan Jepun DI Tanah Malaysia misalnya, didalam e-topic kita akan lihat topic yang sama juga diajarkan disekolah. Pendek kata disekolah Input ambik maklumat, di rumah Output keluarkan balik… inilah study smart not study hard.

No comments: