Wednesday, June 30, 2010

Permohonan maaf mengenai isu andartu di Bilik Kaunseling BDN…

Salam buat semua pembaca budiman,

Acik ingin melahirkan rasa keinsafan dan kemaafan diatas keterlanjuran kata² dan nasihat² acik yg tak kena ditopik yang acik bukakan di forum bincang.net disini:

Acik yakin dan percaya, tentu ada wanita² yang telah terguris dan terasa dijiwa diatas statement acik yg tah hapahapantah itu…

Akhirulkalam, acik mendoakan agar semua yang terasa sudi memaafkan kesalahan acik dan acik berharap isu ini akan selesai disini saja.

Wallahu a'lam bisshawab.

Monday, June 28, 2010

7 Tanda Masalah Wang sedang melanda...

Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan.

1. Menambah bilangan kad kredit

Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank.

2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja

Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam kad kredit riba dan kaedah untung dari jual beli dalam kad kredit perbankan Islan.

3. Usik akaun simpanan

Tabung memang ada. Mula-mula memang rajin simpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.

Thursday, June 24, 2010

Aktif kembali berforum di Bincang.net?

Salam buat pembaca budiman,

Kelihatan sejak dua menjak nie kelibat acik kelihatan di ruang angkasa bincang.net dengan sebegitu aktif sekali... Hmm... kenapa sewaktu menjawat jawatan moderator Bincang Muslimin & Muslimah (BMM) acik tidak begitu aktif?

Mungkin ada baiknyer acik huraikan sedikit kenapa keadaan sedemikian berlaku... Pada mulanyer acik berforum, sememangnya ada terniat didalam hati untuk bergelar moderator di BDN khususnyer di BMM... namun, waktu BDN dibawah pemerintahan Tok Muda, permohonan acik untuk mengendalikan forum BMM tidak mendapat mandat beliau memandangkan acik masih lagi baru dan tidaklah kerap berada diBMM.

Namun oleh kerana kekerapan dan keterlibatan acik dengan begitu gigih di bilik BMM, maka acik telahpun dilantik oleh pemerintah baru BDN dibawah ADREEN yang mana acik seterusnya dilantik menjawat jawatan moderator bagi membantu Tok Janggut yang sudah tidak menang tangan hendak mengendalikan forum BMM tersebut.

Namun sejak memegang jawatan mod BMM, acik sering terasa betapa kerdilnyer diri ini dan betapa ciputnyer ilmu yang ada didada diwaktu itu. Mungkin pada penglihatan ahli² BDN, selaku mod BMM, sudah tentulah ilmu agama yg ada didada acik sentiasa penuh dan sarat dgn pemahaman islam.

Namun terus terang acik katakan bahawa, acik hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan sebagai manusia... Acik pun pernah melalui zaman kegelapan dan zaman dimana kiter juga melakukan beberapa dosa yg tidak seharusnya dilakukan oleh umat islam. Disebabkan itu, hendak menjawab malah nak menukil walau sepatah kata pun acik terasa berat bila memikul jawatan sebagai mod disana.

Dan kini, acik sekali lagi bebas sebagai ahli biasa dan sememangnyer acik akan cuba kembalikan semula zaman kegemilangan BMM sebagaimana biasa sebelum dan sesudah kedatangan acik disana... InsyaAllah.

Wallahu a'lam bisshawab.

Tuesday, June 15, 2010

Petua Memilih Gadis Jelita (buat yg belum kawen.. hehe)


Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Monday, June 14, 2010

Pengalaman Razali Awang, Pemberita TV3 di Gaza...

Baca dan baca lagi utk renungan kita bersama...



Salam,



Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke
my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan.
Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak
dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak
share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: *Mesir*

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup
kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza .
Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and
Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan
kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan
dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza .
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami
bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine
… Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan
Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500
meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin
hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah
bagus!!!)

*Gaza ( Palestine )*

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan
dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata
rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat
Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia
mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los
Angeles kalau tak kerana peperangan..

*Hamas*

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini,
adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel
…punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih
je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They
operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati
syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg
mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid,
hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


*Israel*

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak
turun dari kereta kebal.


Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab
tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine
kebulur dan tak de sumber pendapatan Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak
ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

*Rakyat Palestine*


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2
tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana
trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius.
Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2
kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus
..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de
apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2
here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada
banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi
ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran
kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping
kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di
mana jua mereka berada..

Wasalam.

Piala Dunia vs Piala Akhirat

Assalamu'alaikum wbt



Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang FIFA World Cup (2010) yang ada kaitan dengan penggunaan internet di seluruh dunia.

1. Selepas England disahkan ke Piala Dunia, berlaku peningkatan trafik pelawat sebanyak 43% ke atas semua laman web pelancongan (travel) terutamanya untuk mendapatkan maklumat berkenaan penerbangan ke Afrika Selatan.

2. Sebelum perlawanan bermula, laman web FIFA menjadi laman web sukan yang ke-8 paling banyak dikunjungi pelawat melalui enjin carian untuk rujukan perlawanan tersebut. Bagaimanapun setelah perlawanan bermula, jumlah pelawat telah berkurangan kerana diambil-alih oleh laman web yang lain.

3. Pelawat ke laman web sukan England juga meningkat sebanyak 11.5% pada 5 Jun lepas berbanding minggu sebelumnya.

4. Rio Ferdinand adalah pemain yang paling dicari di England, diikuti oleh Joe Cole dan Theo Walcott. Senarai pemain yang paling banyak dicari dari pelbagai negara mendedahkan populariti global bintang bola sepak tersebut.

5. Pemain yang paling banyak dicari oleh peminat seluruh dunia ialah Cristiano Ronaldo.

6. Pemain-pemain bola sepak Piala Dunia telah menjadi bintang terkenal pada masa kini dan seperti menenggelamkan cerita-cerita artis-artis Hollywood, Bollywood dan artis tempatan sendiri.

7. Macam mana pula dengan Malaysia? Tentunya nama Subkhiddin Mohd. Salleh tidak akan terlepas daripada enjin carian kerana beliau adalah satu-satunya anak tempatan Malaysia yang beraksi sebagai pengadil di Piala Dunia Afrika Selatan 2010
Sumber:
beberapa-fakta-menarik-tentang-piala-dunia-

Friday, June 11, 2010

Sudah 3 kali jumaat terlupa nak bawak handphone...

Salam buat pembaca budiman,

Erm alahai... rasanya dah selang 3 jumaat dah nie, acik terlupa nak bawak handphone acik bila bertandang kat ofis... Biasanya kalau hari jumaat nie, keperluan mempunyai handphone amatlah penting memandangkan nak hubungi kenkawan kemana nak pergi makan tengah hari selepas solat jumaat...

Namun apakan daya, kita sebagai manusia sememangnya pelupa... dan bak kata Tun Mahathir "Melayu Mudah Lupa".. hehehe.. Acik pun pelik jugak... setiap kali hari jumaat jer mesti lupa nak bawak handphone... dan 3 kali kalau masuk arini...

Apapun, dikala ini mungkin ramai yang tengah tak sabar nak melihat Pembukaan Piala DUnia Afrika Selatan 2010 nanti... Acik takdelah teruja sangat nak melihat aksi bola nie... tapi mungkin jugak dah 4 tahun sekali, memang sesuailah kita pun tengok sekali... hehehe.

Bila bercakap pasal bolasepak World Cup nie... acik teringat suatu waktu masa belajar kat UiTM dulu...


Masa tue time World Cup bolasepak tahun berapo tah... acik pun tak ingat... maklumlah agaknyer terselalu minum semut... hehe... so, pepagi tue sumer org dlm bilik den terliat2 nak bangun subuh... termasuk acik sekali... Nak dijadikan citer, adela soang mamat nie... dio nie memang selalu kuar jamaah dan alim jugak ler dio nie... Masuk bilik kitorg (yg mmg tak penah berkunci).

Sedang sumer roomate den terlentok2, dio pun menjerit "woi!! Game Brazil vs Argentina dah nak start nie... cepat sumer!"...
Tak semena2 sumer roomate den terjaga dari lenanyer... bergegas poie pakai selipar nak poie mandi dsb..

Bilo kitorg tanya mamat nie betul ke ado bola dah dekat nak subuh nie??alih2 mamat tue kata... "korang dah solat subuh ke belum?... jom kito solat jamaah nak?"... kebetulan pulak tika tue hujan lebat sgt, patut ler pun... mamat tue tak leh nak poie masjid sebab ujan lebat...

End the story, sumer org berjamaah subuh ler pagi tue dan pagi² seterusnyer... kekeke... gitu ler citernyer...

Wednesday, June 09, 2010

Budaya memakai iphone, Blackberry, Blueberry & Blackcurrent...

Salam buat semua pembaca budiman,

Tatkala ini, begitu ramai kenkawan acik yg acik perhatikan sedang berseronok memegang sesuatu gadget yang dikenali sebagai smartfon....

Ada yg guna iphone... ada yg beli blackberry dan tak kurang jugak ada yg pakai blueberry... Hmm... mcm² teknologi yang ada sekarang ini yang pada perkiraan acik kalau hendak diikuti... mesti tercicir punya dibuatnya.

Kadangkala ramai yg beranggapan bahawa dengan mempunyai iphone, etc ini akan menyebabkan mereka tidaklah dicop ketinggalan zaman oleh sesetengah org (siapa yg dok cop tue pun acik tak tahu laa)...

Dan ada jugak bila acik tanya kenapa pakai iphone... sajer nak tgk kecanggihan teknologi terkini sskarang nie... walhal kalau nak dikejar teknologi nie mmg ler takkan mampu...

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan...

Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.
Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.

Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Virus : Black in the White House Attachment

URGENT!!! PLEASE CIRCULATE to your friends, family and contacts.

In the coming days, DO NOT open any message with an attachment called: Black in the White House, regardless of who sent it to you. It is a virus that opens an Olympics torch that burns the whole hard disk C of your computer. This virus comes from a known person who you have in your list.

Directions:

You should send this message to all of your contacts. It is better to receive this e-mail 25 times than to receive the virus and open it. If you receive a message called Black in the White House even if sent by a friend, do not open, and shut down your machine immediately. It is the worst virus announced by CNN. This new virus has been discovered recently it has been classified by Microsoft as the virus most destructive ever.
This virus was discovered yesterday afternoon by McAfee. There is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the hard disk, where vital information function is stored

Tuesday, June 08, 2010

Posting terkini: 8hb Jun 2010.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi bersama dengan teman² seperjuangan dan juga dpt sekali lagi acik mengupdate blog usang acik nie yg dah lama tak berusik gara² beberapa keadaan yang tidak mengizinkan.

Dikesempatan yang amat terhad ini, acik ingin menyeru kepada diri acik dan juga kepada tuan² semua agar kembalilah kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Ingatlah bahawa hidup yang sememangnya sementara cuma ini tidak akan bisa berbahagia tanpa adanya iman dan taqwa kepada Allah.

Acik juga ingin menyeru kpd diri acik sendiri dan kepada tuan² semua agar bersamalah kita mengambil iktibar terhadap apa yg berlaku di genting Gaza dan isu "kebiadaban Israel" yang sedang rancak diperkatakan disaat ini.

Memang benarlah apa yg disabdakan oleh nabi SAW dan apa yg termaktub didalam Al_qur'an akan kerosakan yg sering dilakukan oleh org yahudi ini... dan kita sebagai umat islam akhir zaman perlu sedar bahawa org yahudi ini tidak akan putus² membenci dan memusuhi umat islam...

Mudah-mudahan apa yang berlaku akan memberikan sedikit kekuatan kepada seluruh umat islam yang banyaknya seperti buih dilautan namun tidak memberi kesan atau takut kepada yahudi yg hanya sedikit ini.

Wallahu a'lam bisshawab.

Wednesday, June 02, 2010

ALLAH MENGASIHI ORANG YANG SENTIASA MENSUCIKAN DIRI

Sedikit renungan buat semua...


Daripada Abu Malik Al Harith Bin A’sim Al As’ariy RA berkata : Sabda Rasulullah SAW : Suci itu sebahagian iman. ( Riwayat Muslim)


ULASAN HADIS :


1. Hadis ini menerangkan tentang kebersihan seorang. Rasulullah SAW menyatakan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.

2. Imam Al Ghazali menerangkan kesucian atau kebersihan dalam Hadis ini iaitu kesucian hati dari sifat mazmumah(tercela) seperti dendam, dengki, sombong, riya’ dan segala apa yang berkait dengan penyakit hati. Sebahagian Ulama yang lain membincangkan maksud Hadis ini ialah kesucian itu ialah seperti berwudu’, mandi dan mendirikan solat dan seumpamanya.

3. Orang yang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian ALLAH dan diberi rahmat selayaknya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

4. Nabi Muhammad SAW amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian, sehingga Baginda dilihat sebagaii seorang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah berkata, bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara mereka. Sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan datang (menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal (alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan elokkanlah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia. Ini kerana sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada busuk dan sangat buruk.” (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).