Thursday, June 24, 2010

Aktif kembali berforum di Bincang.net?

Salam buat pembaca budiman,

Kelihatan sejak dua menjak nie kelibat acik kelihatan di ruang angkasa bincang.net dengan sebegitu aktif sekali... Hmm... kenapa sewaktu menjawat jawatan moderator Bincang Muslimin & Muslimah (BMM) acik tidak begitu aktif?

Mungkin ada baiknyer acik huraikan sedikit kenapa keadaan sedemikian berlaku... Pada mulanyer acik berforum, sememangnya ada terniat didalam hati untuk bergelar moderator di BDN khususnyer di BMM... namun, waktu BDN dibawah pemerintahan Tok Muda, permohonan acik untuk mengendalikan forum BMM tidak mendapat mandat beliau memandangkan acik masih lagi baru dan tidaklah kerap berada diBMM.

Namun oleh kerana kekerapan dan keterlibatan acik dengan begitu gigih di bilik BMM, maka acik telahpun dilantik oleh pemerintah baru BDN dibawah ADREEN yang mana acik seterusnya dilantik menjawat jawatan moderator bagi membantu Tok Janggut yang sudah tidak menang tangan hendak mengendalikan forum BMM tersebut.

Namun sejak memegang jawatan mod BMM, acik sering terasa betapa kerdilnyer diri ini dan betapa ciputnyer ilmu yang ada didada diwaktu itu. Mungkin pada penglihatan ahli² BDN, selaku mod BMM, sudah tentulah ilmu agama yg ada didada acik sentiasa penuh dan sarat dgn pemahaman islam.

Namun terus terang acik katakan bahawa, acik hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan sebagai manusia... Acik pun pernah melalui zaman kegelapan dan zaman dimana kiter juga melakukan beberapa dosa yg tidak seharusnya dilakukan oleh umat islam. Disebabkan itu, hendak menjawab malah nak menukil walau sepatah kata pun acik terasa berat bila memikul jawatan sebagai mod disana.

Dan kini, acik sekali lagi bebas sebagai ahli biasa dan sememangnyer acik akan cuba kembalikan semula zaman kegemilangan BMM sebagaimana biasa sebelum dan sesudah kedatangan acik disana... InsyaAllah.

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: