Wednesday, June 09, 2010

Budaya memakai iphone, Blackberry, Blueberry & Blackcurrent...

Salam buat semua pembaca budiman,

Tatkala ini, begitu ramai kenkawan acik yg acik perhatikan sedang berseronok memegang sesuatu gadget yang dikenali sebagai smartfon....

Ada yg guna iphone... ada yg beli blackberry dan tak kurang jugak ada yg pakai blueberry... Hmm... mcm² teknologi yang ada sekarang ini yang pada perkiraan acik kalau hendak diikuti... mesti tercicir punya dibuatnya.

Kadangkala ramai yg beranggapan bahawa dengan mempunyai iphone, etc ini akan menyebabkan mereka tidaklah dicop ketinggalan zaman oleh sesetengah org (siapa yg dok cop tue pun acik tak tahu laa)...

Dan ada jugak bila acik tanya kenapa pakai iphone... sajer nak tgk kecanggihan teknologi terkini sskarang nie... walhal kalau nak dikejar teknologi nie mmg ler takkan mampu...



Sepatutnya kita kena ingat suatu peribahasa (tak pastilah acik peribahasa moden ke kuno nie) yg berbunyi "Berlagak kaya menyebabkan anda papa".

Memang benar tuan² semua... dengan membeli sesuatu yang merupakan hanya suatu kehendak akan menyebabkan kita papa... Kenkadang antara keperluan untuk berhubung antara satu sama lain mengapa perlu ada diantaranya kehendak... Kalau kiter nak sms atau nak telefon mak ayah kita, kenapa perlu mempunyai iphone atau blackberry...

Kenkadang mak ayah kita pun tak pakai 3G... kalau sekadar kita seorang saja yg berlebih²an memakai barang² mewah begini... percayalah bahawa suatu hari nanti kiter akan mengalami masalah kewangan yang serius...

Namun semua nasihat yang acik berikan ini tidak apply untuk orang yang dah bergelar PAKCIK KAYOO... hehehe.

Wassalam.

1 comment:

arizWanmerahs said...

Salam Acik, betul la apa yang ditulis tu, aku guna henpon sekadar keperluan layari internet jer..