Friday, December 23, 2005

Takziah buat achique Sekampung.net..

Assalamu'alaikum wbt.

Acik ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan takziah buat diri achique sekeluarga diatas pemergian ayahanda beliau baru2 nie... Sedih sungguh rasanyer kerana baru jer dikhabarkan yg ayahanda beliau sakit dan dimasukkan ke hospital... Allah lebih menyayangi beliau dari kiter semua... redha dgn ketentuan darinyer...

Wassalam.

Sunday, November 27, 2005

Selamat Bertunang Kakakku Dr. Haslina...

Sebenarnyer ada gambar kat sini... tah mana lak ilangnyer... tak leh kuar ler pulak... sorry...

Thursday, November 10, 2005

Khutbah Yusuf Qardawi: TAUBAT

Wahai Muslimin Sekelian,

Kita akan membincangkan tentang satu jenis ibadah yang dilupakan oleh manusia. Ini kerana Ibadah terbahagi kepada 2 jenis iaitu ibadah yang berbentuk zahir dan ibadah yang berbentuk batin.

lbadah berbentuk zahir ialah seperti solat, puasa, zakat dan haji. la lebih merupakan rukun Islam yang berbentuk praktikal. Akan tetapi di sana ada sejenis ibadah yang mempuyai kedudukan yang penting di dalam kehidupan manusia. Ibadat berbentuk zahir tidak akan sah tanpa ibadat berbentuk batin tersebut. Sesungguhnya ibadat berbentuk batin ini ialah ibadat yang berkait dengan hati dan hati itu merupakan hakikat manusia yang sebenamya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa di dalam badan anak Adam itu ada seketul darah, apabila ia baik maka akan baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Ketahuilah bahawa itulah hati. "(HR Nukman B Basyir)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan dan tidak juga kepada rupa paras kamu. Akan tetapi DDiaa melihat kepada hati kamu. "(HR Muslim)

Hati merupakan tempat yang diperhatikan oleh Allah. la merupakan hujah yang dikemukakan pada hari kiamat kelak apabila manusia ingin menyelamatkan diri mereka dari azab Allah. la merupakan satu-satunya tempat sandaran yang boleh membuktikan diri kamu tidak terlibat dengan perkara yang dilarang oleh Allah serta yang boleh membuktikan kesahihan iman yang kamu miliki. Firman Allah:

Ertinya:
"Pada hari tidak ada gunanya lagi anak-anak dan harta melainkan orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. "(As-Syura:88-89)

Firman Allah lagi:

Ertinya:
"Ini merupakan perkara yang telah dijanjikan kepada setiap orang yang suka bertaubat kepada Tuhannya iaitu orang yang takutkan Ar Rahman dalam keadaan ghaib dan datang bertemu dengan Allah dengan hati yang bertaubat dan kembali kepadaNya. "(Qaf:32-33)

Hati mempunyai penghalang yang boleh meyebabkan amalan manusia tidak diterima oleh Allah. Kerjakanlah sebanyak mana ibadat sekalipun, jika hati kamu masih berselaput, sekiranya masih ada niat menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila kamu tidak mengilkhlaskan hati kepada Allah semata-mata, maka arnalan itu tidak akan diterima oleh Allah. Firman Allah:

Ertinya:
"Kamu tidak disuruh melainkan untuk menyembah Allah dengan ikhlas hanya kerana agamanya yang hanif. "(Al-Bayinah:5)

Kita mesti ada masa untuk membincangkan tentang niat dan ikhlas yang merupakan asas untuk Allah menerima amalan-amalan yang dilakukan oleh manusia Muslim.

Akan tetapi pada hari ini kita hendak memperkatakan tentang ibadah hati yang penting. la merupakan langkah pertama dalam perjalanan menuju kepada Allah. Langkah tersebut ialah taubat.

Langkah pertama yang disebut sebentar tadi ialah anda perlu bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya anda tidak akan berupaya meneruskan perjalanan jika anda dibebankan dengan bebanan yang berat dan banyak. Dengan bebanan yang berat tersebut anda tidak akan berupaya melangkah walaupun satu langkah ke hadapan. Bebanan ini mesti dikurangkan. Dosa yang membebankan anda perlu digugurkan. Bagaimana ia boleh digugurkan?. la akan gugur dengan bertaubat. Apakah erti taubat?. Perkataan taubat diambil daripada perkataan (ta alif ba). Perkataan (ta alif ba) dalam bahasa Arab membawa erti kembali. Ini bermakna bertaubat membawa erti seolah-olah anda sentiasa bersama Allah tanpa berpisah denganNya. Bagaimana anda hendak berpisah denganNya sedangkan kewujudan anda adalah bergantung kepada kewujudanNya, kehidupan, mati, rezeki dan petunjuk yang datang kepada anda sernuanya adalah datang daripada Allah. Benarlah Allah yang telah berfirman:

Ertinya:
"Apa sahaja nikmat yang ada pada kamu adalah datangnya dari Allah."(An-Nahlu:53)


Apakah nilai dan apakah yang ada pada anda sekiraya bukan kerana Allah. Anda wahai manusia yang besar panjang, yang berjalan di atas muka burni dengan megah dan suka meninggi diri tidak mempunyai apa-apa sekiranya bukan kerana Allah.

Sekiranya bukan kerana Allah yang telah menciptakan,melengkapkan dan meniupkan rohNya ke dalarn jasad anda, menjadikan alam ini untuk kegunaan anda, memberikan akal kepada anda, mengajarkan kepada anda tentang keterangan berkenaan kehidupan, memberikan petunjuk kepada anda, maka apakah yang anda punyai wahai manusia. Kalau bukan kerana Allah apakah keadaan engkau wahai manusia.

Allah merupakan pernilik sebenar kepada sernua nikmat yang ada pada anda. Tanpa Allah anda tidak akan mempunyai apa-apa. Tanpa Allah anda tidak akan dilahirkan ke burni ini dan tidak ada siapa yang mengenali anda. Oleh itu manusia perlulah sentiasa bersama Allah. Apabila manusia jauh daripada Allah disebabkan oleh dosa atau kelalaian maka dia perlulah kembali ke rumahnya yang asal iaitu taubat.

Taubat bererti kembali kepada Allah. Taubat bererti kembali kepada asal. Diantara nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita ialah taubat. Dia telah memberikan kepada kita hak untuk bertaubat. Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat dan meminta ampun daripada Allah.

Bukan suatu perkara aneh anak Adam melakukan dosa. Bukan suatu perkara aneh anak Adam terjerumus ke dalam maksiat. Ini merupakan tabiat kejadiannya. Anak Adam dijadikan dengan dua unsur yang bersepadu iaitu unsur tanah dan unsur rohani. Unsur tanah mengajaknya terjunam ke bawah. Manakala unsur rohahi mengajaknya naik ke atas sehingga mencapai tahap yang paling tinggi.

Kadang-kadang manusia terpengaruh dengan unsur tanah maka pada masa itu dia akan menjadi seperti binatang atau lebih sesat lagi dari binatang. Kadang-kadang manusia dipandu oleh unsur rohani lalu dia meningkat tinggi sehingga menjadi seperti malaikat atau ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Tidak hairan sekiranya pada satu-satu ketika unsur tanah mengalahkan unsur rohani, unsur bumi menewaskan unsur langit, unsur kebinatangan mengalahkan unsur ketuhanan yang ada pada manusia. Maka dalam keadaan ini manusia akan melakukan dosa. Tidak hairan manusia melakukan dosa sedangkan bapa kepada, manusia iaitu Adam juga telah melakukan dosa. Manusia pertama telah melakukan maksiat. Dia telah ditipu oleh syaitan lalu menjerumuskannya ke dalam lembah ingkarkan perintah Tuhan. Syaitan telah menunjukkannya kepada tipu daya. Syaitan telah bersumpah kepada Adam dan isterinya bahawa tujuannya berbuat demikian ialah untuk kebaikan kedua-duanya. Firman Allah:

Ertinya:
"Sesungguhnya aku hanyalah ingin menasihatkan kamu berdua. "(Al-A'raf:21)

Syaitan berkata kepada nabi Adam:

"Adakah engkau mahu aku tunjukkan kepada engkau sebatang pokok Khuldi yang membolehkan engkau hidup kekal di dalam syurga ini?.

Syaitan terus memujuk Nabi Adam sehinggalah dia membenarkan apa yang dikatakan oleh syaitan tersebut, lalu dia memakan buah dari pokok Khuldi. Firman Allah:

Ertinya:
"Lalu Adam mengingkari Tuhannya dan melakukan kesilapan. Kemudian Tuhannya telah mengingatkannya lalu dia bertaubat kepadaNya. "(Taha:121-122)

Ini merupakan pembeza antara ajaran Islam dan kristian.

Kristian menjadikan kesalahan yang dilakukan oleh Adam terus ditanggung oleh semua manusia. Semua manusia menanggung dosa Adam sekalipun mereka tidak melakukannya, tidak menyaksikan Adam melakukan kesalahan tersebut. Mereka, datuk-datuk mereka tidak pernah menyaksikan perbuatan Adam dan tidak pernah melakukannya. Sedangkan keadilan ilahi telah termaktub di dalam Al Quran dan dalam suhuf Musa:

Ertinya:
"Dan Ibrahim Yang telah menyempurnakan perintah Allah. Seseorang tidak akan menanggung dosa Yang dilakukan oleh orang lain."(An-Najm:37-38)

Bagaimana manusia boleh menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain?. Bagaimana manusia boleh menangung dosa Nabi Adam sedangkan dosa itu telah diampunkan dengan taubat yang dilakukan oleh Adam. Tatkala Adam merasakan bahawa syaitan telah menipunya dan mengheretnya ke dalam maksiat, hati sanubarinya yang celik dengan segera telah bangun telah kembali semula kepada Tuhannya. la telah mengetuk pintu Tuhannya dan bertaubat serta meminta ampun.

Nabi Adam dan isterinya berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami. Oleh itu jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami nescaya kami akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang rugi."(Al-A'raf:23)

Firman Allah:
Ertinya:
"Maka Adam telah menerima kalimat pengajaran daripada Tuhannya lalu &a bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. "(Al-Baqarah:37)

Maksiat yang dilakukan oleh nabi Adam telah tamat. Begitu juga sepatutnya dosa-dosa yang dilakukan oleh anak Adam. Tidak hairan sekiranya anak Adam melakukan maksiat sedangkan bapanya sendiri telah melakukannya. Akan tetapi yang menghairankan ialah manusia itu berterusan dalam maksiat, dia kekal dalarn melakukan dosa, melupakan Tuhannya, melupakan taubat kepadaNya. Maka dengan itu dosa-dosa terus bertimbun ke atasnya sehingga Allah menjadikan hatinya hitam. Ini merupakan satu perkara yang bahaya.

Bahaya yang dilakukan oleh manusia ialah tidak bersegera melakukan taubat kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

Maksudnya:
"Sesungguhnya apabila seorang hamba itu melakukan satu kesalahan maka akan ditimpakan satu titik hitam pada hatinya. Sekiranya dia bertaubat maka hatinya akan berkilat semula. "(HR Tarmizi)

Maksud berkilat semula dalam hadis ini ialah taubat yang dilakukan oleh manusia akan menyapu dan menghapuskan titik hitam yang ada pada hati manusia akibat dosa yang dilakukan. Hati manusia yang bertaubat itu akan kembali menjadi putih bersih. Sekiranya dia memperbanyakkan taubatnya maka hatinya akan menjadi bertambah bersih dan akan menjadi tinggi di sisi Allah. Apabila manusia itu melakukan dosa lain, maka titik hitam lain akan terlekap pada hatinya. Jika dia terus melakukan dosa, titik hitam ini akan menjadi banyak sehingga ia akan menutup hati. Inilah yang dinamakan oleh Allah sebagal 'kotoran' dalam' firmanNya:

Ertinya:
"Sekali-kali mereka tidak akan sedar, kerana hati mereka telah kotor kesan dari dosa yang mereka lakukan"(Al-Mutaffifin:14)

Bahaya yang menimpa manusia ialah lupa taubat, berterusan berada di jalan syaitan dan tidak merasakan kesalahan dan kesilapan yang dilakukahnya. Ini merupakan bahaya yang dihadapi oleh manusia.

Bahaya ini berpunca daripada panjang angan-angan. Makna panjang angan-angan ialah menganggap mati masih jauh dan umurnya masih kekal banyak serta akan hidup dalam tempoh masa yang lama lagi. Manusia merasakan mati masih jauh dari menemuinya. Manusia yang berumur dua puluh tahun berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku tiga puluh tabun". Manusia yang berumur tiga puluh tahun pula berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku empat puluh tahun". Manusia yang berumur empat puluh tahun pula berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku enam puluh tahun". Manusia yang berumur enarn puluh tahun pula akan berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku lapan puluh tahun". Begitulah seterusnya.

Begitula keadaan manusia sentiasa berangan-angan panjang.Sedangkan dia tidak tahu bahawa maut itu lebih hampir kepadanya dari urat tengkuk. Setiap manusia kadang-kadang hidup di waktu pagi bersarna keluarganya sedangkan dia tidak tahu bahawa maut adalah hampir dengannya. Apabila engkau hidup di waktu pagi, engkau tidak tahu samada engkau sempat hidup sehingga petang atau tidak. Sebuah hadis ada menyatakan:

Maksudnya:
"Apabila anda hidup di waktu pagi maka jangan berangan anda akan hidup di waktu petang dan jika engkau hidup di waktu petang, maka jangan berangan akan hidup di waktu pagi."(HR Bukhari, Tarmizi, Ahmad dan Baihaqi)

Ketika anda tidur, anda tidak tahu samada roh akan kembali semula kepada anda ataupun ia akan terus pergi?.Ketika anda memakai pakaian, anda tidak tahu adakah anda sempal menanggalkannya atau ia akan ditanggalkan oleh tangan orang lain?. Ketika anda keluar dari rumah, anda tidak tahu kemanakah langkah seterusnya yang akan berlaku?. Adakah langkah seterusnya menuju ke jalan atau ke kubur?. Tidakkah anda mendengar orang yang mati akibat kejutan jantung, sesak nafas atau akibat kernalangan yang berlaku secara tiba-tiba?.

Manusia pada hari ini ramai yang mati dalam kejadian yang tiba-tiba. Sehingga manusia yang tidak terlibat dengan apa-apa kernalangan pun kadang-kadang mati secara tiba-tiba. Kadang-kadang seseorang sedang berjalan di tepi jalan, tiba-tiba datang kereta melanggarnya lalu mati. Adakah kamu pernah mendengar peristiwa-peristiwa seperti ini?. Mati sungguh hampir dengan manusia.

(diri ini teringat teka-teki Imam Ghazali, Apakah yang paling hampir dengan kita? MATI)

Persoalan yang akan dihadapi oleh manusia selepas mati merupakan persoalan kemanakah dia akan tuju sebagai tempat tinggalnya yang kekal. Adakah ke syurga atau ke neraka. Kerugian yang akan dialami bukan satu dirharn atau satu dinar. Kerugian samada engkau akan masuk syurga atau neraka. Kematian merupakan suatu yang bahaya. Oleh itu mengapa anda menangguhkan taubat?.

Dikatakan bahawa kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari orang yang suka bertangguh. Adakah kamu tahu siapa dia orang yang suka bertangguh?. Mereka ialah orang yang berkata: "Aku akan bertaubat, aku akan beramal, aku akan kembali kepada Allah." Setengah salafus soleh berkata: Bertangguh merupakan salah satu tentera syaitan, kerana anda tidak dijamin akan hidup sehingga esok hari, usia anda tidak dijamin walaupun satu jam. Tatkala malaikat maut datang mencabut nyawa, manusia akan berangan-angan alangkah baiknya j ika dia mempunyai peluang untuk hidup walaupun sebentar, satu minggu, satu hari, setengah hari, satu jam, satu minit. Mereka sekali-kali tidak akan mendapatnya. Firman Allah:

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan dilalaikan daripada mengingati Allah oleh anak atau harta kamu. Barang siapa yang melakukan sedemikian itu maka mereka tergolong dalam orang-orang yang rugi. Dan nafkahkanlah rezeki yang Kami telah berikan kepda kamu sebelum seseorang kamu didatangi oleh ajal lalu dia berkata "Alangkah baiknya jika engkau memberikan aku tempoh yang sekejap lalu aku boleh bersedekah dan aku menjadi orang-orang yang soleh."(Al-Munafiqun:9-10)

laitu berilah aku tempoh untuk hidup walaupun hanya sebentar untuk aku mensedekahkan harta yang aku ada, untuk aku mewakafkan sebahagian harta aku kepada pihak-pihak yang melakukan kebajikan, untuk aku memulangkan harta yang aku ambil secara haram dari tuannya dan untuk aku meminta maaf kepada orang yang aku pernah melakukan kesilapan terhadapnya. Manusia itu inginkan beberapa ketika untuk melakukan semua pekerjaan tersebut.

Waktu itu sekarang ini ada di hadapan anda. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa jam. Di hadapan anda sekrang ini ada beberapa hari. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa minggu. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa bulan. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa tahun. Adakah semua ini tidak memadai. Sehinggakan apabila anda hendak menemui ajal barulah hendak berkata: "Bolehkah engkau beri aku tempoh yang sedikit untuk aku bersedekah dan mengerjakan amal-amal soleh?" Jawapan Allah kepada permintaan ini ialah:

Ertinya:
"Allah sekali-kali tidak akan melewatkan bagi seseorang apabila sampai tempoh ajalnya. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "(Al-Munafiqun:11)

Sesungguhnya panjang angan-angan dan menganggap mati masih jauh merupakan satu bahaya yang menimpa manusia. la akan menjadikan manusia menangguhkan taubat. Jika dia didatangi oleh maut secara tiba-tiba sedangkan dia tidak bersedia menghadapinya dan tidak mempunyai kelengkapan untuk menuju ke akhirat. Bersegeralah melakukan taubat sebelum dosa bertimbun dan sebelum terlewat. Sesungguhnya setengah penyakit jika ditangguhkan mengubatinya maka ia akan menjadi sukar untuk diubati. Sekiranya anda membiarkan penyakit pada badan anda maka ia akan menjadi berlipat ganda yang menyebabkan ia sukar untuk diubati selepas itu. Begitu juga dengan dosa. Setiap orang yang melakukan satu dosa hendaklah bertaubat. Dia hendaklah segera melakukan taubat. Sekiranya dia tidak melakukannya maka dia telah menzalimi dirinya. Allah berfirman:

Ertinya:
"Dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu merupakan orang-orang yang zalim. "(Al-Hujurat:11)

Taubat adalah dituntut dari semua manusia. Taubat adalah dituntut dari setiap orang. Firman Allah:

Ertinya:
"Bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman, semoga kamu beroleh kejayaan. "(An-Nur:31)

FirmanNya lagi:

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha. "(At-Tahrim:8)


Orang-orang mukmin adalah dituntut bertaubat. Di sana tidak ada seorang manusia pun yang boleh berkata: "Aku tidak ada dosa, maka apa yang aku hendak taubatkan. Catatan aku bersih, tidak ada cacat, maka untuk apa aku hendak bertaubat?." Ini merupakan sifat ghurur (terpedaya) yang tidak sepatutnya ada dalarn diri seorang mukrnin. Mukmin sentiasa merasakan bahawa dia lalai dalarn menunaikan hak Allah. Dia merasakan bahawa dia melakukan ketaatan tetapi takut ia tidak diterima oleh Allah. Manakala orang munafiq pula sentiasa melakukan maksiat dan berkata: "Aku berharap Allah mengampunkan aku". Perbezaan antara mukrnin dan munafiq ialah seorang mukmin sentiasa merasakan bahawa dia tidak menyempurnakan hak Allah sebagaimana yang dituntutNya sedangkan munafiq tidak merasakan sedemikian. Orang mukmin sentiasa merasakan Allah telah melimpahkan nikmat dan rezekiNya kepadanya. Oleh itu mukrnin sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah Ta'ala. Dalarn taubat, manusia ada berbagai kategori.

Di sana ada orang yang bertaubat daripada, syirik sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala:

Maksudnya:
"Katakan (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir, sekiranya mereka berhenti dari kekufuran mereka dan bertaubat maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang telah lalu. "(Al-Anfal:38)

Di sana ada orang yang bertaubat dari nifaq sebagaimana yang diberitahu oleh Allah tentang satu kumpulan orang munafiqin:

Maksudnya:
"Sekiranya mereka bertaubat maka adalah lebih baik bagi mereka. Jika mereka tetap berpaling dari ajaran Islam maka Allah akan mengazabkan mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan mereka tidak mempunyai penolong dan pelindung di bumi ini. "(At-Taubah:74)

Di sana ada orang yang bertaubat daripada dosa besar seperti dosa meminum arak, berzina, menghisap dadah, memakan riba, memakan harta anak yatim, melakukan saksi dusta, derhaka kepada kedua ibu bapa, memutuskan silaturrahim atau melakukan dosa-dosa besar yang telah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w begitu banyak.

Dosa besar tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat. Dosa kecil boleh jadi diampunkan dengan melakukan beberapa kebaikan, dengan sembahyang lima waktu, antara satu Jurnaat ke satu Jurnaat, dari satu Ramadhan ke satu Ramadhan lain. Semua amalan kebaikan ini akan menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan antara keduanya selagi mana seseorang itu tidak melakukan dosa besar. Dosa besar hanya diampunkan dengan taubat.

Di sana ada orang yang bertaubat dari dosa besar. Di sana juga ada orang yang bertaubat daripada dosa kecil kerana melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah. Perkara yang haram tetap haram sekalipun ia termasuk dalam dosa kecil. Tidak ada sesuatu yang kecil bagi Allah. Setengah salafus soleh telah berkata: "Jangan engkau lihat pada dosa kecil yang engkau lakukan tetapi lihatlah kepada kebesaran Tuhan yang telah engkau ingkari".

Jika engkau menyakiti kawan engkau dengan satu perkataan, boleh jadi ia suatu yang kecil. Akan tetapi jika engkau sakiti hati bapa atau sheikh engkau dengan perkataan yang sama, maka ia merupakan suatu yang besar dan menunjukkan sikap takabbur engkau."

Begitulah kita melihat sesuatu itu akan menjadi suatu yang besar bergantung kepada pihak yang terlibat. Maka bagaimana pula jika kejahatan yang engkau lakukan berkaitan dengan hak Allah yang Maha Besar?. Oleh itu Bukhari telah meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud: "Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya seolah-olah dia duduk di bawah sebuah bukit dan ditakuti bukit itu akan jatuh ke atasnya. Orang yang fajir pula melihat dosanya seperti lalat yang lalu di tepi hidung, lalu. dia berkata kepada lalat itu seperti ini." Perawi hadis ini berkata bahawa Ibnu Mas'ud telah mengisyaratkan dengan tangannya dengan meletakkannya di hidungnya.

Inilah keadaan orang-orang beriman. Mereka tidak pemah menganggap dosa sebagai suatu yang kecil. Malah mereka menjauhkan diri dari menganggap dosa sebagai suatu yang kecil dan dari memandang mudah kepada dosa.

Setengah salafus soleh berkata: "Dosa yang ditakuti tidak diampunkan akan menyebabkan pelakunya berkata: Alangkah baiknya sekiranya semua dosa yang aku lakukan seperti ini." Iaitu dosa ini adalah dosa kecil. Pendapat sebegini adalah salah.

Setelah beberapa orang soleh menziarahi sahabat mereka, mereka mendapati dia sedang sakit dan menangis. Mereka bertanya kepadanya: "Wahai si fulan, apakah yang menyebabkan engkau menangis seperti ini, demi Allah kami tidak melihat engkau melakukan dosa besar dan engkau tidak pernah meninggalkan kewajipan yang difardhukan oleh Allah?." Orang itu menjawab: "Demi Allah, aku menangis bukan kerana itu, tetapi aku takut aku telah melakukan dosa yang aku sangka kecil tetapi ia di sisi Allah suatu yang besar."

Begitulah yang telah diceritakan oleh Al Quran tentang mereka yang terlibat dalam kes fitnah terhadap isteri Rasulullah s.a.w. Mereka telah bercerita tentang Aisyah binti Abu Bakar dengan sesuatu yang buruk. Maka Allah telah berfirman mengenai perbuatan mereka:

Ertinya:
"Kami berkata dengan mulut-mulut kamu tentang perkara yang kamu tidak ketahui, dan kamu menyangka perkara itu kecil di sisi Allah sedangkan ia adalah besar di sisi Allah. " (An-Nur:15)

Satu kalimah yang kadang-kadang dianggap tidak ada apa-apa makna oleh seseorang akan menyebabkan dia dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun. Dia dicampakkan ke dalam neraka dalam tempoh yang lama hanya disebabkan oleh satu perkataan yang dianggap tidak mempunyai apa-apa erti.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa beliau telah menceritakan tentang salah seorang budak suruhannya kepada Nabi Muhammad s.a.w: "Tidak ada apa yang menyebabkan engkau kagum dengan si fulan melainkan dia (lalu aisyah menunjukkan dengan jarinya bahawa oraug itu pendek). Lalu baginda berkata: "Sesungguhnya engkau telah mengatakan satu perkataan, sekiranya ia dicampakkan ke dalam air laut nescaya ia akan mengotori lautan itu."

Bahaya yang menimpa manusia ialah mereka menganggap dosa yang dilakukan sebagai suatu yang kecil dan mudah. Mereka berkata: "Dosa ini tidak perlu taubat". Tidak, manusia adalah wajib bertaubat dari semua dosa termasuk dosa kecil.

Di sana ada orang yang bertaubat dari dosa besar. Di sana ada orang yang bertaubat dari dosa kecil. Di sana ada orang bertaubat dari syubhat kerana syubhat itu boleh membawa kepada haram. Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barang siapa yang melakukan perkara syubhat maka dia telah terjatuh ke dalam perkara haram seperti seorang penternak yang menggembala ternakan di sekitar padang rumput larangan. Ditakuti ternakannya akan meragut rumput dari padang rumpur larangan itu " (HR Bukhari,Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah)

Di sana ada orang yang bertaubat daripada perkara makruh. Sehinggakan perkara makruh juga turut dielakkan daripada melakukannya. Di sana ada orang yang bertaubat dari beberapa perkara yang harus. Manusia terdiri dari beberapa darjat.

Di sana ada orang yang bertaubat hanya semata-mata kerana dia lupa dari mengingati Allah. Ada tempoh dalam hidupnya yang dia tidak mengingati Allah. Maka dia bertaubat dari kelalaian ini. Keadaan seperti ini tela disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika beliau bersabda yang bermaksud:

Ertinya:
" Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungghnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.(HR Muslim)

Muhammad s.a.w yang sentiasa bermuraqabah dengan Allah di waktu pagi dan petang, ketika bergerak dan diam, siang dan malam, ketika bersendirian dan bergaul dengan orang, baginda tidak lupa terhadap Tuhannya walaupun sekelip mata. Mata baginda tidur tetapi hatinya jaga. Walaupun begitu keadaannya, baginda tetap berkata: "Bertaubatlah kepada. Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada Tuhan sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.

Malah setengah sahabat baginda menceritakan: "Kami pemah duduk bersama Nabi Muhammad s.a.w dalam satu majlis dan mengulang-ulang istighfar sebanyak tujuh puluh atau seratus kali.

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w satu bentuk istighfar yang merupakan penghulu segala istighfar. Baginda mengucapkannya di setiap pagi, petang, dinihari dan ketika sujud. Baginda berkata: Ya Allah, Engkaulah Tuhan aku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah Menjadikan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan menunaikan janjiku terhadap Mu setakat yang aku upaya. Aku berlindung dari kejahatan amalan yang telah aku lakukan. Engkaulah yang mengusai nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan Engkau jugalah Tuhan yang mengampunkan dosa aku. Maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

Di antara doa dan istighfar yang diamalkan oleh baginda ialah: Ya Allah, ampunkanlah kesalahan, kejahilan dan keterlanjuran aku dalam urusan hidupku serta dosa-dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Ya Allah ampunkanlah kesalahan aku yang telah lalu dan akan akan datang, yang aku lakukan dengan terang?terangan dan yang aku rahsiakan dan dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah yang awal dan Engkaulah yang akhir. Dan Engkau berkuasa ke atas segala perkara.

Inilah perasaan yang merasakan kebesaran Allah. Dia mempunyai banyak hak ke atas manusia terutama di atas nikmatNya yang terlalu besar yang telah diberikan kepada manusia. Inilah yang dilakukan oleh Muhammad s.a.w. Baginda merasakan bahawa baginda cuai terhadap hak Allah. Di sana ada orang yang bertaubat hanya semata-mata dia tidak mengingati Allah dalam, ketika waktu yang berlalu.

Taubat ada beberapa darjat. Al Quran menyuruh orang yang sedang berada di Arafah dan sedang mengerjakan haji supaya beristighfar selepas berada di tempat yang mulia ini. Orang-orang mukmin keadaannya sentiasa beristighfar selepas melakukan ketaatan. Lihatlah firman Allah:

Ertinya:
"Apabila engkau berangkat dari Arafah maka sebutlah nama Allah ketika ditempat-tempat mengerjakan haji yang lain. Ingatlah kepadaNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk kepada kamu dan kamu sebelum mendapat petunjuk adalah dari kalangan orang-orang yang sesat. Kemudian hendaklah kamu berangkat ke tempat perkumpulan manusia dan beristighfarlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "(Al-Baqarah:198-199)

Selepas wukuf di Arafah. Selepas berada di tempat yang mulia ini, Allah menuntut supaya orang?orang beriman beristighfar kepadaNya sebagaimana Dia telah menyifatkan orang-orang beriman, muhsin dan bertaqwa dengan firmanNya:

Ertinya:
"Adalah mereka itu kurang tidur di waktu malam (kerana mengerjalkan ibadah) dan di waktu siang hari mereka beristighfar "(adz-dzariyat:17-18)

Hasan Al Basri berkata: Mereka terus melakukan sembahyang sehingga sampai waktu sahur. Kemudian mereka akan duduk beristighfar.

Mereka beristighfar daripada apa?. Mereka yang menghidupkan malam dengan mengerjakan sembahyang sunat dan hanya tidur sebentar sahaja, ketika siang hari pula mereka beristihfar. Mereka itu merupalcan orang yang sempuma. Mereka sentiasa merasakan mereka kurang dan mereka sekali-kali tidak pemah menyangka bahawa mereka telah menyempumakan hak Allah.

Taubat ada berbagai darjat. Setiap orang bertaubat mengikut darjatnya. Manakala kita adalah perlu bertaubat daripada segala dosa besar dosa kecil, dosa melakukan perkara haram, dari segala hak Allah yang telah kita abaikan dan dari segala kekurangan dan keterlanjuran yang telah kita lakukan. Kita jangan sekali-kali menangguhkan taubat kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita pada esok hari. Firman Allah:

Ertinya:
"Seseorang itu tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari dan dia juga tidak tahu di bumi manakah dia akan mati “(Luqman:34)

Wednesday, November 09, 2005

Fakta authentik berkenaan Afghanistan, Taliban dan Osama yang telah banyak diselewengkan oleh media…

THE INVISIBLE AFGHANISTAN


(Terjemahan “THE INVISIBLE AFGHANISTAN” OLEH SYED RAHMATULLAH HASHEMI)



[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US
awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001]


Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6]


" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakanperbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Danhanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.


Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telahmenderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri.


Pencerobohan Soviet


Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan.Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebihkurang 21 tahundahulu,dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periok api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.


Selepas Russia Dikalahkan


Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen.Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri diAfghanistan. Kemusnahanakibatdari pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.


Munculnya Taliban


Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar- pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata - bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan.Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru disekolah tersebut menolong mereka.


Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramaiorang-orang komander tersebut turut digantung.


Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak bandit. Gerakan pelajarini-Taliban- kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).


Kejayaan Taliban


Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.



2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov, dan juga senjata canggih seperti stinger missiles,dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsaBersatu (PBB) menawarkan US$3billion untuk membelibalik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telahberjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.



3.) Kejayaan kami yang ketigaadalah membawa Afghanistan dibawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahunsebelum kami ambil alih.





4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candudunia. Sebelum kami enghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB dibawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. Dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.



5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduhkamimelanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi.




Hak-hak Kaum Wanita


Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami(Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini.


Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memileh bakal suami masing-masing.


Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempor ingin berdamai,maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.


Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui sebelum1996, iaitu sebelum kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya dudok rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu dudok rumah keranapada masa itu keadaan huruhara tanpa kuatkuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.


Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di KementerianKesiahatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.



Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang `co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.


Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran-kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurrikulum yang bercanggah-canggah itu.


Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah- sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.


Osama bin Laden


Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud.


Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan diburu.

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat).


Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebeh dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh.



Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat.


Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh satu orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut.


Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden


Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.


United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh saorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah.


Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.


Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh US.


Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.


Sekatan Ekonomi


Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periok api yang sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil
berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.


Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati


Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak- kanak Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."


Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak- anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.


Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?


Kofi Annan


Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kpfi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.


Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut.

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pengangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala- galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan eknomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala- galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."


[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6 bulan
sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]

Monday, November 07, 2005

Mahaleel jawab 6 isu Proton

Mahaleel jawab 6 isu Proton
Berikut adalah enam isu pokok yang menghantui Proton semasa Tengku Mahaleel Tengku Ariff memimpinnya.

Kini beliau bebas menjawabnya.

1. PROTON MENGAKIBATKAN KERAJAAN MENANGGUNG BEBAN KEWANGAN

Bagaimana sebenarnya ia didefinisikan? Apakah ia bermaksud kerajaan memberi subsidi kepada Proton? Atau Proton telah di`bailed-out'?

Jika mengatakan pinjaman kerajaan, itu memang ada. Pinjaman dari kerajaan kepada Hicom untuk Proton sebanyak RM785 juta.

Mengikut perjanjian, pinjaman itu harus dibayar balik menjelang 2012. Tetapi kami berjaya mempercepatkannya tujuh tahun lebih awal, iaitu pada tahun 2007.

Baki hutang sekarang hanya RM115 juta dan tahun depan kurang daripada RM100 juta. Dengan tunai RM2.4 bilion, Proton boleh dengan mudah menjelaskan kesemua hutang tersebut. Mana GLC yang mempercepatkan pembayaran balik hutang kerajaan? Jadi, di mana kerajaan rugi?

2. PROTON MENIKMATI PENGECUALIAN CUKAI

Semua kereta berstatus nasional menikmati rebat cukai dan tidak Proton sahaja. Pada satu tahap, saya mempercayai inilah kadar-kadar cukainya: Naza Kia menerima `0' cukai import - ia adalah syarikat persendirian.

Hyundai Atos dikenakan 5 peratus cukai - ini bukan kereta nasional pun.

Perodua Kancil juga menerima `0' cukai import - ini adalah syarikat asing.

Proton membayar 13.5 peratus cukai import bagi kebanyakan model-modelnya.

Jadi mengapa Proton sahaja yang dilaung-laungkan orang supaya dilepaskan perlindungan?

Saya telah berterusan merayu supaya diwujudkan padang permainan yang sama. Sama juga dengan duti eksais. Tapi tiada siapa mendengar.

Sebaliknya, Proton dibelasah kerana kita mengimport dalam bilangan kecil dan tidak menikmati cukai import tetapi membayar lebih tinggi cukai eksais daripada pesaing.

Malahan, Proton telah membayar duti dan cukai berjumlah RM10 bilion sejak 10 tahun lalu. Adakah syarikat kereta termasuk kereta nasional lain membayar cukai sebanyak itu?

3. KERETA PROTON BERHARGA MAHAL

Apa dan bagaimana kita membuat perbandingan? Kerajaan mengenakan cukai antara RM6,000 hingga RM10,000 bagi sesebuah kereta Proton.

Jika tanpa cukai-cukai itu, Gen 2 boleh dijual pada harga RM42,000 sahaja.

Harga model baru Proton kini lebih murah berbanding model lama. Misalnya bagi Wira 1.5 liter, harganya ialah RM55,000 tetapi Gen 2 1.6 liter pula RM52,000. Masih mahal jugakah?

4. PROTON BERKUALITI RENDAH

Setiap hari kita mendengar keluhan ini. Daripada golongan atasan hinggalah masyarakat umum menerusi media.

Bukankah semua kereta mempunyai kerosakan yang memerlukan pemanggilan balik membabitkan pengeluar seperti Toyota, Honda, Ford, GM, Mercedes-Benz dan lain-lain.

Proton juga terpaksa memanggil balik Perdana beberapa tahun lalu. Sebenarnya Mercedes juga mengalami masalah tingkap elektronik.

Proton memiliki 2 juta pelanggan yang 90 peratus daripada adalah di Malaysia. Jadi keluh-kesah itu mewakili berapa ramai? Satu peratus ialah 20,000 orang. Bagaimana baki 1.98 juta?

Dalam soal kualiti, auto industri menggunakan dua kaedah penilaian iaitu mata dimerit dan kecacatan setiap satu kereta.

Pada tahun 1997, mata dimerit Proton ialah 20 dan semasa saya mentadbir Proton, mata itu menurun kepada 6 yang menyamai penanda aras dunia.

Dari segi kecacatan setiap satu kereta, sebelum itu ialah di atas 10 tetapi sejak operasi di Tanjung Malim dan TUV, Proton di paras 4 mata.

Sekian lama juga saya mempercayai bahawa ketika EON menjadi pengedar tunggal, ia telah mencipta gambaran buruk terhadap kereta Proton dengan tumpuannya menjual aksesori kepada pelanggan yang tidak mahukannya. EON sepatutnya memberi tumpuan kepada soal kualiti dan kepuasan pelanggan.

Atas sebab inilah Proton menubuhkan Proton Edar supaya ia boleh memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Terdapat juga beberapa menteri menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti Proton.

Tahukah awak beberapa orang di antaranya tidak mengguna pun kereta Proton walaupun dasar kerajaan menetapkannya begitu. Mereka memandu Mercedes, Lexus, Toyota dan Kia.

Jadi apabila awak tidak memandu Proton, mana datangnya hak untuk membuat kenyataan seumpamanya?

5. PROTON MERUGIKAN KERAJAAN

Proton telah membayar cukai sebanyak RM18 bilion dan daripada hasil eksport telah membawa pulang tukaran asing bernilai RM6 bilion.

Proton sendiri telah melabur semula sebanyak RM3.4 bilion bagi membina kilang-kilang, produk dan kejuruteraan.

Kumpulan Proton meningkatkan bila-ngan tenaga kerjanya daripada 5,200 orang pada 1996 kepada 11,000 orang tahun ini.

Jadi bagaimana kami membebankan kerajaan?

Yang membebankan kerajaan dan menyebabkan inflasi, pada pendapat saya ialah isu perisytiharan rendah kereta import dan alat ganti.

Di manakah dalam dunia ini kereta import menerusi Pelabuhan Klang berharga separuh daripada harga komputer bimbit.

Jika kerajaan lebih cekap dalam penilai-an dan kutipan, wang tersebut boleh digunakan semula bagi membantu rakyat membasmi inflasi.

Perlu saya tegaskan bahawa Proton tidak pernah merayu meminta bantuan kerajaan walaupun semasa krisis kewangan 1997. Sebaliknya, Proton memberi pinjaman RM1.3 bilion kepada EON dan para vendors untuk membantu mereka hidup. Patutnya, Proton diberi lesen perbankan ketika itu.

6. PROTON DITUTUP SAJA

Gesaan sebegini diselubungi pelbagai agenda tersembunyi yang sukar saya hendak jelaskan.

Lebih membingungkan ialah hanya pada Februari lalu, Kabinet menyatakan rasa puas hati dengan kemajuan Proton dalam memenuhi matlamat yang ditetapkan dan memahami cabaran seperti AFTA dan akan terus menyokong agenda nasional Proton.

Kalau hendak menggesa Proton ditutup, bermakna mana-mana GLC atau universiti awam juga boleh dilakukan gesaan yang sama.

Tetapi persoalannya, nanti apa yang tinggal pada kita? Memandangkan kita tidak dapat mengendalikan MAS, TNB dan TM, mengapa tidak pelawa Singapore Airlines, Vodafone dan Citibank mengambil alih?

Lagi baik ialah gajikan pemain China mewakili kita dalam badminton. Biarkan kita jual dan beli aset.

Inikah Malaysia baru yang kita mahu? Renunglah diri sejenak.

Thursday, October 27, 2005

LAYARAN AUTO PERTAMA BAGI MALAYSIAN

LAYARAN AUTO PERTAMA BAGI MALAYSIAN


http://www.netbiz2u.net/?ref=6438


Program ini adalah program yang pertama di Malaysia dan berada dalam versi bahasa Melayu.

1) Anda mendapat RM10 bonus pendaftaran untuk tahap keahlian

2) Anda mendapat 1% komisen dari tahap keahlian anda dengan melayar sekurang-kurang 50 kredit sehari. Setiap laman web akan memberikan anda 0.8 kredit sekira anda ialah Ahli Percuma di program. 1 kredit untuk Ahli Upgrade.

3) Setiap pembelian upgrade ialah RM10 dan baik untuk 180 hari.

4) Anda mendapat 5% komisen sekira ahli anda menjadi Ahli upgrade.

5) Anda dapat mempromosikan laman web anda secara percuma dan mendapatkan keuntungan dengan hanya melawatsekurang-kurang 50 kredit ke laman web ahli lain. Ia mengambilkan masa tidak melebihi 1 jam sehari.

Bagaimana ia berfungsi?

1) Daftarkan sendiri di program Layaran Auto Netbiz2u.Net di laman web http://www.netbiz2u.net/?ref=6438

2) Menerima RM10 bonus pendaftaran untuk tahap keahlian

3) Login ke laman web keahlian dan menjalankan layaran auto untuk mendapatkan 50 kredit sehari.

Setiap hari anda menjalankan layaran auto untuk mendapatkan
sekurang-kurang 50 kredit, anda mendapat 1% keuntungan dari tahap keahlian.

Contoh:
Tahap keahlian : RM10.00
Komisen sehari : 1% (mendapatkan sekurang-kurang 50 kredit sehari)
Pendapatan anda RM0.10 X 60 hari = RM6.00

Anda boleh menaikkan taraf keahlian anda dengan membeli lebih tahap keahlian dengan setiap pembelian hanya RM10.

Contoh:
10 Upgrade X RM10 = RM100
RM100 X 1% = RM1.00
RM1 X 180 hari = RM180.00

Ertinya anda mendapat keuntungan RM80 selain dari
RM100 kos yang anda keluarkan.

Sila lawat ke laman web http://www.netbiz2u.net/?ref=6438 dan klik pada Soalan untuk maklumat lebih lanjut. (Soalan dalam bahasa > Melayu selepas bahasa Inggeris)

Terima kasih.

Wednesday, October 26, 2005

**CINTA** (info dari meowhidayah)

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,
cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila
Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.

Program Pakcik Kayooooo!!!

Sesiapa yg berhajat nak kayo meh ler ngikut acik pi daftar namo kek website nie... kekeke...

http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=1812338&username=pakngah777

dan juga ini:

http://rahsiainternet.com/workshop/

(copy link & paste)

Dah kayo sok jgn lupo acik tau... hehehe.

Learn the Al-Qur'an online at BlueHyppo.com

Learn the Al-Qur'an online at BlueHyppo.com

Here's your chance to learn more about Al-Qur'an, its meanings, how to read it and how to memorise it, through the BlueHyppo portal. The Al-Qur'an translations are available using a multimedia application developed under the Quranic Multimedia Program or QUMP.

QUMP is a digital manuscript of all 30 chapters in the Al-Qur'an that was jointly developed by TM Net Sdn. Bhd. and Yayasan Restu, a non-profit organisation.

Subscribers to the BlueHyppo Quranic Multimedia can access the information online for RM25 per year.

However, during the holy and special month of Ramadhan and Syawal, the contents of this amazing site will be FREE for all visitors.

TM Net brings you this interactive Al-Qur'an at a click of the mouse at .

ALAMAT mati dalam Husnulghathimah (Keadaan baik)

ALAMAT mati dalam Husnulghathimah (Keadaan baik)

1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh di dahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

1.. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).

2.. Diselamatkan dari seksa kubur.

3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.

4.. Diperhiasi dengan iman.

5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).

6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.

Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6.. Mati kerana melahirkan anak.

7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).

Riwayat oleh Muslim.

8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid".

Riwayat oleh Muslim.

9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.

16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang di jalan Allah.

17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

18.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:

1.. Mejaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu-domba.
4.. Menjaga Kencing.

Monday, October 24, 2005

Budaya Couple? Apa jawab Islam.

assalamualaikum.........
belakangan ini, masalah couple sudah menjadi salah satu budaya remaja masa kini. trend ini dilihat sudah semakin meruncing terutama di kalangan orang melayu yang menganut agama islam. sering kali kita dihidangkan dengan berita remaja perempuan kita yang kena rogol oleh kekasihnya, tidak kurang hebatnya pendedahan majalah MASTIKA selama 6 bulan kebelakangan ini yan lebih memberi penumpuan kepada dilema remaja melayu. belumpun selesai isu pendidikan, sudah timbul isu seumpama ini.
1. jadi saya perlukan komen dan pendapat saudara/saudari untuk kita kongsi bersama tentang topik ini. saya bukan pemberita, bukan wartawan dan yang seangkatan dgnnya. just nak berkongsi pendapat anda semua.

2. sila beri komen saudara/saudari tentang artikel dibawah.

diskusi antara seorang pensyarah dengan seorang student di sebuah pusat pendidikan di malaysia........

Kami tidak berzina!


Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina


ANNIE BUDDY ? ANNIE WAN ? NOE WAN ? SUM BUDDY ?

Lee Sum Wan : Hello can I speak to Annie Wan?
Mr Sori : Yes u could speak to me.
Lee Sum Wan : No! I want to speak to Annie Wan!
Mr Sori : You are now talking to someone! Who is this?
Lee Sum Wan : I'm Sum Wan. And I need to talk to Annie Wan! It's urgent!
Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?
Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the
hospital.
Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that is'nt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!
Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?
Mr Sori : I'm Sori.
Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!
Mr Sori : I'm Sori!!
Lee Sum Wan :I don't like your tone of voice Mr and I don't care, give me your name!
Mr Sori : Look lady, I told you already I'm Sori! I'm Sori!! I'm SORI!!! You didn't even give me your name!
Lee Sum Wan : I told u before I'm Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the company. He is Noe Buddy!

Sunday, October 23, 2005

Suatu pembaharuan...

Selamat membaca menerusi wajah web blog baru acik....

Acik fosilmitra

Thursday, October 20, 2005

Hadith 2 gerhana bulan Ramadhan adalah palsu

Saudara seIslam yang sentiasa dirahmati Allah. Moga Allah menyelamatkan dirimu daripada terus ditipu oleh musuh Allah. Baru- baru ini banyak email di internet yang mengatakan gerhana 2 kali di bulan Ramadhan adalah tanda hari Kiamat dan kedatangan Imam Mahdi. adakah ia benar? penulisan ini akan mengupas isu berkenaan.

Berkenaan dengan gempa bumi sebagai tanda kiamat memang banyak hadith sahih yang menceritakannya. Kita wajib meyakini kerana itu akidah kita. Bagaimanapun, ana telah mendapat maklumat daripada jabatan falak syarie yang mengkaji tentang fenomena gerhana serentak matahari dan bulan atau gerhana serentak bulan sahaja dan kaitannya dengan kedatangan Imam Mahdi.

INILAH PENIPUAN ajaran sesat seperti Qadiani, Bahai, Aurad Muhammadiah (rufaqa' kini) dan Syiah....

Sebenarnya, idea mengatakan gerhana dua kali itu tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi ialah disandarkan kepada Imam Jaafar bin Shodiq. Dia adalah Imam shiah. Kita tidak boleh mengambil pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah mengkafirkan para Sahabat khalifah Rasulullah yang diiktiraf dalam al-Quran.

SEBENARNYA, sudah banyak kali sebenarnya gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan dalam sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang2 yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana tersebut dengan kedatangan hari Qiamat. Terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini kerana setiap kali gerhana serentak, ada kumpulan yang akan mendakwa ia mesej dari Tuhan khas untuk menaikkan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi atau pemuda Bani Tamim. Berikut adalah tarikh dan haribulan gerhana dua kali dalam bulan ramadhan yang berlaku sepanjang selepas rasulullah wafat: dan setiap kali itulah Imam Mahdi lahir????

Wednesday, October 19, 2005

Solat Sunat Gerhana

Sunat Gerhana Bulan, di Negeri Kedah solat sunat gerhana bulan boleh dilakukan lepas solat magrib hingga 10.00 malam pada 17/10/2005.
Untuk makluman saudara-saudari, gerhana bulan berlaku pada bulan pernama(bulan penuh atau full moon).Gerhana bulan kali ini berlaku pada 14 Ramadhan, ini bermakna bulan ramadhan tahun ini purnama berlaku awal, tidak pada 15 haribulan. Salah satu kaedah orang tua-tua untuk mengecam bilangan hari berpuasa samada 29 atau 30 hari ialah dengan melihat bilakah berlaku purnama. Jika purnama berlaku 14hb maka puasa 29 hari sahaja, jika purnama berlaku 15hb maka puasa hari 30 hari. Tak perlu ahli falak, saudara boleh kira sendiri. Cara nak tahu seperti berikut :-
Kata orang tua-tua, jika 15 hb bulan besar maka puasa 29 hari, jika 15 hb bulan kecil maka puasa 30 hari.
Pada tahun ini purnama berlaku 14 hb maka tahun ini kita berpuasa 29 hari sahaja. Tetapi di Saudi Arabia purnama berlaku 15hb bersamaan 17 Oktober, oleh itu mereka berpuasa pada tahun ini 30 hari. Mereka juga tidak mendapat gerhana bulan kerana ketika berlaku gerhana bulan iaitu ketika kira-kira pukul 8.00 malam di Kedah, di Arab Saudi pada masa itu masih siang iaitu kira-kira pukul 3.00 ptg. Sebab itu gerhana tidak berlaku di Jazirah Arab.
Kaifiat Solat Sunat Gerhana.
Sembahyang dua rakaat. Satu rakaat dua kali ruku'. Caranya seperti berikut :-
1. Takbir disertai niat "Aku solat sunat gerhana bulan 2 rakaat mengikut Imam kerana Allah Taala"
2. Baca Doa Iftitah
3. Baca Fatihah
4. Baca Surah. Apa-apa pun boleh.
5. Lepas tu ruku'.
6. Bangkit dari ruku' baca fatihah sekali lagi lepas tu baca surah. Apa-apa pun tak apa.
7. Kemudian ruku.
8. Bangun ruku', iktidal.
9. Sujud dua kali kemudian bangun rakaat kedua buat seperti rakaat pertama.
10. Baca tahiyat dan Salam
Sunat solat berjemaah dan sunat solat bersendirian.
Sunat berkhutbah dengan dua khutbah selepas solat sunat, walaupun telah habis gerhana sah khutbah.

Isu Kiamat lagi...

>a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066
>
>b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan
musnah pada tahun 2065... .
>
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .
Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah
hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

Thursday, October 13, 2005

DOA IMAM BESAR MEKAH SEBELUM DITANGKAP

DOA IMAM BESAR MEKAH SEBELUM DITANGKAP
------------------------------------------------------------------------

Sila perhatikan doa ini ( rangkap 4.11), Subhanallah. Benar kata-kata imam
ini berlaku ribut di Amerika Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau
telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan
Imannya...dan sama-samlah kita meng AMIN kannya, InshaALLAH.

Terjemahan dari Webmaster WebLadang

[Masa 0:00] Ya Allah, Yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagongan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah disebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan; dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka.

[0:33] Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman
mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang
dikhianati oleh penjenayah.

[1:30] Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan atheis telah berterusan jauh.

[2:00] Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan
untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

[3:02] Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum 'Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau
pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

[4:11] (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (berhenti 30 saat)

[4:40] Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teghukanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah,
urusilah orang-orang yang menyiksa mereka.

[5:01] (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu, Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do'a, Yang terdekat, untuk menerima do'a, Kami berdo'a kepada-Mu,
menyedari janji-janji-Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman
dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima
permintaanmu", Ya Allah, terimalah do'a kami, (lagi) Ya Allah, terimalah
do'a kami, Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di
atas segala yang ada di langit dan bumi,

[6:00] Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar
lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya
Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu,
Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada
keagongan Islam dan umat Islam. Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha
Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi)
lindungilah para ulama yang berkerja keras,

[7:01] Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar
lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan
mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari
tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk,
Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di
jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan
kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan
kekuasaan mereka kepada kelemahan.
[7:57]

Friday, October 07, 2005

Bush claimed God told him to invade Iraq, Afghanistan: BBC

33 minutes ago

US President George W. Bush allegedly said God told him to invade Iraq and Afghanistan, a new BBC documentary will reveal, according to details.

Bush made the claim when he met Palestinian leader Mahmud Abbas and then foreign minister Nabil Shaath in June 2003, the ministers told the documentary series to be broadcast in Britain later this month.

The US leader also told them he had been ordered by God to create a Palestinian state, the ministers said.

Shaath, now the Palestinian information minister, said: "President Bush said to all of us: 'I'm driven with a mission from God.

'God would tell me, 'George, go and fight those terrorists in Afghanistan'.'

"And I did, and then God would tell me, 'George, go and end the tyranny in Iraq...' And I did.

"'And now, again, I feel God's words coming to me, 'Go get the Palestinians their state and get the Israelis their security, and get peace in the Middle East.' And by God I'm gonna do it'," said Shaath.

Abbas, who was also at the meeting in the Egyptian resort of Sharm al-Sheikh, recalled how the president told him: "I have a moral and religious obligation.

"So I will get you a Palestinian state."

A BBC spokesman said the content of the programme had been put to the White House but it had refused to comment on a private conversation.

The three-part series, "Elusive Peace: Israel and the Arabs", charts the attempts to bring peace to the Middle East, from former US president Bill Clinton's peace talks in 1999-2000 to Israel's withdrawal from the Gaza strip.

The programme speaks to presidents and prime ministers, their generals and ministers, about what happened behind closed doors as the peace talks failed and the intifada grew.

The series is due to be screened in Britain on October 10, 17 and 24.

Copyright © 2005 Agence France Presse. All rights reserved. The information contained in the AFP News report may not be published, broadcast, rewritten or redistributed without the prior written authority of Agence France Presse.

Program Terulung Jana Pendapatan Melalui Internet!

Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk membaca secebis informasi yang bakal mengubah masa depan anda. Tetapi sebelum itu, ingin saya nyatakan satu perkara pokok yang amat penting. Ia akan menentukan sama ada informasi yang bakal anda baca sebentar lagi benar-benar memberi makna dan inspirasi kepada anda. Tanya soalan berikut kepada diri anda, "Adakah Anda Mempunyai Impian Untuk Jana Pendapatan Sampingan Melalui Internet Dan Bekerja Dari Rumah Dengan Modal Yang Rendah?"

Jika jawapan anda "TIDAK", maka saya berkeyakinan anda seorang yang telah berjaya di dalam hidup dan mampu memiliki hampir semua perkara yang setiap kita idamkan di dalam hidup. Tahniah dan syabas! Anda memang hebat. Anda mungkin dapat membantu rakan-rakan anda yang masih belum berjaya dengan menhantar email ini kepada mereka. Moga-moga dengan ehsan anda, email ini dapat mengubah hidup seorang insan yang lain. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Jika jawapan anda "YA", saya ucapkan syabas kerana anda mempunyai impian untuk berjaya. Kejayaan tidak bermula begitu sahaja tanpa impian dari dalam diri. Impian akan mendorong seseorang itu untuk terus mencuba tanpa kenal penat lelah kerana kejayaan yang ditempah memberi kepuasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan. Syabas dan teruskan membaca, moga-moga apa yang bakal anda baca memberi inspirasi baru untuk mencari peluang merealisasikan impian anda.

Tuesday, October 04, 2005

Al-Quran bukan sekadar dibaca

Wadah Wanita Islam: Al-Quran bukan sekadar dibaca

Oleh Suriza Ahmad Zabidi


BERAPA juzkah pembacaan al-Quran kita? Adakah telah tamat membaca 30 juz? Di manakah tahap tadabburnya? Seperti yang dinukilkan dalam firman-Nya bermaksud: “Apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran.” (Surah an-Nisa, ayat 82)

Memerhatikan bermakna memikirkan maksud ayat yang dibaca untuk difahami dan diamalkan. Dengan cara ini saja al-Quran akan menjadi petunjuk (huda) dan pembeza antara benar dan palsu (furqan). (lihat surah al-Baqarah, ayat 185)

Sebagai umat Islam yang sedar, kita perlu sentiasa menggali petunjuk daripada al-Quran. Perkara ini diperlukan tidak saja untuk amalan harian, malah bagi mendapat ilham dalam menjalankan kegiatan harian dan kemasyarakatan.

Kita tidak seharusnya terikut-ikut budaya yang sekadar berpuas hati dengan tadarus al-Quran sebagai kegiatan Ramadan semata-mata.

Menurut Teori Piramid Pembelajaran-Apabila kita lebih banyak berfikir, maka lebih banyaklah kita mendapat ilmu, sama ada daripada pembacaan, perbincangan, penulisan dan sebagainya.

Supaya berkesan, selepas setiap kali membaca beberapa halaman al-Quran, tanya diri sendiri soalan berikut. “Sebutkan sekurang-kurangnya tiga tema dalam ayat yang baru dibaca tadi dan huraikan salah satu daripadanya.” Jika saudara tidak dapat menjawab soalan ini ulangilah pembacaan ayat tadi. Ini antara cara bagi memastikan kita benar-benar membaca al-Quran.

Tuntutan bacaan al-Quran bukan sekadar baca, lebih-lebih lagi kepada kita yang ada antaranya tidak memahami bahasa Arab. Bacaan al-Quran kadang-kadang tidak memberi makna apa-apa. Oleh itu, marilah kita faham maksud tuntutan bacaan al-Quran sebagai tuntutan satu dalam lima iaitu baca; faham atau tadabbur; hayati atau amalkan; sampaikan ilmunya dan perjuangkan inti patinya.

Persiapan Menyambut Bulan Suci Ramadhan

Persiapan Menyambut Bulan Suci Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"Allahumma bariklanaa fii rajab wa sya'ban, wa balighnaa ramadhaan...."
"Yaa Allah berkahilah kami di bulan Rejab dan bulan Syaaban dan
sampaikanlah usia kami menjumpai Ramadhan..."

Persiapan menyambut bulan suci Ramadhan tidaklah boleh diambil
mudah ( ringan ), terlebih ketika telah memasuki bulan Syaaban, baik
dari segi persiapan fisikal, persiapan pengetahuan tentang
Ramadhan / Shiyam, persiapan mental /aqidah dan juga persiapan
spiritual. Dari seluruh aspek tersebut, mari kita persiapkan
penyambutan Ramadhan secara optimal.


MARHABAN YA RAMADHAN

Ramadhan, Bulan yang dirindukan telah tiba, ahlan wa sahlan,
marhaban bika ya Ramadhan. Ramadhan adalah bulan nan penuh
barakah, indah penuh maghfirah, yang di dalamnya Allah turunkan
kitab mulia, petunjuk dan cahaya, di dalamnya Allah memberikan
kemenangan besar bagi hambaNya pada saat perang Badr.

Untuk itu amal sholeh yang dilakukan Rasulullah Shallallahu'alaihi
wasallam bagaikan derasnya hembusan angin dan air yang mengalir.
Parasahabat dan salafussaleh senantiasa berlumba-lumba meraih
keredhaan Allah dengan meraih kebaikan dan amal ibadah pada bulan
tersebut. Akan tetapi yang sangat memilukan hati adalah keadaan
umat Islam pada masa kini yang mulai lemah untuk berlumba-lumba
dalam kebaikan.


Keutamaan Bulan Ramadhan :
Rasulullah bersabda : " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
bulan yang diberkahi, Allah mewajibkan kepadamu untuk berpuasa,
pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup
dan para syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang
lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikan
maka dia tidak memperoleh apa-apa "
Ahmad dan An-Nasa'i.


Diwajibkan Puasa Ramadhan :
Allah berfirman, ertinya :
" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar
kamu bertaqwa "
QS Al-Baqarah : Ayat 183.


Definisi Puasa :
Shaum ( puasa ) adalah menahan diri dari makan dan minum dan
perkara-perkara yang membatalkan puasa disertai dengan niat dan
dilaksanakan pada waktu khusus dan dari orang-orang yang khusus
pula.


Rukun Puasa :
1. Niat sebelum terbit fajar. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam
bersabda :
" Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum
( terbit fajar ), maka tidaklah sah puasanya ".
Ahmad dan Abu Dawud

2. Menghindari perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa,
seperti : makan, minum, bersetubuh, dan lain-lain.

3. Memenuhi syarat puasa :
a. Muslim
b. Berusia baligh ( dewasa )
c. Berakal
d. Mampu untuk berpuasa
e. Tidak terhalang oleh sesuatu, seperti: haid, nifas, sakit dan
lain-lain.


Perkara Yang Membatalkan Puasa :
1. Makan dan minum dengan sengaja, jika dilakukan kerana lupa maka
puasanya tidak batal
2. Bersenggama
3. Memasukkan makanan ke dalam perut. Termasuk dalam perkara ini
adalah suntikan vitamin yang mengenyangkan.
4. Mengeluarkan mani baik kerana onani, bersentuhan, ciuman, atau
sebab lainnya dengan sengaja
5. Muntah dengan sengaja

Peringatan Bagi Orang Yang Meninggalkan Puasa Tanpa Alasan :
Dibawakan oleh Abu Umamah Al Bahili, ia berkata : Saya mendengar
Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda :
" Ketika aku sedang tidur tiba-tiba ada dua orang yang datang dan
memegang pangkal lenganku dan membawaku ke sebuah gunung yang
tinggi seraya berkata; " naiklah! " aku berkata; " aku tidak boleh ",
keduanya berkata lagi; " kami akan memberi kemudahan kepadamu ",
lalu akupun naik sampai ke pertengahan, tiba-tiba terdengar suara
kuat. Aku bertanya; " Suara apa itu? " Mereka menjawab; " Itu suara
teriakan penghuni Neraka " Kemudian mereka membawaku mendaki
lagi, tiba-tiba aku melihat sekelompok orang yang digantung dengan
urat belakang mereka, dari pinggiran mulutnya mengeluarkan darah.
Aku bertanya; " Siapakah mereka?" Dijawab; " Mereka adalah

orang-orang yang berbuka puasa ( pada ) bulan Ramadhan sebelum

tiba waktunya " .
HR. Al-Bukhari dan Muslim


Shalat Tarawih :
" Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja : Masa dari waktu malam,

untuk mereka tidur.
Dan pada waktu akhir malam ( sebelum fajar ) pula, mereka selalu
beristighfar kepada Allah ( memohon ampun ). "
QS Az-Zaariyaat : Ayat 17 - 18

Sanjungan dan pujian dari Allah bagi yang senantiasa mendirikan
sholat di malam hari.


Hukum Dan Bilangan Sholat Tarawih :
Sholat tarawih hukumnya sunnah, lebih utama berjamaah, demikian
pendapat masyhur yang dilaksanakan oleh para sahabat. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa sholat ini tidak ada batasan
bilangannya, iaitu boleh dikerjakan dengan 20 ( dua puluh ) raka'at,
11 ( sebelas ), atau 13 ( tiga belas ) raka'at. Akan tetapi lebih baik
apabila sholat tarawih dilakukan dengan 11 (sebelas) raka'at,
dikeranakan beberapa perkara :
1. Parasahabat Nabi sholat dengan 11 raka'at, padahal mereka
adalah generasi terbaik yang lebih mengetahui tentang Al Quran
dan As Sunnah. Dari Imam Malik dari Muhammad bin Yusuf dari
Sa'id bin Yazid, ia berkata : " Umar bin Khatthab memerintahkan
Ubay bin Ka'ab dan Tamim Ad-Dariy supaya keduanya sholat
mengimami manusia dengan 11 raka'at "
HR Malik dalam Muwaththa : 1/115

2. Adanya hadith shahih 'Aisyah berkata : " Tidaklah Rasulullah
sholat ( sunnah ) pada bulan Ramadhan dan tidak pula ( sunnah )
lainnya lebih dari sebelas raka'at "
HR Bukhari dan Muslim

Jabir bin Abdullah berkata : " Sesungguhnya Nabi menghidupkan
malam Ramadhan ( lalu ) sholat dengan delapan raka'at lalu witir "
HR Ibnu Hibban

3. Dalam sholat diharuskan untuk khusyu', tuma'ninah, dihayati, serta
membacanya dengan tartil. Akan tetapi fenomena yang ada pada
sebahagian kaum muslimin adalah tanpa tuma'-ninah, tergesa-gesa,
tidak tartil dalam melaksanakan sholat tarawih, semua ini tidak
tercapai dikeranakan jumlah yang terlalu banyak ( 23 raka'at ).

4. Darjat hadith sholat tarawih 23 raka'at, adalah dha'if ( lemah )
sehingga tidak dapat dijadikan dasar hukum dalam beramal.

Mereka berdasar pada hadith : " Dari Ibnu Abbas sesungguhnya
Nabi sholat di bulan Ramadhan dua puluh raka'at ( tidak termasuk
witir ) "
HR Ibnu Abi Syai-bah, Thabrani, Baihaqi, dan lain-lain

Dalam riwayat lain ada tambahan: " Dan ( Nabi ) witir ( setelah

sholat dua puluh raka'at ) "

Riwayat ini semuanya dari jalan Abu Syaibah yang namanya Ibrahim
bin Utsman dari Al-Hakam dari Miqsam dari Ibnu Abbas.

1. Imam Baihaqi berkata : " Abu Syai-bah menyendiri dengannya dan
dia itu lemah "

2. Imam Al Haitsami berkata : " Sesungguhnnya Abu Syaibah ini
lemah "
Kitab Majmauz Zawaid 3/172

3. Al Hafidz Ibnu Hajar berkata : " Isnadnya dhaif "
Kitab Al Fath - Syarah Bukhari

4. Al Hafidz Zaila'i telah melemahkan isnadnya.
Kitab Nashbur Rayah 2/153

5. Imam Shan'ani berkata : " Tidak ada yang sah dari Nabi sholat di
bulan Ramadhan dengan dua puluh raka'at "
Kitab Subulus Salam

6. Syaikh Al Albany mengatakan : Maudhu' ( hadith palsu )
Kitab Silsilah Hadith Dhaif wal Maudhu' & Irwaul Ghalil


Keterangan Ulama Ahlu Hadith Tentang Hadits 23 Raka'at :
1. Imam Ahmad, Abu Dawud, Muslim, Yahya dan Ad Daruquthni
berkata: " ( Darjatnya ) lemah "

2. Imam At Tirmidzi : Hadith Mungkar

3. Imam Bukhari : Ulama ahli hadith diam tentangnya

4. Imam Nasa'i : Matrukul hadith (hadithnya ditinggalkan )

5. Imam Abu Hatim : Hadith lemah, ulama diam tentangnya dan ahli
hadith meninggalkan hadithnya.


Kesimpulan :
1. Riwayat yang menerangkan bahawa di zaman Umar bin Khatthab,
bahawa para sahabat sholat tarawih 23 raka'at tidak ada satupun
yang shahih. Bahkan dari riwayat yang shahih kita ketahui bahawa
Umar bin Khatthab mengerjakan sholat tarawih dengan 11 raka'at
sesuai dengan contoh Rasulullah.

2. Adapun hadith yang diriwayatkan dari Yazid bin Ruman : " Adalah
manusia pada zaman Umar bin Khatthab mereka sholat ( Tarawih )
di bulan Ramadhan 23 raka'at "
HR Malik

Keterangan :
Hadith ini tidak sah sebab terputus sanadnya, kerana Yazid bin
Ruman yang meriwayatkan hadith ini tidak bertemu ( tidak sezaman )
dengan Umar bin Khatthab, sanadnya terputus, dalam ilmu musthalah
hadith termasuk hadith dha'if ( lemah ).

Hadith di atas bertentangan dengan riwayat yang shahih. Setelah
kita mengetahui keshahihan dasar hukum dari hadith-hadith yang
shahih, maka tidak ada jalan lain bagi kita untuk mengikuti yang haq
dari Al Quran dan As sunnah.


Fatwa Puasa :
Fatwa ini dikeluarkan oleh Lembaga Fatwa Saudi Arabiayang
beranggotakan ulama-ulama besar Saudi Arabia.

1. Menggunakan Ubat Gigi
Tidak mengapa menggunakan ubat gigi pada siang hari di bulan
Ramadhan sambil menjaga diri agar tidak tertelan, seperti halnya
disyariatkannya bagi orang yang berpuasa menggosok gigi pada
waktu pagi dan petang kerana keumuman hadith Rasulullah
Shallallahu'alaihi wasallam : " Menggosok gigi itu dapat
membersihkan mulut dan menjadikan keredhaan Allah "
HR An-Nasai dan Ibnu Khuzaimah

2. Mendengar azan fajar ( subuh ) tetapi tetap melanjutkan makan
dan minum.

Diwajibkan bagi orang mukmin untuk menghentikan makan dan minum
atau sesuatu yang membatalkan puasanya ketika jelas tampak terbit
fajar, apabila sedang melakukan puasa wajib seperti puasa

Ramadhan dan puasa nazar.

Allah berfirman, ertinya : " Makan dan minumlah kalian sehingga
terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar, kemudian
sempurnakanlah puasa itu sampai datang malam hari ".
QS Al-Baqarah : Ayat 187

Iaitu jika mendengar adzan dan dia adzan Shubuh.

3. Seseorang yang sakit yang tidak boleh diharapkan kesembuhannya,

maka hendaklah dia berbuka dan memberikan makanan kepada
orang mukmin yang miskin ( fidyah ) setiap hari untuk berbuka.

4. Sholat merupakan salah satu rukun dari rukun Islam dan
merupakan penguat dari rukun Islam yang lainnya setelah
Syahadat yang hukumnya fardhu 'ain, meninggalkan kerana
menentang keberadaannya atau membenci dan malas bererti kufur.
Adapun orang yang melaksanakan puasa dan sholat pada waktu
bulan Ramadhan saja maka dia telah menipu Allah, mereka itulah
seburuk-buruknya manusia kerana mereka tidak mengenal Allah
kecuali pada bulan Ramadhan sahaja, maka puasanya tidak sah
apabila dia meninggalkan sholat pada bulan lainnya.



Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."

Thursday, September 01, 2005

Awasi E-Mel Kiamat (unplugged version)

Bismillahirrahmanirrahim..

Pastinya ramai di antara kita yang pernah menerima email yang menceritakan tentang kegemparan tahun 2005, iaitu peristiwa gerhana 2 kali dalam bulan Ramadhan yang dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi. Terdapat dua email yang agak popular, pertamanya menceritakan kaitan di antara peristiwa gerhana dengan kemunculan al-Mahdi. Kandungan email ini merupakan ringkasan daripada buku karangan Muhammad Amin Jamaluddin yang berjudul "Huru Hara Di Akhir Zaman." Manakala email yang kedua pula adalah kesinambungan daripada email yang pertama, yang kononnya mengesahkan lagi dakwaan kemunculan al-Mahdi dari email sebelumnya. Ia giat disebarkan setelah kematian Raja Fahd baru-baru ini.


1. Di antara kandungan email pertama adalah petikan hadith yang diriwayatkan dari Imam Ja'afar Shadiq rahimahullah:

"Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad.." (Ikmal ad-Deen ms 361)

Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi. Tidak kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang, menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.

Pertamanya, harus diingat peristiwa dua gerhana pada bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang lalu, dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi. Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.

Keduanya, hadith tersebut dikatakan adalah dari sumber kaum Syiah yang diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah hadith rekaan kaum Syiah). Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu 'anhum mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim. Nabi lantas menyangkalnya dengan sabda Baginda yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat.." (Shahih Muslim)

Rasulullah menegaskan kepada para Sahabat bahawa kejadian gerhana tiada kaitan dengan kewafatan puteranya, bahkan sama sekali tidak harus dikaitkan dengan kematian atau kelahiran seseorang. Justeru kejadian gerhana yg dijangka berlaku Ramadhan ini tidak harus dikaitkan dengan kemunculan al-Mahdi. Desas desus yang mengaitkan kematian Raja Fahd dengan kemunculan Imam Mahdi juga adalah tertolak. Ia perlu dilihat sebagai satu daripada Sunnatullah yang pasti juga akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa.


2. Turut dinyatakan dalam email yang kedua (sambungan daripada email yang pertama), tarikh-tarikh yang perlu diperhatikan adalah:

* Ogos 2005/Rejab 1426 - Kematian Raja Fadh
* September 2005/Syaaban 1426
* Oktober 2005/Ramadhan 1426
- Gerhana di awal bulan
- Bunyi yang menggerunkan di tengah bulan (malam)
- Gerhana di tengah bulan (siang)
- Ada tanda di langit seperti tiang bersinar
* November 2005/Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
* Disember 2005/Zulqaedah 1426 - Konflik antara negara Islam/suku kaum
* Januari 2006/Zulhijjah 1426 - Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
* Februari 2006/Muharam 1427 (Hari Asyura) - Imam Mahdi dibai'ah

Bahkan dalam email yang pertama, tarikh-tarikh kejadian tersebut dinyatakan dengan terperinci (exact dates)! Ramalan-ramalan ini disangkal melalui firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat.." (Luqman: 34)

Harus diingat bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta Jibril 'alaihissalam, sebagai makhluk yang paling hampir dengan Allah, juga tidak memiliki pengetahuan tentang bilakah terjadinya Qiamat. Baginda juga tidak memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib, melainkan apa yang telah dikhabarkan oleh Allah kepadanya. Dalam satu hadith shahih yang panjang yang diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab:

.. Lelaki itu (Jibril) bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Qiamat." Baginda bersabda, "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.." (HR Imam Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Sedangkan makhluk ciptaan Allah yang amat mulia dan amat hampir kepada-Nya pun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, siapakah pula kita dan apa pula kedudukan kita di sisi Allah, untuk meramalkan apa yang tidak pernah disampaikan melalui lisan Rasulullah?

Di samping itu, Ibn Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa salah satu tanda hadith itu adalah hadith maudhu' - tanpa perlu melihat kepada sanadnya - adalah matan yang menceritakan secara terperinci perihal berlakunya sesuatu peristiwa: bila, di mana, bagaimana dsb. Justeru jika ada pihak yang membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda-tanda kedatangan al-Mahdi secara khusus dan terperinci, maka ia adalah tertolak!


3. Diceritakan lagi dalam email kedua, bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan Rasulullah dari Bani Jawi:

Mengenai Imam Mahdi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan "masuk jawi" dan tulisan jawi? Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil, Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan Baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.

Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim 'alaihissalam pernah sampai ke Kampuchea dan bernikah di sana, manakala keturunannya digelar Bani Jawi! Kenyataan ini amat mirip kepada ajaran al-Arqam, yang mendakwa bahawa al-Mahdi ialah Sheikh Muhammad Abdullah as-Suhaimi, seorang kiyai yang dilahirkan di Tanah Jawa, Indonesia. Tidak mustahil penulis email tersebut telah terpengaruh dengan ajaran Ashaari Muhammad.

Dakwaan ini juga tertolak berdasarkan beberapa hadith Nabi yang secara terang menyatakan bahawa al-Mahdi merupakan keturunan Baginda dari bangsa Quraisy. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anh:

"Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Ia adalah dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Ia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku.." (Musnad Ahmad; dgn catatan tepi Muntakhab Kanzul Ummal)


4. Pada bahagian akhir kedua-dua email tersebut, umat Islam disuruh agar menyediakan bekalan makanan selama setahun. Di dalam email pertama dinyatakan:

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: "Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya - beras, gula, susu, garam, lada, gandum, bawang, gas memasak, minyak tanah, minyak masak, minyak petrol, benih-benih sayur, baja, mancis, sabun basuh, sabun mandi, basikal/motor + sparepart, ubat-ubatan dan lain-lain yang difikirkan perlu.."

This is the very obvious and funniest part of all & I still don't understand how come any people who send/forward this article really believe what they've read! Difikirkan dengan logik akal, bilakah agaknya ia diriwayatkan? Sejak kurun ke berapakah wujudnya gas memasak, minyak petrol, basikal, motor dan sparepart? Pastinya bukan pada zaman Rasulullah ataupun zaman Sahabat!

Maka seruan siapakah yang kita ikuti sebenarnya, dan mengapa pula dihadkan menyimpan bekalan hanya selama setahun? Tidak perlulah mendahului Allah dan Rasul dengan membuat ramalan tanpa sandaran nas yang shahih. Takutlah kepada Allah dan renungkanlah firman-firman Allah yang tercatat di dalam al-Quran, di antaranya yang bermaksud:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia.." (al-An'aam: 59)

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).." (an-Naml: 65)

Memadailah dengan hadith-hadith shahih yang begitu banyak jumlahnya, untuk menjelaskan tentang petanda-petanda akhir zaman sebagai panduan kita, di samping peringatan Allah yang berulang kali di dalam al-Quran perihal berlakunya Qiamat. Jauhilah sumber-sumber yang meragukan. Seandainya ada di antara ramalan-ramalan tersebut yang menjadi kenyataan, ia hanyalah sekadar kebetulan dan tidak berkaitan dengan apa yang telah diramalkan. Bahkan ia merupakan ketetapan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya Dia berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azheem.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita untuk mempercayai hal-hal yang nampak agak luar biasa dan kontroversi, tanpa menyelidiki terlebih dahulu dari manakah sumber tersebut diperolehi. Mulai hari ini ubahlah sikap dan mentaliti kita dengan menjadi lebih teliti dan cermat dalam menapis apa jua perkhabaran yang kita terima, sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.." (al-Hujuurat: 6)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga telah memberikan amaran keras kepada golongan yang menyebarkan perkhabaran dusta di atas nama Baginda, dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Akhirul kalam, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan panduan kepada kita untuk menghadapi hidup dalam zaman yang penuh cabaran dan mehnah ini, melalui sabda Baginda yang diriwayatkan dari seorang Sahabat yang bernama Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah, yang membawa maksud:

Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.." (HR Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Semoga diri kita dan seluruh ahli keluarga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran, Sunnah Rasulullah dan petunjuk para ulama', serta menjauhi segala bentuk bid'ah yang sesat dan menyesatkan di dalam menghadapi liku-liku fitnah di akhir zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang berjaya dan sentiasa diredhai. Ameen.

Allahu a'lam bisshawab..

pandai2 ler kita menapis maklumat