Monday, May 21, 2007

Nukilan Terakhir Tok Muda Forum BDN

Assalammualaikum,

Tidak pernah terlintas setelah hampir 7 tahun Bincang.netujud, hari ini aku menaip untuk kali terakhir aku sebagaipentadbir utama, pengasas dan ahli di bincang.net. Rasanyakawan-kawan dan ahli-ahli yang selama ini setia bersamabincang.net dengan hati yang ikhlas tentu akan samamerasa sebagaimana kita kehilangan sesuatu yang kita sayang.Hampir 7 tahun menjadi darah daging aku dan hari inisecara rasminya talak telah aku lafazkan untuk bincang.net.

Terimakasih kepada adrina, Ryea, kerol, fairuzahidah, uncle Seman,aizam, Chajween_aiman, Ayoi dan isteri, mysticmind, bee_flyerz, belatuk,hazman (tukangtaip), damak, vrempire dan sakura_miyuki, damak,adreen, nenek kebayan, Ldina dan Apache, Chan (ksstudio) dari exabytes,illussion, burnz (lordburnz) yang banyak membantu dari segi coding danlayout bdn dari 2001-2004, Rajautara, Byha, Mozaks, kate dan boyot,ninja dan tidak lupa kepada isteri aku ejonn yang selama ini menyokong akudikala susah dan senang, di bincang.net lah aku bertemu jodoh.

Juga kpd semua pengendali-pengendali dan ahli-ahli yang membantubincang.net dari segi kewangan, tenaga dan keringat dan cetusan fikiran.Tanpa kamu semua tidak mungkin bincang.net akan masih berdiriseperti hari ini. Aku terhutang budi kepada kamu semua.



Bincang.net akan senantiasa mempunyai tempat yang istimewa dihatiaku dan begitu juga kepada sebahagian besar daripada ahlinya. Segalakenangan manis disini akan senantiasa di ingat sebagai peristiwa besardalam hidup aku.

Setiap saat di bincang.net umpama senyum dihadapanbulan dan aku berharap sekiranya kita mempunyai kesempatan dan masayang lagi, pasti kita akan menjadikan bincang.net sesuatu yang amat istimewa biar apa pun tohmah dan fitnah yang dilemparkan.

SemogaBincang.net akan terus subur dan terpelihara dibawah tuan rumah yangbaru. Aku mengharapkan semoga semua yang ingin menetap disini,hormatilah yang empunya ini, selalu lah ingat kita hanya menumpangtidak lebih dari itu. Salam maaf dari aku sekiranya selama ini aku menyinggung hati mana-manakawan dan sahabat dan aku maafkan juga kepada mana-mana manusia yangmemberikan aku berbagai gelaran dan hinaan termasuklah kata cerca danhasutan tanpa melihat dan bertanya daripada aku sendiri.

Kepada rakan dantaulan yang ada, kita akan saling bertemu dan bertanya khabar. Semoga kitasemua akan bertemu disebalik tabir yang ada bila sampai masanya nanti.

Tok Muda - 17hb Mei 2007

(Aku meminta maaf sekiranya ada nama-nama yang tidak aku sebut diatas.)

2 comments:

Kurma said...

fosil acik.. apa dah jadi ek? saya ni bz aritu..tatau cite. Apa isunya? tau2 dah tutup sementara pastu skang leh login tp takleh tgk posting.

TT said...

Lor.. tak sangka pulak ada orang ingat lagi aku.

But thanks :-) And good luck for everything.

Maaf atas segala kekurangan dan kesalahan yang lepas.