Tuesday, May 29, 2007

Kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Mesyuarat PEMBELA yang telah berlangsung pada 28 Mei 2007, 8:30 malam di
Bilik Seminar 1, Kompleks Anjung Rahmat, Gombak yang dihadiri oleh
wakil-wakil NGO-NGO Islam telah mengambil beberapa ketetapan penting
menjelang keputusan kes Azlina Jailani yang bakal diumumkan di Mahkamah
Persekutuan, Putrajaya pada 30 Mei 2007 ini.

Secara khususnya, PEMBELA:

. Solat Hajat Seluruh Negara:

Menyeru seluruh umat Islam sama-sama mengerjakan Solat Hajat selepas
Isyak
di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara pada hari
Selasa
29 Mei 2007 agar keputusan Mahkamah Persekutuan 30 Mei 2007 mengenai kes
Azlina Jailani memihak kepada Islam. Pihak PEMBELA menggesa agar semua
pihak yang prihatin tentang isu ini menyebarkan mesej ini & menggerakkan
majlis solat hajat di tempat masing-masing;

. Sidang Media PEMBELA

Sidang Media pada 29 Mei 2007, Selasa, jam 10:30 pagi, Bilik Seminar 1,
Anjung Rahmat, Gombak.

. Tanda Keprihatinan

Bahawa wakil-wakil NGO Islam akan menghadiri sidang mahkamah pada 30 Mei
2007. Umat Islam yang ingin hadir bagi menyatakan sokongan dan
keperihatinan mereka diharapkan hadir jam 8:30 pagi bagi mendengar
keputusan.

Kita berkumpul hari tersebut untuk mendengar keputusan kes Azlina
Jailani
oleh Mahkamah. Perhimpunan ini bagi menzahirkan keprihatinan kita
terhadap
masa depan Islam di negara kita. Ia tidak bertujuan menimbulkan
permusuhan
dengan mana-mana pihak, jauh sama sekali mencetuskan suasana ketegangan.
Sebarang silap-laku dipihak umat Islam yang hadir akan digunakan untuk
memburukkan imej Islam dan Umat Islam di Malaysia. Juga tidak mustahil
bahawa ada pihak-pihak tertentu yang akan cuba mencetuskan ketegangan
untuk
tujuan yang sama.

Dengan latarbelakang tersebut, PEMBELA menyenaraikan garis panduan
berikut
untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama :

(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk.
Sangat
digalakkan berada dalam keadaan wudhuk dan mengisi waktu dengan munajat
dan
dzikruLlah.

(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan
keutamaan untuk masuk ke ruang dalam Mahkamah.

(c) Orang ramai berkumpul di luar perkarangan Mahkamah.

(d) Laporan selari mengenai keadaan di Mahkamah akan diberikan dari masa
ke
semasa.

(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.

(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.

(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.

PEMBELA akan menugaskan beberapa orang wakil khas untuk membantu
mengawal
suasana selari dengan garis panduan di atas. Semua yang hadir diharap
dapat
memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka.


YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM / Pengerusi Mesyuarat PEMBELA

No comments: