Tuesday, June 10, 2008

Bicara TJ tentang MLM

Assalamualaikum.

Saya tidak tahu jika soalan ini pernah ditanya dahulu, tapi saya cuba cari post yang lepas tak jumpa pun.

Adakah konsep perniagaan MLM halal? Dalam MLM kita dapat point bila downline kita beli/jual barang. Point itu akan menyumbang kepada pendapatan kita. Apa hukumnya pendapatan kita itu?

Terima kasih.


Assalamualaikum

Asal hukum berniaga itu halal. MLM itu halal selagi mana pembahagian untung itu tidak dicampur dengan riba', penipuan dll. (rujuk al-ahkam.com.my)

wallahualam
TJ


Quote:
Kiriman asal oleh LavendeR bagaimana kalau penindasan tu dirancang dgn begitu teliti, cantik, rapi sampai kita tak sedar yg kita sedang ditindas...lantas kita dijanjikan dgn habuan yg manis agar kita tak brape perasan yg kita sedang ditindas...hehehe


Kalau dah tak ada rasa penindasan, bagaimana dikatakan ada penindasan? penidasan adalah suatu keadaan di mana kita rasa di tindas. bukan perkataannya tetapi realitinya. Pernah ke kita tegok orang kena tindas hidup senang lenang? yang saya tau kalau kena tindas akan hidup susah.

Boleh explain lagi apa maksud penindasan yang wujud

TJ.


Quote:
Kiriman asal oleh Tok Janggut Kalau dah tak ada rasa penindasan, bagaimana dikatakan ada penindasan? penidasan adalah suatu keadaan di mana kita rasa di tindas. bukan perkataannya tetapi realitinya. Pernah ke kita tegok orang kena tindas hidup senang lenang? yang saya tau kalau kena tindas akan hidup susah.Boleh explain lagi apa maksud penindasan yang wujud.TJ
mungkin penindasan yg dimaksudkan ialah seperti, bila MLM itu menyaratkan ahli supaya membayar sejumlah wang (atau kena beli barang yang memang dimarkup tinggi2) untuk menyertainya tapi kemudian dia tak aktif & rugi. walaupun ruginya sedikit, tapi kalau ramai orang yg sebegitu, maka ramai yg tertindas secara sedikit2 & membolehkan segelintir ahli atasan dapat faedah drpd jenis ahli macam tu.


memang ramai orang yg join MLM, lepas tu malas nak join lagi atas sebab2 masing2.


memang saya selalu tengok produk2 yg dipasarkan dengan cara MLM markup gila2.

sebagai contoh, kalau bukan ahli nak beli produk A, harganya RM 80, tapi kalau jadi ahli boleh beli barang itu dengan RM 40.
yuran keahlian RM 10.

memang orang akan rasa "ala, bayar RM 10, pun dah boleh save duit RM40", tapi sebenarnya adakah produk A itu benar2 berharga RM 80 atau memang berharga RM 40?

yuran keahlian tu dah jadi "extra profit"

puas juga saya kaji MLM ni, dipendekkan cerita, ada yg bergantung kepada pepohon (tree) untuk make profit, & ada yg betul2 nak jualkan barang.


Assalamualaikum

Bagi saya itu bukan satu penindasan kerana barang MLM bukan barang keperluan. Barang keperluan haram kalau di monopoli diletakkan dengan harga yang tinggi. Tetapi barang MLM adalah barang pilihan. Berapa harga yang hendak diletakan adalah terpulang kpd penjual dan terpulang kpd pembeli utk membeli. brg2 MLM mempunyai alternatifnya dipasaran. Lainlah kalau MLM memonopolikan satu barang dan tidak ada alternatif dan dia markup sehingga menjadi penindasan, maka itu yang tidak dibolehkan.

Kalau kita katakan MLM haram kerana penindasan berdasarkan kaedah ini, maka haram juga membeli kereta. Pernah kita tanya berapa harga kos pembikinan sebuah kereta? pernah kita tanya bahawa harga kereta import yang kita bayar ialah 200 peratus lebih tinggi dari harga kos?Begitu juga dengan harga kereta tempatan. walaupun tidak mencecah 200 peratus, tetapi markup harga kereta tempatan masih tinggi berbanding dengan harga jual dinegara2 maju. Harga pasarannya adalah amat tinggi berbanding dengan harga kos. Kalau berdasarkan kaedah ini, maka haramlah kita membeli kereta... Tetapi bukan dengan cara itu kita menilai penindasan.

Keperluan MLM menjual RM80 kpd orang bukan ahli dan 40 kepada ahlinya adalah strategic marketing. Sekali lagi kita ada pilihan utk membeli atau tidak. bagi saya ia bukan satu penindasan kerana kita ada alternatif kpd barangan tersebut.

Saya bukan nak promote MLM, tapi nak haramkan sesuatu benda perlu solid foundation dan sebab. kerana mengharamkan sesuatu benda yang halal sama hukumnya seperti menghalalkan suatu benda yang haram (contoh kita kata arak halal adalah syirik). (ruj halal dan haram dalam Islam -qaradawi)

Kalau nak haramkan pun, perlu fatwa mufti. tidak boleh main rasa-rasa. Sekali lagi, asal hukumnya harus dengan syarat.

wallahualam
TJ


Quote:
Kiriman asal oleh Tok Janggut [b]AssalamualaikumBagi saya itu bukan satu penindasan kerana barang MLM bukan barang keperluan. Barang keperluan haram di klau di monoploli diletakkan dengan harga yang tinggi. Tetapi barang MLM adalah barang pilihan. Berapa harga yang hendak diletakan adalh terpulang kpd penjual dan terpulang kpd pembeli utk membeli. brg2 MLM mempunyai alternatifnya dipasaran. Lainlah kalau MLM memonopolikan satu barang dan tidak ada alternatif dan dia markup sehingga menjadi penindasan, maka itu yang tidak dibolehkan.
terdapat juga kes dimana,
1. Orang terpaksa beli barang untuk membolehkan dia jadi ahli, akibat drpd kata2 manis kononnya dia akan boleh jadi kaya bila join.
lepas tu dia pikir2 balik, dia tak untung & terus tak aktif.
tapi duit dia beli barang tu dah jadi profit untuk ahli2 lain or parent company.

2. terdapat juga kes, terpaksa jadi ahli supaya dapat harga barang lebih murah. lepas tu dia dah tak pakai lagi barang tu, tapi compnay still dah dapat collect yuran keahlian.
Quote:
Kalau kita katakan MLM haram kerana penindasan berdasarkan kaedah ini, maka haram juga membeli kereta. Pernah kita tanya berapa harga kos pembikinan sebuah kereta? pernah kita tanya bahawa harga kereta import yang kita bayar ialah 200 peratus lebih tinggi dari harga kos?Begitu juga dengan harga kereta tempatan. walaupun tidak mencecah 200 peratus, tetapi markup harga kereta tempatan masih tinggi berbanding dengan harga jual dinegara2 maju. Harga pasarannya adalah amat tinggi berbanding dengan harga kos. Kalau berdasarkan kaedah ini, maka haramlah kita membeli kereta... Tetapi bukan dengan cara itu kita menilai penindasan.
tapi dengan membeli kereta, kita tak tindas orang lain,
aku just risau takut aku menindas orang lain secara tak sengaja.


Quote:
Keperluan MLM menjual RM80 kpd orang bukan ahli dan 40 kepada ahlinya adalah strategic marketing. Sekali lagi kita ada pilihan utk membeli atau tidak. bagi saya ia bukan satu penindasan kerana kita ada alternatif kpd barangan tersebut.
tapi bukankah pembeli akan rasa tertipu kalau dapat tau harga dia memang murah sangat2.
Quote:
Saya bukan nak promote MLM, tapi nak haramkan sesuatu benda perlu solid foundation dan sebab. kerana mengharamkan sesuatu benda yang halal sama hukumnya seperti menghalalkan suatu benda yang haram (contoh kita kata arak halal adalah syirik). (ruj halal dan haram dalam Islam -qaradawi)Kalau nak haramkan pun, perlu fatwa mufti. tidak boleh main rasa-rasa. Sekali lagi, asal hukumnya harus dengan syarat.wallahualamTJ
saya bukan nak kata MLM haram, tapi saya memang was2 drpd dulu.

Quote:
Kiriman asal oleh sebol [b]terdapat juga kes dimana,1. Orang terpaksa beli barang untuk membolehkan dia jadi ahli, akibat drpd kata2 manis kononnya dia akan boleh jadi kaya bila join.lepas tu dia pikir2 balik, dia tak untung & terus tak aktif.tapi duit dia beli barang tu dah jadi profit untuk ahli2 lain or parent company.
Ini lah adat perniagaan. Kita nak berniaga kena ada modal. Kalau kita tak jalankan kita rugi. Kalau kita tak nak in the first place, kita tak perlu join. kita ada pilihan. Sama seperti kita tengok org rugi berniaga, ada orang jadi kaya. Sama seperti yg masuk mlm tak dapat pulangan, ada jugak yang jadi kaya raya. Ia terpulang kpd usaha masing-masing. Terpulanglah. Mengenai janji manis, saya rasa again ia terpulang kpd diri individu yg berniaga. Rajin dia maka byklah hasilnya. Kalau rasa tak boleh buat, baik jgn masuk. Itu pilihan kita.

walllahualam
TJ

skarang ni saya sendiri pon tak letakkan MLM ni level haram....(utk diri saya)...tapi cam Sebol cakap + pengalaman + pendedahan + sumber-sumber yg boleh dipercayai...maka ada la keraguan/was-was/sangsi dlm urusan perniagaan MLM... dan utk makluman kita semua...bukan semua syarikat MLM mempunyai kaedah perniagaan yg sama...maybe ada yg 100% meyakinkan...ada jugak yg 50-50...dan ada jugak yg maybe maragukan...So, bagi saya pendapat yg saya utarakan adalah sbg semata-mata supaya kita semua beringat/berhati-hati/berjaga-jaga...itu saje...hehehe

p/s : ada syarikat tu...awal tahun dtg dgn nama A...kemudian lingkup/buat-buat lingkup...3 bulan kemudian dtg dgn nama B...tak lama jugak..pastu lingkup/buat-buat lingkup...2 bulan kemudian dtg dgn nama C serta produk baru...tak lama jugak..lingkup lagi...hehehe...dlm setahun sampai 5 syarikat dan berlainan produk...berlainan janji manis dan berlainan syarat...dgn cara ni jer...dah dpt collect yuran keahlian berjuta-juta...berhati-hati la wahai kawan semua

maybe ada yg 100% meyakinkan..."

"meyakinkan" pun terbahagi kepada dua, meyakinkan untuk kita dpt income, & meyakinkan supaya kita tak menindas.


MLM bergantung kepada pepohon.

Ada MLM yg betul2 nak ,market produk, so dia marketkan produk dengan MLM secara automatik, ahli jadi juru jual. so save duit iklan transportation dll.
so ahli akan dapat lebih kalau jual lebih atau dptkan orang masuk jadi ahli.


ada MLM bukan nak jual produk sgt, diorang create produk sebagai syarat, supaya nak jadi direct selling & bukan skim piramid. tapi dia buat skim piramid.
so ahli kena cari orang banyak2, supaya pepohon itu hidup & tak collapse.

kalau nak kira2 balik, MLM akan bayar tinggi pada orang atas, kalau bilangan orang bawah keep increasing.
tapi apa jadi kalau terhenti dptkan orang, atau dia tak growth seperti yg dijangka?

syarikat dah tak mampu lagi bayar tinggi pada orang atasan.

tree collapse.

Quote:
Kiriman asal oleh sebol "maybe ada yg 100% meyakinkan...""meyakinkan" pun terbahagi kepada dua, meyakinkan untuk kita dpt income, & meyakinkan supaya kita tak menindas.MLM bergantung kepada pepohon.Ada MLM yg betul2 nak ,market produk, so dia marketkan produk dengan MLM secara automatik, ahli jadi juru jual. so save duit iklan transportation dll.so ahli akan dapat lebih kalau jual lebih atau dptkan orang masuk jadi ahli.ada MLM bukan nak jual produk sgt, diorang create produk sebagai syarat, supaya nak jadi direct selling & bukan skim piramid. tapi dia buat skim piramid.so ahli kena cari orang banyak2, supaya pepohon itu hidup & tak collapse.kalau nak kira2 balik, MLM akan bayar tinggi pada orang atas, kalau bilangan orang bawah keep increasing.tapi apa jadi kalau terhenti dptkan orang, atau dia tak growth seperti yg dijangka?syarikat dah tak mampu lagi bayar tinggi pada orang atasan.tree collapse.
Assalamualaikum

Dengan kata lain MLM adalah seperti perniagaan lain. Seperti yg saya katakan kita semua setuju ia harus. MLM pun byk jenis. Seperti berniaga ada byk jenis. Ada yang jual saham juta2 rupanya tipu. Kita tak katakan berniaga saham itu haram, tapi that particular business yg menipu itu haram. sama seperti MLM. Kalau perniagaannya tidak ada unsur penipuan, riba dll ia tidak menjadi hal. Bezakan dengan sistem piramid pak mantelo yg mmg jelas penipuan (tanpa produk). Ini bukan MLM.

harap maklum

wassalam
TJ

No comments: