Thursday, June 19, 2008

Sabtu yg akan datang cahaya kemenangan...

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah... acik baru saja balik dari ceramah Ust. Zulkifli Nordin di Surau DBKL sebentar tadi... dlm ceramah beliau hari ini... sepenuhnyer beliau menceritakan ttg isu minyak yg dinaikkan oleh kerajaan malaysia baru² nie...

Acik yakin dan percaya suatu peralihan kuasa akan berlaku pada hari sabtu nie sebagaimana yg disebutkan oleh beliau dan sebagaimana kiter semua maklum ttg apa yg sedang berlaku kpd parti sabah yg mahu undi tidak percaya kpd Pak Lah sendiri...

Justeru itu, ingin acik tekankan disini bahawa Pakatan Rakyat bukanlah giler kuasa utk merampas kuasa cuma mereka hanyalah nak merampas kuasa dari org giler jer... itu jer... :p Kalau saudara saudari baca dlm blogspot Ust. Zulkifli Nordin disini... http://zul4kulim.blogspot.com/

sememangnyer saudara saudari akan terasa betapa banyaknyer 'waste of money' yg telah dilakukan oleh kerajaan mesia terhadap duit rakyat... sebab itu dlm surat khabar mingguan mesia nukilan Mufti Perlis beliau dgn berani mengatakan sendiri... pada zaman sahabat bila pemerintah mengumpulkan sumer ulama² utk diadakan fatwa bagi membolehkan pemerintah mengenakan cukai keatas rakyatnyer utk menghalang serangan tentera tar tar... pada ketika itu, sumer 'ulardlmsemak' menyetujui akan gesaan tersebut semata² bermatlamatkan mahu menahan serangan dari puak tar tar.. ianyer utk kebaikkan negara pada amnyer dan utk kemudahan rakyat pada mata mrk...

Namun ulama yg sebenarnyer imam al-nawawi tidak menyetujui akan tindakan dan gesaan tersebut kerana pada beliau... pemerintah sendiri mempunyai hamba² abdi yg dikalongkan dgn talipinggang emas... juallah dulu emas tue dulu... pemerintah punyai gundik² yg ada gelang emas yg mahal² patutnyer sumer khazanah pemerintahlah yg perlu digunakan utk membendung serangan tar tar tersebut... kenapa perlu rakyat disusahkan sedangkan pemerintah dok joli katak sedap sukat kati kepala hotak diorg jer nak abiskan sumber negara...

Sebab tue penukaran pemerintah adalah amat perlu agar semua pihak terutama rakyat tidak akan menderita lagi disebabkan kegelojohan pemerintah memungut hasil dari penderitaan rakyat di mesia nie... sebab tue beliau mentionkan pasal permainan org tgh dlm pasaran minyak global... kenapa harga minyak boleh naik walhal pengeluaran minyak masih ada lagi... minyak dunia belum nak habis lagi sepenuhnyer pun...

Jgnlah risau takut² minyak akan habis... sumer tue hanyalah andaian mereka yg korups... kata kalau kerajaan diperintah oleh pembangkang negara akan bangkraplah apalah... walhal takde pun... sebab tue maaf kalau apa yg acik katakan ini hanyalah seakan menaikkan marah anda kpd kerajaan tetapi kiter kena pastikan kerajaan malaysia takkan jatuh bangkrap selepas 2 tahun nanti...

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Masa tak mengizinkan, acik siap rakam ceramah ust. zulkifli nie tadi..

No comments: