Monday, June 30, 2008

Kerana duit manusia sanggup lakukan apa saja...

Assalamu'alaikum wbt.

Ada baca harakahdaily 29hb lepas?... Hmm... hanya kerana duit atau apa sajalah kerana duit manusia sanggup lakukan apa saja sekalipun tergadai maruahnya sendiri...

PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya Muda Muhd Noor & Jimadie Shah Othman | Jun 29, 08 2:13pm
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

"Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita.
Buka mata

"Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.

"Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua," katanya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

"Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman," tambahnya.

Wan Azizah turut mendedahkan gambar pembantu Anwar, Saiful Bahari dengan pegawai khas Datuk Seri Najib TUn Razak - Khairul Anas Yusof - yang berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri (TPM).

Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia Today.



Kadangkala sedih jugak melihat kisah sebegini... sebab tue nabi saw pernah bersabda "Hampir kefakiran itu membawa kpd kekufuran"... Ramai yg menilai hadis ini dari sudut pandangan yg berbeza... Kalau mereka mahu kaya cepat, depa kata hadis ini ditujukan kpd org yang perlu jadi kaya utk tidak tergolong didlm kekufuran... dan begitu jugak dgn segelintir org yg lain...

Acik kenkadang rasa pelik jugaklah... usaha utk menjadikan umat islam semuanyer kaya tidak dibenarkan kerana kiter sedar tinggal didunia ini ibarat musafir yg singgah dipohon yg rendang... bila dah lepas habis penah kembali meneruskan perjalanan kiter ke sana...

Justeru itu, watpe nak kaya?... watpe nak perlukan duit sebanyak mungkin... tapi itulah... bagaimana kiter menilai sesuatu rezeki yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd kita... Ada rezeki yg Allah kasi tujuannyer utk kiter kembali kpd jalan Allah dgn cara menginfaqkan rezeki itu kpdnyer... Ada juga rezeki yg diberikan oleh Allah dgn cara istidraj... Allah sengaja berikan rezeki itu kemudian Allah tarik balik hinggakan manusia terkedu tergamam...

Sebab itu dlm soal kekayaan ini... dpt pun jadi ujian Allah, tak dpt pun jadi ujian Allah jua...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: