Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdullillah, mlm ini 2hb Julai acik berkesempatan bertemu dgn pakar rujuk agama #1 acik tak lain dan tak bukan saudara Tok Janggut moderator Bincang Muslimin dan Muslimah di Masjid Al-Hasanah Bangi. Sebenarnyer niat acik berjumpa dgn beliau hanya satu, iaitu bertanya apa pandangan beliau terhadap multi level marketing… Adakah ianya ditegah oleh syarak atau sebaliknyer…
Namun begitu, acik bukanlah berniat utk menyaingi ilmu dan pendapat daripada Ustaz Zaharudin.net yg telah sedia maklum mempunyai ilmu pengetahuan yg luas dlm bidangnyer… Cuma acik berpendapat, selagi ada halangan dari islam mengenai perniagaan yg bersifat Membantu Lebih Menjayakan ini maka akan rasa was² lah dlm hati acik utk meneruskan perjuangan bersama rakan² seperjuangan yg membuat bisnes score A ini.
Atas desakan yg amat kuat dari dlm diri, acik bertanya dan berbincang sambil menerangkan fakta² mengenai Score A dan bagaimana caranya ia berfungsi atau bagaimana corak system Marketing plan dia. Namun begitu, hasil perbincangan acik dgn saudara TJ, maka ianye membuahkan suatu hasil yg cukup berkesan sekali. Berkesan kerana acik mendapat suatu semangat baru utk meneruskan karier acik dlm bidang MLM ini dan seterusnyer melaksanakan tugas sebagai Webucation Consultant.
Sidang hadirin dan hadirat yg dihormati Allah sekelian,
Acapkali kiter dgr tentang perlakuan² jenayah… perlakuan² maksiat dan perlakuan² yg jauh lebih teruk dari binatang pun ada… Apakah punca atau sebab musabab berlakunyer kejadian² ini saudara saudari sekelian?...
Kalau ditanyalah secara rambang, kebanyakkan org pasti akan memberikan jawapan yg hampir serupa… iaitu kerana KETIADAAN WANG utk makan… utk hidup mewah… utk hidup senang… Kenapa WANG atau DUIT ini begitu penting dlm kehidupan manusia?... Kalau kiter belajar ekonomi maka kiter akan faham kenapa… duit penting sebagai medium perantara pertukaran barangan dan perkhidmatan antara satu manusia dgn manusia yg lain.
Nak makan mesti ada wang… nak pakai keta mesti ada wang… hatta nak ke jamban pun mesti ada wang… silap haribulan, ada sesetgh tempat… nilai masuk ke jamban tue lebih mahal dari nilai nak makan… bayangkanlah satu tempat diarea KL, sekali masuk kena bayar RM2, sekali masuk kena bayar RM5… kalau kiter ada 2-3 org anak… maka berapa kena bayar utk sekali memancut?... Umangg… masuk tandas tue lagi mahal ler dari membeli makanan…
Sebab itu situasi kiter sekarang nie… kiter sebenarnyer bekerja utk wang… bukan wang itu bekerja utk kiter… Kenapa kiter bekerja utk wang.. walhal kiterlah tuan yg buat wang tue dulu… kiter nielah manusia yg dok perah keringat nak create wang yg boleh digantikan dgn system Barter (system tukar barang dgn barang) sehinggakan wang ini menjadi alat kebinasaan kembali kpd kiter… nauzubillah..
Tuan² yg dimuliakan,
Kalau kiter lihat reality kehidupan kiter skrg nie… berapa ramai yg mempunyai kehebatan utk menyuruh wang bekerja utk dirinya?... Berapa ramai yg kiter lihat dewasa ini yg mampu menyuruh wang yg menjalankan tugas bagi kiter?... Tak ramai yg mempunyai kebolehan sebegini… Sebab itu bila kiter bekerja utk wang… sampai pencen pun kiter akan sentiasa bekerja… bekerja… dan terus bekerja… ibarat berlari… berlari… dan terus berlari tanpa henti!
Sebab tue saudara saudari sekelian… buka mindset dan minda saudara semua… kenapa saudara yg perlu bekerja utk wang… wang tue bukannyer bos saudara pun… kalau wang tue boleh bercakap… dah tentu dia kata “Apalah baghalnyer manusia nie… pagi petang siang malam dok keja cari aku… cari aku… walhal aku sepatutnyer menjadi hamba utk mereka sebab mereka yg create atau ciptakan aku nie…”…
Lihat saudara saudari sekelian… maaf kalau acik katakan, betapa bodohnyer kiter… bukan takat bodoh… bodoh sombong lagi tue… bila org suh belajar cara² nak jadikan wang tue pekerja kiter jual mahal lak tue… takmo lak nak buka minda… dek kerana ego mentang² dia jadi executive or officer atau berjawatan besar sikit… dan ada gaji lumayan… kalau takat RM2000 ke RM5000 tue jgn nak berlagak hebat sgtlah… ramai lagi org yg dlm MLM mempunyai pendapatan hingga RM1 juta sehari!!!
Kalau menurut islam… acik rasa baik acik kupas satu persatu persoalan yg diutara selatankan oleh ustaz zaharudin.net nie… sebab beliau yg suka memberikan komentar pasal MLM nie dan org ramai plak dok jadi apa istilah islam disebut… org yg hanya mengikut pendapat org lain… tak berusaha sendiri utk mencari dalil atau hokum syarak ttg MLM nie sendiri… Kadangkala dek kerana malehnyer kiter nak cari sesuatu dalil atau hadis yg sahih dgn sendiri… maka sebab itu apa yg dikatakan oleh ulama… apa yg dikatakan oleh ustaz… kiter dok terima sajer tanpa usul periksa… walhal tak semestinyer mereka itu betul…
Sebab tue dlm islam… perkara yg diperselisihkan oleh ulama nie kalau betul akan mendapat 2 pahala… kalau salah akan mendapat 1 pahala… bermakna masing² pandangan mempunyai pahala masing² dlm bab khilafiah atau perbezaan pendapat nie… Selagi tidak menyalahi aqidah dan tauhid kiter kpd Allah... Sebab tue dlm sabda nabi sendiri... dia ada kisahnyer... seorg sahabat meminta nabi memberikan jalan bagaimana nak menjadikan pohon kurma membuahkan hasil dgn byknyer... nabi menyuruh mereka berbuat demikian, bila dibuat ternyata makin rugi pulak mrk sebab buah lagi tak byk berbuah. Disebabkan itu nabi SAW bersabda antara lain maksudnyer... kamu lebih mengetahui urusan perkejaan dunia mu"... bermaksud disini, kiterlah yg ada dizaman inilah yg tahu bagaimana sesuatu urusan dunia itu dilaksanakan dan dibuat... sebab dizaman nabi internet, online service ini tiada lagi...
Acik bukanlah nak memandang enteng atau sambil lewa mengenai apa yg hendak acik usahakan nie… sebab matlamat tidak menghalalkan cara… Mungkin dlm hati niat acik utk berbakti dan menginfaqkan duit yg bakal acik perolehi utk tujuan kebajikan dan sedekah ke jalah fisabilillah…
Tapi kalau dah harta kiter perolehi dari jln yg salah… ibarat robin hood, merompak utk memberi kpd org yg mengalami kesusahan… dlm islam robin hood tue dikira mendapat duit haram tue… tapi tidak dlm Score A nie… Sebab tue rugilah org yg tidak mahu mengubah kehidupannyer menerusi Score A… Mmg teramat rugi sebab mereka lebih rela berada didlm kepompong kesusahan walhal telah diberikan peluang dan rezeki yg dgr mcm mudah, tapi bila dah buat baru anda tahu susah atau senang…
Ok, acik ambil kenyataan beliau yg pertama dan acik kupas menerusi produk Score A saja… makna kata kat sini, produk MLM yg lain acik tak kaitan, diorg hukumnyer adalah tersendiri…
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
- Produk Score A Programme bermula (since 1999) dimana suatu kajian (R&D) telah dibuat memakan beberapa juta RM untuk dihasilkan. Kegunaannya adalah sebagai suatu keperluan asas bagi sesebuah keluarga dimana ibubapa yang mempunyai anak yang lemah didalam pelajarannya akan cuba meluangkan masa untuk membimbing anaknya belajar menggunakan produk pembelajaran e-learning ini.
Disebabkan produk inilah iaitu education menyebabkan ianya adalah suatu produk keperluan bukan produk sampingan seperti lazim MLM yg lain yg hanya menjual produk kecantikkan, coffee dan sebagainya lagi. Dan semestinya ianya bukan bertujuan untuk mengumpul dana menerusi motto syktnya “Anak Score A, ibubapa Score RM”.
Sebab kos utk menghasilkan produk ini, teknologi yg mcm nie yg tiada lagi dibuat dimesia... sebenarnyer teknologi itu sendiri yg sukar direka oleh sesiapa... Cth handphone... siapa saja yg tahu waktu mula² ianya dipasarkan diseluruh dunia boleh membantu manusia...
Kalau dulu handphone terjual dgn harga yg terlalu mahal dan besar gedabak... namun kini kiter semakin lihat kecanggihan teknologi masakini... Acik teringat sewaktu mula² nak beli handphone dahulu... memula belilah handphone yg cikai jer... tetiba kuar pulak handphone yg ada camera... acik bertukar beli yg ada camera... pastu ada color screen so, acik tukar yg ada color screen pastu kuar plak yg ada radio maka acik beli yg ada radio... pastu tukar lagi yg ada screen color real picture... atau gambar sebenar dan ada video...
Teknologi nie tuan² kalau kiter nak ikuti kepesatannyer... mmg takkan mampu punyer... sebab tue semuanyer hanyalah strategi marketing belaka... Cth kalau kiter lihat pentium I, II, III, IV dan sekarang intel centrino... sebenarnyer teknologi ini dan direka dan dibuat mcm intel tadi, dah ada dah intel yg ke-15 misalnyer... tapi marketing strategi punya pasal... depa keluarkan intel I... pastu lama sikit intel II... pastu bila dah org tak beli intel II diorg masukkan intel III pulak dan begitulah seterusnyer...
Sebab tue teknologi nie... takkan pupus atau takkan ada had dan hentinyer.. dia akan berterusan... berterusan sampailah dunia kiamat... Sebab tue dlm teknologi score A... sykt Kensheido International telah berjaya membuat satu²nyer produk education dan satu² produk keperluan yg tiada pesaing. Katakanlah kalau dlm satu kawasan tue kiter seorg saja jual burger ... maka tak kayakah kiter sebab kiter seorg saja yg dok menjual produk nie... begitulah kehebatan produk ini. Dimana kalau kita lihat biasanya ibubapa akan membuat pelaburan untuk menyekolahkan anaknya utk menjadi pandai, mengambil tuisyen, dan sebagainya.
Produk Score A memudahkan peranan ibubapa didalam memantau anak dan guru juga dapat mengurangkan tugas melihat anak murid/peljar mereka yang lemah disamping membantu memberi peluang kepada si ayah dalam masa yang sama... bermakna disini, ayah didalam membuat pelaburan sebenarnya memperolehi keuntungan dari pelaburannya tadi.
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
-Score A Programme bukannya emas mahupun perak tetapi sistem e-learning yang mempunyai access selama 24 jam sehari 365 hari setahun. Bila ada perkataan online system atau ada awalan e disitu bermakna... ianyer produk yg tanpa had masa dan boleh dilakukan penjualannyer secara online mahupun offline. Sebab tue sebenarnyer apabila dikatakan bisness... Business nie adalah kiter menjual sesuatu produk atau perkhidmatan kpd seseorg... kiter sanggup utk menjual produk tersebut dan kiter diberi komisen utk menjual produk tersebut.
Sebab tue dlm score A, produk mmg ada... kiter jual starter pack utk activate nama anak utk mereka belajar, selepas itu kiter jual pulak top up utk mereka sambung belajar selama 3 ke 6 bulan... Sebab tue produk nie sebijik macam handphone yg menggunakan prepaid utk ianyer berfungsi... Kalau prepaid habis maka kiter top up semula walhal harga kad utk top up tue tak sampai pun RM30... tak sampai RM60 etc... Yg kiter Cuma mahukan ialah penggunaan atau diberikan kemudahan sms, mms dan telefon org. Kalau tak top up maka account kiter akan disuspend atau ditutup.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ini juga berkait rapat dgn persoalan kenapa skim cepat kaya atau sistem piramid dlm e.jariah.net atau usahawan muslim (Dana modal insan) yg dibuka topiknyer di BDN oleh saudara azharkm diharamkan didalam islam... tetapi kalau main kutu tidak haram dan dibolehkan. Ini kerana, dlm main kutu, kiter mengenali antara satu sama lain... kiter mengetahui bahawa kiter suatu hari annti akan dpt semula hasil pemberian yg kiter berikan kpd setiap org tersebut. Katakanlah dlm e-jariah... org terakhir yg memasuki sistem tersebut tidak dapat sebarang wang sebab dah tiada seorg pun umat yg nak berikan duit kpdnyer... maka itu mmg haram sebab tiada kepastian yg kiter akan dapat balik wang yg kiter laburkan atau simpankan itu.
Sebab tue dlm islam... mesti ada produk, mesti ada kepastian untung dan rugi... Justeru itu dlm perniagaan, mmg ada atau WAJIB ada untung dan rugi... Kalau takde kerugian.. dok kata untung jer memanjang.. jadilah mcm sebuah sykt MLM dikenali Uptrend... dia dok kata akan untung memanjang pada downline dgn dgn harapan downline dia akan turut serta join dgn dia... tetapi walhal dlm bisnes mesti ada untung dan mesti ada rugi iaitu lebih tepat dikenali sebagai risiko!. Jika dilihat dari segi bonus dan komisen, kerja kuat untuk menjual produk adalah komisen bagi mereka.
Jika sekiranya seseorang ahli hanya menjadi ahli dengan tujuan untuk mendapatkan produk ini maka e-biz adalah permulaan bagi mereka. Tiada komisen tanpa usaha... kalau anaknya tidak berminat untuk menggunakan produk ini, maka usahanya hanya menjual semula produk ini ke sesiapa saja yang berminat.
Kalau produk ini tidak terjual pada org ramai sekalipun memadai anak si pembeli yg memakainyer sebab biasanyer pakej yg ditawarkan mempunyai kemampuan utk seseorg itu menggunapakai produk ini secara berterusan sampailah anak dia tingkatan 3.
Bayangkanlah berapa lama royalti akan dan bakal diperolehi... 9 tahun tuh!!... Dan setiap manusia pasti akan mempunyai anak (paling tidak pun anak angkat) dan pasti akan berniat utk memiliki at least 2 org anak utk sebagai penyambung zuriatnyer... dari situ maka produk ini suatu produk yg berpandangan jauh.. Acik kalau nak cerita balik mengenai berpandangan jauh nie... acik teringat iklan petronas tue yg si kaki tempang mengatakan kpd seorg budak Ingat... jln mesti pandang depan, bukan ke belakang...
Sebab kiter akan menempuhi apa yg berlaku dimasa depan kiter bukannyer dimasa silam kiter... Kalau dulu kiter main batu teng teng, galah panjang, layang ² dan sebagainyer maka sekrang kiter terpaksa main games didlm playstation.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
-Kiter kena ingat seperkara ttg business... apa maksud bisness?... Secara ringkas acik berikan ialah perniagaan adalah kiter menjual sesuatu produk atau perkhidmatan utk mendapat keuntungan. Bila disebut menjual dah tentulah WAJIB ada barang atau perkhidmatan yg hendak diniagakan... Sebab tue kalau setakat sumbang modal, takde bisness yg dibuat maka itu dah confirm haram!.
Kalau kita fokus kepada penjualan produk, insyaallah, tidak timbul persoalan keuntungan (bonus) mahupun komisen didalam produk webucation ini. Ini kerana ianya fokus kepada keperluan untuk menjual produk pendidikan tersebut ke semua bangsa terutama bangsa melayu yang masih lemah.
Org melayu yg biasanya dilihat di Rancangan Bersamamu TV3 rata-rata mahukan anak mereka berjaya didalam pendidikan tak kira semiskin mana pun mereka itu. Dlm pendidikan anak ini saudara saudari sekelian... semua sepakat... yg miskin, yg papa kedana, yg kaya raya sepakat mengatakan bahawa ianyer suatu keperluan...
Kalau kiter lihat sykt menjual produk kesihatan... org yg berpenyakit akan mengatakan ianyer keperluan pada dirinyer... tetapi bagi org yg tiada penyakit, ia lebih mengatakan bahawa produk kesihatan hanyalah produk sampingan sahaja... Justeru itu perkara ini subjektif dan mengikut pendapat masing²... mcm cth rokok jugak ler... ada kata haram dan ada kata makruh... yg nie akan dikupas tahun depan.
Justeru itu, Score A Programme adalah caranya mendidik dan membantu anak tadi didalam mencapai kejayaan. Seandainya kita telah memiliki produk dengan bayaran yang jelas dan difahami serta dipersetujui. Tugas memasar dan tugas menjual produk tersebut sama seperti tugas seorang jurujual ataupun peniaga dikaki lima yang bezanya kita tidak mempunyai pejabat atau premis perniagaan kerana dimana ada access kepada internet maka disitulah K-Office kita akan mudah diperolehi.
Sebab tue dlm business... sebutlah mana kedai pun... mana² sykt pun mesti dia mensyaratkan ada produk / perkhidmatan utk dijual kpd org yg sedia menjual atau sedia menjadi agen distributor... Bila kiter taja seseorg, org dibawah kiter itu kiter berikan bonus sebab dia dpt taja org utk bekerja dibawah dia dan jadi pekerja kiter...
Cth mcm sekarang kiter bekerja sebagai pekerja di bahagian HR disebuah sykt yg mempunyai CEO. Dlm MLM, kiterlah skrg dilantik sebagai CEO... tugas kiter utk memastikan produk kiter berjalan lancar dan terjual ialah dgn melantik seberapa ramai org utk dijadikan seperti HR, FINANCE, MARKETING, PR, CREDIT ETC.
Disini jelas, bila kiter jadi CEO kiter perlukan org bawahan yg mahu bekerja dgn kiter... kiter yakinkan mereka utk bekerja bersama² dgn kiter dan maka keuntungannyer akan dibahagikan sama rata.
Maka setuju tak perniagaan konsep MLM nie?... Sama sajer... sebelum nie kiter bekerja dgn CEO utk dpt duit... kepakaran kiter atau servis yg kiter kasi utk dibayar gaji oleh CEO itu ialah suatu produk bagi mereka... kiter pulak menjual produk kiter semula pada mereka... Acik ada seorg kenalan yg keja jadi salesman jual kereta proton dan perodua. Beliau bekerja utk bosnyer dgn menjual kereta utk mendapatkan pendapatan. Jikalau beliau mampu menyaingi bosnyer dan bertindak sebagai bos utk menjual sendiri kenderaan tersebut, dah tentulah beliau akan kaya raya sebab perniagaan itu milik beliau...
Semuanyer ini berkait rapat dgn persepsi manusia... kalau org yg berfikiran positif dia akan mengatakan bahawa MLM tiada masalah dan agama mmg merestuinyer dgn syarat tiada penindasan terhadap org bawah. Sebab tue dlm perniagaan... perniagaan mana yg takde risiko... mesti ada risiko punyer.. kalau dlm Score A sekali, mana tahu akan dtg tetiba ada produk Score B pulak... dan sykt ini bersaing antara satu sama lain... dan kiter kena paham bila ada persaingan antara satu sykt yg menjual produk yg sama... cth maxis dan celcom, dah tentulah kualiti produk makin bertambah baik dan diperhebat... yg untung penggunalah...
Kalau misalnyer kiter tak dpt cari org, dlm Score A, produk tersebut sememangnyer utk kiter... utk anak kiter... bukan utk sesiapa... yg menjadi isu ialah apabila seseorg itu belum punyai anak lagi... dia nak buat business yaitu menjual produk, maka produk anaknyer ini didahulukan kpd org yg mahu membelinyer... dan akad dah termateri kat sini... Sebab tue kalau dia nak tunggu sampai anak dia besar pun lagi berapa tahun... takkan nak duduk diam jer tanpa berusaha nak menjual... sebab tue dlm bisnes kiter menjual wiliing to sales... kesanggupan utk menjual itulah dikatakan bisnes...
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.
Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. (Al-Baqarah: 275-276)
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
-Komisen atau royalti kalau kita lihat akan datang sendiri selama 9 tahun dengan penjualan produk ini. Katakan anak kita baru berumur 7 tahun iaitu darjah 1. Jika ibubapanya membeli produk Score A Programme maka ibubapa akan memastikan setiap 3 atau 6 bulan sekali dia akan top up (seperti prepaid telefon) dimana seandainya tidak top up (seperti juga telefon) maka anda tidak boleh menggunakannya. Pembayaran hasil dari top up tadi adalah keuntungan bagi anda. Sama seperti jurujual prepaid yang mana selain menjual handphone perlu juga menjual prepaid handphone tersebut agar pembeli akan memberinya royalti sepanjang mana dia menggunakan handphone. Jadi tiada persoalan dalam soal komisen dan sebagainya.
Dlm business... sekalipun semua manusia didunia ini telah menjual kereta mercedes misalnyer dan kamu sebagai org terakhir menjual jugak kereta mercedes... maka itu bukanlah penindasan dlm islam... Sebab kiter dah tahu dan ada alternatif utk menjual produk yg lain tetapi kiter menjual jugak produk yg sama yg dah pun dibeli oleh semua org... maka itu tak dikira sebagai menindas. Dlm score A, produk pendidikan, utk anak kiter sendiri dan bagi manusia yg lain, kalau dia dah ada anak belajar tahun 1 dulu maka kiter dahulukan kpd anak dia sebab dia lebih memerlukan... dan bila kiter jual padanyer, dah tentulah kiter mahukan sedikit keuntungan... sama mcm sebuah restoran yg menjual makanan yg murah dan sedap dimakan... org pasti membeli lagi dari dia dan dia dah tentulah akan mendapat keuntungan dari pembelian org ramai tersebut.
Saudara TJ pun pernah berkata “Kalau kita katakan MLM haram kerana penindasan berdasarkan kaedah ini, maka haram juga membeli kereta. Pernah kita tanya berapa harga kos pembikinan sebuah kereta? pernah kita tanya bahawa harga kereta import yang kita bayar ialah 200 peratus lebih tinggi dari harga kos?Begitu juga dengan harga kereta tempatan. walaupun tidak mencecah 200 peratus, tetapi markup harga kereta tempatan masih tinggi berbanding dengan harga jual dinegara2 maju. Harga pasarannya adalah amat tinggi berbanding dengan harga kos. Kalau berdasarkan kaedah ini, maka haramlah kita membeli kereta... Tetapi bukan dengan cara itu kita menilai penindasan.
Keperluan MLM menjual RM80 kpd orang bukan ahli dan 40 kepada ahlinya adalah strategic marketing. Sekali lagi kita ada pilihan utk membeli atau tidak. bagi saya ia bukan satu penindasan kerana kita ada alternatif kpd barangan tersebut.
Saya bukan nak promote MLM, tapi nak haramkan sesuatu benda perlu solid foundation dan sebab. kerana mengharamkan sesuatu benda yang halal sama hukumnya seperti menghalalkan suatu benda yang haram (contoh kita kata arak halal adalah syirik). (ruj halal dan haram dalam Islam -qaradawi)”
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
-Perkara ini dilakukan oleh kami dimana wujud satu seminar (dikenali) B.O.O.M yang dikendalikan oleh seorang sifu yang telah berjaya didalam perniagaan dan penjualan produk ini. Dia akan menerangkan dan memberik taklimat ringkas mengenai produk. Samada seseorang itu mahu membeli atau join perniagaan ini, terpulanglah kepada mereka.
Selain BOOM mereka juga akan diwajibkan menghadiri kursus Seminar Ke Arah Sukses (SKS) yang mana akan membawa mereka ke arah memikirkan samada mahu meneruskan perniagaan ini atau tidak. Pakej apa yg mahu dibeli dan bagaimana teknik utk menjual dan berniaga serta bagaimana utk memperkasakan diri dgn ilmu MLM...
Kadangkala, kerana kekurangan ilmu maka kiter buat sambil lewa ttg perkara ini... kiter biarkan mereka (org bawahan) kiter terkapai² mencari seorg diri downlinenyer tanpa kiter sendiri sebagai org atasan (upline) memberikan motivasi utk dia berjaya sama mcm kiter...
Kadangkala masalah org yg melihat MLM ini ialah perlu mencari berjuta² org dibawahnyer... walhal kalau ikutkan sebenarnyer cuma perlu mencari minimum 2 org dan maksimum 8 org saja utk sekali seumur hidup... Bayangkanlah hidup didunia ini dgn berjuta² billion org ada kat muka bumi takkanlah 2 atau 8 org kiter tak boleh yakinkan dan jadikan dia downline kiter?...
Kenapa seorg perompak yg akan merompak sebuah bank boleh meyakinkan 2-3 org rakannyer utk sama² merompak bank... walhal kerja merompak nie penuh dgn risiko dan sila haribulan boleh mmbawa maut... kenapa diorg boleh kenapa kiter tidak boleh... sebab tue ubah mindset kiter semua...
Komisen 5% hanya diberikan utk 4 level sahaja... selebihnyer tiada diberikan... sebab tue sykt multilevel yg lain sudah ada yg bungkus bilamana mereka tidak dapat membayar donwline yg begitu ramai... yg tanpa disangka² akan ramai begitu... Dlm score A kami telah belajar dari kesilapan... maka punca² sykt MLM yg dah pi melingkup tak wujud lagi skrg dlm Score A. Syarat utamanyer jgn sampai overpaid seseorg yg berusaha terlalu bersungguh²...
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
Score A programme bukan skim piramid atau skim cepat kaya yg mana org bawahan boleh mengatasi org atasan jikalau ia lebih bersungguh² dan lebih tekun bekerja kuat utk mencari downline atau menjual produk. Sebab tue dlm Score A tiada keraguan lagi... semua org gerenti boleh berjalan dgn syarat mengikut apa yg diajarkan atau apa yg diarahkan oleh mereka... Kalau org bawahan lembab, maka org atasan kena push mereka dgn memberikan motivasi² yg akan menaikkan semangat org bawahan utk mara kehadapan. Dlm Score A, produknyer superb... sebab kiter lihat potensi perniagaan webucation The Sunrise Business ini...
Menurut kajian kami; potensi jualan produk e-learning ini adalah;
1. Permintaan Yang Tinggi - Semua ibubapa yg mempunyai anak akan memastikan pendidikan anaknya terjaga.
2. Kadar Penolakan Yang Rendah - Bagi ibubapa yg prihatin, pasti mereka tidak akan menolak satu produk pembelajaran secara output yg dijamin score A dlm peperiksaan.
3. Anti Kemelesetan Ekonomi - Dlm keadaan gawat sekarang pun, tidak mungkin ibubapa akan memberhentikan anak² mereka dari meneruskan pembelajaran walaupun mereka pernah memasuki Program Bersamamu di TV3.
4. Statistik pasaran sedia ada menurut M.O.E adalah seramai-5 juta pelajar
5. Pasaran Sentiasa Berkembang (tidak tepu dan bermusim) - 500,000 pelajar baru Darjah 1 setiap tahun
6. Satu²nya produk yg tidak mempunyai pesaing - ianya produk pendidikan (keperluan) bukan kesihatan, kecantikkan dan barangan sampingan.
7. Kesetiaan pengguna- produk berkualiti tinggi, mempunyai testimoni harga serendah RM2.75 sehari.
8. Pendapatan Royalti-selama 9 tahun kerana produk tersebut menggunakan starter-pack dan reload top-up seperti prepaid mobile.
9. “Webucation”-Kemuncaknya Pada Tahun 2010 – 100% Sekolah Bestari (Di Malaysia). Menerusi peruntukkan RMK-9 RM150 juta.
Sebab tue mustahil dlm Score A takkan ada yg rugi... dgn syarat dia kenalah berkerja bersungguh² dan berusaha... persoalan masa saja yg akan menentukan samada dia akan dpt untung awal atau lambat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Dlm Score A, bila register atau sign up sahaja... anda akan diberi Koffice dimana office anda ini boleh anda access dimana² sahaja pada bila² masa. Sebab tue pulangannyer boleh sampai setiap hari pun anda akan dpt keuntungan... Cuma risiko yg dikhuatiri melanda sykt ini (maklumlah bisnes... mesti ada risiko untung dan rugi) kalau² tetiba kerajaan malaysia mansuhkan UPSR... mansuhkan peperiksaan PMR... Tue jer... namun selagi kerajaan tak wartakan UPSR dan PMR akan dimansuhkan maka selagi itu kiter atau sesiapa yg memasuki Score A ini akan memperolehi pendapatan royalti selama 9 tahun!!
Sebab tue dlm score A... bonusnyer adalah jelas... bonus edu reward (memperkenalkan pada seseorg produk kiter dan dia menjadi downline)... bonus K-Match (kalau dlm pasangan kiri dan kanan) serta royalti) selama 4 level... Dlm perniagaan begitulah... kalau seorg sahabat memperkenalkan produk kiter dah tentulah kiter akan kasi dia duit sebagai tanda terima kasih kerana memperkenalkan sahabat dia dgn produk kiter... Inilah bonus yg mmg semua org suka dan menyebabkan semua org nak jual atau bantu kiter jual produk kiter...
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Dlm Score A, apabila telah cukup kuota kiter iaitu minimum 2 org dan maksimum 8 org... kiter tak boleh menaja lagi org. Kiter terpaksa memberikan prospek yg kiter bawakan tadi hasil usaha kiter sendiri kpd org bahwan kiter... Sebab tue pentingnyer ada kerjasama org bawahan dgn org atasan agar masing² boleh mendapat kekayaan sama rata dan sama rasa...
Acik harap anda semua telah faham jawapan yg acik berikan ini adalah jawapan yg ustaz zaharudin.net mahukan iaitu sistem MLM yg baik dan boleh diterima pakai dlm islam... Justeru itu seruan acik jgnlah kiter menjadi org yg terlalu taksub dlm sebahagian perkara agama... tetapi membuat sambil lewa atau pandang remeh benda² yg lain... cth terbaik seperti rokok... kalau kiter ckp duit MLM nie haram, kiter yg merokok tue tak haram ke?... Fikir²kanlah dan selamat beramal...
Akhir kata uts. Zaharudin sendiri mengakui bahawa “Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam”...
Bermakna hukum bagi MLM nie belum difatwakan haram diMalaysia dan Akta Jualan Langsung (AJL) telah pun ada bagi sykt Kenshido International S/B yg membuat Joint Venture (JV) dgn Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memasarkan produk ini selaras dgn usaha kerajaan utk meningkatkan penggunaan kemudahan Jalur lebar (WIFI)_ secara percuma di sekitar Lembah Kelang (KL)...
Lagi satu, sesiapa yg masih tak percaya dgn jawapan acik, maka acik cabar mereka join dan lihat sistem Score A nie dulu bagaimana... Ini bukan acik suruh nak tahu pasal sihir kenalah belajar sihir dulu tau... hehe.
Wallahu a’lam bisshawab.
p/s: Acik takkan join sesuatu perkara atau urusan yg hanya akan melemahkan usaha acik utk merealisasikan ungkapan “Dimana Bumi Dipijak, Disitu ISLAM dijunjung!”...
No comments:
Post a Comment