Khidmat Internet percuma di seluruh kota KL
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur bakal menjadi sebuah "bandar raya wayarles" dengan kemudahan percuma internet tanpa wayar selama dua tahun mulai pertengahan tahun depan, kata Datuk Bandar Datuk Abdul Hakim Borhan hari ini.
Beliau berkata apabila dilaksanakan kelak, kemudahan jalur lebar mudah alih seperti WiFi yang terdapat pada kebanyakan komputer bimbit masa ini, mampu dinikmati oleh 80 peratus daripada 1.5 juta warga kota.
"Projek ini adalah untuk meningkatkan kadar penggunaan 'broadband' atau jalur lebar di kediaman di Lembah Klang kepada kadar 90 peratus menjelang 2010," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) projek KL Wireless Metropolitan di sini.
MoU itu adalah antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd.
SKMM diwakili oleh pengerusinya Datuk Halim Shafie manakala Packet One Networks oleh ketua pengawai eksekutif Michael Lai.
Abdul Hakim berkata projek itu melibatkan keseluruhan tiga fasa sehingga 2010, dengan fasa pertama melibatkan kos RM60 juta akan bermula pada Januari hingga September tahun depan. Bagaimanapun kos keseluruhan tidak dinyatakan.
Menurutnya, melalui fasa pertama sebanyak 1,500 zon WiFi akan dipasang di sekitar bandar raya ini merangkumi pusat-pusat komersil, pejabat, kawasan perumahan awam dan pusat-pusat komuniti DBKL serta kawasan-kawasan awam.
Katanya tumpuan pada fasa pertama turut diberikan kepada kawasan perdagangan utama terutama Segitiga Emas KLCC yang bakal menjadi lokasi penganjuran Kongres IT Dunia 2008 (WCIT 2008) pada Mei tahun depan, dengan mewujudkan 200 "akses point" bagi kemudahan internet.
"Projek ini akan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bandar raya, mengurangkan kos pemasangan, mengautomasi dan menyelaras proses kerja yang sistematik, meningkatkan produktiviti sekali gus merangsang sokongan langsung kepada inisiatif elektronik kerajaan," katanya.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata projek seumpama itu dapat memberi manfaat kepada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk menggunakan tanpa had teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain mengurangkan jurang digital di kalangan warga kota.
"Projek ini juga akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dan industri pelancongan selain membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada warga kota," katanya.
Teks ucapan Zulhasnan dibacakan oleh Abdul Hakim. BERNAMA
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e7694a39-c0a85062-53594900-4637833d
Dunia sekarang sedang menuju ke arah ICT... Apa matlamat kerajaan menyediakan Wifi (Internet) secara percuma?... Matlamatnyer hanyalah sekadar menggalakkan ibubapa mempunyai alat utk menggunakan internet iaitu laptop dan desktop.
Sebab tue jgn terkejut kerajaan sanggup keluarkan subsidi utk kiter guna secara percuma internet nie disekitar lembah kelang. Sama cth mcm Promosi tambang murah Airasia atau MAS... kalau percuma segalanyer mesti kiter beli... betul tak?... Kecuali org yg mmg mcm katak dibawah tempurunglah... maaf, tapi kalau anda terasa... andalah yg makan cilinyer... hehee
No comments:
Post a Comment