Assalamu'alaikum wbt.
Acik menyambung balik dalil mengenai syariat menjadi kaya didalam Al-Qur'an...
Keempat, perintah menyumbangkan harta, zakat dan sedekah dijalan Allah.
Allah menjelaskan didlm surah Al-Baqarah ayat 267 yg bermaksud, “Hai org² yg beriman, nafkahlah di jalan Allah, sebahagian drpd hasil usahamu yg baik² dan sebahagian drpd apa yg kami keluarkan drpd bumi bagi kamu. Janganlah kamu memilih yg buruk, lalu kamu nafkahkan drpdnyer, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnyer melainkan dgn memejamkan mata. Ketahuilah Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji”.
Allah jua berfirman didalam surah Al-Baqarah yg bermaksud “Org² yg menafkahkan hartanyer dimlm hari dan disinag hari secara tersembunyi dan terang²an, mrk mendapat pahala disisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran bagi mereka dan tidak pula mrk bersedih”.
Allah menegaskan didlm surah Al-Hadid ayat 7 yg bermaksud,” Berimanlah kamu pada Allah dan rasulnyer dan nafkahkanlah hartamu yg Allah berikan kpdmu. Org² yg beriman diantara kamu dan menafkahkan sebahagian drpd hartanyer, memperoleh pahala yg besar”.
Allah menerangkan didlm surah At-Thalaq ayat 7 yg bermaksud, “Hendaklah org yg mampu memberi nafkah, memberi mengikut kemampuannyer. Org yg disempitkan rezekinyer hendaklah memberi nafkah drpd harta yg diberikan Allah kpdnyer. Allah tidak memikulkan beban kpd seseorg melainkan sekadar apa yg Allah berikan kpdnyer. Allah kelak memberikan kelapangan selepas kesempitan”.
Ayat² itu menunjukkan keutamaan menyumbangkan harta dan Allah memuliakan org²yg melakukannyer. Tentu kemampuan menyumbang harta lebih besar dilakukan oleh hambanyer yg kaya... Mana mungkin org yg kais pagi makan pagi, kais ptg makan petang berupaya hendak bersedekah pula kpd org yg lain?.. Betul dak?... Sebab tue tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima... menolong org, usah harap balasannyer... seperti lagu nasyid dahulu kala...
Sebab itu sidang hadirin sekelian... bagaimana nak berusaha utk kaya dgn mudah, cepat dan murah?... Kadangkala bukanlah apa yg acik hendak katakan ini seakan mengalakkan semua yg membaca memasuki skim cepat kaya yg for sure telah diharamkan oleh islam.. namun inilah suatu peluang sebagaimana Kata hikmat Prof. Dr. Hamka, “Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa...datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan SERIBU ALASAN untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”
Kadangkala sebagaimana yg acik cthkan sebelum² nie… kemahuan utk kaya itu mmg ada dalam setiap diri manusia… keinginan utk bekerja sendiri… keinginan utk berniaga… mmg terpendam didada acik dan juga didada semua insan. Cuma persoalannyer apabila hendak berniaga secara jujur… pada awalnyer kiter seakan terpaksa menanggung suatu risiko dan suatu perkara yg rata² dari kiter mmg tak sanggup nak buat perkara tersebut… Kadangkala masalah pendidikan yg tidak tinggi… bukan lepasan universiti yg mengetahui selok belok accounting statement cth seperti balance sheet, profit n loss account dan sebagainyer yg menyebabkan kiter hilang semangat utk mengubah kehidupan kiter.
Kadangkala sampai bila ditanya org kpd kiter “Bila kamu bercadang nak pergi haji?” “Aahh… angan²… hendak makan hari² pun susah yaamat!”… Ini seakan menyebabkan kiter sudah menjatuhkan hukuman kpd diri sendiri, tidak mungkin dia dapat pergi haji kerana hendak makan sehari² pun susah. Apabila ditanya lagi “Anak awk besar nanti mahu jadi apa?” “Kami ini keluarga yg miskin dan tidak pandai. Manalah mungkin anak kami akan dapat belajar tinggi²… anak kami nanti pun akan jadi seperti kami juga”… Sikap pesimis seperti ini mengeluarkan kata² yg berprasangka buruk. Kata² ini menjadikan mereka benar² tidak pandai, susah dan miskin.
Dan dalil Al-Qur’an yg terakhir ialah Kekayaan adalah kurniaan dan kebaikan.
Allah berkata didalam surah al-jumu’ah ayat 10 yg bermaksud, “Selepas menunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan byk²lah mengingat Allah supaya kamu beruntung”.
Allah menjelaskan didlm surah Al-Baqarah ayat 198 yg bermaksud, “Tidak ada dosa bagimu kerana mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) drpd Tuhamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, berzikirlah pada Allah di Masy’arilharam. Berzikirlah dgn menyebut nama Allah sebagaimana yg ditunjukkan kpdmu. Sesungguhnyer sebelum itu, kamu benar² termasuk org yg sesat.”
Allah menerangkan didlm surah Al-BAqarah ayat 180 yg bermaksud, “Diwajibkan atas kamu, apabila seorg diantara kamu mengalami tanda² maut, hendaklah dia berwasiat kpd ibubapa dan kaum kerabatnyer secara makruf apabila dia meninggalkan harta yg byk. Ini adalah kewajipan atas org² yg bertakwa.”
Ayat² diatas menunjukkan mencari kekayaan adalah halal dan harus sebagai pemberian dan kebaikkan drpd Allah.
Perkara² kekayaan ini juga terdapat dlm kisah para nabi dan rasul yg dinyatakan Allah didlm Al-Qur’an. Misalnyer memberi kekayaan kpd Nabi Sulaiman (Shaad, ayat 35), kekayaan kpd Nabi Yusuf (Yusuf, ayat 10) dan kekayaan kpd Ratu Saba’ (An-naml, ayat 30).
Allah berkata didalam surah al-israk ayat 30 yg bermaksud, “Sesungguhnyer Tuhanmu melapangkan rezeki kpd siapa yg dia kehendaki dan menyempitkan kpd siapa yg dia kehendaki. Sesungguhnyer, dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat hamba²nyer.”
Wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment