Thursday, July 17, 2008

Rahsia Penajaan...

Dalam apa perniagaan pun, anda perlu memahami ini...

Bukan semua orang yang melewati kedai anda akan menjadi
pelanggan atau pembeli.

Jika anda masih ragu-ragu, cuba perhatikan sebuah kedai
menjual barangan elektrik di sebuah pasaraya. Saya pasti,
jika anda menghabiskan masa menganalisa pengunjung-
pengunjung kedai tersebut, anda akan mendapati lebih
ramai yang datang melihat daripada membeli.

Daripada 30 orang, mungkin hanya seorang sahaja yang akan
membeli sebuah televisyen atau radio atau barangan elektrik
yang lain.

Namun, jika anda adalah empunya kedai tersebut dan anda
tidak pernah berniaga, anda mungkin akan berasa hampa.
Mana tidaknya... anda menghabiskan masa dengan 30 orang
pengunjung, dan menerangkan pelbagai kelebihan dan
kebaikan barangan elektrik anda, tetapi cuma seorang
sahaja yang membelinya.

Nampak macam kurang memberansangkan, bukan?

Namun, itulah hakikatnya perniagaan. Walaupun anda
mempunyai barangan yang bermutu tinggi untuk dijual
kepada pelanggan anda, anda tidak akan dapat menjadikan
semua pengunjung kedai anda membeli barangan anda.

Ha... perniagaan pemasaran rangkaian (MLM) pun begitu
juga.

Anda memerlukan ramai prospek (bakal ahli kumpulan
anda) untuk diterangkan kelebihan dan kebaikan barangan
dan peluang perniagaan anda. Tetapi, saya pasti yang
ramai di antara usahawan MLM yang baru akan rasa tertekan
jika 10 orang yang mereka jumpa, tidak seorang pun yang
mahu menyertai mereka.

Jalan mudah... ah! MLM tak jalanlah...

Tapi hakikatnya, memang perniagaan (tak kiralah MLM atau
bukan) adalah sebegitu.

Jika anda tahu berapa ramai prospek yang anda perlu
jumpa sebelum menaja SEORANG ahli baru, anda akan tahu
berapa ramai yang anda perlu jumpa untuk menaja 6 atau
10 orang.

Tetapi... adakah ahli baru anda menyedari perkara ini?

Walaubagaimanapun, saya pasti jika anda sudah membaca
ebook RahsiaMLM, anda akan tahu bagaimana Tom Schreiter
mengajar ahli baru untuk mendapatkan pengedar baru dengan
lebih efektif.

Klu - gunakan kepakaran dan pengalaman upline anda!

Baiklah... setakat ini sahaja dahulu.

Ingat...

1. Anda perlukan ramai prospek untuk menaja setiap ahli
baru.

2. Gunakan kepakaran dan pengalaman upline anda untuk
menyenangkan proses penajaan anda.

No comments: