Kita dapat lihat di zaman ini, begitu ramai ulama berperanan walaupun tanpa komit dengan parti politik kepartian tertentu. Seperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, Dr Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan mereka, kertas kerja pembetangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan dan lawan, berparti dan tidak berparti.
Tidak dinafikan ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr. Abdullah Azzam, Dr Muhd Abu Faris, Syeikh Dr Hammam Sa'id dan lain-lain. Justeru kedua-duanya cara dan kaedah punyai faedah dan kelebihan masing-masing, menafikan usahakan kedua-dua cara adalah KEJAHILAN yang menyedihkan.
Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi Allah swt.
Ada yang berjuang Islam melalui politik, teruskan. Ada mengambil jalan akademik, ada yang ikuti jalan NGO, korporat, motivasi, sekolah, tadika, menyediakan perniagaan dan makanan halal dan lain-lain. Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik di sisi Allah?, ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh dan keikhlasan si pendakwah.
Allah swt berfirman :-
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً
Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )
Ibn Abbas menyatakan erti "syakilatihi" dalam ayat ertinya " sudut masing-masing", manakala sebahagian lain mengatakan berdasarkan niat masing-masing( At-Tabari, 15/154 ; Al-Qurtubi, 10/322)
Buat pihak yang suka dan berhasrat untuk mengutuk kerja dan usaha baik orang lain, sedarilah anda sebenarnya sedang MELAKUKAN DOSA dan menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah.
Disebutkan dalam sebuah hadis :-
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك ووجهك منبسط
Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang, kita ditegah untuk memperlecehkannya.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
Acik suka nak mengambil kenyataan drpd Ust. Zaharuddin Abd Rahman mengenai perihal yg beliau nyatakan diatas… Kadangkala susah juga hendak memahamkan seseorg itu akan niat dan kemahuan sebenar kiter hendak memasuki sesuatu jamaah atau sesuatu pertubuhan disebabkan ramai yg melihat perbuatan kiter tersebut hanyalah berbentuk fitnah terhadap agama… Acik pernah timbulkan persoalan mengenai kenapa kumpulan Nasyid Rabbani Yg pernah muncul dgn lagu “Pergi Takkan Kembali” yg sememangnyer begitu popular suatu masa dahulu. Mungkin Cuma fitnah yg sengaja direka ialah kerana penasyid ini bergabung dgn kumpulan KRU dan memainkan alat² musik yg begitu moden didalam lagu mereka… sehinggakan ada yg menyelar tindakan mereka tersebut sebagai suatu tindakan yg menjijikkan didlm islam… mengubah lagu² dan rentak² musik kpd suasana mengikut peredaran zaman… Begitu juga tohmahan dilemparkan kpd kumpulan nasyid InTeam kerana mengetengahkan lagu² berbentuk kecintaan kpd manusia dan bukan kpd Allah SWT…
Kadangkala bagi org yg tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yg benar² kukuh… mrk akan sewenang²nyer berkata yg lagu² nasyid skrg nie dah tak serupa nasyid dahulu… lagu² nasyid skrg nie hanyalah bermotifkan keduniaan dan keuntungan semata². Sebab tue susah dah si penasyid nak membela diri masing² lagi kerana tohmahan demi tohmahan telah dilemparkan kpd mereka oleh org yg jahil dan tak begitu paham agama dgn sebenar²nyer… Sebab tue acik mengambil kenyataan dr ustaz zaharudin diatas dimana saudara-saudari fahamkanlah sendiri… jgnlah dok mencela org yg berbuat sedikit usaha dakwah kerana saudara saudari seperti yg dikatakan oleh beliau hanyalah seakan melakukan dosa semata²…
Sebab tue acik pernah bertanya pada seorg sahabat yg pernah keluar 4 bulan keluar jamaah tabligh apa yg menyebabkan org ramai yg tak paham sunnah dakwah nie menidakkan golongan² tabligh nie?… Dok mengeji mencela mereka dgn pelbagai kenyataan “tak tinggalkan nafkah utk isterilah (tanggungan)lah… tidak mengambil cuti dgn majikan, akibatnyer diberhentikan kerja oleh majikan dan sebagainyer”… Org² yg dlm jemaah tabligh itu sendiri mmg benar mrklah yg telah melontarkan fitnah terhadap golongan yg melakukan usaha tabligh ini, namun kalau ikut sebenarnyer… amir yg mengepalai jemaah tabligh nie dah bertanya kpd semua pengikut jemaah “adakah mrk sudah meninggalkan nafkah utk tanggungan… adakah mereka dah ambil cuti dari majikan… dan seorg amir itu manalah tahu yg kemungkinan jemaahnyer menipu atau berckp bohong sebab dia buaknnyer maksum dan mengetahui akan sesuatu…
Sebab tue acik berani menegaskan, usaha utk keluar ke jalan Allah itu adalah sebaik² usaha yg dilakukan oleh manusia dan atas sebab itulah ada antara mereka yg melakukan usaha ini telah bermimpi berjumpa dgn nabi sekali, dua kali yg tiadalah boleh org seperti kiter perolehi… Sedang hadirin dan hadirat yg sudi membaca bloggers acik nie… hentikanlah fitnah dgn mengatakan bahawa usaha utk mencari kekayaan itu hanyalah akan merosakkan manusia semata² kerana kiter tidak mengetahui adaanyer hikmah disebalik sesuatu. Sebaik² manusia adalah org yg byk memberikan manfaatnyer kpd manusia… Bayangkan usaha utk menjadikan seorg itu pandai dlm bidang akademiknyer… atau ketepikan dulu ttg “membantu lebih menjayakan (MLM) nie… fokuskan kpd mahu mendidik anak bangsa berilmu dan cemerlang dlm akademiknyer… bukankah itu suatu usaha yg diredhai oleh Allah… Acik mohon sesiapa pun cukuplah dari menidakkan lagi Score A ini mempunyai unsure dakwah yg tersembunyi…
Wallahu a’lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment