Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamu'alaikum wbt.

Maaflah sebab lama tak update blog acik nie... sibuk sakan dgn pelbagai permasalahan dan perkerjaan.

Acik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan memohon agar segala kesilapan dan kesalahan tutur kata dan bahasa acik didalam blog ini dimaafkan.

Acik sendiri telah pun memaafkan kesalahan tuan² semua sekiranyer ada.

Semoga berjaya didalam kehidupan yg fana ini.

Wassalam.

Friday, August 22, 2008

Flyer anda... adakah yg terbaik?

Assalamu'alaikum wbt.

Kenkadang ramai yg kurang sedar ttg kaedah tradisional menaja atau memprospek org nie... kalau dlm Score A, pertama kenalah bawak pi ZRB... yg nie senang cite skit... kedua, bawak berbincang (anda sendiri kasi talk kat depa), ketiga poie ke sekolah², tempat² seperti taman permainan, shopping complek utk beri talk, dan terakhir dgn mengedar flyer...

Cara bagaimana yg difikirkan memberikan kesan, terpulanglah pada kebijaksanaan dan rezeki anda... Acik ada satu cth flyer yg baik punyer... hehe... pada acik sensoang jelah...

Kita kini hidup dalam zaman ekonomi yang berkembang pesat. Walaupun ekonomi di Malaysia agak gawat, namun anda belum lagi ditemubual menerusi Siaran Program BersamaMu TV3 bukan?

Tapi sedarkah anda… berjuta-juta manusia masih lagi hidup bergantung kepada gaji dari bulan ke bulan dan bekerja lebih masa untuk menCukupkan pendapatan mereka.

Kenapa?. Disebabkan mereka menggunakan rancangan yang salah atau errOr!

Mereka dibelenggu oleh PeRangkap Masa-Untuk-Wang. Anda pun tahu, kerja satu hari, gaji yang dibayar pun untuk satu hari. Kerja satu bulan dibayar gaji satu bulan. Biasa dengar‚ kan?.

Sama ada anda bErgaji RM10,000 setahun sebagai pencuci pinggan atau RM100,000 setahun sebagai doktor, anda masih lagi memperniagakan satu unit masa untuk satu unit wang.

Anda tetap juga bergantung kepada gaji dari bulan ke bulan. Mengenai jaminan kerja, kalau anda tidak lagi boleh bekerja disebabkan pemberhentian kerja, sakit, cedera atau pun bersara, sudah tentu tidak ada lagi gaji buat anda! Harapkan pencen? KWSP?... Itu wang yang akan datang, bukan boleh guna sekarang.

Jadi, mana dia yang dikatakan jaminan?.
Sekarang, bagaimana ‚nak melepaskan diri dari Perangkap Masa-Untuk-Wang?.

Jawabnya: dengan Membantu Lebih Menjayakan, anda buat keRja sekali saja dan dibayar berulang kali.

Luangkan masa 30 minit seumur hidup anda untuk mendengar penerangan saya bagaimana ingin menGhasilkan pendapatan berteRusan yang hAnya MeMerlukan kerja sekali dan seumur hidup anda namun dibayar berulang-ulang kali.


Sekian... sorry lama tak update blog... tapi tak ramai yg dtg pun kan?...

Monday, August 18, 2008

Pesanan untuk bakal upline dan bakal downline...

Assalamu'alaikum wbt.

Tinggal seminggu jer lagi kiter semua akan berpuasa. Rasa mcm tak sabar pun ada dan rasa takut pun ada jugak... Almaklumlah acik dan kenkawan sumer bukanlah sempurna sgt... kiter sebagai manusia biasa yg tiada taraf maksum (terpelihara dari sebarang dosa dan noda) nie sememangnyer perlu bersungguh² utk score pahala cukup² dibulan puasa nie... Kalau idak, maka alamatnyer tak dptlah lagi durian runtuh bila berjumpa dgn Allah kelak.

Seperkara yg acik hendak ingatkan jugak disini... sila ambil perhatian ttg kos membeli makanan dan minuman anda waktu berpuasa. Kenkadang ada yg kata disebabkan bulan puasa nie bolehlah berjimat cermat sebab pagi tak makan... tengahhari tak makan dan petang pun tak sarapan... Tapi sebaliknyer pulak yg berlaku... waktu nak berbuka puasa tuelah sumer makanan nak dibelinyer... sumer minuman nak dikahapnyer... sampaikan membazir dan buang begitu saja...

Jgn tuan² sekelian... kena ingat bahawa diwaktu malam adalah masa untuk kiter beribadah... bersolat terawikh.. dan menunaikan solat sunat, khatam al-qur'an dan sebagainyer lagi diwaktu malam... Kalau perut anda dah penuh... jawabnyer tido jelah dlm kekenyangan... Justeru itu cuba pastikan anda tidak selalu hadir ke bazar ramadhan yg berdekatan...

Pastikan jugak kos utk beli makanan dan minuman utk berbuka dan sahur nanti hanyalah kos utk anda makan dan minum waktu biasa anda bekerja. Janganlah jadikan bulan ramadhan sebagai masa utk anda mencuba segala jenis juadah berbuka dgn harapan... puasa sekali setahun... Ingat yer sahabatku sekelian...

Berbalik kpd Score A Programme nie... acik nak berpesan sedikit buat upline yg hendak menarik downline dan jugak buat downline yg bakal menarik seorg prospek. Ada satu perkara yg acik yakin dan percaya jika silap gaya, downline anda akan memarahi dan silap haribulan akan menjadikan anda sebagai bahan makiannyer...

Ianyer mengenai janji² piliharanraya yg anda buat sebelum ini kpdnyer... nak membanting 4 kerat tulang anda utk membantu downline... nak memastikan telah ada seorg downline lagi dibawah anda dan sebagainyer... Janji² yg seperti ini jika silap gaya pihak downline kiter tuntut semula selepas sebulan dia memasuki Score A... maka susah jadinyer...

Maklumlah anda pun sendiri tak ler kaya mana waktu nak memulakan bisnes nie... sebab itu buat upline, syor acik, anda potong siap² duit bonus anda dlm RM100-RM200 untuk membantu mereka samada memasuki kursus² yg diadakan... membuatkan kad bisnes mereka (mcm acik acik print sendiri jer guna microsoft publisher)... dan sebagainyer lagi yg bakal downline anda hadapi nanti...

Kebiasaan seorg upline... mereka terlupa bahawa downline mereka nie pun bermasalah dari segi modal... maklumlah mereka dan berhutang utk dptkan modal dulu... disamping mereka jugak telah cuma utk menduplikasikan proses yg anda lakukan... Cuma kenkadang masalah modal dan kewangan ini bakal membantutkan usaha mereka utk berjaya menduplikasi...

Disamping itu, pastikan anda bertanya setiap minggu... berapa prospek atau berapa kes yg telah downline anda perolehi didalam minggu yg pertama... Jika downline anda sendiri yg pemalas, maka itu mmg tak dapek nak tolonglah... tapi jikalau downline anda menampakkan kesungguhan utk mendapatkan rakan niaga dibawahnyer dgn kadar cepat... maka anda perlu sering memotivate dan memberikan dorongan yg padu utk dia berjaya...

Ajak dia bersama anda berjumpa dgn seorg prospek yg cuba anda approach... atau bawak dia melakukan "booth" dimana² sekolah yg anda telah buatkan appointment... ajak dia bersama dgn anda mengedar flyer dan sebagainyer agar dia rasa bahawa kerja dan business yg dia sedang ceburi nie mmg ada wawasan dan matlamat yg jelas.

Ikhtiarkan agar downline anda membeli atau berikan dia buku² e-book yg anda ada utk dia baca dan dia hafal agar dia lebih paham dan lebih ilmu utk mengharungi perniagaan semacam ini... Ini adalah perniagaan abad ke-21... samada anda mahu perniagaan secara konvensional ataupun mcm nie... itu terpulang dgn niat anda... janji anda komited dan penuh dedikasi, insyaallah anda akan beroleh kejayaan...

Ingat seperkara lagi... jgn takut utk berkongsi² rahsia kejayaan anda pada semua org... mungkin pada mereka kaedah ada seakan kurang berkesan... namun anda kena bijak menilai sesuatu peluang yg terbuka didepan mata anda... dan ingatlah juga bahawa kejayaan sebenarnyer adalah kejayaan didunia dan juga diakhirat...

Sekiranyer anda sekadar inginkan kejayaan didunia tanpa kejayaan diakhirat, maka anda akan menyesal dikemudian hari... jadikan kekayaan didunia sebagai alat utk mendapatkan kejayaan diakhirat... walau apa pun cabaran... atasilah dgn gigih dan ingatlah... tiada kejayaan akan diperolehi dgn mudah dan murah... setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan kesusahan yg anda sendiri takkan menyangka akan ia...

Wallahu a'lam bisshawab.

Wednesday, August 13, 2008

Ramadhan singgah lagi... suatu pesanan...

Assalamu'alaikum wbt.

Bulan puasa dah nak tiba... 1 september ianyer bermula...
ada sahabat yg beria² benar menyuruh acik all out membuat
gerakan mencari dan mengumpan ibubapa dan prospek² yg
berkelayakan utk sebagai imbuhan duit raya kelak...

Namun maaflah kalau ada yg tidak sependapat dgn acik...
sebenarnyer apabila tiba bulan puasa nanti...
mmglah kerja perlu berjalan... apa saja yg kiter
lakukan perlu disettlekan terlebih dahulu...
cuma gesaan utk ketika ini mengumpan ibubapa
yg mempunyai anak yg bakal menduduki upsr dan
pmr rasanyer seakan tidak sesuai...

Ini kerana diwaktu bulan ramadhan sajalah adanyer
solat terawikh yg tiada dibulan yg lain...
Solat terawikh nie saudara saudari...
kalau kiter nak jelaskan pahalanyer mungkin
ramai yg dah tahu tentang hadis palsu atau
maudhu mengenai fadilat atau kelebihan bersolat
terawikh disetiap malam...

Namun demikian mmg ada perbuatan sunat itu pahala
disini Allah. Yg sumer org tahu pahala org yg
mengerjakan solat sunat adalah seperti pahala
mengerjakan solat wajib. Justeru itu, seruan acik...
bila tibanyer bulan puasa nanti..
bersihkanlah diri dan bersihkanlah jiwa dan batin dahulu...

Selepas raya nanti barulah mulakan kembali aktiviti
dgn Score RM nie... bukannyer apa, kiter harap²
pahala kiter lebih byk dari harta yg kiter ada
didunia ini... hal ini penting kerana yg menentukan
kehidupan kiter samaada senang atau susah
dikemudian hari hanyalah dgn Score Pahala!

Wallahu a'lam bisshawab.

Friday, August 08, 2008

Reaching for the top or still searching n watching?

Assalamu'alaikum wbt.

Memandangkan tarikh yg luarbiasa arini iaitu 08/08/08 nie... so, acik nak kasi 2 artikel penulisan (mmg ada penciplakan tapi ini pengolahan dari acik sendiri)

"Tiada daya dan upaya melainkan dgn kehendak Allah"...

Acik pernah mentionkan pasal satu ayat terbaik yg diberikan oleh si-fu Score A, en. Aziz Samad iaitu "Tak dpt dlm tangan, nak join belum tentu".. Dlm islam konsepnyer berbalik kpd ungkapan "Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan (kekuasan /kehendak) Allah."
Sebab tue bagaimana hebat pun kiter menerangkan ttg produk kpd pelanggan, bagaimana terrornyer kiter menunjukkan peluang perniagaan ini kpd prospek kiter... Bagaimana berusaha kerasnyer kiter utk mencari seberapa ramai prospek... jika hidayah Allah tidak jatuh keatas dirinyer maka takkan jadi punyer urusan jualbeli ini...

Dari situ kiter hanya mampu menyerahkan kpd Allah 100% dan sebulat mungkin agar kiter memahami bahawa Allah yg menentukan rezeki kiter... Allah yg memberikan rezeki kpd kiter... jika tidak takkan mungkin kiter akan memperolehi rezeki dariNya. Lepas kasi penerangan berserah bulat² dan mohon pada Allah agar mudahkan org itu membeli atau memahami penerangan kiter...

Satu pendapat acik yg mungkin sebilangan kecil dari kiter masih ragu² hendak memikirkannyer ialah sudahkah kiter mengganggap perniagaan ini sebagai suatu ibadah kpd Allah?... Bolehkah kiter pekakkan telinga kiter bila ada yg bertanya ttg hukum perniagaan MLM seperti ini?... Sebab itu keyakinan perlu ada bahawa apa yg kiter lakukan adalah dgn niat utk beribadah kpd Allah... Membantu anak org utk jadi pandai.. kena ada keikhlasan...

Jgnlah sampai kekayaan yg bakal kiter perolehi nanti hanyalah menjadi suatu istidraj semata² kepada diri kiter...
[quote]Apakah Istidraj?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian Itu tidak diredhai olehNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)[/quote]

Justeru itu, kena jadikan perniagaan kiter ini sebagai suatu ibadah, barulah hati kiter akan menjadi tenang untuk mengharunginyer... Semuanyer bermula dgn niat... niat utk membantu org... mcm acik setiap kali berjumpa prospek yg terdiri dari ibubapa yg mempunyai anak yg kurang cerdik... acik tekankan sungguh² niat kiter iaitu utk membantu anaknyer...

Kalau dia dah gunakan produk nie maka acik akan tekankan pulak ttg konsep Membantu Lebih Menjayakan (MLM)... yakni kiter membantu org utk mengubah kehidupan mereka... dari situ kiter akan dpt membantu mereka dan diri kiter sendiri... Penting bagi kiter utk paham konsep perniagaan ini sebelum berkecimpung didlmnyer... kalau idak mmg kiter akan cepat putus asa dan cepat lemah semangat.

Ini sama mcm ckp seorg sahabat acik agen insurans takaful Nasional... beliau merupakan seorg pegawai diofis acik dahulu, kemudian dah berhenti melakukan tugas insurans sepenuh masa. Katanyer kalau dulu rezeki kiter seakan ditentukan oleh bos, kini tidak lagi... Bila kiter nak mulakan bisnes mcm nie, ibarat tgk padang berumput hijau, nampak segar dan menyeronokkan, tapi bila kiter dah turun padang, hijau tak nampak, panas terik, lumpur dan duri² yg bakal kiter pijak. Sebab tue kata beliau lagi, kiter kena seperti layang² sentiasa melawan arus utk memastikan layang² ke angkasa langit...

Jgnlah risau sgt kalau kiter nie belum kaya lagi... harta kekayaan didunia nie bersifat sementara cuma... mmg kiter buat bisnes nie utk kaya tetapi yg terpaling afdal bagi kiter ialah kaya iman, kaya jiwa dan kaya ketaqwaan kpd Allah... Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan menunjukkan acik ke jalan kebenaran...

Wallahu a'lam bisshawab.

Meyakinkan ibubapa kepentingan mempunyai internet di rumah.

Assalamu’alaikum wbt.

Mungkin ramai yg tidak menyedari akan kebaikkan & kepentingan mempunyai internet dirumah… namun acik yakin dan percaya yg ramai tahu hanyalah keburukan mempunyai internet dirumah kerana boleh melayari laman lucah, porno dan sebagainyer lagi yg berbentuk negatif. Tak dpt dinafikan untuk permulaan orang yg membeli internet dirumah berkemungkinan mahu melayari kesemua laman negatif tersebut. Namun ianya hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama dgn syarat (akan dijelaskan kemudian).

Untuk permulaan kearah mengenalpasti ibubapa yang prihatin terhadap pendidikan anaknyer dan mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan semacam ini, kiter perlulah mencari seberapa ramai saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang mempunyai anak yg sedang belajar disekolah samada sekolah rendah (UPSR) mahupun menengah (PMR). Untuk mengenalpasti mereka ini kenalah kita lihat kepada kedudukan kewangan mereka terlebih dahulu.

Caranyer samada dgn bertanya sendiri ataupun dgn melihat rumah atau bilangan kenderaan yang dipunyainyer. Mungkin dgn cara ini, kiter akan mudah hendak approach beliau. Namun begitu ini hanyalah cadangan semata². Tak semestinyer rumah yg besar mempunyai internet dan tak semestinyer rumah yg sederhana kecil tidak mempunyai internet. Kiter kenalah berusaha membuat kajian dan selidikan untuk mencari ibubapa yg prihatin ini.

Apabila telah mengenalpasti, cuba sesekali bertanya pada beliau dimana anaknyer pergi tuisyen atau belajar kelas malam?... Soalan ini untuk memudahkan kiter mengetahui sejauh mana ibubapa itu prihatin sungguh² tentang pendidikan anaknyer... Namun begitu, jikalau ada yg memberi respon bahawa mereka telah mempunyai guru tuisyen dan siap datang ke rumah lagi, kiter jgnlah mengherdik mereka atau memberikan kata² negatif dgn mengatakan buat apalah nak buang duit hantar anak pergi tuisyen, produk kami nie lagi murah dan pasti membuatkan anak anda pandai... Jgn terus bercakap begitu... U spoiled the market sebenarnyer tue....

Mulakan dgn membalas adakah guru tuisyen itu hebat mengajar?... Atau adakah harga yg dikenakan beliau setimpal dgn kepandaian anaknya?… ini bagi membuatkan ibubapa itu lebih merasakan bahawa kiter benar² setuju bahawa dengan tuisyen sahaja anak seseorg itu boleh pandai. Dan kiter juga bersetuju tuisyen adalah salah satu kaedah mengulangkaji pelajaran yg boleh dikatakan hebat juga.

Apabila prospek dah tahu yg kiter tidak akan mendesak dirinyer mencuba produk kiter terlebih dahulu, maka dia akan berasa lebih selamat. Kiter pun terus pergi ke soalan seterusnyer… boleh tak saya berikan penerangan bagaimana hendak mengurangkan perbelanjaan tuan dan seterusnyer menjadikan kos pendidikan anak termasuk didalam account pendapatan tuan?.

Apabila anda memberikan kata² begitu, sudah tentu ibubapa yg prihatin akan teruja atau setidak²nyer terasa yg anda tidak sekadar memberikan produk yg superb tetapi dalam masa yg sama membantu meringankan beban yg dipikulnyer selama ini seperti kena membeli buku latihan yg byk, perlu beli buku nota yg padat dan lengkap, perlu menghabiskan duit mencari guru tuisyen dan sebagainyer lagi yg hanya akan membuatkan mereka terasa bahawa inilah produk yg selama ini mereka cari!!

Setelah itu, kena ingat satu ungkapan “What’s in it is for Me (WIIFM)… Apa yg prospek boleh perolehi ataupun apa kebaikan² melanggan produk seperti ini? Adakah harganyer berpatutan dan berbaloi sehinggakan boleh menyebabkan anaknyer berubah pandai?. Mmg benarkah produk ini akan membuatkan hasil yg lumayan iaitu utk anaknyer benar² dpt jadi pandai dan study smart disamping boleh juga memberikan hasil pendapatan kpd beliau.

Sebab tue jika mereka telah bersetuju nak membeli, anda harus follow up dgn sekerap mungkin utk melihat keberkesanan produk ini. Kalau Prospek mengatakan harganyer terlalu mahal maka anda berikan alternative iaitu dia Cuma perlu mencuba dulu produk ini selama 3 bulan dgn bayaran sekian sekian. Jika tidak memuaskan maka tak perlu melanggan lagi.

Namun begitu, sebelum kiter hendak bercakap lebih lanjut beberapa kelebihan produk dan kepentingan mempunyai internet dirumah… jgnlah pulak kiter tak tanya terlebih dahulu yg beliau ada mempunyai alat utk memasang produk ini iaitu adanyer internet dan pc dirumah… Kalau idak, mmg buang masa betul lepas cite kebaikkan produk satu persatu dan sehabis baik aleh² si ayah kata… “saya belum pasang streamyx laa”…

Hal ini mengingatkan acik kisah dlm satu cite lawak dimana dtg seorg jurujual yg menjual mesin vacuum cleaner yg baik… setelah dicurahkan semua kekotoran di karpet tuan rumah, aleh² tuan rumah ckp “bil eletrik aku dah 5 bulan tak bayar daa… sudah kena potong…” jenuh jurujual tue nak mengemop dan membersihkan balik karpet tuan rumah tue! Hehe.

Justeru itu kenalah tanya beliau dulu dah ada internet dan pc kat rumah ke dgn cara dan gaya selembut habis… ini bagi mengelakkan beliau terasa mcm kiter menghina beliau kerana nak pasang streamyx pun tak mampu lagi…

Setelah itu mulakanlah bercerita ttg perkara lain pulak… ubah tajuk perbualan kpd bukan kebaikkan produk kiter ini dulu tetapi ambillah masa anda utk menceritakan kebaikkan² mempunyai internet dirumah yg kalau acik cuba senaraikan disini (namun saudara saudari boleh memikirkan utk menambah apa yg kurang dlm list acik nie nanti) dengan sendirinyer… antara kepentingan dan kelebihan mempunyai internet adalah (ini mengikut beberapa survey yg pernah acik buat di forum BDN aritu);
1. Boleh membuat segala pembayaran bil dan hutang keluarga dengan mudah, jimat masa dan tak perlu ke mana² iaitu dengan melayari e-commerce seperti maybank2u, CIMB click, Bank Rakyat, Bank Islam etc.
2. Boleh mendapatkan berita² terkini didalam dan diluar Negara dengan mudah sahaja dan dengan percuma (tak perlu membeli suratkhabar, etc)
3. Boleh menambah pengetahuan mengenai sesuatu perkara dgn melayari wikipedia, forum², dan apa saja yg kiter ceburi seperti sedang membuat tesis, assignment dan lain² lagi.
4. Membuat pembelian dan menjual barang sendiri menerusi laman seperti Mudah.com, Plazasentral, lelong.com dan sebagainyer.
5. Mendownload dengan percuma movies² (jiwang.or, syok.org, gua.com.my etc) , MP3 lagu² terkini (muatturun.blogspot.com, jakionline, jiwang.net etc), e-book², ceramah² agama islam dan segala²nya dengan percuma.
6. Mencari peluang pekerjaan atau mencari pekerja untuk syarikat kiter dengan melayari jobstreet.com, JPA.gov.my etc.
7. Boleh mencari kenalan dan pasangan bagi yg belum berkahwin dgn memasuki Yahoogroups, MiRC, Yahoo Messenger, Friendster, Myspace etc.
8. Dan pelbagai lagi perkara yang baik untuk diperolehi didalam internet yg mottonyer seperti umum mengetahui “Maklumat dihujung jari!”.

Setelah itu barulah kiter terangkan kebaikan² produk kiter ini yg bakal acik terangkan dimasa yg terluang nanti. Terlalu banyak yg boleh difikirkan ttg kelebihan produk kiter ini dan kekuatannyer ada dekat potensi perniagaan produk kiter nie iaitu ungkapan “The Sunrise Business”..Perniagaan Matahari terbit!.. Dimana akan acik berikan kemudian nanti.

Wallahu a’lam bisshawab.

Wednesday, August 06, 2008

Benarkah "Sponsoring is better than selling"?.

Semlm acik dpt membaca sebuah e-book yg acik perolehi dari forum BicaraJutawan yg mana saudara semua boleh mendownloadnya disini:

http://alpacint.the7greatliesofnetworkmarketing.com

7 penipuan terbesar dalam dunia multilevel marketing(M.L.M) / jualan langsung.

Penipuan #1 - Semua orang adalah prospek anda.
Penipuan #2 - Kita tidak menjual. Kita cuma berkongsi produk dengan orang.
Penipuan #3 - Semua orang boleh buat perniagaan M.L.M.
Penipuan #4 - Kami bantu anda membina perniagaan untuk anda.
Penipuan #5 - Kami mempunyai produk yang paling terbaik.
Penipuan #6 - Anda masih belum cukup percaya dengan perniagaan ini!
Penipuan #7 - Pelan pemasaran yang telah terbukti berkesan.

Mmg benar... dlm menjalankan perniagaan network marketing (rangkaian pemasaran) ini yg pentingnyer ialah cara bagaimana kiter memasarkan sesuatu produk yg dikeluarkan oleh sykt MLM tersebut.

Cth mudah kiter ambillah kalau kiter seorg peniaga burger tepi jalan... kesedapan burger kiter nie menurut pelanggan kiter nie mmg lebih sedap berbanding burger McDonald... Cuma persoalannyer disini, kenapa McDonald lebih dikenali berbanding burger anda yg sedap mutunyer?...

Sumernyer ini bertitik tolak adalah disebabkan cara anda memasarkan... mengiklankan... memberitahu org apa bagusnyer produk anda ini dan bagaimana anda mempromosikan barangan tersebut. Begitulah juga yg perlu anda yakni usawahan... (cam lain jer bunyiknyer.. hehe) usahawan Score A yg perlu mereka ubah skit cara promosi dan strategi pemasaran mrk...

Jgn terlalu terikut dgn ungkapan "Sponsoring is better than selling" sebab kiter menjual produk bukan sekadar mencari downline... nampak seakan konsep ini akan sama mcm direct selling... sebenarnyer pendapat acik... TIDAK... ianyer bukanlah direct selling... ianyer kiter menjual dulu produk utk melihat kebagusan dan keberkesanan kpd pelanggan kiter... dari situ pelanggan yg telah berpuashati ada 2 kebarangkalian utk dia... samada continue melanggan produk score A (dgn top up) atau pun terus menjadi distributor.

Hal ini nampak mcm susah... dan mungkin jugak mcm senang jer... ianyer sumernyer bergantung pada rezeki kiter... Acik rasa ramai yg berpendapat bahawa industri MLM nie tak lain dan tak bukan hanyalah dok antar flyer... flyer... flyer... itu jelah keja depa...

Siap tak kasi tau apa produk yg dijual, apa sykt mrk dan sebagainyer lagi cuma hanya flyer... flyer... flyer... Pada acik pendekatan semcm ini keberkesanannyer cuma nisbah 100:1 sajer... percayalah ckp acik nie... Dan kalau pun kiter cari prospek nak minta diorg dtg taklimat utk mrk dgr... Rata² kalau tahu perkara nie MLM jer terus mereka dah taubat nasuha takmo join...

Antara sebab mrk, walaupun dah ckp modal ciput jer, risiko kecik jer tapi bila melibatkan perkataan "kena cari org (downline)" maka abis kat situ jelah... Org miskin yg tak mempunyai vision mmg takkan pandang kereta mewah, rumah mewah, pelancongan mewah yg ditunjukkan dlm taklimat mrk tue...

Sebab tue mmg kena byk mendalami proses ilmu dlm MLM nie saudara saudari sekelian... Jgn kiter lupa bahawa MLM nie kalau silap gaya akan menyebabkan kiter boleh jadi kaya... tapi kalau silap gaya jugak... kiter yg akan sengsara dan miskin kayap!.... Sebab tue perolehi ilmu dan perolehi keyakinan bahawa bisnes ini mmg hebat dan bagus...

Baiklah, download dan dptkan 7 great lies of network marketing dgn kadar segera...

Wallahu a'lam bisshawab.

Tuesday, August 05, 2008

See More People... See More People... (nak cari kayu... nak cari kayu...)

Nampaknya ramai sahabat yg tak mengendahkan hint² yang diberikan oleh seseorang bila dah tak berminat nak melakukan bisnes Membantu Lebih Menjayakan (MLM) ini... Ramai yg tidak mengetahui cerita mengenai tiram dan mutiara yg mana apabila seseorg prospek itu dah dipercayai akan sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa mahu memberikan alasan utk tidak mengikuti rangkaian kita ini, maka apa perlu lagi dipujuk rayu kpd mereka.

Silapnyer kebanyakkan downline merasakan kenkawan rapat... abg atau adik mereka mahupun jua sepupu sepapat mereka yang akan bersama memasuki rangkaian pemasaran mereka... Mereka menyangka org yg mudah didekati... mudah dicontacki (mcm kentucky lak dah)... membolehkan perniagaan ini lebih berkembang pesat dan membangun...

Hei! jgn bermimpilah mereka sumer nie nak join anda!!! Buka skit pemikiran anda bahawa mereka ini sumer hanyalah kerengga belaka... Kerengge nie saudara kalau kiter tgk kehidupannyer... dia sedap jer dtg melanggok ke pokok buah-buahan kiter (walaupun tujuan dia baik, utk menghalang serangga perosak misalnya) namun kenkadang sampai kiter tuan punya pokok pun diserangnyer...

Walhal kerengga nie tak makan pun buah diatas pokok tersebut, tapi kerana dek dengki sgt kiter nak berjaya... kiter nak menjadi dermawan terus sajer dia menggigit kiter... Inilah maksudnyer... org yg paling hampir dgn kiter akan selalu menyebabkan kiter rasa lemah semangat... kiter rasa putus asa sebab mereka senang melihat kiter susah dan mereka susah melihat kiter senang!!!

Sebab itu, untuk berjaya didalam sesuatu bidang kiter kena ada pengorbanan... mesti ada byk rintangan utk berjaya nie... ingat senang ke nak berjaya... ingat senang ke nak menaja... mencari downline utk memasarkan produk superb Score A Programme nie... Kenkadang satu lagi sikap mereka ialah... mereka merasakan bahawa jika mereka melabur atau memberi duit utk memasuki bisnes ini hanyalah untuk MENGKAYAKAN kiter...

Itu jelah yg mereka dok sangkakan... walhal bukaklah minda benar anda sedikit... mana ada bisnes yg tak memerlukan modal... mana ada bisnes yg tak memerlukan produk utk dijual... dan terpaling penting anda mesti tahu... MANA ADA BISNES DIDUNIA NIE yg takde risiko untung dan rugi???... Semua perniagaan mempunyai risikonyer tersendiri... org yg berani menanggung risiko saja akan berjaya didalam bisnes mcm nih!...

Maaflah... acik bukannyer emo tak bertempat... acik emo bertempat di Bdr Baru Bangi skang nie... hehe... sebab apa saudara saudari sekelian... kiter perlu ubah mentaliti... mind set prospek kiter nie agar mereka memasuki rangkaian perniagaan kiter nie utk diri mereka sendiri... Selagi mindset ini tidak diubah... selagi itulah mereka akan tetap berpegang kpd.. "ini sumer mcm skim priramidlah nie... yg atas akan kaya, yg bawah dah tentulah kayap!"...

Sedarlah wahai ummat... lafazkanlah dua kalimat... dirikanlah solat... dan bersyukurrr huhuhuu... (terikut nyanyian lagu Zainal Abidin Hijau tue pulak)... Kiter kena sentiasa sedar... bukan semua prospek melihat sebagaimana yg kiter lihat skang nie... sebab tue jgn jugak kiter salahkan prospek jikalau mereka menolak kiter...

Kiter kena terangkan mereka dgn baik... mcm ckp Sifu Score A encik Aziz Samad "Tak dpt dalam tangan, nak join belum tentu"... Sentiasa ingat ungkapan ini sewaktu berjumpa dgn seorg prospek. Kenkadang upline acik sendiri tak menyangka yg acik nie benar² berminat nak join bisnes mcm nie... mungkin dia merasakan acik nie bukanlah seorg yg mudah diperkuda kambingkan oleh sesiapa... Namun itulah... kalau hati sudah cinta... sebut apa saja pasti jadi punyer...

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Artikel ini adalah nukilan peribadi acik, sebarang penciplakkan adalah dibenarkan... dgn syarat, anda yakinlah pada diri anda sendiri bahawa anda pun boleh berjaya.

Monday, August 04, 2008

Formula Penyatuan Perbezaan Pendapat Dikalangan Orang Awam

Acik petik dari kata² pakar rujuk agama acik #1... saudara Tok Janggut (Moderator BMM BDN)

As syahid imam Hasan AL Banna (pemimpin pertama Ikhwan Muslimin) dalam usul 20nya ada menyebut mengenai perkara ini. Sebab perkara ini byk diperselisihkan oleh umat ISlam dan beliau cuba mengemukakan satu formula utk menyatukan umat.

Sebelum kita pergi panjang kpd perbincangan ini, haruslah kita sedar perbezaan di antara perkara usul dan cabang. Perkara yang utama dan yang tidak penting. Perbincangan sebegini sudah lama diperbincangkan oleh ulama dan sudah tutup kesnya. Jadi tidak perlulah dibahas-bahaskan lagi.

Dalam usul ke enam (dari 20 usul dalam rukun pertama) hasan al banna menulis:

"SETIAP KATA-KATA ORANG BOLEH DITERIMA ATAU DITOLAK KATA-KATANYA MELAINKAN KATA-KATA RASULLULAH S.A.W YANG MAKSUM. SETIAP YANG DATANG DARI SALAFUS SOLEH YANG BERTEPATAN DENGAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA KITA MENERIMA DENGAN SEBULAT HATI. TETAPI JIKA BERLAWANAN DENGAN NYA MAKA KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA LEBIH UTAMA DIIKUTI. WALAUBAGAIMANA PUN KITA TIDAK SEKALI-KALI MENGECAM ATAU MENDEDAHKAN PERIBADI-PERIBADI TERTENTU DALAM MASALAH YANG DIPERSELISIHKAN. KITA HANYA BERSERAH DENGAN NIAT MEREKA. SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH BERLALU DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN."

Komentar saya:

Pendahuluan

Usul ini menguatkan lagi usul-usul yang sebelumnya mengenai sikap sebenar yang harus ada pada seorang muslim. Pandangan as syahid adalah dengan memberikan satu panduan yang kukuh agar kita bersikap sederhana dan pertengahan dan tidak terlalu condong kepada kekerasan/taasub atau terlalu cuai terhadap mana-mana individu.

Beliau menunjukkan panduan yang benar yang dipegang oleh para sahabat dan golongan salaf dalam perkara ikhtilaf (perselisihan) ulama terutama bila melibatkan perkara-perkara cabang/furuq dalam Islam. Antaranya masalah feqah, harakah, perselisihan pendapat dan sebagainya.

SETIAP KATA-KATA ORANG BOLEH DITERIMA ATAU DITOLAK KATA-KATANYA MELAINKAN KATA-KATA RASULLULAH S.A.W YANG MAKSUM.

Beliau memulakan usul ini dengan satu kata-kata terkenal imam malik yang diguna pakai oleh ahli sunnah wal jamaah. Kata-kata ini mengandungi kebenaran bahawa setiap daripada kata-kata manusia itu boleh ditolak atau diterima melainkan kata-kata rasullulah s.a.w. Ini bagi mengelakkan sikap manusia agar terburu-buru menerima pendapat seorang yang dikatakan berilmu walhal dia mungkin salah atau terlalu taasub dengan kata seseorang tanpa menghiraukan sama ada pendapatnya tersalah atau benar.

Bagaimana kita mengambil pendapat golongan salaf* (*golongan 300 tahun pertama selepas nabi)?

Bagi meneruskan usul ini, as syahid kemudiannya memberikan panduan:

SETIAP YANG DATANG DARI SALAFUS SOLEH YANG BERTEPATAN DENGAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA KITA MENERIMA DENGAN SEBULAT HATI. TETAPI JIKA BERLAWANAN DENGAN NYA MAKA KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA LEBIH UTAMA DIIKUTI.

Pendapat manusia itu boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Tidak semestinya mereka datang dari golongan awal Islam mereka semuanya betul dan juga kita tidak terlalu mencuai menyatakan mereka semuanya salah. Kata-kata dan pendapat mereka dilandasi dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya. Mana-mana yang bertepatan dengan kedua ini kita terima dengan sebulat hati.

Kecantikan usul ini ialah penggunaan bahasa oleh as syahid. Beliau tidak mengatakan: "kalau bertentangan kita tolak" walaupun maksud ayat ini tidak salah, tetapi beliau menggunakan ungkapan: "...MAKA KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA LEBIH UTAMA DIIKUTI." bagi melunakkan dan mengurangkan ketegangan yang telah lama berlaku terhadap umat Islam kerana pertentangan dan ketaksuban apabila kita menyatakan kesalahan pendapat golongan salaf.

Tidak mengecam peribadi

Salah satu pegangan ahli sunnah ialah selagi mana seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah maka selama itu hartanya, darahnya dan kehormatannya selamat dari tangan muslim yang lain. Malah haram bagi kita menghina atau menjatuhkan peribadi muslim yang lain.

As Syahid menyatakan bahawa banyak berlaku dimana perselisihan pendapat dan perdebatan dalam masalah cabang ini akhirnya membawa kepada tuduhan-tuduhan dan penghinaan peribadi. Maka ada yang menyatakan Imam A ini kaki perempuan, peminum arak, atau si Syeikh B ini pembunuh sahabat dan sebagainya. Lantas As syahid memberikan kita sebagai umat terkemudian yang tidak menyaksikan atau mengetahui secara detail sejarah mereka dengan pegangan sejahtera:

WALAUBAGAIMANA PUN KITA TIDAK SEKALI-KALI MENGECAM ATAU MENDEDAHKAN PERIBADI-PERIBADI TERTENTU DALAM MASALAH YANG DIPERSELISIHKAN. KITA HANYA BERSERAH DENGAN NIAT MEREKA. SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH BERLALU DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN.

Dunia kontemporeri

Dalam dunia kontemporeri ini kita akan dapati juga pelbagai pendapat Islam dalam pelbagai hal. Umpamanya berbeza mazhab, atau jamaah Islam atau pegangan imam yang diikuti. Semuanya ini jatuh dalam lingkungan usul ini.

Perbezaan ini tidak seharusnya menjauhkan umat Islam. Tetapi seharusnya menguatkan lagi kerana mereka bantu membantu dalam perkara yang mereka sepakati dan memaafkan dalam apa yang mereka perselisihkan. Inilah sikap yang patut ada pada setiap muslim. [end]



Kemudian dalam usul ke tujuh baru beliau menyentuh tentang perbezaan pendapat dalam mazhab. Dan sengaja hasan al banna r.a membawa usul keenam sebelum usul ini. kata beliau:

"SETIAP MUSLIM YANG TIDAK SAMPAI KE PERINGKAT MENILITI DALIL-DALIL CABANG (FURUQ) BOLEH MENGIKUT MANA-MANA IMAM. ELOK SEKIRANYA SESEORANG ITU CUBA UNTUK BERIJTIHAD SEKADAR YANG BELIAU MAMPU BAGI MENGETAHUI DALIL-DALILNYA. BELIAU JUGA HENDAKLAH MENERIMA SETIAP PETUNJUK YANG DISERTAI DENGAN DALIL APABILA BELIAU YAKIN DENGAN KEBAIKAN DAN ORANG YANG MEMBERI PETUJUK KEPADANYA. JIKA SEKIRANYA BELIAU TERDIRI DARI KALANGAN ORANG YANG BERILMU, BELIAU HENDAKLAH MENCUKUPKAN KEKURANGANNYA DARI SEGI ILMU SEHINGGA SAMPAI KE PERINGKAT MENILITI DALIL-DALIL HUKUM"


Pendahuluan

Usul ini membincangkan masalah ijtihad dan taqlid yang banyak menimbulkan perselisihan di kalangan umat. Ada di antara mereka yang terlalu mencuaikan dan ada yang teralu memberatkan sehingga umat keliru dan timbul perbalahan yang amat panjang.

Usul ini juga adalah kesinambungan dari usul yang lepas mengenai kaedah melihat dan meneliti pendapat ulama dan salafus soleh.

Umat Islam, dalam perkara ini, mengambi dua pendapat yang ekstreme berikut:

[1]. Beranggapan bahawa mazhab adalah bid'ah yang tertolak kerana pegangan yang sejahtera adalah dengan mengambil al-quran dan as sunnah dan beramal dengannya tanpa melihat kepada pendapat-pendapat ulama terdahulu.

[2]. Beranggapan pintu ijtihad telah tertutup dan wajib bertaqlid kepada satu imam tanpa soal.

Mengapa pendapat ini tertolak?

Menjawab dua persoalan di atas Syeikul Ibn taimiyah memberikan kata-kata yang pertengahan dan sejahtera:

Dalam pendapat [1] beliau berkata:

"Antara sifat melampau ahli kalam dalam ilmu fiqh ialah ada di antara mereka yang mewajibkan penilitian yang mendalam dan ijtihad dalam masalah-masalah furuq ke atas setiap orang sehinggalah orang-orang awam. Pendapat ini lemah kerana menuntut ilmu itu fardhu ain, iaitu mesti dilakukan oleh setiap orang dengan kemampuan yang ada, sedangkan kemampuan untuk meniliti dalil amat sukar bagi orang awam." ( Al Fattawa)

Dalam pendapat [2] ditambah:

" Dan ada di antara pengikut-pengikut mazhab yang mewajibkan taqlid kepada semua orang sama ada mereka ulama atau orang awam." (Al Fattawa)

Pendapat yang sejahtera dari Syeikul Ibn Taimiyah adalah:

"Pendapat majoriti umat ini adalah ijtihad dan taqlid itu adalah harus. Mereka juga tidak mewajibkan taqlid dan tidak mengharamkan taqlid kepada setiap orang. Ijtihad adalah harus bagi orang yang mampu berijtihad dan taqlid adalah harus bagi orang yang tidak mampu berijtihad"
( Al Fattawa: 20/202-203)


Nasihat as syahid kepada orang awam

SETIAP MUSLIM YANG TIDAK SAMPAI KE PERINGKAT MENILITI DALIL-DALIL CABANG (FURUQ) BOLEH MENGIKUT MANA-MANA IMAM. ELOK SEKIRANYA SESEORANG ITU CUBA UNTUK BERIJTIHAD SEKADAR YANG BELIAU MAMPU BAGI MENGETAHUI DALIL-DALILNYA. BELIAU JUGA HENDAKLAH MENERIMA SETIAP PETUNJUK YANG DISERTAI DENGAN DALIL APABILA BELIAU YAKIN DENGAN KEBAIKAN DAN ORANG YANG MEMBERI PETUJUK KEPADANYA.

Ini merupakan saranan kepada orang awam yang tidak sampai ke peringkat ilmu dalam meneliti dalil. Terdapat 3 peringkat dalam persoalan ini:

1. Mengikut (taqlid) kepada imam-imam mazhab. Kemudian;

2. Sekiranya mampu, meneliti dalil-dalil bagi menenangkan hati dalam permasalahan yang dirasakan samar-samar.

3. Sekiranya hendak mencari pendapat yang terbaik dalam mazhab-mazhab, boleh bertanyakan orang yang berilmu di dalam perkara perbezaan dalil dan boleh mengambil pendapat beliau dengan syarat diketahui ketinggian ilmunya, kita percaya dengannya dan dalilnya adalah dalil yang kuat terutama sekiranya pendapat beliau berbeza dengan pendapat imam mazhab yang kita pegang.

Nasihat Bagi orang yang berilmu (ulama)

JIKA SEKIRANYA BELIAU TERDIRI DARI KALANGAN ORANG YANG BERILMU, BELIAU HENDAKLAH MENCUKUPKAN KEKURANGANNYA DARI SEGI ILMU SEHINGGA SAMPAI KE PERINGKAT MENILITI DALIL-DALIL HUKUM"

Dalam perkara ini, as syahid memberikan nasihat kepada orang-orang yang berilmu agar mendalamkanilmu mereka sebelum membuat pengkajian dan penelitian dalam memberikan pendapat mana yang terkuat dalam pegangan mazhab atau imam-imam. Dengan ini dapatlah diambil kebaikan orang yang berilmu agar tidak dipersia-siakan.

Kesimpulan

Inilah kecenderungan as syahid dalam melihat kesahteraan umat tanpa codong ke mana-mana arah yang melampau. Tugas kita adalah menyatu umat bukan membuatkan jurang yang lebih besar lagi. Telah berlalu kerosakan umat pada zaman dahulu. Jangan diulangi perkara yang sama.

Kemudian beliau menutup dengan usul ke sembilan mengenai perselisihan yang panjang ini yang memecah belahkan umat:

"PERSELISIHAN FIQH DALAM PERKARA CABANG TIDAK SEPATUTNYA MENJADI SEBAB KEPADA PERPECAHAN DALAM AGAMA DAN TIDAK SEHARUSNYA MEMBAWA KEPADA PERBALAHAN ATAU PERMUSUHAN. SETIAP ORANG YANG BERIJTIHAD ADA PAHALANYA. WALAUBAGAIMANAPUN TIDAK ADA PENGHALANG BAGI MELAKUKAN TAHQIQ ILMU (PENJELASAN ILMU) DALAM MASALAH-MASALAH YANG DIPERSELISIHKAN DALAM SUASANA KASIH SAYANG KERANA ALLAH S.W.T. SERTA KERJASAMA DALAM MENYAMPAIKAN KEBENARAN TANPA MEMBAWA KEPADA PERTENGKARAN YANG DICELA SERTA TAASUB"


Pendahuluan

Usul ini dapat dilihat dari beberapa sudut tetapi membawa satu pengertian dan prisnip Islam yang amat besar dan mendalam.

Prinsip tersebut ialah kesatuan di dalam perselisihan. Tidak dapat dinafikan bahawa adalah satu realiti dan perkara yang tidak dapat dielakkan perselisihan dalam sesuatu perkara itu akan berlaku. Tetapi apa yang dilarang oleh agama ialah perselishan yang sebenarnya kecil tetapi dibesar-besarkan sehingga menjadi mudarat kepada perkara usul agama yakni kesatuan dan ukhuwah.

Dua pegangan ekstrem

Dua pegangan ekstrem umat Islam yang mengakibatkan kerugian ummah dan kehancuran tamadun Islam adalah:

1. Ada di kalangan para ulama dan orang awam yang berbalah dan taasub dalam perkara furuq (cabang) feqah sehingga hancur perkara usul di dalam Islam.

2. Takut dalam mentahqiq Ilmu sehingga islam menjadi jumud dan kaku serta tidak praktikal.


Pegangan yang sejahtera

Apabila melihat keadaan umat yang menyedihkan ini datang As syahid membawa apa yang dibawa oleh umat terdahulu mengenai pandangan yang sejahtera ini. Beliau memahami maksud syarak dan meneliti nas yang membawa kepada sikap tawazun (pertengahan) dan sederhana di dalam melihat dua perkara ini.

Pegangan tersebut ialah:

1. PERSELISIHAN FIQH DALAM PERKARA CABANG TIDAK SEPATUTNYA MENJADI SEBAB KEPADA PERPECAHAN DALAM AGAMA DAN TIDAK SEHARUSNYA MEMBAWA KEPADA PERBALAHAN ATAU PERMUSUHAN. SETIAP ORANG YANG BERIJTIHAD ADA PAHALANYA.

2. WALAUBAGAIMANAPUN TIDAK ADA PENGHALANG BAGI MELAKUKAN TAHQIQ ILMU (PENJELASAN ILMU) DALAM MASALAH-MASALAH YANG DIPERSELISIHKAN

dan perkara kedua ini dilakukan dengan syarat:

1. (dilakukan) DALAM SUASANA KASIH SAYANG KERANA ALLAH S.W.T. SERTA KERJASAMA DALAM MENYAMPAIKAN KEBENARAN

2. TANPA MEMBAWA KEPADA PERTENGKARAN YANG DICELA SERTA TAASUB"

Pandangan Islam mengenai perselisihan (Ikhtilaf) di dalam perkara feqah/harakiah (jamaah)

Di antara nas-nas Islam ada yang bersifat dzhonni al tsubut dan al dhilalah ataupun dzonni al dhilalah dan qatie al tsubut. Kedua-dua perkara ini menjadi ruang ijtihad sehingga hukum dapat dikeluarkan daripadanya berdasarkan qawaid (kaedah) syariah, nas-nasnya yang qatie (muktamad) dan maqasid (objektifnya) yang mu'tabarah.

Khilaf tidak dapat dielakkan. Firman Allah:

"dan kalaulah Tuhanmu kehendaki nescaya Dia menjadikan umat manusia umat yang satu, sedangkan mereka terus menerus berselisih" (Hud: 118)

Adab Ikhtilaf

1. Berkerjasama dalam perkara yang disepakati

2. Bermaafan dalam perkara yang diperselisihkan. Siapa yang betul ijtihadnya akan mendapat 2 pahala. Siapa yang salah ijtihadnya akan mendapat 1 pahala. Yang penting ada ijtihad dan ada sikap bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan.

3. Memandang bahawa menjaga ikatan silaturahim adalah usul dalam agama sedangkan perselisihan feqah adalah perkara furuq. Bagaimana yang furuq boleh mengatasi yang usul? Ia seolah-olah mengatakan solat sunat kabliah lebih utama dari solat fardhu yakni sesuatu yang mustahil!

Penutup

Seseorang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan Rasulnya akan mengembalikan segala ikhtilaf kepada al quran dan as sunnah. Apabila mereka meneliti dua perkara ini mereka akan faham bahawa perselisihan hanyalah satu perkara yang kecil yang sebenarnya tidak merugikan umat tetapi menguntungkan Islam sekirnaya ia dilakukan dengan kaedah dan dengan kefahaman yang betul. Inilah pegangan salafus soleh yang diajarkan oleh nabi s.a.w kepada para pengikut baginda.

END

Inilah pemikir Mujaddid (pembaharu) abad ke 20 dengan kegeniusan kurniaan Allah swt.

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: munajat12@yahoo.com (alamat email TJ)

Ada Apa Dengan Score A Programme™?

Untuk apa anda perlu memasuki Score A Programme? Baca dan jangan menipu diri anda sendiri kerana hanya anda yang boleh mengubah kehidupan anda & keluarga anda sendiri.

1. Membantu Menambah pendapatan bulanan anda
a. Gaji bulanan anda hanya cukup untuk bayar hutang sahaja.
b. Seringkali mengeluh kerana pada permulaan bulan, duit gaji telah habis separuh kerana membayar hutang. Ini amat meresahkan anda bukan?
c. Selalu kena berjimat cermat sentiasa kerana tiada wang tambahan

2. Membebaskan diri dari hutang dan sikap suka meminta² (meminjam)
a. Dgn adanya perniagaan dah tentu wang dari perniagaan ini dapat mengurangkan beban hutang piutang anda.
b. Anda tak perlu risau dengan duit gaji yang sedikit kerana ia boleh sentiasa bertambah selepas ini.
c. Org yg bekerja seperti ikan didalam akuarium yg diberi makan pada setiap 25hb, namun org yg berniaga dan berkerja seperti ikan yg duduk didua alam (dilautan dan diakuarium) kerana boleh makan bila² masa yang dia suka.

3. Mempunyai bisnes dan rangkaian perniagaan sendiri.
a. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk berniaga. Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa 90% rezeki itu bergantung kepada perniagaan.
b. Hanya dengan berniaga sahaja kita akan nampak seseorang itu dapat membeli kereta mewah, rumah mewah dan selalu melancong ke luar Negara.
c. Maka sebab itu, dengan Score A, kita telah ada perniagaan sendiri (dengan bisnes card sendiri) dan telah ada pendapatan hasil keuntungan perniagaan kita nanti.

4. Boleh membuat bisnes secara part time walaupun sedang bekerja atau terikat dengan masa bekerja.
a. Sehari mempunyai 24 jam… 8 jam masa utk TIDOR, 8 jam masa untuk bekerja dan 8 jam lagi dibahagikan dengan 2 iaitu 4 jam untuk keluarga dan 4 jam untuk buat bisnes Score A.
b. Kalau nak berniaga burger tepi jalan atau apa saja jenis perniagaan yang lain, sebelum bisnes tersebut berjalan, anda terikat dengan masa yg begitu lama lebih kurang 14 jam sehari. Sanggupkah anda?
c. Anda tak mampu nak mengadakan komitmen kerana keletihan dan terlalu banyak kerja dilakukan dalam sehari disamping pendapatan belum tentu lagi lumayan.
d. Menerusi Membantu Lebih Menjayakan (MLM), anda tak perlu risau lagi kerana masa untuk anda bekerja selamat (8 jam), dah diperuntukkan siap² dan masa untuk anda berniaga juga tidak mengganggu prestasi kerja anda.
e. Semuanya ini berbalik kepada pengurusan masa anda. Kalau anda bijak merancang masa maka anda akan berjaya. Rujuk Surah Al-Asr. Demi masa!

5. Membantu mengembangkan bakat dan potensi dalam diri anda disamping menambah ilmu pengetahuan anda tentang sesuatu.
a. Menambah ilmu seperti contah Rahsia MLM, rahsia Menaja, Kuasa Internet dan sebagainya.
b. Didalam Score A, anda dapat menambah peluang belajar dan mendidik seperti seorang guru walaupun anda hanyalah web education consultant sahaja.
c. Mendidik anda suka membaca dan membuat sesuatu yang baru.
d. Mengajar anda memperkembangkan bakat bercakap atau memberikan motivasi kepada seseorang.

6. Membantu orang lain berjaya didalam kehidupan mereka. Sentiasa mempunyai sikap tolong-menolong diantara satu sama lain.
a. Dalam perniagaan seperti ini, kita sebenarnya dapat membantu adik beradik kita yang dalam kesusahan. Samada dengan memberikan dia peluang berniaga dan memberikan modal etc.
b. Membantu jiran, sahabat handai dan sanak saudara yang kurang berjaya dan miskin.
c. Disamping kita juga boleh membantu mereka membebaskan diri dari masalah kenaikkan harga minyak yang sedang meruncing dinegara kita.
d. Masalah kenaikkan harga barang dan masalah gaji yang tidak naik.

7. Berjumpa dengan ramai kenalan. Dan menambah rangkaian pemasaran.
a. Dengan sentiasa berjumpa orang baru atau prospek yang baru anda kenal, ianya boleh merapatkan silaturahim dan membuatkan diri anda dikenali sebagai seorang yang friendly.
b. Didalam mencari sahabat sebenarnya kita perlu menjadi sahabat yang baik untuk sahabat kita dan bukannya menjadi parasit. Jangan jadikan niat anda untuk menaja seseorang prospek itu semata² nakkan duit dia sahaja. Lepas dia berada dibawah anda maka anda akan tingalkan dia terkontang kanting dalam keadaan yang menyebabkan dia lagi hidup susah.
c. Ingat! Dalam MLM kejayaan orang anda adalah bergantung kepada kejayaan orang dibawahan anda. Orang bawahan yang tidak membuat proses duplikasi akan menjadikan anda juga tidak berjaya untuk lebih kaya. Disebab itu perlu sering tekankan bahawa orang bawahan adalah nadi untuk anda berjaya.
d. Jangan selalu memberikan janji manis atau selalu memanjakan prospek anda. Kerja yang seharusnya dia perlu buat seperti membuat temujanji, untuk berjumpa dengan seseorang prospek adalah dibidang kuasa dan kerja dia. Jangan pulak anda sebagai upline perlu mencarikan prospek untuk dia.
e. Seorang upline hanya boleh membantu untuk menerangkan pasal produk Score A Programme ini kepada kawan atau prospek downline dan terpulang kawan downline tersebut untuk mahu masuk ataupun tidak.

8. Untuk persaraan anda dimasa tua nanti.
a. Ramai yang berpendapat bahawa bila dah tua dan dah bersara atau pencen maka itulah masa dia untuk membuka perniagaan baru.
b. Pendapat ini ditambah atau disokong kerana adanya modal seperti duit KWSP dan wang insurans yang dia perolehi.
c. Sebenarnya pendapat seperti ini hanya bergantung kepada nasib samata². Kita perlu ingat 1% sahaja nasib akan menyebelahi kita didalam kehidupan ini seperti menang peraduan Pertonas Car Craze misalnya, berkahwin dengan kerabat diraja atau anak tan sri & Dato… Selebihnya mesti kena usaha!.
d. Maka disebabkan itu, pendapat tersebut adalah silap dan tidak benar sama sekali. Sepatutnya sewaktu anda telah bersara maka anda telahpun mempunyai rangkaian anda sendiri yang menjalankan kerja untuk anda semata².
e. Pada ketika itu apa yang anda perlu buat hanyalah memberi dorongan dan galakan serta motivasi kepada mereka untuk berjaya sama seperti mana anda berjaya dahulu.
f. Kerana kesilapan ini maka ada yang selepas pencen terpaksa jadi Pak Guard, terpaksa jadi Drebar Teksi, terpaksa berniaga kecil²an jual burger dan sebagainya. Ini bukankah menyebabkan anda masih bekerja walaupun sudah bersara?
g. Sebab itu kita kena perlu sentiasa membuat perancangan awal dari sekarang. Jika anda gagal merancang maka anda merancang untuk gagal. Perancangan hari ini akan menentukan acuan anda untuk hari esok. Bersusah susah dimasa kini akan menyebabkan anda bersenang lenang dimasa akan dating.

9. Kerana syariat dari Al-Qur’an dan As-sunnah
a. Ramai yang sering menyangka yang membuat bisnes MLM ini adalah haram kerana menindas orang bawahan.
b. Tanggapan ini sebenarnya salah kerana dalam MLM, sesiapa yang berusaha keras dan bersungguh² maka dialah yang akan mendapat ganjarannya.
c. Ramai juga berpegang kepada satu pendapat sahaja iaitu kenyataan Ustaz Zaharudin.net yang mengatakan perniagaan MLM ini adalah haram perlaksanaannya. Hal ini sebenarnya masih dalam perbincangan dan perdebatan kerana ianya merupakan sesuatu yang baru dan diperselisihkan (Perbezaan pendapat atau khilafiah).
Dalam usul ke enam (dari 20 usul dalam rukun pertama) hasan al banna menulis:

"SETIAP KATA-KATA ORANG BOLEH DITERIMA ATAU DITOLAK KATA-KATANYA MELAINKAN KATA-KATA RASULLULAH S.A.W YANG MAKSUM. SETIAP YANG DATANG DARI SALAFUS SOLEH YANG BERTEPATAN DENGAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA KITA MENERIMA DENGAN SEBULAT HATI. TETAPI JIKA BERLAWANAN DENGAN NYA MAKA KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA LEBIH UTAMA DIIKUTI. WALAUBAGAIMANA PUN KITA TIDAK SEKALI-KALI MENGECAM ATAU MENDEDAHKAN PERIBADI-PERIBADI TERTENTU DALAM MASALAH YANG DIPERSELISIHKAN. KITA HANYA BERSERAH DENGAN NIAT MEREKA. SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH BERLALU DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN."


d. Kalau kita lihat seperti dosa dan pahala… Kalau kita bekerja keras untuk menjauhi larangan dan mendekati suruhan Allah maka kita akan berjaya memperoleh syurga.
e. Harga untuk memiliki sesuatu kejayaan itu sama juga seperti harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga… Terlalu mahal dan tak ternilai harganya.
f. Allah tidak akan pernah bertanya pada kita berapa orang yang telah kita tarbiyyahkan atau telah kita sedar dan insafkan untuk berjihad atau berjuang ke jalan Allah tetapi Allah akan tanya adakah kita telah melakukannya dahulu. Sudahkah kita perbaiki diri kita dahulu sebelum menyuruh orang lain berbuat kebaikkan. Firman Allah didalam surah Al-Baqarah “Patutkah kamu menyuruh Orang lain berbuat kebaikkan (kebajikan) sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri.” Adakah kita telah berusaha mengubah kehidupan kita kerana Allah pernah berfirman didalam surah Ar-Rad “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan diri mereka sendirilah yang mengubahnya.”
g. Justeru itu bertanyalah pada diri anda sendiri adakah impian anda untuk pergi haji diwaktu muda telah tercapai. Nabi mengatakan bahawa orang² muda adalah lebih baik menunaikan haji berbanding org tua yg kemungkinan telah uzur dan kurang keupayaan untuk menunaikan ibadah haji tersebut…
h. Disamping pengorbanan anda untuk membantu golongan miskin dengan membayar zakat dan cukai telah terlaksana?... Kerajaan menggunakan duit cukai dari orang yang kaya untuk membantu golongan miskin. Sudahkah anda berbuat demikian?. Kalau gaji anda masih cipot dan tak dikenakan cukai lagi maka bertindaklah dari sekarang. Sabda Nabi SAW “Untuk mendapatkan dunia anda perlu ilmu dan untuk mendapatkan akhirat anda perlu ilmu. Untuk dapatkan kedua²nya sekali anda juga perlukan ilmu.”

Wallahu a’lam bisshawab.

p/s: Acik berhak diberi teguran jika ada nukilan acik yg silap dan tida menepati bidang ilmu agama.

Friday, August 01, 2008

Setiap dari kiter mempunyai keinginan utk berniaga...

Assalamu'alaikum wbt.

Setiap dari kita... mesti mempunyai keinginan untuk berniaga... Waktu acik pernah bukakkan topik mengenai perniagaan nie di forum BDN... rata² ahli forum akan mengatakan bahawa mereka ada niat utk buat bisnes sebab umum mengetahui bahawa dengan hanya membuat bisnes sahaja kiter mampu bergelar bisnesman atau jutawan... setuju tak?

Jgnlah nak menipu diri anda sendiri... keinginan utk berniaga nie mmg adalah fitrah semula jadi manusia... nabi SAW sendiri bersabda 90% rezeki itu dtgnyer dari perniagaan... Sahabat nabi seperti Abdul rahman bin Aus juga berniaga utk mendapat keuntungan didunia dan diakhirat...

Cuma persoalan sekarang nie... bisnes apa yg kalau kiter buat akan memastikan keuntungan walaupun dah tentulah pasti akan melibatkan kerugian cuma kerugian yg ditanggung itu sedikit bangat... Kenapa acik mengatakan bahawa kerugian itu sedikit sahaja?... Mungkin maksud sedikit ini ialah kerana ianyer tidak sampai menjadikan kiter muflis... menjadikan kiter bangkrap etc.

Sebab itu mana ada kiter dgr org yg membuat perniagaan secara Membantu Lebih Menjayakan (MLM) ini muflis?... Pernah ke kiter dgr disebabkan aku buat uptrend aku muflis siap kena lelong rumah aku... kena jual keta aku etc... Sebab murahnyer modal yg digunakan menyebabkan org begitu ramai datang dan pergi didalam melakukan bisnes ini.

Sebab itu tidak heranlah kalau ada yg kata aku rugi buat uptrend... serius... aku dah join 6 bulan satu habuk pun tarak keuntungan... Hal ini mmg ada seorg mamat bukakkan satu topik di BDN mengenai pandangan dia terhadap MLM nie... Sebab tue saudara saudari sekelian... seperti yg pernah acik sebutkan... utk mendapat kejayaan kiter memerlukan pengorbanan yg besar....

Perlu menghadapi sejuta rintangan yg hanya org tabah saja yg akan berjaya mengharungi cabaran nie... Sebab itu jgn berbicara ttg kejayaan sekiranyer kiter nie takut... (takut nak tanggung risiko!!) kiter nie pengecut... (malas nak berdepan org)... kiter nie pemalu (malu nak mengubah kehidupan kiter sendiri sebab kalau Allah dah sebut, tiada siapa yg boleh mengubah nasib kiter sendiri melainkan kiterlah sendiri yg perlu mengubahnyer jadi kalau anda gagal... jgn salahkan MLM... jgn salahkan upline... jgn salahkan sesiapa... SALAHKAHLAH DIRI ANDA SENDIRI.

Yakinilah saudara saudari... kalau tidak masuk bisnes MLM pun saudara saudari akan memberikan SEJUTA ALASAN utk tidak berjaya kerana penakut... pengecut... malas... dan mcm² lagi perkara negatif yg saudara dok pikirkan... termasuklah persoalan halal ke MLM nie?... Haram ke MLM nie dah sebagainyer...

Acik yakin dan percaya disini... kalau acik tak memasuki MLM pun acik akan berjaya sebab acik mempunyai keyakinan tinggi utk berubah... Hari ini lebih baik dari semlm... jadikan ianyer sebagai panduan hidup kiter sebagai umat islam.. Ilmu ttg solat selalu tak kiter perbetulkan dan perdalamkan dari semasa ke semasa?... Kalau tidak... "Apabila kamu ingin menguasai sesuatu kepakaran maka mulakanlah seawal yg MUNGKIN!!!"

Wallahu a'lam bisshawab.