Monday, August 04, 2008

Ada Apa Dengan Score A Programme™?

Untuk apa anda perlu memasuki Score A Programme? Baca dan jangan menipu diri anda sendiri kerana hanya anda yang boleh mengubah kehidupan anda & keluarga anda sendiri.

1. Membantu Menambah pendapatan bulanan anda
a. Gaji bulanan anda hanya cukup untuk bayar hutang sahaja.
b. Seringkali mengeluh kerana pada permulaan bulan, duit gaji telah habis separuh kerana membayar hutang. Ini amat meresahkan anda bukan?
c. Selalu kena berjimat cermat sentiasa kerana tiada wang tambahan

2. Membebaskan diri dari hutang dan sikap suka meminta² (meminjam)
a. Dgn adanya perniagaan dah tentu wang dari perniagaan ini dapat mengurangkan beban hutang piutang anda.
b. Anda tak perlu risau dengan duit gaji yang sedikit kerana ia boleh sentiasa bertambah selepas ini.
c. Org yg bekerja seperti ikan didalam akuarium yg diberi makan pada setiap 25hb, namun org yg berniaga dan berkerja seperti ikan yg duduk didua alam (dilautan dan diakuarium) kerana boleh makan bila² masa yang dia suka.

3. Mempunyai bisnes dan rangkaian perniagaan sendiri.
a. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk berniaga. Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa 90% rezeki itu bergantung kepada perniagaan.
b. Hanya dengan berniaga sahaja kita akan nampak seseorang itu dapat membeli kereta mewah, rumah mewah dan selalu melancong ke luar Negara.
c. Maka sebab itu, dengan Score A, kita telah ada perniagaan sendiri (dengan bisnes card sendiri) dan telah ada pendapatan hasil keuntungan perniagaan kita nanti.

4. Boleh membuat bisnes secara part time walaupun sedang bekerja atau terikat dengan masa bekerja.
a. Sehari mempunyai 24 jam… 8 jam masa utk TIDOR, 8 jam masa untuk bekerja dan 8 jam lagi dibahagikan dengan 2 iaitu 4 jam untuk keluarga dan 4 jam untuk buat bisnes Score A.
b. Kalau nak berniaga burger tepi jalan atau apa saja jenis perniagaan yang lain, sebelum bisnes tersebut berjalan, anda terikat dengan masa yg begitu lama lebih kurang 14 jam sehari. Sanggupkah anda?
c. Anda tak mampu nak mengadakan komitmen kerana keletihan dan terlalu banyak kerja dilakukan dalam sehari disamping pendapatan belum tentu lagi lumayan.
d. Menerusi Membantu Lebih Menjayakan (MLM), anda tak perlu risau lagi kerana masa untuk anda bekerja selamat (8 jam), dah diperuntukkan siap² dan masa untuk anda berniaga juga tidak mengganggu prestasi kerja anda.
e. Semuanya ini berbalik kepada pengurusan masa anda. Kalau anda bijak merancang masa maka anda akan berjaya. Rujuk Surah Al-Asr. Demi masa!

5. Membantu mengembangkan bakat dan potensi dalam diri anda disamping menambah ilmu pengetahuan anda tentang sesuatu.
a. Menambah ilmu seperti contah Rahsia MLM, rahsia Menaja, Kuasa Internet dan sebagainya.
b. Didalam Score A, anda dapat menambah peluang belajar dan mendidik seperti seorang guru walaupun anda hanyalah web education consultant sahaja.
c. Mendidik anda suka membaca dan membuat sesuatu yang baru.
d. Mengajar anda memperkembangkan bakat bercakap atau memberikan motivasi kepada seseorang.

6. Membantu orang lain berjaya didalam kehidupan mereka. Sentiasa mempunyai sikap tolong-menolong diantara satu sama lain.
a. Dalam perniagaan seperti ini, kita sebenarnya dapat membantu adik beradik kita yang dalam kesusahan. Samada dengan memberikan dia peluang berniaga dan memberikan modal etc.
b. Membantu jiran, sahabat handai dan sanak saudara yang kurang berjaya dan miskin.
c. Disamping kita juga boleh membantu mereka membebaskan diri dari masalah kenaikkan harga minyak yang sedang meruncing dinegara kita.
d. Masalah kenaikkan harga barang dan masalah gaji yang tidak naik.

7. Berjumpa dengan ramai kenalan. Dan menambah rangkaian pemasaran.
a. Dengan sentiasa berjumpa orang baru atau prospek yang baru anda kenal, ianya boleh merapatkan silaturahim dan membuatkan diri anda dikenali sebagai seorang yang friendly.
b. Didalam mencari sahabat sebenarnya kita perlu menjadi sahabat yang baik untuk sahabat kita dan bukannya menjadi parasit. Jangan jadikan niat anda untuk menaja seseorang prospek itu semata² nakkan duit dia sahaja. Lepas dia berada dibawah anda maka anda akan tingalkan dia terkontang kanting dalam keadaan yang menyebabkan dia lagi hidup susah.
c. Ingat! Dalam MLM kejayaan orang anda adalah bergantung kepada kejayaan orang dibawahan anda. Orang bawahan yang tidak membuat proses duplikasi akan menjadikan anda juga tidak berjaya untuk lebih kaya. Disebab itu perlu sering tekankan bahawa orang bawahan adalah nadi untuk anda berjaya.
d. Jangan selalu memberikan janji manis atau selalu memanjakan prospek anda. Kerja yang seharusnya dia perlu buat seperti membuat temujanji, untuk berjumpa dengan seseorang prospek adalah dibidang kuasa dan kerja dia. Jangan pulak anda sebagai upline perlu mencarikan prospek untuk dia.
e. Seorang upline hanya boleh membantu untuk menerangkan pasal produk Score A Programme ini kepada kawan atau prospek downline dan terpulang kawan downline tersebut untuk mahu masuk ataupun tidak.

8. Untuk persaraan anda dimasa tua nanti.
a. Ramai yang berpendapat bahawa bila dah tua dan dah bersara atau pencen maka itulah masa dia untuk membuka perniagaan baru.
b. Pendapat ini ditambah atau disokong kerana adanya modal seperti duit KWSP dan wang insurans yang dia perolehi.
c. Sebenarnya pendapat seperti ini hanya bergantung kepada nasib samata². Kita perlu ingat 1% sahaja nasib akan menyebelahi kita didalam kehidupan ini seperti menang peraduan Pertonas Car Craze misalnya, berkahwin dengan kerabat diraja atau anak tan sri & Dato… Selebihnya mesti kena usaha!.
d. Maka disebabkan itu, pendapat tersebut adalah silap dan tidak benar sama sekali. Sepatutnya sewaktu anda telah bersara maka anda telahpun mempunyai rangkaian anda sendiri yang menjalankan kerja untuk anda semata².
e. Pada ketika itu apa yang anda perlu buat hanyalah memberi dorongan dan galakan serta motivasi kepada mereka untuk berjaya sama seperti mana anda berjaya dahulu.
f. Kerana kesilapan ini maka ada yang selepas pencen terpaksa jadi Pak Guard, terpaksa jadi Drebar Teksi, terpaksa berniaga kecil²an jual burger dan sebagainya. Ini bukankah menyebabkan anda masih bekerja walaupun sudah bersara?
g. Sebab itu kita kena perlu sentiasa membuat perancangan awal dari sekarang. Jika anda gagal merancang maka anda merancang untuk gagal. Perancangan hari ini akan menentukan acuan anda untuk hari esok. Bersusah susah dimasa kini akan menyebabkan anda bersenang lenang dimasa akan dating.

9. Kerana syariat dari Al-Qur’an dan As-sunnah
a. Ramai yang sering menyangka yang membuat bisnes MLM ini adalah haram kerana menindas orang bawahan.
b. Tanggapan ini sebenarnya salah kerana dalam MLM, sesiapa yang berusaha keras dan bersungguh² maka dialah yang akan mendapat ganjarannya.
c. Ramai juga berpegang kepada satu pendapat sahaja iaitu kenyataan Ustaz Zaharudin.net yang mengatakan perniagaan MLM ini adalah haram perlaksanaannya. Hal ini sebenarnya masih dalam perbincangan dan perdebatan kerana ianya merupakan sesuatu yang baru dan diperselisihkan (Perbezaan pendapat atau khilafiah).
Dalam usul ke enam (dari 20 usul dalam rukun pertama) hasan al banna menulis:

"SETIAP KATA-KATA ORANG BOLEH DITERIMA ATAU DITOLAK KATA-KATANYA MELAINKAN KATA-KATA RASULLULAH S.A.W YANG MAKSUM. SETIAP YANG DATANG DARI SALAFUS SOLEH YANG BERTEPATAN DENGAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA KITA MENERIMA DENGAN SEBULAT HATI. TETAPI JIKA BERLAWANAN DENGAN NYA MAKA KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA LEBIH UTAMA DIIKUTI. WALAUBAGAIMANA PUN KITA TIDAK SEKALI-KALI MENGECAM ATAU MENDEDAHKAN PERIBADI-PERIBADI TERTENTU DALAM MASALAH YANG DIPERSELISIHKAN. KITA HANYA BERSERAH DENGAN NIAT MEREKA. SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH BERLALU DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN."


d. Kalau kita lihat seperti dosa dan pahala… Kalau kita bekerja keras untuk menjauhi larangan dan mendekati suruhan Allah maka kita akan berjaya memperoleh syurga.
e. Harga untuk memiliki sesuatu kejayaan itu sama juga seperti harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga… Terlalu mahal dan tak ternilai harganya.
f. Allah tidak akan pernah bertanya pada kita berapa orang yang telah kita tarbiyyahkan atau telah kita sedar dan insafkan untuk berjihad atau berjuang ke jalan Allah tetapi Allah akan tanya adakah kita telah melakukannya dahulu. Sudahkah kita perbaiki diri kita dahulu sebelum menyuruh orang lain berbuat kebaikkan. Firman Allah didalam surah Al-Baqarah “Patutkah kamu menyuruh Orang lain berbuat kebaikkan (kebajikan) sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri.” Adakah kita telah berusaha mengubah kehidupan kita kerana Allah pernah berfirman didalam surah Ar-Rad “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan diri mereka sendirilah yang mengubahnya.”
g. Justeru itu bertanyalah pada diri anda sendiri adakah impian anda untuk pergi haji diwaktu muda telah tercapai. Nabi mengatakan bahawa orang² muda adalah lebih baik menunaikan haji berbanding org tua yg kemungkinan telah uzur dan kurang keupayaan untuk menunaikan ibadah haji tersebut…
h. Disamping pengorbanan anda untuk membantu golongan miskin dengan membayar zakat dan cukai telah terlaksana?... Kerajaan menggunakan duit cukai dari orang yang kaya untuk membantu golongan miskin. Sudahkah anda berbuat demikian?. Kalau gaji anda masih cipot dan tak dikenakan cukai lagi maka bertindaklah dari sekarang. Sabda Nabi SAW “Untuk mendapatkan dunia anda perlu ilmu dan untuk mendapatkan akhirat anda perlu ilmu. Untuk dapatkan kedua²nya sekali anda juga perlukan ilmu.”

Wallahu a’lam bisshawab.

p/s: Acik berhak diberi teguran jika ada nukilan acik yg silap dan tida menepati bidang ilmu agama.

No comments: