Friday, August 08, 2008

Meyakinkan ibubapa kepentingan mempunyai internet di rumah.

Assalamu’alaikum wbt.

Mungkin ramai yg tidak menyedari akan kebaikkan & kepentingan mempunyai internet dirumah… namun acik yakin dan percaya yg ramai tahu hanyalah keburukan mempunyai internet dirumah kerana boleh melayari laman lucah, porno dan sebagainyer lagi yg berbentuk negatif. Tak dpt dinafikan untuk permulaan orang yg membeli internet dirumah berkemungkinan mahu melayari kesemua laman negatif tersebut. Namun ianya hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama dgn syarat (akan dijelaskan kemudian).

Untuk permulaan kearah mengenalpasti ibubapa yang prihatin terhadap pendidikan anaknyer dan mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan semacam ini, kiter perlulah mencari seberapa ramai saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang mempunyai anak yg sedang belajar disekolah samada sekolah rendah (UPSR) mahupun menengah (PMR). Untuk mengenalpasti mereka ini kenalah kita lihat kepada kedudukan kewangan mereka terlebih dahulu.

Caranyer samada dgn bertanya sendiri ataupun dgn melihat rumah atau bilangan kenderaan yang dipunyainyer. Mungkin dgn cara ini, kiter akan mudah hendak approach beliau. Namun begitu ini hanyalah cadangan semata². Tak semestinyer rumah yg besar mempunyai internet dan tak semestinyer rumah yg sederhana kecil tidak mempunyai internet. Kiter kenalah berusaha membuat kajian dan selidikan untuk mencari ibubapa yg prihatin ini.

Apabila telah mengenalpasti, cuba sesekali bertanya pada beliau dimana anaknyer pergi tuisyen atau belajar kelas malam?... Soalan ini untuk memudahkan kiter mengetahui sejauh mana ibubapa itu prihatin sungguh² tentang pendidikan anaknyer... Namun begitu, jikalau ada yg memberi respon bahawa mereka telah mempunyai guru tuisyen dan siap datang ke rumah lagi, kiter jgnlah mengherdik mereka atau memberikan kata² negatif dgn mengatakan buat apalah nak buang duit hantar anak pergi tuisyen, produk kami nie lagi murah dan pasti membuatkan anak anda pandai... Jgn terus bercakap begitu... U spoiled the market sebenarnyer tue....

Mulakan dgn membalas adakah guru tuisyen itu hebat mengajar?... Atau adakah harga yg dikenakan beliau setimpal dgn kepandaian anaknya?… ini bagi membuatkan ibubapa itu lebih merasakan bahawa kiter benar² setuju bahawa dengan tuisyen sahaja anak seseorg itu boleh pandai. Dan kiter juga bersetuju tuisyen adalah salah satu kaedah mengulangkaji pelajaran yg boleh dikatakan hebat juga.

Apabila prospek dah tahu yg kiter tidak akan mendesak dirinyer mencuba produk kiter terlebih dahulu, maka dia akan berasa lebih selamat. Kiter pun terus pergi ke soalan seterusnyer… boleh tak saya berikan penerangan bagaimana hendak mengurangkan perbelanjaan tuan dan seterusnyer menjadikan kos pendidikan anak termasuk didalam account pendapatan tuan?.

Apabila anda memberikan kata² begitu, sudah tentu ibubapa yg prihatin akan teruja atau setidak²nyer terasa yg anda tidak sekadar memberikan produk yg superb tetapi dalam masa yg sama membantu meringankan beban yg dipikulnyer selama ini seperti kena membeli buku latihan yg byk, perlu beli buku nota yg padat dan lengkap, perlu menghabiskan duit mencari guru tuisyen dan sebagainyer lagi yg hanya akan membuatkan mereka terasa bahawa inilah produk yg selama ini mereka cari!!

Setelah itu, kena ingat satu ungkapan “What’s in it is for Me (WIIFM)… Apa yg prospek boleh perolehi ataupun apa kebaikan² melanggan produk seperti ini? Adakah harganyer berpatutan dan berbaloi sehinggakan boleh menyebabkan anaknyer berubah pandai?. Mmg benarkah produk ini akan membuatkan hasil yg lumayan iaitu utk anaknyer benar² dpt jadi pandai dan study smart disamping boleh juga memberikan hasil pendapatan kpd beliau.

Sebab tue jika mereka telah bersetuju nak membeli, anda harus follow up dgn sekerap mungkin utk melihat keberkesanan produk ini. Kalau Prospek mengatakan harganyer terlalu mahal maka anda berikan alternative iaitu dia Cuma perlu mencuba dulu produk ini selama 3 bulan dgn bayaran sekian sekian. Jika tidak memuaskan maka tak perlu melanggan lagi.

Namun begitu, sebelum kiter hendak bercakap lebih lanjut beberapa kelebihan produk dan kepentingan mempunyai internet dirumah… jgnlah pulak kiter tak tanya terlebih dahulu yg beliau ada mempunyai alat utk memasang produk ini iaitu adanyer internet dan pc dirumah… Kalau idak, mmg buang masa betul lepas cite kebaikkan produk satu persatu dan sehabis baik aleh² si ayah kata… “saya belum pasang streamyx laa”…

Hal ini mengingatkan acik kisah dlm satu cite lawak dimana dtg seorg jurujual yg menjual mesin vacuum cleaner yg baik… setelah dicurahkan semua kekotoran di karpet tuan rumah, aleh² tuan rumah ckp “bil eletrik aku dah 5 bulan tak bayar daa… sudah kena potong…” jenuh jurujual tue nak mengemop dan membersihkan balik karpet tuan rumah tue! Hehe.

Justeru itu kenalah tanya beliau dulu dah ada internet dan pc kat rumah ke dgn cara dan gaya selembut habis… ini bagi mengelakkan beliau terasa mcm kiter menghina beliau kerana nak pasang streamyx pun tak mampu lagi…

Setelah itu mulakanlah bercerita ttg perkara lain pulak… ubah tajuk perbualan kpd bukan kebaikkan produk kiter ini dulu tetapi ambillah masa anda utk menceritakan kebaikkan² mempunyai internet dirumah yg kalau acik cuba senaraikan disini (namun saudara saudari boleh memikirkan utk menambah apa yg kurang dlm list acik nie nanti) dengan sendirinyer… antara kepentingan dan kelebihan mempunyai internet adalah (ini mengikut beberapa survey yg pernah acik buat di forum BDN aritu);
1. Boleh membuat segala pembayaran bil dan hutang keluarga dengan mudah, jimat masa dan tak perlu ke mana² iaitu dengan melayari e-commerce seperti maybank2u, CIMB click, Bank Rakyat, Bank Islam etc.
2. Boleh mendapatkan berita² terkini didalam dan diluar Negara dengan mudah sahaja dan dengan percuma (tak perlu membeli suratkhabar, etc)
3. Boleh menambah pengetahuan mengenai sesuatu perkara dgn melayari wikipedia, forum², dan apa saja yg kiter ceburi seperti sedang membuat tesis, assignment dan lain² lagi.
4. Membuat pembelian dan menjual barang sendiri menerusi laman seperti Mudah.com, Plazasentral, lelong.com dan sebagainyer.
5. Mendownload dengan percuma movies² (jiwang.or, syok.org, gua.com.my etc) , MP3 lagu² terkini (muatturun.blogspot.com, jakionline, jiwang.net etc), e-book², ceramah² agama islam dan segala²nya dengan percuma.
6. Mencari peluang pekerjaan atau mencari pekerja untuk syarikat kiter dengan melayari jobstreet.com, JPA.gov.my etc.
7. Boleh mencari kenalan dan pasangan bagi yg belum berkahwin dgn memasuki Yahoogroups, MiRC, Yahoo Messenger, Friendster, Myspace etc.
8. Dan pelbagai lagi perkara yang baik untuk diperolehi didalam internet yg mottonyer seperti umum mengetahui “Maklumat dihujung jari!”.

Setelah itu barulah kiter terangkan kebaikan² produk kiter ini yg bakal acik terangkan dimasa yg terluang nanti. Terlalu banyak yg boleh difikirkan ttg kelebihan produk kiter ini dan kekuatannyer ada dekat potensi perniagaan produk kiter nie iaitu ungkapan “The Sunrise Business”..Perniagaan Matahari terbit!.. Dimana akan acik berikan kemudian nanti.

Wallahu a’lam bisshawab.

No comments: