Assalamu'alaikum wbt.
Tinggal seminggu jer lagi kiter semua akan berpuasa. Rasa mcm tak sabar pun ada dan rasa takut pun ada jugak... Almaklumlah acik dan kenkawan sumer bukanlah sempurna sgt... kiter sebagai manusia biasa yg tiada taraf maksum (terpelihara dari sebarang dosa dan noda) nie sememangnyer perlu bersungguh² utk score pahala cukup² dibulan puasa nie... Kalau idak, maka alamatnyer tak dptlah lagi durian runtuh bila berjumpa dgn Allah kelak.
Seperkara yg acik hendak ingatkan jugak disini... sila ambil perhatian ttg kos membeli makanan dan minuman anda waktu berpuasa. Kenkadang ada yg kata disebabkan bulan puasa nie bolehlah berjimat cermat sebab pagi tak makan... tengahhari tak makan dan petang pun tak sarapan... Tapi sebaliknyer pulak yg berlaku... waktu nak berbuka puasa tuelah sumer makanan nak dibelinyer... sumer minuman nak dikahapnyer... sampaikan membazir dan buang begitu saja...
Jgn tuan² sekelian... kena ingat bahawa diwaktu malam adalah masa untuk kiter beribadah... bersolat terawikh.. dan menunaikan solat sunat, khatam al-qur'an dan sebagainyer lagi diwaktu malam... Kalau perut anda dah penuh... jawabnyer tido jelah dlm kekenyangan... Justeru itu cuba pastikan anda tidak selalu hadir ke bazar ramadhan yg berdekatan...
Pastikan jugak kos utk beli makanan dan minuman utk berbuka dan sahur nanti hanyalah kos utk anda makan dan minum waktu biasa anda bekerja. Janganlah jadikan bulan ramadhan sebagai masa utk anda mencuba segala jenis juadah berbuka dgn harapan... puasa sekali setahun... Ingat yer sahabatku sekelian...
Berbalik kpd Score A Programme nie... acik nak berpesan sedikit buat upline yg hendak menarik downline dan jugak buat downline yg bakal menarik seorg prospek. Ada satu perkara yg acik yakin dan percaya jika silap gaya, downline anda akan memarahi dan silap haribulan akan menjadikan anda sebagai bahan makiannyer...
Ianyer mengenai janji² piliharanraya yg anda buat sebelum ini kpdnyer... nak membanting 4 kerat tulang anda utk membantu downline... nak memastikan telah ada seorg downline lagi dibawah anda dan sebagainyer... Janji² yg seperti ini jika silap gaya pihak downline kiter tuntut semula selepas sebulan dia memasuki Score A... maka susah jadinyer...
Maklumlah anda pun sendiri tak ler kaya mana waktu nak memulakan bisnes nie... sebab itu buat upline, syor acik, anda potong siap² duit bonus anda dlm RM100-RM200 untuk membantu mereka samada memasuki kursus² yg diadakan... membuatkan kad bisnes mereka (mcm acik acik print sendiri jer guna microsoft publisher)... dan sebagainyer lagi yg bakal downline anda hadapi nanti...
Kebiasaan seorg upline... mereka terlupa bahawa downline mereka nie pun bermasalah dari segi modal... maklumlah mereka dan berhutang utk dptkan modal dulu... disamping mereka jugak telah cuma utk menduplikasikan proses yg anda lakukan... Cuma kenkadang masalah modal dan kewangan ini bakal membantutkan usaha mereka utk berjaya menduplikasi...
Disamping itu, pastikan anda bertanya setiap minggu... berapa prospek atau berapa kes yg telah downline anda perolehi didalam minggu yg pertama... Jika downline anda sendiri yg pemalas, maka itu mmg tak dapek nak tolonglah... tapi jikalau downline anda menampakkan kesungguhan utk mendapatkan rakan niaga dibawahnyer dgn kadar cepat... maka anda perlu sering memotivate dan memberikan dorongan yg padu utk dia berjaya...
Ajak dia bersama anda berjumpa dgn seorg prospek yg cuba anda approach... atau bawak dia melakukan "booth" dimana² sekolah yg anda telah buatkan appointment... ajak dia bersama dgn anda mengedar flyer dan sebagainyer agar dia rasa bahawa kerja dan business yg dia sedang ceburi nie mmg ada wawasan dan matlamat yg jelas.
Ikhtiarkan agar downline anda membeli atau berikan dia buku² e-book yg anda ada utk dia baca dan dia hafal agar dia lebih paham dan lebih ilmu utk mengharungi perniagaan semacam ini... Ini adalah perniagaan abad ke-21... samada anda mahu perniagaan secara konvensional ataupun mcm nie... itu terpulang dgn niat anda... janji anda komited dan penuh dedikasi, insyaallah anda akan beroleh kejayaan...
Ingat seperkara lagi... jgn takut utk berkongsi² rahsia kejayaan anda pada semua org... mungkin pada mereka kaedah ada seakan kurang berkesan... namun anda kena bijak menilai sesuatu peluang yg terbuka didepan mata anda... dan ingatlah juga bahawa kejayaan sebenarnyer adalah kejayaan didunia dan juga diakhirat...
Sekiranyer anda sekadar inginkan kejayaan didunia tanpa kejayaan diakhirat, maka anda akan menyesal dikemudian hari... jadikan kekayaan didunia sebagai alat utk mendapatkan kejayaan diakhirat... walau apa pun cabaran... atasilah dgn gigih dan ingatlah... tiada kejayaan akan diperolehi dgn mudah dan murah... setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan kesusahan yg anda sendiri takkan menyangka akan ia...
Wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment