Monday, December 31, 2018

Buku Bajet Power - Harith Faisal

Acik telah membaca buku ini seperti tajuk diatas dan isi kandungannya telah acik hadam sungguhpun tertera dalam tajuk buku tersebut "Simpan dan Labur Gaya Orang Muda".. acik taklah muda sangat skrg ni... umur pun dah lebih 41 tahun... cuma apa yang perlu kita ingat dan faham... umur bukanlah penghalang untuk kita buat apa saja kebaikan didunia ini... selagi ada waktu.. selagi ada hayat dikandung badan maka buatlah sebanyak mungkin kebajikan dan kebaikan yang kita mampu laksanakan... InsyaAllah..

Berbalik dengan buku tadi... acik nak berkongsi sedikit kepada pembaca blogspot yang dimuliakan semua... pencapaian yang telah acik lalui sepanjang berkerja dan bersama keluarga acik dikala ini... Sungguhpun tak banyak yang hendak acik ceritakan namun acik doakan sedikit sebanyak

Apa persediaan untuk menghadapi kehilangan orang tersayang?

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...

1. Mesti tahu; faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita; pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kpd pasangan psswrd hp, email, myeg; pin no kad2 ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. Sebaik shj kita daftar utk dptkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
P/S: Bila dah tahu pswrd hp, jgn plk skodeng. Kita mesti hormati privacy pasangan kita.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan.

5. Maklumkan kpd pasangan semua tanggungan (bil2 bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang2 etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan byk urusan utk uruskan hutang2 & harta2 yg ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yg meninggal akan lebih susah jika hutang2 & harta2 tidak diurus dengan segera”

Jika kita betul2 sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank2 yang berkaitan supaya outstanding bil tdk dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/tabung haji/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. Bnk Rakyat dlm masa 3 bln shj. Klu lewat, hangussss)
Pastikan jg semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan utk waris

7. Kepada isteri2, belajar mengenai IDDAH.

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & brp byk yg perlu diagih2kan. PENAMA  bknlah bmakna harta ditinggalkan seratus peratus kpd mereka. Penama WAJIB menguruskan pbahagian harta mengikut syariat yg tlh ditetapkan. Jgn sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mcarumlah dgn mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful blh mbantu mlangsaikan hutang2,  meneruskan kelangsungan hidup serta blh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu2 lagi sbb malaikat maut mjenguk kita 70kali sehari! Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.
Dengan sdkt pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.
Allahualam.

Received from other group

Monday, November 05, 2018

Renungan Yang Bercermin Pada Kejadian Musibah Lion Air

RENUNGAN YANG BERCERMIN PADA KEJADIAN MUSIBAH LION AIR:

Pesawat Lion Air JT 610 jatuh 2 hari lalu, berita terakhir, 189 orang dalam pesawat tiada seorang pun  yang terselamat.

Kalau sudah takdir tidak dapat di ubah. 

Barisan panjang di kaunter check in Lion Air pagi itu biasa saja, normal, ada yang perlahan, ada yang bergegas mengikuti alur barisan check in.

Tiada seorangpun   menyedari bawa barisan yg sedang mereka lakukan adalah barisan menuju kematian.

Tiada seorang pun  faham bahwa barisan mereka seolah-olah Malaikat Maut sedang mengatur calon yang dalam beberapa minit kemudian akan di cabut  nyawanya.

Tiada seorangpun   sedar bahawa boarding pass yang telah mereka pegang adalah tiket menuju kematian. Kerana itu rahsia Allah swt. Tentu kalau mereka sedar bahawa itu barisan menuju kematian, mereka akan bergegas mundur...

Dalam barisan tersebut ada Peguam, ahli perniagaan, Anggota DPRD , Pejabat daerah/pusat dll, semua melangkah  menuju kematian.

Adakah keraguan PADA diri mereka ...?.. mungkin tidak, seolah-olah pasrah akan menghadap ILLAHI.

Mereka pun  tidak tahu apa yg akan terjadi setelah 13 minit di udara. Tidak dapat kita bayangkan,  mungkin jerit, tangis, takbir menggelora di dalam tabung raksaksa yang berisikan manusia tersebut, ketika pesawat itu akan jatuh dan meledak, berkeping-keping yang juga menghancurkan semua yang ada didalamnya.

Itulah Takdir ...yang tidak bisa di tolak, kita tidak tahu bila *MAUT* itu akan menjemput kita. Kita hanya dapat bersiap diri menghadap ILLAHI , menyiapkan bekal akhirat sebanyak mungkin melalui ibadah sesuai tuntutan Agama.

Mari kita saling mengingatkan, sambung silaturahim, jauhi rasa dengki, iri hati, angkuh dan sombong apa lagi yang sifatnya sesat.

Kita semua pada dasarnya juga sedang menunggu barisan seperti penumpang check in pesawat Lion yang jatuh tersebut.

Kita tidak tahu bila , siapa dan dimana  yang lebih dulu masuk dan menerima boarding pass menuju kematian.

Yg kita tahu saat ini bahawa kita masih diberikan kesempatan hidup, termasuk anda yg membaca tulisan ini.

Semoga setiap ada musibah semakin memotivasikan kita, mendekatkan diri pd ALLAH swt dan hidup kita semakin baroqah dunia akhirat...aamiin Ya Allah

03 Nov. 2018/25 Safar 1440

Friday, September 14, 2018

Susahkah untuk bergelar Khalifah Di Muka Bumi?

Susahkah untuk bergelar khalifah di muka bumi ini?
Susah. Memang susah.

Dunia diciptakan untuk mengakhirkan kita kepada salah satu di antara 2. Syurga atau neraka. Jalan ke syurga tidak mudah. Jalan ke neraka tidak susah. Maka tidak ada pengakhiran yang lain melainkan syurga, maka kerana itulah kehidupan di dunia ini menjadi susah, tetapi tidak mustahil.

Kalau kita fikirkan adilkah Allah SWT memberikan kita kesusahan ini? Saya rasa amat adil. Kita disuruh susah 40, 50, 60, 70 atau paling-paling 100 lebih tahun. Tetapi dengan kesabaran hasil dari kesusahan ini kita mendapat ganjaran kesenangan di akhirat yang abadi ie infinity, selama-lamanya.
Kesenangan yang lebih hebat dari apa yang kita ada kat dunia ini. Kalau kita perumpamakan dengan menyusahkan diri sedikit dengan hanya menyimpan 10 sen di dalam bank akhirat kita, Allah kurniakan dividen berbillion-billion percent.

Macam mana? tak untung ke perniagaan ini? Maksud firman Allah SWT # Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (QS. 61:10)# (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, (QS. 61:11).

Kalaulah kerana kesusahan sedikit ini saya dapat keuntungan yang berbillion2 percent tadi, why not.. besides, nothing is easy in this world. Nak jadi senang pun susah...
Justeru itu, mmg susah nak senang tapi tak senang nak susah... pinjam jer duit dari Ah Long maka susahlah hidup kita... namun begitu, nak mendapatkan ketenangan dan keredhaan dari Allah amatlah sukar... tapi tidaklah sampai kita tidak mampu melaksanakan perbuatan tersebut...

Terserah pada diri kita sekarang... hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... Tetapkan semangat untuk berada dilandasan yang betul... walaupun hidup akan ada pelbagai rintangan namun kita harus tabah menghadapi segala kesukaran tersebut..
.
Nukilan Iswardy Morni.

Monday, September 10, 2018

Tazkirah pagi cuti Maal Hijrah

Ketika masa'alah datang , ALLAH tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. ALLAH hanya meminta kita SABAR dan SOLAT.

Mencari rasa bangga rakyat yang hilang

Mencari rasa bangga rakyat yang hilang

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa ingin merasa bangga terhadap negara dan juga institusi-institusi berkuasa dan kewangan negara.

Mereka dahagakan pujian-pujian terhadap Malaysia. Mereka ingin dengan bangganya menyebut ‘Kita orang Malaysia’ tanpa orang lain mengungkit dan bertanya soalan-soalan mengenai skandal berskala antarabangsa yang memalukan.

Mereka juga ingin merasa bangga dan syukurnya Malaysia dipuji kerana negara ini ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, dilihat bersih, sanggup bertanggungjawab, sedia mengaku salah dan memberikan keyakinan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan sistem keadilan negara, mereka ingin merasa bangga apabila Malaysia dipuji kerana adanya seorang Peguam Negara yang boleh bertindak secara berdikari, adil dan saksama terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat.

Namun, hari ini, majoriti rakyat Malaysia berasa malu dengan apa yang sedang melanda negara kita.
Sebabnya mudah, nama Malaysia kini terpalit dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang tidak dapat terpisah dengan skandal kewangan yang melanda 1MDB dan juga ‘cerita sebenar’ derma RM2.6 bilion yang muncul di dalam akaun peribadinya. Lebih menyayatkan hati, kini nama Peguam Negara juga diheret bersama sejurus beliau mengumumkan tiada tindakan susulan terhadap PM selepas menerima laporan siasatan SPRM terhadap derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Hari ini, nama Malaysia kini sering disebut bersama 1MDB dan RM2.6 bilion di mana-mana pelusuk dunia. Perkara ini memberatkan hati rakyat kerana ia telah menjejaskan nama baik negara sepenuhnya. Akhirnya, rakyat juga yang terpaksa memikulnya – dalam bentuk kejatuhan nilai Ringgit, laporan negatif media-media antarabangsa yang bertubi-tubi dan juga pandangan serong negara lain.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia jangan berputus asa. Rakyat Malaysia perlu terus menjadi pendesak kepada kerajaan dan pembangkang, terutamanya para ahli politik negara untuk melakukan yang terbaik untuk negara.

Rakyat perlu berani menyatakan bantahan dan terus mendesak kepada salahguna kuasapenyelewengan dan penipuan kerajaan. Rakyat perlu bertegas dengan pembangkang pada perkara-perkara yang sama.

Rakyat perlu menghantar mesej bahawa para ahli politik perlu berusaha dan bekerja untuk mendapatkan undi mereka. Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak.

Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara. Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama.

Demi masa depan negara tercinta dan misi mencari kembali rasa bangga yang kehilangan, segalanya kini terletak di bahu rakyat - bos sebenar Malaysia tatkala kebanyakan para ahli politik negara terus bercakaran tanpa pertimbangan kesannya terhadap negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
14 Februari 2015

Acik Fosilmitra kembali bergema!!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menulis kata dan wadah di blogspot ini...

Semoga apa yang dapat acik sampaikan disini acik terlebih dulu dpt mengamalkan dan mudah mudahan perkongsian ilmu yang ada pada acik menerusi pembacaan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya yang terhadam dalam diri acik dapat acik pulangkan kembali kepada masyarakat dan diri acik sendiri..

Sebenarnya kerinduan terhadap forum Bincang.Net memaksa acik menuliskan warkah disini.. Acik tertarik dengan sebaris kata kata ustaz Ebit Lew yang kini terkenal serata Malaysia dengan tazkirahnya..

"Sebaik-baik diriku, sebenarnya ada yang lebih baik lagi dan sejahat jahat manusia lain maka jahat lagi diri aku ini.."

Jika nak dihitungkan dan dituliskan kembali kejahatan yang pernah acik lakukan sepanjang 41 tahun acik menghirup udara segar kasih sayang Allah SWT kepada acik nescaya takkan habis sehingga akhir hayat acik.

Sungguhpun kebanyakan kejahatan yang acik telah lakukan dilindungi oleh Allah SWT dan aib acik sentiasa tidak terhidu dek manusia namun percayalah malaikat yang mencatit amalan acik pasti takkan lupa dan mencatatkannya untuk diberikan kepada Allah SWT untuk dihitungkan.

Adakalanya acik memang sedar akan kesalahan dan kesilapan yang acik telah lakukan, namun kesilapan itu dan kesalahan itu seringkali terasa hilang di jiwa acik.. Perasaan ini sebenarnya adalah godaan shaitonnn terhadap acik kerana sesungguhnya shaitonnn amat membenci akan perubahan acik menuju kebaikan.

Akhirulkalam, acik doakan agar acik mampu menyamai seorang sahabat acik yang telah pergi jauh meninggalkan acik dari dunia ini iaitu arwah Farid Wajidi Ariffin dan juga seorang sahabat lama yang selalu mengajak acik keluar berjemaah ke jalan Allah SWT selama 3 hari di Uitm Lendu Melaka dahulu bernama Barizi..

Acik rindukan mereka dan acik rasa sudah tiba masanya acik menjejak kembali kekuatan semangat islam mereka yang telah hilang dari jiwa acik ini.. Sesungguhnya hidayah milik Allah SWT.. Acik yakin dan percaya acik akan kembali kepada fitrah acik yang sebenarnya... InsyaAllah..

Tazkirah Ebit Lew

Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya, sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya.

Sebaik-baik saya, lebih baik orang lain. Seburuk-buruk orang lain, lebih buruk saya.

Thursday, May 24, 2018

Message Penting Pagi Ini..

Assalamu'alaikum wbt buat semua ahli group Diskusi Selepas PRU-14.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menasihati semua ahli forum agar berhati2 ketika memberikan sebarang message forwarded ke dalam group whatsap ini.

Gunakan kepintaran anda untuk mendelete semula message yang telah di post kerana fungsi untuk mendelete sesuatu message yang telah anda semua berikan terletak di tangan anda sendiri. Setakat ini belum ada lagi fungsi yang mana pihak admin sendiri boleh mendelete keseluruhan message yang anda berikan disini.

Saya pun pelik juga sebab adakalanya saya tengok ada juga message yang tidak berkaitan dgn hala tuju group whatsap ini pun ada diberikan disini.. Apapun, sebagai penyedia platform, saya serah kepada budi bicara dan jasa baik tuan puan semua untuk menuturkan perkara dan perkataan yang baik sahaja jikalau boleh disini.

Didalam meraikan perbezaan pendapat diantara kita, kadangkala terover juga kita dibuatnya dan ini sesuatu yang biasa di dalam sesuatu perdebatan.

Akhirulkalam, saya juga ingin memohon maaf kiranya ada diantara tuan puan yang cuba untuk personal message atau menghubungi talian saya tetapi tidak boleh disebabkan saya sememangnya dan block nombor tuan puan semua agar tiada prejudis terhadap diri saya dan rakan saya didalam memastikan group ini bebas dari bersifat bias terhadap sesuatu parti politik.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dan keji itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.. Sekian, terima kasih.

Bekas moderator Bincang Muslimin & Muslimah, Bincang.Net
a.k.a Acik Fosilmitra

Monday, May 14, 2018

Hari pertama bekerja selepas pru-14..

Sebenarnya tak dpt nak dtg ofis seawal waktu disebabkan jalan jem teruk tadi.. Sabau jelaa..

Wednesday, May 09, 2018

Sejarah Tercipta di Malaysia pada 9 Mei 2018...

Akhirnya Barisan Nasional Tumbang Jua...

Pada pilihanraya ke-14 yang berlangsung pada 9hb Mei 2018 maka bermulalah kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh DS Najib selalu pengerusi UMNO Barisan Nasional... Setelah lebih 60 tahun memerintah negara Malaysia kini rakyat telah sepakat untuk menjatuhkan beliau dan juga kerajaan atas beberapa perkara seperti isu 1MDB, GST, harga minyak tanpa subsidi, rasuah disana-sini dan sebagainya lagi.

Acik bukanlah penyokong Pakatan Harapan kerana kesetiaan acik terhadap perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) masih lagi kuat sungguhpun kepimpianan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dilanda pelbagai spekulasi yang menyebabkan kedudukan PAS sebagai Gagasan Sejahtera semakin kurang diminati... Dan acik tak terkejut dengan ketiadaan satu pun kerusi PAS di Selangor ini kerana acik yakin dan percaya fitnah yang diperkatakan terhadap kepimpinan TGHH telah menyebabkan pengikut mereka kian rasa serba salah dan berada didalam dilema yang tinggi.

Apapun, keputusan telah kita ketahui... kejatuhan kerajaan Barisan Nasional memberikan satu permulaan baru buat PAS untuk merangka strategi baru selepas ini... Terima kasih... Wassalam.