Drp terjemaah Surah Al-Mumtahanah:
1] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.
2] Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
.
.
.
.
7] Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
8] Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
9] Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
//---------ulasan---------\Musuh Islam banyak strategi menghancurkan kita. Ada yg secara terang-terangan spt yg berlaku di Palestin dan Iraq, ada yg secara senyap..yg ni yg paling bahaya. Melibatkan umat Islam seluruh dunia!!!!
Antara strategi halus mereka:
mempopularkan hiburan..kita akan lalai dgn hiburan.
mempopularkan gaya hidup negatif: di tv, di majalah, di akbar, di internet, kita disajikan cara pemakaian seksi, perbuatan bercium diulang2, aksi ganas dll.
makanan: yg haram dimasukkan dlm makanan kita, alkohol, bahan2 drp BAB1..sembelihan ayam tak mengikut syarak, etc..
sistem perbankan pula dimasukkan unsur2 riba'
sistem pentadbiran dan perundangan Islam ditukar kpd demokrasi barat dan perundangan sekular.
Bila hidup umat Islam telah tercemar, doa pula sukar diterima, anak2 mula rosak ahklaknya, maka menanglah musuh2 Islam itu.
Agak2 skrg diorg dah menang belum? Apa pula strategi kita nak menyerang balas? Agak sukar..tapi mesti diteruskan. Semoga kita sentiasa dlm lindungan-Nya.
Akhir kalam, berdoalah dgn ayat 5, surah Al-Mumtahanah itu yg bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Sumber:
No comments:
Post a Comment