Thursday, March 02, 2006

Suara Orang Melayu Sudah Mati!!!

NST Dalam Gerhana: Suara Orang Melayu Sudah Mati

Editorial

Sejak zaman kebangkitan Nasionalisme negara pasca
pengenalan Dasar Ekonomi Baru, The New Straits Times
Press (NSTP) merupakan antara salah satu lambang
perjuangan orang Melayu memerdekakan aset-aset negara
ini. Pada 1972, NSTP telah menjadi milik rakyat negara
ini sepenuhnya dengan perpisahan dari Straits Times
Singapore.

Sejak itu orang Melayu menguasai kepimpinan NST dan
Berita Harian atau pada masa-masa tertentu wujud
jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP yang mengawal
kedua-dua akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris di
bawah stable NSTP.

Nama-nama seperti Mazlan Nordin, A. Samad Ismail,
Kadir Jasin merupakan antara Ketua Pengarang Kumpulan
yang meninggalkan begitu banyak jejak-jejak perjuangan
nasionalisme ekonomi orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Mereka bukan sahaja bersedia mengkritik kerajaan malah
sentiasa menjadi benteng negara menghadapi sebarang
perbalahan dengan Singapura.

Hari ini, NSTP sudah tidak lagi boleh diharapkan untuk
berlawan hujah dengan Singapura. Sebaliknya,
perlantikan Datuk Kalimullah Hassan Mesrul sebagai
Ketua Pengarang NSTP telah menjadikan budak-budak
Singapura menguasai syarikat akhbar orang Melayu dalam
bahasa Inggeris ini.

Satu demi satu pengarang-pengarang besar Melayu di
kumpulan NSTP terpaksa berundur secara terhormat.
Nama-nama seperti Datuk Ahmad Talib, Ahmad Rejal
Arbie, Zainul Ariffin secara diam-diam dipencilkan.
Bagi Pengarang besar seperti Ahmad Talib yang
berpengalaman menjadi Timbalan Ketua Pengarang kepada
beberapa Ketua Pengarang Kumpulan sejak Kadir Jasin,
tentulah berasa terhina dengan sikap Kalimullah yang
menjadikan beliau sebagai Group General Manager,
Communications and Editorial Marketing.

Satu jawatan yang bukan sahaja menyisihkan Ahmad Talib
daripada kumpulan editorial, malah bolehlah dianggap
sebagai menghina beliau sebagai seorang wartawan dan
pengarang yang telah lama menyumbang bakti dalam
kumpulan NSTP.

Kalimullah bukanlah datang dengan kredebiliti dan
integeriti yang hebat untuk layak dinobatkan sebagai
Ketua Pengarang akhbar tertua di Malaysia -NSTP. Jika
pengarang-pengarang NSTP merupakan mereka yang telah
terbukti ampuh dan penuh pengalaman, Kalimullah
diparacutkan ke dalam NSTP tanpa sebarang pengalaman
pengurusan Akhbar yang relevan. Hanya kerana
bersandarkan hubungan dengan Nor Mohamamed Yaakob dan
kemudiannya Pak Lah, beliau berjaya menjawat satu
jawatan yang dulunya hanya dimiliki oleh mereka yang
telah teruji dan terbukti dalam bidang kewartawanan.

[Sehingga hari ini kalangan pemerhati media berasa
amat hairan dan takjub bagaimana seorang manusia yang
hanya layak menjadi wartawan korespondan NST
Singapura; tidak lepas security clearance untuk
menjadi Setiausaha Akhbar Tun Ghafar Baba (ketika
beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri); yang telah
pun disenaraihitamkan oleh Sanusi Joned (pada awalnya
Sanusi turut membantu Kalimullah ini); dikatakan
mempunyai hubungan akrab dengan beberapa individu
dalam Internal Security Departmen of Singapore; dan
gagal untuk mendapat perhatian Dr. Mahathir, boleh
dengan tiba-tiba menjadi ketua Pengarang sebuah akhbar
yang berpengaruh di Malaysia.]

Nila kewartawanan Melayu dan Malaysia di NSTP yang
dibina oleh Tan Sri Nordin Sopiee, Mazlan Nordin,
Samad Ismail dan Kadir Jasin sudah dipijak-pijak
dengan perlantikan Kalimullah.

Selain penyingkiran Ahmad Talib, Kalimullah mula
menyingkirkan mana-mana editor kanan atau wartawan
senior ke jawatan-jawatan pentadbiran bagi membolehkan
beliau membawa masuk wartawan-wartawan yang tidak
mengambil kira nasionalisme dan semangat Jalan Riong
yang dibanggakan selama ini.

Hari ini, Brendan Pariera, koresponden NST Singapura,
yang baru beberapa bulan dibawa masuk ke dalam NST
sudah dilantik menjadi Editor Kumpulan NST. Ini
bermakna selepas Datuk Hishammudin Aun yang menguasai
kedua-dua kumpulan, orang yang besar di NST ialah
Brendan. Hina sangatkah para wartawan NST yang telah
lama memerah keringat menyjmbang bakti ke pada akhbar
ini sehingga diketepikan demi seorang koresponden NST
Singapura yang dahulunya tiada kerja lain kecuali
memburukkan negara Malaysia ini. Jika dahulu NST
pernah kecoh dengan seorang ahli politik yang
mempunyai taraf PR Australia, hari ini NST sendiri
melantik Editor Kumpulan (Group Editor) NST daripada
rakyat Malaysia yang memegang taraf PR Singapura.

Brendan bukan sahaja anti UMNO suatu ketika dahulu,
malah sepanjang hidup beliau dikatakan mendapat
didikan dan asuhan di Singapura.

Tidak cukup Brendan, kini kalimullah membawa masuk
agen-agen akhbar asing yang suatu ketika dahulu hanya
berkerja memburukkan Malaysia. Mengapa orang seperti
Rajan Moses, Nadarajah (bekas koresponden Far Eastern
Economic Review) dan beberapa orang lagi bekas
koresponden media asing di Malaysia mendapat tempat
yang istimewa kepada Kalimullah dan NST?

Sejak pengambil alihan 1972, NST merupakan sebagai
benteng intelektual orang Melayu yang menulis dalam
bahasa Inggeris. NST juga dilihat benteng terakhir
bila berhadapan dengan media-media asing yang cuba
memburukkan Malaysia. Hari ini Intelektual Melayu di
NST sudah mati.

Lebih menyedihkan bukan sahaja inteletual Melayu telah
mati di NST, malah roh dan semangat orang Melayu juga
telah mati bila bekas wartawan hingusan NST Singapura
dan kini Editor Kumpulan NST, Brendan Preira menulis
"Notes From a divise year" pada 25 Disember 2005 lalu.

Roh DEB, Suara Orang Melayu dan jerih perih Tun Razak
meMalaysiakan NST akhirnya dikuburkan dengan
percaturan politik yang salah, melantik si kitol
menjadi penguasa NSTP.

Hari ini, orang Melayu sudah membeli akhbar The Star
milik MCA. Kalimullah mungkin berjaya "memaksa"
beberapa wakil rakyat dan menteri membeli secara
bundle akhbarnya untuk menaikan jualan dan namanya.
Namun orang Melayu secara keseluruhan sudah tidak
melihat NST sebagai suara mereka.


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com

No comments: