Friday, January 04, 2013

Suatu perkongsian... "dalam sunnah ada kejayaan"

"dalam sunnah ada kejayaan". jadinya, mahu untuk menambahkan amalan sunnah dalam kehidupan seharian. mudah tapi selalu diambil mudah. antaranya:

keluar rumah kaki kanan sambil berdoa.

bismillahi tawakkaltu 'alallah. (dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah.

naik kenderaan kaki kanan dan berdoa.

subhanallazi sakhkhorolona haza wa ma kunna lahu mukrinin, wa inna ila rabbina lamunkalibun. (Maha suci bagi Allah yang memudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami tidak ada kekuatan untuk mengendalikannya dan sesungguhnya kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami).

naik motor kaki kanan dulu, biasa. tapi naik kereta kaki kanan dulu, macam tak biasa.
jadi apa kata, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. bijen m. ada tunjukkan kat sini.



masuk tandas kaki kiri, keluar tandas kaki kanan dan membaca doa.

masa final exam sem berapa entah, aku dan kawan aku dapat tempat duduk berdekatan dengan toilet perpustakaan menara uitm (PTAR 1).

dek kerana bosan yang teramat menelaah buku, kami buat survey dalam tempoh tertentu bandingkan bilangan lelaki dan perempuan yang masuk tandas.

tetapi, aku tak survey berapa ramai laki, berapa ramai perempuan. hasil survey aku, nisbah orang yang masuk tandas kaki kiri keluar tandas kaki kanan adalah sangat sedikit berbanding sebaliknya.

dalam golongan yang sedikit tu, tak tahu lah berapa ramai yang kebetulan melangkah masuk memang kaki kiri dulu. dan aku tak nampak mulut mereka terkumat kamit membaca doa. ok, aku sangka baik. diorang baca dalam hati.

hasil survey kawan aku pulak, perempuan lagi kerap ke tandas. munasabah! sebab dalam PTAR 1 tu, memang ramai student perempuan berbanding lelaki. dan sangat munasabah! dalam fakulti akaun dan fakulti-fakulti lain lagi ramai student perempuan kecuali fakulti engineering.

sebelum tidur, ambil wudhu' baca al mulk dan doa sebelum tidur.dan sebelum tu, buat solat witir.


"kalau kita tahu, dalam selimut ada ular, nak ke kita tidur? " jawapan aku, nak je tidur, cari katil lain atau tak payah berselimut.

ok, aku gurau! mestilah tak mahu. jadinya, nabi kata dalam kubur ada ular. baca lah al-mulk sebelum tidur supaya kubur kita terang dan tak ada ular.

kalau dah mengantuk atau tak larat sangat macam mana? minta tolong partner, roomate, soulmate bacakan dan kita dengar je. tapi, tak sama kan? orang yang makan dan tengok orang makan.

baca doa sebelum makan dan selepas makan.

err, kita cuba ye. walaupun time tu teramat la lapar dan haus. baca bismillah pon kadang tak habis terus bedal.

dan walaupun baca dalam hati tanpa menadah tangan macam kita selalu buat masa tadika dulu-dulu.

masuk rumah kaki kanan, dan beri salam.

walaupun kat rumah tak ada orang. have faith! berlarilah syaitan yang menyendeng kita nak masuk rumah untuk memporak peranda kan ahli-ahli rumah.

sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

orang beriman akan resah bila wudhu' terbatal. awal tahun lepas, ada seorang pocik sarankan aku cuba untuk amalkan selama 40 hari. Insya Allah nanti terbiasa.

sebenarnya banyak lagi. rujuklah ustaz atau kitab hadis tentang sunnah. oh, baru teringat satu benda. Nabi sangat suka bila dapat hadiah minyak wangi. dan nabi suka memakai wangian.

tetapi, wanita harus ingat. bila berwangian dan melalui sekumpulan lelaki dan mereka menghidu wangian dari tubuh wanita itu, dia berdosa seperti berzina dengan sekumpulan lelaki itu.

"tapi, kalau pakai untuk bau sendiri boleh kan?" kau punya hidung, mereka juga punya hidung.

semalam pergi avon, budak avon tu dok promote je perfume yang tengah sale. aku memang suka beli perfume, yang baunya macam manis-manis. ada sorang tu pernah kata kat aku, bau "geram". keh keh keh

tapi, hidung masing-masing kan.

ada yang kata bodyshop strawbery "sedap baunya", ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". aku kata "memang wangi! tapi, mahal. mampu beli time sale je"

ada yang kata hugo boss "wangi dan lembut". ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". aku kata "sangat wangi! pon mahal gak. beli yang sebotol kecik RM10 je pon ok kan."

ada yang kata far away avon "wangi". ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap".
tapi, aku kata "biasa je! nyesal beli. nasib baik masa tu tengah murah gila-gila"

ada yang kata sugar rush avon "sedap baunya", ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". aku kata "yang ni baru wangi! nak compare dengan far away tu. tapi, mahal sket"

ada satu perfume hugo boss no. 3 tak silap. aku pernah bau, perghhh!!! wangi sangat-sangat! tapi harganya buat aku fikir banyak kali sampai tak terfikir nak beli. tak sanggup nak spend RM150++ untuk sebotol perfume yang bertahan sebulan dua.

Sumber: Say No To Kapal Api...

2 comments:

~fam~ said...

Salam acik...sy baru perasan ada kesilapan..tolong betulkan ye...

maksud doa naik kenderaan : maha suci Allah......instead of segala puji bagi Allah....mohon betulkan...tq

Acik fosilmitra said...

Noted. TQ