Kemungkinan video clip youtube ini boleh menceritakan sedikit pengalaman dan keresahan pemandu² tegar di Ibu Kota Cinta Kuala Lumpur kita... saksikan...
Acik dah bertahun dok ulang-alik dari Bandar Baru bangi hinggalah ke Semenyih ke Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi (rezeki) disana... Namun perkembangan baru-baru ini kian memualkan jika boleh acik katakan disini iaitu mengenai masalah kesesakan di Kuala Lumpur...
Mungkin jugak ada yang akan kata "kalau dah tahu sesak, buat apa naik kereta, naiklah motor.. kan senang..."... Ungkapan ini sering terngiang-ngiang ditelinga acik dan jugak sering acik fikirkan...
Jika menaiki motosikal dari rumah acik di semenyih dengan hanya menuang RM5 ke dalam tangki septik Kriss Modenas 110 acik nie... jumlah penjimatan yang boleh diperolehi ialah 3 kali ganda dari kos menaiki kereta... Ini kerana acik sudah mampu untuk skip Laluan Tol Lekas, Tol Silk, Tol Sg Besi, Tol SMART (atau biasa juga lalu mengikut Tol MEX) serta kos mengisi minyak kereta lagi...
Namun suatu masalah yang acik hadapi ketika menaiki motor ialah.. kadangkala tayar pancit ditengah jalan... hujan turun di waktu pagi dan petang... membonceng berdua dengan isteri acik... penat dan meletihkan kerana kelajuan motor yang tidak seberapa... sikap pemandu kenderaan lain satu hal lagi... serta terakhir adakah ada jaminan untuk tidak terlibat dengan kemalangan dan malapetaka lain?...
Hmm.. jadi acik putuskan untuk lebih menghormati hak keistimewaan orang rumah acik untuk duduk dengan selesa dan menjamin keselamatannya... Mungkin sekiranya acik hanya menaiki motosikal ketika orang umah bercuti sakit atau sebagainya namun menaiki kenderaan seperti kereta adalah satu pilihan bijak (dari segi keselamatan) namun tidak dari segi keduitan...
Apapun, kesesakan lalu lintas di Ibu Kota kian hari kian parah... acik berharap dengan adanya projek MRT dan apa saja perkara yang hendak dilaksanakan bagi menjamin ketiadaan perkara yang berlaku seperti yang pernah berlaku sewaktu Jalan UPM Serdang ditutup kepada lalu lintas...
Ketika Banjir Kilat di Lembah Kelang dengan keadaan UPM Serdang ditutup kepada lalulintas itu merupakan kesesakan yang pernah acik alami yang acik rasakan yang paling teruk sungguhpun memang ada yang lebih teruk sebelum ini di Kuala Lumpur... Mudah-mudahan ianya tidak akan berlaku dan berulang lagi.. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment