Listen... listen... listen...
Surat terbuka untuk moderator tersebut.. boleh dibaca disini..
Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”
- William Faulkner, Intruder in the Dust.
Semua yg diatas nie acik dok copy paste dari forum BDN je... selebihnya lehlah datang sendiri ke laman sesawang ini Bincang Dot Net
Apa yg acik sedari.. dan bukanlah nak mempersoalkan kewajaran semua pihak menyalahkan dan memarahi Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) sehingga beliau begitu terkenal dan famous didada² mukabuku dan Harakahdaily.
Cuma acik rasa tak perlulah nak disebarluaskan lagi gambo dirinya yang tidak menutupi akan aurat serta mengaku menganut agama islam... Kita sepatutnya boleh sedar dari awal lagi wanita yang mendakwa dirinya islam sudah tentulah akan menerima keseluruhan apa yang terkandung didalam syariat islam itu sendiri seperti menutupi akan aurat...
Apapun, nasi sudah menjadi bubur.. acik syorkan janganlah lagi disebarkan gambar dan youtube² yang memang menjadi kemarahan ummah namun sebenarnya disebalik itu, kita sebenarnya telah menyebarkan sesuatu yang tidak sepatutnya didalam agama islam itu sendiri.
Bak statement Ustaz Hasrizal
Apa yang dilakukan oleh Presiden SW1M kepada Saudari Bawani sangat mendukacitakan.
Tetapi sambutan masyarakat terhadap isu ini dalam bentuk persendaan, PEMBULIAN SOSIAL ke atas Presiden SW1M, menyebabkan saya gerun. Ia amat merbahaya dan zalim.
Walaupun saya amat tidak bersetuju dengan sikap Presiden SW1M, perlakuan masyarakat dalam hal ini tidak dapat saya sesuaikan dengan kepercayaan saya sebagai seorang MUSLIM.
Sebagai MUSLIM, saya sentiasa akan bertanya, "adakah ini yang Allah mahukan? Adakah tingkah laku saya mencapai standard-Nya?"
Saya menarik diri daripada viral ini.
Saya hanya mengekalkan pendirian, bahawa pembodohan mesti dihentikan. Namun AKHLAQ, tiada kompromi
Wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment