Saturday, January 19, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112...

Menerusi kacamata acik sewaktu berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 tempoh hari... seakan sama seperti apa yang pernah berlaku sewaktu Ijtimak Tabligh Sedunia yang diadakan pada 9 hingga 12 Julai di masjid kuarters klia bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang suatu ketika dahulu di Malaysia. Ijtimak (perhimpunan) ni jarang-jarang diadakan di Malaysia dan kali terakhir yang acik ingat diadakan di Meru, Klang lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Kebiasaannya, seseorang individu itu akan sanggup untuk berkumpul bersama, berhimpun bersama hanya atas dasar kerelaan hati mereka sendiri dan diatas dorongan dan kekuatan yang ada pada perhimpunan tersebut... sebab apa perhimpunan tersebut dijalankan... sebab apa tujuan perhimpunan besar-besaran itu berlaku... Acik tak rasa seseorang individu itu dengan sengaja akan pergi berkumpul dan berhimpun hanya kerana suka-suka dan tanpa arah tujuan semata-mata.



Jika dibayar sekalipun atau dibiayai dan ditaja oleh badan-badan kerajaan GLC dan sebagainya, sudah tentulah ianya akan pasti memerlukan kos yang banyak dan sudah tentu kemampuan agensi-agensi kerajaan untuk membiayai perbelanjaan kos pengangkutan, pakaian dan sebagainya diragui kesangggupannya.

Namun begitu, apa yg kita nampak dikala ini, dengan begitu ramainya manusia berhimpun dan berkumpul, sudah tentulah menunjukkan matlamat dan tujuan mereka adalah satu... memastikan pilihanraya BERSIH di Malaysia... Antara tuntutan yang dikemukakan sewaktu perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini berlangsung ialah;



No comments: