Friday, January 18, 2013

Orang Kaya... Semuanya diorang boleh beli.. apa nak heran.. tapi...

Semalam dalam perjalanan yang kebiasaan acik lalui iaitu dari Kuala Lumpur menuju ke Tol Kajang acik singgahlah sekejap di Plaza Tol Kajang untuk melakukan perkara rutin yang acik biasa buat iaitu mengambil rebat Top Up Touch N Go setiap 15hb rebate Tol 20% yang kerajaan telah laksanakan... almaklumlah.. nak ke pejabat setiap hari biasanya acik perlu memasuki 5-6 tol bagi memastikan sebelum jam 8.30 pagi acik telah berada dipejabat...

Jadi selepas selesai urusan di Plaza Tol Kajang tu.. acik bergegas ke kereta semula dan bertolak menuju ke Tol Silk Kajang Selatan pula... hmm.. tol lagi?!... diwaktu itulah wife acik berkata "bang.. tadi ayang nampak dengan jelas rumah yang berada disebelah Tol Kajang tu..kalau dari jalan besar memang nampak kecil je rumah tu.. tapi bila dah nampak dari dekat... dah macam

Warta Bangi ImageShack.us

Terkejut jugak acik mendengarnya... "takkan sebesar Warta Bangi.. besar tuh!" getus dalam hati... Tapi bila fikirkan balik... apalah nak diherankan dengan orang-orang yang kaya nie.. sedangkan CEO TNB pun gaji sebulan dia saja dah mencecah sejuta.. belum campur bonus lagi...

Namun acik bukanlah mengutuk atau mengumpat cela orang yang bergaji besar dan mempunyai kemewahan yang sebegitu banyak di negara Malaysia kita ini... mereka mempunyai peranan yang besar didalam pembangunan negara menerusi cukai pendapatan yang dikenakan oleh kerajaan...

Cuma acik seakan terfikir dan termimpi-mimpikan jika sekiranya acik menjadi seorang yang benar-benar kaya seperti Tengku Mahkota Johor contohnya... cewahhh... adakah acik akan benar-benar menumpukan dan membelanjakan kekayaan acik tersebut ke jalan yang diredhai Allah SWT...



Kadangkala sebelum kaya ni memanglah kita katakan dalam hati aku nak bina masjid, nak derma sebahagian harta kepada fakir miskin rumah anak yatim.. itu sebelum kita ada duit.. tapi setelah benar-benar ada duit?...

Acik sendiri dapat rasakan acik kemungkinan tidak akan jadi sehebat Saidina Umar
Mengikut semua riwayat yang kita terima, Saidina Umar bukanlah seorang yang miskin atau papa sebelum beliau menjadi Khalifah Islam. Malahan ada riwayat yang sahih yang mana Saidina Umar telah sanggup meng”infaq” kan setengah dari harta beliau untuk Allah dan Rasul SAW.

Dengan kata lain, kedudukan ekonomi Saidina Umar sebelum menjadi Khalifah adalah sangat stabil. Beliau dikenali menjalankan profesi sebagai pedagang. Walaupun karier beliau sebagai pedagang tidaklah sehebat Abdul Rahman bin Auf, namun tidaklah Saidina Umar itu hidup melarat dan papa.

Mudah-mudahan kita sering beringat bahawa apa yang Allah SWT telah tetapkan kepada kita dikala ini maka itulah yang terbaik dan sesuai dengan kesanggupan kita dikala ini... Segalanya pasti ada hikmah walaupun kita tidak mengerti hikmah disebaliknya...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: