Saturday, January 05, 2013

Berikan didikan Terbaik untuk anak anda...

Alhamdulillah... syukur atas nikmat Allah... pada 31hb Disember 2012 yang lepas anak acik telah memulakan sesi persekolahannya untuk tahun 2013... Anak baru nak masuk darjah satu... almaklumlah, kawen lambat skit... hehehe...

Namun, segalanya dipermudahkan oleh Allah... Kalau ikutkan acik pun pening kepala memikirkan bagaimana anak yang seorang ini nak kena menaiki bas ke sekolah agama diwaktu pagi... dan setelah itu perlu kembali menaiki bas ke tadika transitnya untuk mnukar pakaian dan mandi dan sterusnya kembali semula menaiki bas ke sekolah kebangsaan diwaktu petang...

Anak baru umur 7 tahun... manalah dia tahu kedudukan bas dimana berhentinya... nombor plate bas dan sebagainya yang meresahkan jiwa acik dan ibunya... Namun mujur ada sebuah transit yang begitu berhampiran dengan sekolah agama dan sekolah kebangsaan anak acik ini dan ianya menyebabkan anak acik kini tiada masalah untuk ke transit dan kembali ke sekolah...

Ini suatu nikmat yang benar² acik harapkan dan acik doakan agar anak acik akan selamat dan tidak ada sesuatu yang berlaku kepadanya sepanjang ia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Semenyih dan Sekolah Rendah Agama Semenyih kelak...

Wassalam.

"Berikan yang terbaik untuk anak anda kerana itulah soalan utama yang perlu anda jawab kelak"...

No comments: