Wednesday, July 08, 2009

Dapur tiada sijil halal - Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC

KUALA LUMPUR – Hanya 170 dapur hotel daripada lebih 2,000 hotel di negara ini mempunyai sijil halal yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.
Katanya, antara faktor yang menyebabkan pengusaha hotel terbabit gagal mendapatkan sijil tersebut ialah kelewatan mereka menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada HDC.

“Masalah utama sijil halal lewat diproses ialah kerana pihak kami terpaksa menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada pengusaha-pengusaha hotel itu seperti sijil halal bahan kandungan dan rempah.

“Maklum balas terhadap permintaan kami amat lembab. Dalam mengeluarkan sijil halal dapur, kami perlu tahu semua bahan yang digunakan di dapur, di mana mereka membeli bahan kandungan dan sama ada pembekal mereka itu mempunyai sijil halal atau tidak,’’ katanya pada sidang media di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

Terkedu acik dengar berita dlm Kosmo! ni... mana taknya minggu lepas acik baru saja pergi bercuti ke Melaka dan menginap di Mahkota Hotel Melaka... Namun acik hanya mengambil breakfast di pagi Ahad sahaja memandangkan hari sebelumnya acik makan di Umbai, Melaka... pekena ikan bakar...

Isu mengenai hotel yang mengeluarkan makanan yang tiada status halal haram ini dah lama berlaku... Acik masih ingat lagi suatu ketika sampai keluar di Buletin Utama masalah pihak Hotel yang tidak menyediakan garis panduan mengenai makanan halal dan haram di hotel. Makanan yang mengandungi arak dihidangkan secara berleluasa. Jadi tidak hairanlah seandainya dapur di Hotel² ini juga masih tidak memiliki sijil halal...

Firasat acik mengatakan bahawa seakan mustahil jugak nak menangani masalah status halal di hotel² ini memandangkan pemiliknya dan tukang masaknya terdiri dari kalangan orang bukan islam yang sememangnya masih jahil mengenai makanan yang dibolehkan dan makanan yang diharamkan oleh islam untuk memakannya...

No comments: